Sunday 6 December 2015

Mati: Bersediakah kita?

Sebelum kita berborak mengenai tajuk utama kita pada malam ini, terlebih dahulu marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah dan berdoa untuk arwah Pak Yus jambu, dan tunku Abdul Jalil yang baru-baru ini kembali menghadap Ilahi. Sambil-sambil itu doakan juga untuk arwah saudara mara kita. Atok, abah, nenek salmah, makteh. Semoga kita semua umat islam dipermudahkan jalan ke syurga.



Baik. 

Apabila terdengar saja cerita mengenai kematian, tak tahu kenapa baru-baru ini aku selalu sangat teringatkan arwah Pak Yus. Aku takdelah kenal mana pun dengan arwah, cuma sekadar peminat dia masa zaman maharaja lawak mega dulu tu. Masa itu rajin sangatlah tengok maharaja lawak dengan amir. Habis kelas, beli ayam bastawi, buka youtube, tengok maharaja lawak. Kumpulan jambu antara kumpulan yang top jugak la masa itu.

Bukan apa, Pak Yus itu dah la berbadan besar. Like besar gila gak aar! Tapi perangai macam budak-budak, kadang-kadang berlakon jadi perempuan, pakai baju merah jambu lagi. Dengan gaya separa retard dia tu. Tengok penampilan pun dah boleh tahan kelakar. Belum start buat lawak lagi itu.

Kalau nak dibandingkan dengan arwah-arwah lain, bila Pak Yus pergi, perasaan dalam hati ini lain sangat. Sedih dia lain macam. Rasa macam bergegar jugaklah hati aku. Walaupun arwah bukanlah insan yang dekat dengan aku, jumpa kat tv saja pun. Tapi berbeza dengan artis lain, pemergian dia ini membuatkan hati kita jadi sedih. Entah kenapa sedih lelebih pula dari yang biasa.

Itu yang aku terfikir, mungkin arwah Pak Yus ini baik orangnya. Kalau tak, takkan lah sampai macam gini sekali feeling sedih itu. Mungkin inilah yang orang sebut husnul khatimah. Beruntung sangat kalau kita mati dalam keadaan Allah redha kehidupan kita. Bila dah tak ada di dunia pun masih lagi memberi kesan dalam hati manusia. Kalau kita tengok pun, sampai ke hari ini pun ada lagi yang berkongsi cerita tentang kebaikan Pak Yus.

Allahummagh firlahu warhamhu wa3afihi wa3fu 3anhu.

Aku yang masih hidup ini pun, entah tak tahu lah pengakhiran aku nanti macam mana pula. Tanggungjawab dengan tuhan memang banyak lagi lah yang tak sempurna. Jauh lagi nak sampai budi pekerti macam nabi saw. Tanggungjawab sebagai anak pun tak lulus lagi. Tanggungjawab dengan kawan lagi la, out.

Untuk ibu ayah, kori minta maaf sangat tak dapat nak jadi anak yang terbaik untuk ibu ayah. Kori tersangkut kejap kat sini. Macam hilang arah kejap. Kori tahu apa yang sepatutnya kori buat, apa yang kori patut jadi, Tapi, entahlah. Kori tak tahu apa yang dah jadi dengan diri kori. Tolong beri kori masa. Kori nak cuba lagi. Ibu ayah tolong doakan macam biasa tau. Kori nak jadi anak soleh. Tapi takutnya kalau Allah tak bagi kori masa nak jalankan tanggungjawab sebagai anak. Jadi kori minta maaf la awal-awal.

Ok. Sebenarnya tadi aku nak cerita pasal hati yang sakit. Ringkasnya, nak bersihkan hati yang sakit itu adalah dengan lima cara:
  1. Membaca alquran dan memahami maknanya.
  2. Mendirikan solat malam.
  3. Berkawan dengan orang soleh.
  4. Memperbanyakkan puasa.
  5. Berzikir pada waktu malam
Touching jap post kali ini. Haha. Ok lah, pastikan anda semua tengok video di bawah ini. Banyak sangat pengajaran dan manfaat di dalamnya. Ambillah iktibar untuk diri kita dan sebarkanlah kepada orang lain.


