Saturday, 28 December 2013

Who is God?

Friday, 20 December 2013

Cahaya :D

Gambar Ihsan Mr Google

Monday, 18 November 2013

Ammar



Walaupun aku tak kenal pun siapa ammar ni, tapi bila tengok je video ni rasa macam sayu je. (boleh nangis oh) Hebatnya ammar, jasanya terus mengalir hatta sesudah pergi.

Ya Allah hidayahkan aku seperti mana orang yang kau beri hidayah.

Adoi, banyak betul masa dia. Oh, tak. Banyaknya aku habiskan masa.

Saturday, 2 November 2013

Hidup Umpama Dedaun

(repost.dah takde modal :D)


Tengok! Ini dia. Dahulu ia pernah berada di atas pokok. Tinggi melangit untuk kita mendongak melihatnya. Berpuluh-puluh hari yang lalu, hidupnya bermula daripada sekecil-kecil duit sekupang. Hari demi hari ia bertambah besar dan usianya semakin matang, malah bentuknya juga menjadi semakin panjang. Hinggakan pada suatu masa saiznya menyamai sebuah tapak tangan.

Hari ini? Tertutup sudah pintu sejarah hidupnya. Tercabut sudah nyawa dari ibunda. Tubuh yang coklat kekuningan itu terbang dibawa angin. Terbangnya bukan semakin tinggi, tapi meletakkannya bermakam di bumi. Ingat, si pengemis yang berteduh suka memerhati. Kadangkala, kisah daun sebegitu mampu memberi seribu inspirasi. Dalam kepenatan ada peringatan buat diri.

Ini cebisan daun yang mati. Reput, berlubang, kering, terjatuh dan rapuh. Kerut dan urat-urat tuanya begitu jelas ketara. Sekali digenggam ia hancur seribu. Dia mencapai daun yang lebih muda. Kasihan, bertemu ajal tatkala masih muda. Si pengemis tahu, asal hidup daun itu bukan di tanah. Nun tinggi di atas dahan itu lahirlah ia. Jutaan saudara maranya banyak berjasa buat pengemis. Buat teduhan dan singgahsana yang semulajadi.

Segala yang jatuh menyembah bumi hari ini, dahulunya pernah merasai tingginya langit. Pernah juga merasa ancaman serangga menggigit. Baru dia tahu, perit rupanya hidup. Bukan sekadar enak menjamah matahari. Tidaklah semudah menghirup air dari bumi. Mereka juga diuji. Luruh. Gugurnya sedikit-sedikit ketika ditiup angin. Tapi jatuhnya berganti. Kini mereka juga daun-daun yang hidup dalam generasi alaf baru.

Hanya mereka yang terdahulu tahu kisah pohon yang lalu. Wajah mereka serupa, tapi tidak bererti mereka sama. Al Baqi itu hanya layak untuk yang Esa. Daun juga tidak menyangka bila Izrail akan berkunjung tiba. Tidak semua berakhir dengan usia tua, ada yang ditimpa malapetaka. Disentap manusia. Ada yang diserang penyakit, tersumbat salur xylem phloem. Tidak lupa juga ada yang menjadi buah rezeki kepada binatang herbivor juga omnivor.

Mereka terus diganti, dan berganti baru. Dahan ini tidak pernah kosong dengan penghuni. Hanya bangkai lama dari tubuh nenek moyang mereka menjadi pengajaran buat diri. Menjadikan di daun hamba yang paling bijak di antara mereka dengan melazimkan diri mengingati mati.

Akhirnya, kitaran ini pasti akan terhenti. Tiada lagi pengganti setelah daun terakhir mati. Pada saat itu bumi yang mereka duduki telah lanjut usianya. Akibat terlalu asyik mengejar langit, mereka merasa puas apabila berdiri semakin tinggi. Mereka terleka. Dahan yang mereka duduki juga tidak bersifat abadi. Maka di situ bernoktahlah kisah pohon yang tinggi.



Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati dan bersedia menghadapinya...kan?

Thursday, 10 October 2013

Wa-nak post sikit je-Wa

Salam Alaik wbt.
Oh, rindu sangat dengan kau. Kasihan kau blog, terbuang lama. Tunggu, nanti aku usahakan. Bagi aku masa, tak lama. Hehe.


Oh cerita ini boleh tahan best juga. Tapi yang buatkan aku tertarik sampai sekarang adalah perkataan "UP" dia. Kadang-kadang aku rasa macam ada aura pula kat perkataan itu. Sebab aku selalu terfikir nak jadi yang teratas. Jadi aku rasa perkataan "UP" ini ada kaitannya dengan moto hidup aku. haha. Tapi sekarang aku dekat "yang terbawah". Anyway, korang pun kena ada rasa macam itu.

