Monday 19 March 2012

Larian Aku & Larian Kita

30 Mac 2012

Aku tak tahu macam mana nak describe, tapi tarikh yang tertulis dalam bilik aku ini sedikit sebanyak mengganggu. Mengancam semangat kelelakian aku. Lebih kurang 10 hari lagi untuk kita berjumpa. Entahlah, aku masih belum rasa takut dan... Selagi aku tak rasa takut, aku tak akan tertekan untuk bekerja keras.

Macam tak betul je ayat kau.

Masa tahun 1 dulu aku pernah masuk acara padang (800O M). Jarak satu pusingan padang adalah 400 meter. Makna kata kena pusing padang 20 kali. Cuba try buat dulu! True, memang susah nak buat 20 round. Sebab itu aku buat 2 round je, lagipun kalau ikut logik memang kena lari 2 round je. Maafkan typo, ‘800 M’. Exaggerated sikit.

Daripada 6 orang yang bertanding, 4 orang termasuk aku adalah batch tahun 1. Malangnya aku kalah, dapat no 4. Kedudukan no 1,2,3 semuanya budak batch aku. Saja bagi peluang diorang menang. Cukuplah dapat satu pingat.

“Aku tak akan kalah, sebab aku kena jadi lebih baik dari dulu.”

Aku letakkan azam itu pada tahun ini. Biarkan ia memacu aku menjadi lebih baik. Tapi kali ini aku masuk 1500 M. Dua kali ganda dari dulu. Yosh! Aku rasa ada sesuatu yang akan berlaku pada tarikh ini. Perubatan Sport’s Day? Oh, yeke...

Seorang pelari seharusnya ada cita-citanya yang sendiri. Sesuatu yang menyebabkan dia perlu berlari. Orang yang berlari kosong tidak akan peroleh apa-apa selain penat, membuang masa dan tenaga. Tapi orang yang berlari dengan cita-cita akan gembira bila menamatkan pelariannya.

Si kosong meraikan kekosongan (tak ada apa-apa), manakala si cita-cita meraikan pencapaiannya.

Cerminan untuk diri aku juga, seorang pelari perlu ada beberapa perkara untuk membuatkan dia berjaya. Kalau dalam berlari cuba praktikkan, dalam kehidupan seharian kita boleh variasikan

1)cita-cita/matlamat
2)pemangkin/sokongan
3)persediaan/taktik
4)usaha yg berterusan

Pesanan aku untuk para pelari (kamu le tu) sekalian:

“Kalau merangkak itu perkara yang paling termampu untuk kita buat buat masa ini, merangkaklah! Paling tidak pun kita masih maju ke hadapan, bukan berhenti.”

**********
و سارعوا إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها السموات و الأرض أعدت للمتقين 

"Be quick in the race for forgiveness from your Lord, and for a Garden whose width is that (of the whole) of the heavens and of the earth, prepared for the righteous." (Ali-Imran:133)


Saturday 10 March 2012

"Must Watch Video"

salam alaik wbt.
Have you ever heard about sheikh Yasir Qadhi?

(If you don't)
I'll tell you a bit about him. His full name is Abu Ammar Yasir Qadhi. He was born in America to a parents of Pakistan origin. He is like a glistening star raised in darkness of american civilization. (continue) He completed a bachelor in engineering from Univ of Houston before further graduated as an Islamic Studies scholar in Univ of Madinah.

(If you know him)
Let me know the truth about him. Then you may proceed to the video.


p/s: Kalau tak ada masa nak tengok video ini sekarang, tolonglah copy link video ini dulu dan save kemudian baru close tab. Bila ada masa lapang nanti rajin-rajinlah tengok.


p/s: Nanti kalau aku macam tak nampak tujuan hidup, tolong ingatkan aku balik.

Friday 9 March 2012

'Auto' - Self Acting

To believe that they run the whole complicated body system by themselves is a part of physiology but... I finally get into a conclussion that every involuntary action our body makes is controlled by Allah. Nothing goes automatically.





Friday 2 March 2012

"Rasa Bersalah"

Rasa Bersalah. Satu nilai yang aku rasa perlu wujud dalam diri aku. Mungkin manusia lain pun wajib ada perasaan ini.

Semua yang tidak berdalil dalam penulisan ini hanyalah kata-kata dan pandangan aku yang sempit yang tidak ada apa-apa kelulusan PhD langsung dalam bidang psikologi. Hanya berdasarkan logik dan kefahaman sendiri yang tercapai akal, inshaAllah.

Ada dua keadaan rasa bersalah itu perlu:
1) Merasa bersalah apabila melakukan sesuatu perbuatan dengan tidak sempurna/betul.
2) Merasa bersalah apabila kelalaian atau cacatnya perbuatan kita menyebabkan luka kepada orang lain.

Ini adalah contoh rasa bersalah paling top yang aku jumpa dalam persahabatan (sumber dari Bernama):

Suatu hari aku baru pulang dari satu majlis. Kepala aku masih pening membuatkan aku tidak mampu berfikir sewarasnya. Sudah beberapa hari pening, mungkin kesan daripada minum terlalu banyak sangat Nescafe blended yang pekat.

Sampai sahaja dirumah, kedengaran suara-suara perempuan dari rumah sebelah. Aku cuma nak mengambil tahu siapa pula yang menziarah tengah-tengah malam ini. Bila aku masuk ke bilik Razak, ada dua orang perempuan dan dua orang lelaki dalam bilik itu termasuk Razak. Aku kenal mereka semua, dan aku menghulurkan tangan bersalam.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari menyentuh kaum yang tidak sejenis yang tidak halal baginya. What? Aku tak salam perempuan itu.