Monday 8 June 2015

Baik

Salam alaikum wbt. Entu 3amilin eih?

Aku tak nak cerita pasal exam pediatric aku tadi, sebab aku rasa paper aku tadi hancur. Kau tahu rifle Ak-47 dalam Counter Strike? Kaliber peluru dia 7.76 mm. Satu peluru je pun dah cukup untuk bagi damage banyak gila. Tapi dia punya recoil tu kuat sangat pula. So kalau kau main tekan je mouse tu, memang susah la peluru tu nak hit enemy. Tak dapat kill.

Hah, macam tu lah aku jawab tadi. Nak lorek-lorek kertas MCQ memang kacang lah, aku tenyeh je kuat-kuat. Kena ke tidak jawapan tu aku pun tak tahu la. Hahaha. Aku cuba gelak.

Ok baik!

Sebenarnya ada satu benda yang tengah bermain-main dalam kepala aku. Jadi alang-alang nak meraikan hari 'cuti sehari sendiri lepasi tensi' ini, aku ingat nak kongsikan kat dalam blog terus. Senang, boleh la aku dengan blog aku, dengan kau jugak fikir sekali.  Aku nak berkongsi tentang satu benda yang aku terfikir kebelakangan ini. Tajuk dia 'baik'.




Ramai orang baik wujud di serata dunia. Bukannya tok sheikh sahaja yang baik, bukannya tok imam saja yang baik, bukannya graduan-graduan universiti islam saja yang baik. Bukannya budak-budak KISAS je baik. Smapl pun baik jugak. Bukannya yang bertudung labuh saja baik.

Baik itu adalah satu lumrah yang tertanam dalam diri manusia. Bukannya susah pun nak mencari kebaikan. Apa yang kita perlukan untuk menjadi baik, adalah akal yang sihat. Dan sedikit usaha.

Baik itu luas. Ia sebahagian besarnya merangkumi hubungan kita sesama manusia. Dengan orang-orang sekeliling kita, dengan masyarakat yang kita hidup bersamanya, dengan semua orang. Menghormati ibu bapa adalah baik, menyayangi anak-anak adalah baik. Baik itu ada pada ketaatan rakyat kepada pemerintah. Baik itu ada pada tanggungjawab sosial kita sesama masyarakat.

Tapi ada pula segelintir manusia yang meletakkan baik itu hanya apabila kita menjadi seorang yang beragama. Mana boleh!

Jadi kalau kita meletakkan baik itu hanya pada agama, maka tidak adil pula untuk mereka yang bukan beragama Islam. Apakah tidak ada orang-orang baik dalam kalangan agama kristian, hindu, buddha dan sebagainya? Seolah-olah kita telah mengikat pengertian baik itu hanyalah dengan menjadi seorang muslim.

Betul, memang kita tidak boleh untuk tidak bersetuju bahawa orang-orang yang beragama itu adalah orang yang baik. Cumanya apa yang nak ditekankan di sini adalah, bukan orang-orang yang beragama sahaja yang mempunyai hati yang baik. Nun di luar sana, selain daripada orang-orang yang beragama ini pun, masih ramai lagi orang-orang yang memiliki hati yang baik.

Untuk lebih mudah kita faham, baiklah aku bagi contoh macam ini. Ini cuma pandangan peribadi, kalau tidak bersetuju dengan aku, tolong jangan bash aku. Ok begini, dalam dunia ini ada empat golongan manusia. Orang yang beragama dan baik. Orang yang beragama dan kurang baik. Orang yang kurang beragama dan baik. Orang yang kurang beragama dan kurang baik.