Sebab Islam itulah yang tertinggi, yang paling top, yang teratas. "Izzah". Termulia.

Ok buk, ke arah "yang teratas". Wow, macam melampau pula kan!

Friday, 26 July 2013

Cerita Kolam

Salam wbt. Ini hanyalah sekadar post pendek agar tak nampak yang aku tinggalkan blog ini kesunyian. Kalau tak ada orang baca, nak harapkan sape lagi kan? Akulah yang kena memeriahkan blog ni.

So, hari ini aku nak kongsikan satu keadaan. Begini:

Satu hari aku pernah bercadang untuk membuat sebuah kolam renang. Kolam renang, bukan kolah atau kolam ikan. Jadi aku pun carilah seorang kontraktor yang pakar dalam pembuatan kolam ini. Idea dan design aku sendiri yang plan. Kerja kontraktor ini cuma jadikan idea-idea aku ini jadi realiti. Maka kerja-kerja pembinaan pun bermula.

Kalau dalam bahasa arab diorang panggil 'hamaam' rasanya. Mungkin merujuk kepada 'tempat mandi'. Setelah dua minggu, akhirnya siap juga kolam renang ini. Nak kata lawa sangat kolam itu sampai orang yang mandi petang ini boleh mati kalau tak datang lagi esok. Aku bukan nak tipu lah, tapi siap ada pokok rambutan bro! Buah mangga kau boleh petik sambil makan dalam air saja.

Nak kata cantik, dah cantik. Nak kata besar, dah terlebih besar pun. Aku fikir ada satu benda saja yang kurang dengan kolam aku ini. Kalau dah dapat mandi kolam besar, air jernih, design cantik tapi kalau rasa 'tak selamat' tak boleh juga kan. Jadi aku kena terfikir untuk meletakkan syarat2 dan peraturan menggunakan kolam renang. Antaranya:

1) Anda dibenarkan mandi dimana-mana tempat yang anda suka kecuali di kawasan wanita bagi lelaki dan sebaliknya.
1) Anda dibenarkan memakai apa-apa jenis pakaian asalkan tidak menampakkan aurat.
1) Dilarang membuang apa-apa jenis barang yang anda tidak suka ke dalam kolam.
1) Dilarang terjun, kecuali di pada papan anjal anda bebas melakukan apa-apa jenis gaya.
1) Sila jaga kebersihan kolam kita.

Persoalannya, adakah tindakkan aku meletakkan peraturan ini di kira 'tidak patut'?

Banyak sangatkah peraturan yang aku bubuh, sampai diorang kata aku ini 'ketat'? Apakah diorang itu buta atau masih belum melihat betapa banyak lagi benda yang aku bebaskan. Aku bukannya ingin menyekat 'kebebasan', aku cuma nak menjaga kemaslahatan sesama pengguna saja.

Kalau semua benda nak bebas, kita tak boleh hidup bermasyarakat. Serius tak tipu. Kalau asyik fikir nak semua benda bebas, kau buatlah kolam renang sendiri, tak usah dok cari kolam renang free. Kencinglah dalam kolam sendiri, bukan orang lain tau.

OK. GUA NAK EXAM, TOLONG DOAKAN GUA DI SINI. INI CERITA TIPU 100%, HARAP MASING-MASING AMBIL IKTIBAR...smiley skt. xD. Ini ada gambar kolam tu, time ini buah durian pun tak sempat tumbuh lagi. Itupun kalau ko percaya.


Saturday, 13 July 2013

Daa 3ee


Friday, 12 July 2013

Umpama Air

Salam wbt. Ramadhan kareem. >_<

Hari ini aku cuma ingin berkongsi sepotong ayat Quran yang aku 'ter'baca 7 hari yang lepas. Walaupun pada asalnya ayat itu nampak macam sangat common, macam dah selalu kita baca, macam dah selalu dengar. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, ayat Allah yang nampak macam simple inilah sebenarnya ada maksud yang sangat dalam untuk orang yang betul-betul berfikir.

Aku masih belum search lagi maksud sebenar ayat ini, nak buka Fi Zilal Quran macam payah(malas). So, basically aku cuba telan mentah-mentah ayat ini. Buat pengajaran untuk diri aku sendiri.

Dalam ayat ini Allah bagi satu perumpamaan. Banyak perumpamaan yang Allah bagi untuk kita fikir, dan kali ini (yunus:24) Allah umpamakan hidup kita di dunia bagaikan air yang Allah turunkannya dari langit.