Kemudian aku keluar dari bilik Razak dan masuk ke rumah aku. Mundar mandir ke bilik Amin, ke ruang tamu dan kemudian ke bilik aku. Entahlah, kepala yang pening jadi makin berserabut. Mereka berdua ini couple, siapa tidak kenal? Semua orang tahu kot. Mereka yang tunjukkan.

Kenapa pula perempuan datang malam-malam ini? Tak kan tak tahu masa sekarang pukul berapa? Tak elok la orang tengok. Semua yang aku fikir tak ada yang positif langsung. Tambah-tambah lagi aku teringatkan kisah-kisah hangat couple berdua itu. Cuma sebelum ini aku tak pernah tegur, nak jaga persahabatan kononnya.



Aku berjalan ke ruang tamu dan terus aku menjerit,

Balik! Balik lah! Balik!

(aku pasang volume paling kuat yang aku ada)

Ah, lega! Tak tahulah, rasa macam beban yang terpikul sebelum ini jatuh sekejap. Selepas itu semua ahli rumah aku datang ke arahku. Ahli-ahli rumah sebelah pun datang, semua kehairanan. Apa dah jadi dengan aku? Syaitan mana pula yang masuk dalam badan aku ini? Bro ko OK ke?

Ah, tak ada apa-apa. Aku OK je. Betul ke OK?

Beban yang tadi hilang sekejap datang balik dengan berat yang bertambah. Malam itu aku jadi tak tentu hala, aku rasa bersalah sangat. Betul ke apa yang aku dah buat ini? Memang betul kadang-kadang kita perlu tegur orang, but there’re many other ways. Kenapa mesti menjerit?

Aku rasa aku dah menyebabkan dia benci kepada teguran. Aku dah beri tanggapan negatif ke atas golongan yang berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan. Aku rasa bersalah tahap paling tinggi dalam hidup aku, aku hilang kawan. Hilang kepercayaan.

Malam itu aku terus hantar mesej minta maaf. Aku tak akan lupakan hari itu. Aku kena marah dengan Razak sebab tak hormat tetamu dia. Couple tu pula terus tak percayakan aku, dan tak datang lagi ke rumah itu sampai bila-bila. Itu janji dia.

Menjerit macam orang gila, tak berfikir dan ikut perasaan. Tak ada akal langsung. Aku buat kesimpulan sendiri daripada peristiwa itu, kekerasan hanya akan menyebabkan orang lari jauh dari kita.

Fabima rahmatim minAllahi Linta lahum... teringat ayat ini. (3:159)

“Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar. Tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka...” hingga hujung ayat.

Kesilapan watak utama semasa menegur menyebabkan mesej dakwahnya tidak sampai, malah merosakkan keadaan. Kalau nak bersahabat, salah satu nilai yang patut ada adalah rasa bersalah.

Macam mana nak bina rasa bersalah dalam diri? Aku pun tak tahu.

Selalunya orang yang pernah melalui kesusahan akan tahu apa itu susah. Dengan itu dia akan berusaha untuk tidak terjatuh lagi menjadi susah dan tidak pula membiarkan orang lain berada di dalam kesusahan.

Nak dijadikan contoh, aku baru balik dari kuliah. Penat, badan pun dah longlai, sendi-sendi pula dah habis longgar. Masuk rumah pun merangkak-rangkak. Lapar punya pasal, dari pagi tak makan. Tunggu petang, masuk malam. Yang sepatutnya masak rupa-rupanya baru nak masak. Cobaan.

(Oo, kari ayam rupanya. Serbuk kari habis ke?) Baru tahu apa itu tidak sedap.

Bila tiba giliran kita, takkan kita nak buat kari ayam macam tadi? Sumpah sedap, janganlah buat lagi. Baru kita tahu yang mana baik yang mana tidak. Pasti kita akan berusaha untuk membuat kari yang terbaik. Dan bila kita tak dapat membuat yang terbaik, kita akan rasa bersalah. Bagi yang tak pernah rasa susah, mungkin dia susah nak rasa bersalah.

Mungkin ada orang yang naturalnya ada rasa bersalah, membesar dengan suasana yang masyarakatnya sentiasa rasa bersalah. Kita berdoalah agar Allah bubuh rasa bersalah dalam diri kita. Rasa bersalah ada hubung kait dengan simpati + prihatin. Ia juga lahir dari rasa bertanggungjawab.

Kalau sentiasa rasa diri kita betul, sakitlah dunia. Tak ada sensitiviti. Tak ada pembaikpulihan.

Apakah yang membezakan antara peragut kejam dengan peragut kelas rendah? Rasa serba salah. Peragut kejam (hardcore) tak berfikir dua kali. Apa-apa cara sekalipun dia inginkan rantai. Mati ke, hidup ke mangsa dia, dia tak kesah. Peragut kelas rendah cuma nak rantai. Tapi masa tengah meragut tiba-tiba mangsa dia lelah, terus dia panggilkan doktor. See!

Bila pemimpin yang tidak ada rasa bersalah buat membuat salah dan dia tidak tahu. Tiada guna untuk rakyat berdemonstrasi sebab kalau dia tahu kesalahan dia sesudah itupun, belum pasti dia akan rasa bersalah. Orang macam ini tak faham bahasa, sebab itu rakyat Mesir bangkit buat revolusi. Tsaurah!

Ya Allah turunkanlah rasa bersalah dalam diri hambaMu, agar aku sedar betapa diri ini berdosa.