Sesuka hati aku je buat piramid ni. Tak kesah la. Ok. Jadi fokus sebenar yang aku nak tunjukkan kepada semua orang adalah pada golongan yang ketiga tu. Orang yang kurang beragama tapi baik. Golongan inilah yang masyarakat kita terlepas pandang. Sebab apa, sebab diorang dah terkeliru dengan apa yang dikatakan baik. Asal nampak berkopiah je baik, asal nampak tak bertudung je tak baik.

Baik itu adalah fitrah manusia. Lahir dari dalam hati, terzahir melalui perbuatan. Kalau nampak mat saleh yang tolong orang buta lintas jalan, Ah Chong yang bagi free gift masa beli laptop, abang hindu yang bagi kita ride untuk ke jalan besar. Tak namanya baik ke tu? Itulah kebaikan. Cumanya mereka ini rugi sikit la sebab diorang bukan muslim.

Ingat tak pasal hadis yang menyebut tentang logam? Lebih kurang macam ini, "Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa islam. Sekiranya mereka faham." Nilai yang ada pada manusia sebelum dan selepas islam adalah sama. Contohnya orang yang bukan islam tetapi hatinya baik, kalau dia menjadi seorang muslim, dia akan menjadi seorang muslim dan seorang yang baik. Satu asset kepada islam.

Sama la jugak kisahnya dengan orang melayu kita. Ramai je kat luar sana yang berhati baik. Cuma mungkin dari segi agamanya lah yang kurang sikit. Yang kena perbaiki lagi. Cuba bayangkan kalau orang-orang yang baik hati ini, kita dapat bawa diorang untuk kenal tuhan, untuk mempraktikkan islam dengan sebaiknya. Tak ke damai malaysia ini?



Kesimpulannya, kita janganlah menganggap bahawa orang-orang yang baik itu, adalah orang-orang yang beragama sahaja. Tidak! Masih ramai lagi orang yang baik, selain daripada orang yang beragama. Bahkan orang-orang yang kita sangka hari ini tidaklah baik mana pun, satu hari nanti boleh jadi baik dan kukuh pegangan agamanya.

Islam itu mengandungi segala jenis kebaikan. Dan kebaikan pula terkandung dalam islam. Siapa yang mengejar islam, dia akan dapat kebaikan sebagai satu pakej. Tapi siapa yang mengejar kebaikan, belum tentu dia akan dapat islam. Jadi kejarlah agama.

Aku tahu korang semua baik-baik belaka. Mungkin kita boleh sama-sama memperbaiki lagi peranan kita sebagai seorang muslim pulak, untuk kita tergolong dalam golongan yang terbaik. Yang teratas dalam piramid tadi tu.

Tips: Kalau nak berkahwin, carilah pasangan yang beragama dan baik akhlaknya. Ha, jangan lupa juga! Carilah yang sekufu dengan kita. (sembang kencang macam orang dah kawen)


***Draft tahun lepas. Baru dapat siapkan hari ini.***

Saturday 8 November 2014

Saat Masa Terhenti

Bismillah

Cerita merapu ini mendapat aspirasi daripada kejadian yang berlaku sewaktu aku pulang dari universiti tengahari tadi. Ini bukanlah satu fenomena asing, walhal ianya adalah satu kejadian yang sangat kerap berlaku di sekeliling kita. Cerita dia macam ni;

Seperti kebiasaan harinya, aku tidak mengambil kenderaan untuk pulang ke rumah. Bagiku ada baiknya berjalan kaki kerana bukankah berjalan itu lebih menyihatkan? Dah la lama tak bersukan, berjogging pun tidak, kalau nak berjalan pun malas, hujung tahun ini jadi malik noor lah aku. Lagipun aku tidak ada urusan yang ingin dikejarkan di sebelah petang.

Jadi dalam terik matahari yang menambah kemanisan kulit hitam aku ni, rasa lapar pun  tiba-tiba datang. Nak makan apa hari ini? Semalam pagi petang aku tibai makan maggi kari yang aku bawak dari Malaysia. Takkanla nak makan maggi lagi kot? Botak kepala aku. Makan ayam Bastawi lah. Terliur beb bila aku terbayangkan ayam panggang Bastawi kat jalan port saied itu! Rasa macam dah lama pulak tak makan ayam panggang dia.