Maka dengan air itu tumbuhlah pula pelbagai tanaman yang menjadi sumber makanan kepada manusia dan binatang. Disamping menjadi sumber makanan, ia juga menjadi perhiasanan dunia dan mengindahkannya.

Kemudian setelah bumi itu dipenuhi dengan tanaman manusia menyangka bahawa mereka berkuasa untuk mengambil hasil-hasil dari tanaman itu. Lalu Allah memerintahkan turunnya bencana yang menjadikan tanaman itu hancur bagaikan tanaman itu tidak pernah wujud pun sebelum itu.

Cuba kita lihat diri kita sekarang ini. Masuk tahun ini dah 10 tahun bekerja. Berbekalkan kudrat empat kerat inilah hari ini Kita mampu memiliki sebuah rumah yang besar, sebuah kereta mewah, wang simpanan yang mampu menyara keluarga kita sampai kita mati. Sampaikan telah wujud dalam diri kita, "harta ini adalah hasil usahaku, kepunyaanku." Segalanya jadi senang dengan adanya wang. Apa-apa yang kita mahu, semuanya kita boleh capai.

Terasa indah bukan nikmat yang didatangkan?

Namun apabila ditimpa musibah. Bilamana kita diisytiharkan muflis atau terjadinya rompakan ke atas harta kita, kita jadi tak boleh menerima. So, kita salahkan tuhan.

Kita lupa yang pada awalnya Allah lah yang beri kita jawatan dalam pejabat. Allah lah yang buka hati bos untuk terima kita bekerja dengannya 10 tahun yang lalu. Kita tak ingat langsung pasal itu. Kita lupa bahawa segalanya yang kita miliki hari ini datang dari Allah. Kita rasa seolah-olah kitalah penyebab kehidupan kita jadi senang hari ini.

Ingat, segala-galanya datang daripada Allah! Kurniaan Allah yang hakiki. Kita tidak punyai apa-apa, tangan kita kosong, poket kita kosong. Kita memang berusaha, tapi rezeki itu dari Allah.

Tumbuhan-tumbuhan yang kita makan hari ini pun suburnya kerana air yang setiap hari turun dari langit. Dari mana datangnya air itu?


Monday, 8 July 2013

Subuh 8/7/2013

Thursday, 4 July 2013

Dr Morsi

Wednesday, 3 July 2013

30713

Inna lillah wa inna ilaihi raju3un.

3 Julai 2013 - Tarikh yang amat penting bukan saja untuk masyarakat Mesir, bahkan seluruh umat islam. Terciptalah satu peristiwa hitam yang akan terus kekal dalam sejarah. 30 Jun yang lalu baru saja genap 1 tahun pemerintahannya, namun hanya beberepa jam yang lalu pemerintahan Dr Mursi telah berakhir (bagi Tamarrud) apabila kuasanya dirampas oleh pihak tentera. Bagi golongan pro Mursi, dan mereka yang benar-benar memegang prinsip demokrasi, Dr Mursi adalah Presiden yang masih sah.

Aku tak faham dengan orang mesir. Beruntunglah korang sepatutnya sebab ada pemimpin yang hafal quran. Dulu time first time aku dengar je dia hafal quran terus aku rasa macam "waaa". Susah kita nak cari pemimpin yang macam tu sekarang. Pemimpin kot, kita ni quran satu juzuk pun susah nak hafal. Dia merupakan seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh nak bawa islam. Bila dia dilantik hari tu, kita semua harap yang ianya akan menjadi titik mula kepada pembinaan semula khalifah.

*@#$% geram betul aku ngan ejipsyen ni. Ikut suka2 ko je nak buat demonstrasi. Asal tak suka je nak demo. Ko ingat senang nak ubah satu negara yang dah lama rosak? Ko harap semua perubahan itu boleh dibuat dalam jangka masa setahun? kepala hottt.. Masalah sebenar dalam negara korang ni bukan minyak ke, letrik ke. Masalahnya korang punya sikap tu haa yang nak kena ubah.

Papehal, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Bersama-sama kita doakan agar kita semua diberi kefahaman dalam memahami sesuatu perkara, diberikan jalan keluar kepada segala masalah, dan di hindarkan dari segala yang buruk.

Selamat malam Ikhwan

Thursday, 20 June 2013

Domino

Dalam jangka masa 10 tahun yang lepas, kerajaan membuka banyak biasiswa dalam bidang perubatan, semata-mata untuk meningkatkan bilangan doktor yang ketika itu sangat jauh dari kadar yang sepatutnya kita ada.

Usaha meningkatkan bilangan doktor dalam negara adalah penting bagi memastikan nisbah doktor:pesakit berada di aras yang optimum. Semakin ramai pesakit, semakin ramai doktor yang diperlukan.