Hari ini aku pulang sedikit awal, takut jugak kalau kedai ayam panggang itu tak buka lagi. Nasib baiklah kedai itu dah buka bila aku sampai. Oh tapi kena tengok juga, kalau-kalau ayam dia masih tak masak lagi, kenalah tunggu sekejap. Nasib baik sekali lagi sebab aku tengok kat situ ada satu ayam yang dah siap masak dah. Ada seekor saja pula itu. Yang lain semua tengah separuh masak lagi. Dalam hati aku cakap 'tahu-tahu je makcik ni yang aku tengah lapar gila'.

"Aiwah ukmurni ya basha"
"Ya, encik nak apa? (perintahkan aku)"

"Fi firekh? Ana 3ayiz nus firekh. bas."
"Ada ayam tak? (ayam yang dah siap masak) Aku nak ayam setengah, itu je."

"Mush 3ayiz ruz?"
"Taknak nasi ke?"
(Selalunya orang melayu akan order ayam suku dengan nasi. Orang arab tak makan nasi sangat.)

"La.. La.. Eddini nus firekh bas."
"Taknak. Taknak. Bagi aku ayam separuh je."

"Meshi. Bas mumkin bitestanna khamas daqaik?"
"Ok, tapi boleh tak tunggu lima minit?"

"Aa mumkin, mafish musykilah. Ana hagilek ba3din aa."
"Oo boleh je, takdehal lah. Kejap lagi aku datang balik eh"

*Gua bukan nak poyo, tapi ini bahasa arab sempoi je weh. Level ini je yang gua mampu.

Takde kerja. Banyak sangat tulisan.

Maka aku pun blah lah pergi ke tempat lain. Ingat nak singgah kedai runcit kejap. Masa itu aku baru saja draw duit sebab nak bayar duit sewa rumah, nak bayar duit barang-barang rumah, api air lagi. Dompet pun macam kembung sikit la, rasa macam kaya la sekejap. Itu yang ingat nak shopping kedai runcit sikit.

Lama jugaklah aku duduk termenung kat dalam kedai dia itu. Nak beli coklat apa ini? Yang ini sedap, yang itu lazat, yang sana murah, yang sini awesome. Tapi kita kenalah bijak berbelanja kan. Haha tahila bijak berbelanja semua itu. Sekali sekala saja kita beli jajan ini. Hari lain tak beli dah. Selesai bayar aku pun chow lah. Adalah rubu3 gajus, cekelat-cekedis sikit, air mineral sebotol. Dah.

Fuhh tak sabar ini, ayam golek dah tergolek-golek dalam kepala aku. Aroma ayam dia itu dari kedai seberang pun dah boleh bau. Kalau tak percaya kalian cubalah sendiri. Gua cakap lu, kalau lu orang datang sini gua kasi belanja free punya. Lu cakap la mau makan suku ke, separuh ke, sepuluh ekor pun gua bole belanja. Sebab aku nak korang semua nilai sendiri rasa dia. (Aku menulis sambil membayangkan diri aku tengah lapar. Realitinya ayam dia itu biasa je :D)

Aku dah ready dah nak bayar ini. Duit pun dah siap nak bawa keluar. Sampai saja depan kedai dia, aku cari plastik ayam aku. 'Takde plastik pun. Eh dia sorok kat mana ayam aku tadi. Tak buat lagi ke? Kau jangan makcik, aku telan kau satgi.' Aku dah tak tentu arah dah ini. Ekspresi muka aku rilek je bantai senyum kat makcik itu, muka sejuk mata memandang. Tapi dalam hati ya Allah kau, berderau darah ini, masih tercari-cari lagi batang hidung ayam panggang aku. Tak nampak pula. Aku dah macam cacing lapar kepanasan.