Banyak faktor yang menjurus kepada peningkatan bilangan pesakit, antaranya adalah peningkatan kualiti dalam penyelidikan dan pendaftaran rekod kesihatan yang semakin baik. Faktor lain adalah seperti faktor alam sekeliling yang membahayakan kesihatan, contohnya suasana rumah yang dipenuhi lalat.

Kenapa lalat banyak? Bagaimana lalat-lalat ini boleh buat gathering dalam rumah kita? Lalat suka akan benda-benda yang berbau busuk. Jadi mungkin ada sumber bau yang tidak enak bagi kita, tapi enak bagi lalat, wujud di dalam rumah. Bau sampah, bau tandas yang tidak dipam.

Kenapa tak dipamkan tandas tu, kenapa simpan sampah lama-lama dalam rumah? Sebab mereka tak tahu, kenapa mereka tak tahu? Sebab kita tak ajar. Eh, kurang ajar!

Hati akan gelap bila selalu melakukan dosa. Kita melakukan dosa kerana kita tidak percaya. Kita tidak percaya kerana kita tidak mengetahui. Mengapa kita tidak mengetahui? Sebab kita tak mempunyai ilmu. Kita tidak ada ilmu kerana tidak mencari. Kenapa kita tak mahu mencari ilmu, sebab kita malas. Mana datangnya malas itu, datangnya dari menurut kehendak nafsu.

Masalah sentiasa datang menemui kita di pelbagai peringkat. Kita pula selalu menyelesaikan masalah yang datang kepada kita bulat-bulat. Memang betul masalah itu akan dapat diselesaikan, tapi ia tidak akan berhenti selagi faktor kepada masalah itu tak dirawat.

Haish, mengarut lagi aku kali ini. If I can solve my main problem, that will be great.


Monday, 17 June 2013

Nothing

Hoi, bila nak start tulis blog balik ni?

(ok..jadila update kali ni)

------------------

Masih tak puas lagikah kau tinggalkan aku tak bertulis? Tengok, apa yang dah jadi padaku. Aku rindu, rindu nak duduk atas riba kau. Macam dulu2. Kau sendiri penah cakap, kita ini tulis blog untuk bagi peringatan kat diri kita, kalau kau sakit nanti senang nak aku nak bagi ubat.

Aku sakit sekarang, aku pun perlukan ubat.

Ubat? Inikan ubat, dah ada. Tinggal kau nak telan saja. Makan tau, makan ubat ini! Kembali bersatu dengan aku, kita buat semula blog kita macam dulu.

Tak boleh, tak boleh. Aku dah janji. Aku buat perjanjian untuk terus begini.


-by blog

Allahuma nawwir qulubana bi nur hidayatik, kama nawwartal ardh bi nur shamsik

Monday, 13 May 2013

Jom Nyanyi :)


Wednesday, 17 April 2013

Dia yang tenat



Sangatlah benar katanya perihal iman manusia akhir zaman ini ibaratnya senipis kulit bawang. Apabila ditimbang iman Abu Bakar ra dengan iman seluruh manusia selepasnya sampai ke hari kiamat, maka berat lagi iman saidina Abu Bakar.

Mereka yang hidup di zaman manisnya perjuangan nabi tahu apakah yang dimaksudkan dengan tingginya iman, kemanisannya, benarnya janji Allah, betulnya apa yang nabi bawa.

Sebaliknya kita yang hidup di zaman ini, tahu sedar betapa nipisnya iman kita. Betapa jauhnya agama dari kehidupan kita. Betapa kecilnya watak iman dalam memanipulasi diri, betapa besarnya nafsu, akal.

Ada seorang hamba yang dahulunya pernah berdiri. Diceritakan suatu hari dia terjatuh, tapi untung kawannya menghulurkan tangan membantunya naik. Luka yang biasa.

Di kemudian harinya dia terjatuh lagi. Tapi kali ini luka, bukan calar-calar biasa. Dia tahu akan ada masanya dia akan kembali berdiri, seperti dulu-dulu. Malangnya bukan kali ini.

Dalam keadaan luka itu, dia hanya mampu mencermin sifat dirinya. Badannya kurang sihat, dia tidak berupaya bangun tanpa bantuan kawannya, apatah lagi untuk bangun dengan sendiri. Kesian, dalam keadaan luka itu dia terjatuh lagi.

Dia sakit, dia tahu dia tidak elok. Dia sakit tenat. Tapi hati degilnya cukup kuat. Dia keluar lagi untuk bertempur hari ini walaupun dengan keadaan yang begitu. Dan dia jatuh lagi hari ini. Sukar, ia cedera yang sukar di rawat.

Orang kata hidup ini ada turun naiknya. Dia menunggu saat itu bila akan tibanya, sambil berdoa. Dia tidak naik, malah terus jatuh, jatuh dan jatuh. Bilakah? Inikah yang dikatakan selemah-lemah iman? Dia bertanya dirinya.

Dalam keadaan yang tidak semua manusia tahu, dia sentiasa berharap agar air mata kekesalan atas dosa-dosa dan perasaan untuk kembali berdiri akan menjadi saksi baginya.Bila ditanya nanti, pernahkah kau mencuba untuk bangun?  Harap-harap cukuplah ia sebagai jawapan.

Dirinya yang tenat, sentiasa menangis. Dia sedar siapa dia sekarang. Amat jauh dari siapa yang dia harapkan untuk menjadi. Tapi dia akan sentiasa mencuba dan berdoa,

Ya Allah, bantulah aku mengenalMu. Hanya dengan mengenalMu hati ini akan taat.

*aku tidak menulis ini melainkan hanya mengharapkan kebaikan untuk diriku dan orang lain.

Sunday, 31 March 2013

He Thumb Putih



AMARAN: INI ADALAH TULISAN AKU YANG SEMAKIN KETANDUSAN ILHAM. SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR ALLAH MEMBERI KITA TAUFIQ DAN HIDAYAH. AYUH, DOA SEKARANG!

Manusia itu pada asalnya lahir tanpa dosa, tanpa pahala. Tak ada satu pun manusia yang dilahirkan dengan dosa. Pernah ke tengok muka baby macam penjenayah? Tak ada, tak pernah! Sebab itu orang cakap budak-budak kecil yang baru lahir ini bagaikan kain putih. Terpulang bagaimana mereka dicorakkan. Fitrahnya yang putih itu suci, bersih dan baik.

Cuba kita balah sikit dengan isu ini. Kalau fikir logik, kita tak tahu pun warna apa yang paling utama. Kan? Boleh jadi bukannya putih tetapi hitamlah warna yang utama. Bagaimana pula jika putih itu adalah hasil corakan ke atas kain yang berwarna hitam? Salahkah menjadi kain selain warna putih? Tidak bolehkah kain itu berwarna hitam walaupun ia bersih? Kesian yang hitam. Senang cerita apa-apa saja yang bersih itu dikira baik.

Ok, tak kisahlah kita ini kain hitam ke, kain putih. Tapi yang penting, apa yang ada pada kita hari ini adalah hasil daripada apa yang kita kerjakan. Jahatnya kita kerana dosa-dosa yang kita kerjakan, manakala baik pula cerminan untuk pelaku amal-amal soleh.

Memang. Memang bukan kerja kita untuk menentukan syurga dan neraka. Tapi tak salah untuk kita menilai siapa yang baik dan siapa yang buruk amalannya. Pastikan penilaian kita ini berdasarkan rujukan yang empat. Kalau kita duduk membuta, yang jahat pun kita samakan dengan yang baik, tak ada orang yang akan tampil untuk memberi peringatan. Ialah bagaimana kita nak tahu orang lain buat jahat, buat baik, kalau kita tak menilai.

Kita bebas untuk berbuat baik, bebas juga untuk memilih yang buruk. Semuanya terletak pada pilihan kita. Biar selautan pun ilmu agama kita, kalau ilmu hanya di kepala tak ada guna juga. Apa yang mendorong kita ketika membuat pilihan yang adalah sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Bila kita berjaya membuat pilihan, maka beruntunglah kita. Orang yang gagal meletakkan Allah semasa membuat pilihan bermungkinan untuk membuat dosa. Dosa kan lazat. Lazat di dunia.

Untuk pelaku dosa macam kita, jangan sesekali kita merasakan sudah lewat untuk berubah. Allah kan maha pengampun! Ingat, pilihan kita hari ini akan mencorak bagaimana diri kita esok. Esok dalam erti kata bermula selepas kita membuat pilihan. Bukan subuh pagi esok. Pilih elok-elok tau, jangan main tembak je. 






Friday, 15 March 2013

Hello!

Assalamualaikum wbt. Takde tazkirah dah. Otak dah berhenti. Cuma nk kirimkan lagu kat peminat nasyid. Lagu ni dah lama, tapi sentiasa sedap.

5 bulan sebelum pulang ke Malaysia. <3 span="">
5 hari sebelum last paper.
5 jam sebelum exam.

Doakan kitorang nk peksa! Mmm...tolong "kejutkan aku dari tidur yang berpanjangan". xD