Tiba-tiba pekerja dia cakap, "khamas daqaik". Dalam hati, 'Lahhh, lima minit lagi?' Aku hanya mampu tersenyum. Ketawa dalam hati. Bodohnya aku. Haha. Aku lupa yang sekarang ini aku berada di bumi mesir. Janji orang masriyyin ini, lagi teruk daripada janji melayu. Kalau dia cakap tunggu seminit, maknanya dia cakap tunggu 5 minit. Kalau 5 minit? Boleh jadi 25 minit. Kalau dia cakap 'bukroh' (esok), kau datang je lusa. Tapi tulat pun tak tentu siap. Haha. Aku tak tipu.

Itulah sebab bila aku sampai balik di kedai ayam panggang itu, bila dia cakap lagi lima minit aku rasa macam dejavu. Aku macam pernah melalui keadaan ini. Lima minit yang lalu, dia bilang lagi lima minit, tapi bila aku datang balik selepas lima minit itu dia masih lagi bilang lagi lima minit. Jadi adakah tempoh aku membeli barang di kedai runcit itu adalah saat terhentinya masa? Eh kejap, macam magic dow. Kau tak rasa itu macam satu helah masa. Hahaha.

Apa-apa hal pun aku berjaya juga membawa pulang ayam panggang aku itu. Dah selamat dah pun masuk ke dalam perut. Tunggu masa saja dia nak dikeluarkan balik. Moga protein-protein yang aku telan itu dapat menjadi sel-sel soleh solehah yang akan berbakti untuk agama nanti. Memberi aku kekuatan untuk beribadah. InsyaAllah. Haha.

Tuan-tuan, bila kita bercakap dengan orang ini kita kena perhatikan apa yang kita cakap. Kalau dalam bab berjanji kita kena tengok dulu adakah kita mampu untuk menunaikan janji kita nanti, kalau kita yakin kita dapat menunaikan janji kita itu barulah kita lafazkan. Ini cakap ikut sedap air liur keluar saja. Kisah ayam panggang ini satu santapan ringan sahaja, nun di luar sana ada banyak lagi urusan yang lebih besar.

Makanlah ayam panggang, kerana ianya kurang berminyak dan kandungan proteinnya lebih berkualiti. Saya akhiri penulisan ini dengan serangkap pantun;

Anak kecil di dalam kelambu
Tidur lenanya membuatmu kelu
Selamat hari lahir untukmu ibu
Moga rahmat Allah ada selalu

Video selingan. Moga ceria selalu.


Tuesday 9 September 2014

Bwahahaha

Sungguh hati ini telah jauh.
Wahai hati, masih bernyawakah kau?

(Yeay ada update.! Huh.? Ini sampah.)


Ya Allah. Moga aku kembali, menjadi lebih baik.

Thursday 10 April 2014

Hati

"bila aku cakap aku keras hati, aku maksudkan. keras, yang memang susah nak ubah"




Terkadang diri ini berani berkata
Soal perkara yang di luar batasnya
Apa kau sangka engkau itu Dia
Penentu tuju dan ke mana hala

Berbaliklah wahai hati
kerna kau sentiasa merindui
Rasa yang kau amat mengerti
Tapi menggapainya belum lagi



(bajet-bajet avia poetry la kan. Puih!)

Random gila post tengah-tengah exam ni. haha. lama gila tak tulis-tulis macam ini. Aku tahu aku jahat, tapi aku akan terus cuba berusaha. =) Moga Allah redha. Moga tidak retard.

Allahumma la sahla illa ma ja3altahu sahlan, wa Anta taj3al huzna iza shikta sahlan. Allahummahdina!

Saturday 5 April 2014

Unsung Hero

Seronok tengok video ini. Rasa macam best kalau semua orang kat dunia ini berperangai macam laki ini. Sebab itu kadang-kadang aku terfikir, manusia yang berakhlak mulia ada di mana-mana. Baik dia indian, american, chinese, atau arab. Walaupun dia bukan Islam, tapi dia baik. Kerana baik itu bukannya ada pada agama sahaja, tapi baik itu adalah sifat dalam diri manusia.

Cuma yang membezakan nilai-nilai kemanusiaan dengan nilai-nilai Islam adalah penyerahan diri kepada Allah. Orang Islam seharusnya meletakkan Allah sebagai tujuan. So daripada gained nothing from doing the good deeds, Islam bagi kita extra rewards. Dapat pahala. Yay!

Maybe sebab itu aku rasa Nabi (saw) kata pilihlah yang beragama, (nabi tak sebut yang berakhlak).


Wednesday 26 March 2014

Oh Umpun Umpun

Kisah si Umpun-umpun

Kau tahu tak dalam dunia ramai lagi orang yang menderita lebih teruk daripada kita. Kau yang random dan aku tak maksudkan kau itu adalah kau. Kau itu boleh jadi diri aku juga.

Maka tersebutlah kisah si Umpun. Dia tinggal di perkampungan umpun-umpun, sebuah kampung yang aman dan harmoni. Tak terusik dek dunia luar. Bersih dan begitu indah sekali. Umpun tinggal bersama adik-beradiknya. Ibunya telah lama pergi entah ke mana sejak mereka dilahirkan.

Malangnya nikmat keamanan mereka tidak kekal lama. Pada satu pagi, tanpa siapa sangka datanglah sekumpulan manusia menceroboh kampung mereka. Manusia itu tidak langsung menghiraukan keindahan alam yang ada, mereka sesuka hati mencantas pohon-pohon yang menutup laluan mereka.



Menyedari kehadiran mereka, Umpun segera berlari mendapatkan adik-beradiknya yang sedang tidur di rumah. Dia mengejutkan mereka dan memaksa mereka lari dengan segera demi menyelamatkan diri. Malangnya apalah sangat kelajuan umpun berlari berbanding kelajuan manusia. Satu persatu rakyat Umpun-kingdom di tangkap. Manusia ketawa suka.

Umpun tidak melarikan diri. Dia tidak sanggup merelakan suku mereka ditangkap sedangkan dia berlari. Biarlah dia bertahan di sini, mencuri masa membiarkan adik beradiknya sempat melarikan diri. Tak abanglah kalau dia juga turut berlari. Ceh.

Di depan umpun kini berdiri seorang manusia. One on One. Dia memanjangkan tangannya ke arah umpun dan umpun tangkas mengelak ke kiri. Manusia itu mencuba lagi, dan kini umpun mengelak ke kanan pula. Sh@* F*@#..manusia itu mencarut. Dia menjadi semakin geram lalu menggenggam tanah di sekeliling umpun. Umpun tertangkap, dia cuba menggerak-gerakkan kakinya untuk meloloskan diri. Namun tak berjaya.

Umpun sedih. Dia tak sanggup menerima hakikat yang menimpa Umpun kingdom. Dah la kampung mereka diceroboh, pastu adik beradiknya pula diculik. Mereka tidak sempat melarikan diri. Mujur ada sebahagian besar umpun yang dapat menyelamatkan diri. Paling tidak pun masih ada pewaris bagi kerajaan mereka.

Maka tinggallah umpun bersama kawan-kawannya yang turut diculik. Mereka dicampakkan ke dalam penjara yang amat sempit. Rumah baru yang hanya seluas sekangkang kera itu tak menjanjikan keselesaan yang terbaik. Dua tiga hari juga mereka dibiarkan dalam penjara.

Kalau dah kena tu culik apa lagi yang tinggal? Umpun seakan-akan dapat membaca nasib yang bakal menimpanya. Memang akan dijual la nampaknya. Pemerdagangan umpun-umpun. DIa pernah mendengar berita mengenainya sebulan lalu. Kini dia pula yang merasai.

Oh tak dapat aku bayangkan betapa luluhnya hati si umpun. Bagaimana pula dengan perasaan adik beradiknya yang terpisah? Perasaan sanak saudaranya? Mampukah mereka hidup tanpa umpun di sisi. Pilu.

Penderitaan umpun-umpun tidak berakhir di situ. Akhirnya ada juga manusia yang membeli. Sekotak 4 ringgit, itulah nilai harga diri mereka yang telah manusia tetapkan. Wajah manusia itu menjadi sangat gembira sebaik sahaja berjaya mendapatkan umpun-umpun. Mereka kemudian di bawa pergi ke destinasi yang lain.

Laut. Ini bau air laut. Rupa-rupanya dia di bawa ke muara sungai. Umpun buntu, dia tidak tahu apalah nasib yang akan menimpanya pula kali ini. Kelihatan manusia-manusia tadi membawa beberapa batang besi panjang yang nipis, dengan kotak yang berisi alatan-alatan besi. Dan satu kotak mengandungi ais.

Mereka berhenti. Barang-barang diletakkan di atas kertas kanvas yang direntangkan luas. Ada yang berdiri memerhatikan keadaan sekeliling. Ada yang duduk mencantum rod-rod besi itu. Ada juga yang sedang mengikat tali pada besi yang tajam. Mereka sungguh menakutkan. Tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah kotak umpun.

Pintu penjara umpun dibuka. Umpun menjadi cemas, dia tidak tahu mahu rasa gembira atau berduka. Apakah yang manusia itu cuba lakukan? Apakah sudah tiba masanya untuk dia dibebaskan?

Tangan manusia meraba-raba ke dalam bekas plastik. Akhirnya kawan Umpun pula yang berjaya ditarik keluar dari bekas. "Yahoo! I'm free. I'm free. Bye, see you guys later." Kawannya berteriak gembira, akhirnya keluar juga dari penjara yang sempit itu. Tak sangka itu rupanya bahasa mulut Umpun kingdom.

Kawan umpun itu dibaringkan di atas sebuah papan plastik. Entah dari mana datangnya dan dengan tiba-tiba ada sebilah pisau berada di tangan manusia itu tadi. Umpun cuba menjerit memanggil kawannya, "Trex, Trex lari!" Malangnya suaranya itu tidak dapat didengari. Frekuensi suara manusia yang jauh lebih kuat itu menghalang penerimaan suaranya.

"Aaarghhh..."

Ekor Trex terputus dari jasadnya. Manusia tadi mengerat badan Trex tanpa perasaan. Tapi Trex masih boleh menjerit dan bertahan untuk masa yang lama. Sakit yang terlampau itu membuatkan Trex cuba melawan. Dia mengeluarkan taring dan cuba menggigit jari manusia yang mengeratnya. Manusia itu sedar apa yang Trex cuba lakukan, lalu dia terus memenggal kepala Trex.

Kepala Trex diangkat, dijulang kepada kawan-kawan manusia itu tadi. Mereka seolah-olah sedang berbicara sesama mereka. Trex sudah tidak mampu bergerak. Yang tinggal mungkin hanya reflex-reflex kecil hasil dari baki tenaganya yang masih ada.

Kemudian kepala Trex ditusuk pula dengan besi tajam yang diikat dengan tali, yang bersambung dengan rod besi itu tadi. Dari bawah hinggalah ke atas. Kepalanya ditusuk sedalam-dalamnya. Trex yang sudah tak bernyawa itu dicampakkan ke dalam laut.
Entahkan apa pula yang akan menimpanya di dalam itu, aku pun tak tahu.


Umpun menangis. Dia tak sanggup melihat kawannya di seksa di depannya. Dia juga sedar bahawa perkara yang sama akan turut menimpanya sebentar lagi. Dia hanya mampu melafazkan zikir dan berdoa agar diampunkan dosa-dosanya lalu. Pada detik itu barulah dia terfikir, apa inikah takdirku?

***************
Retard. Aku pun tak tahu apa aku buat ini. Haha, the idea just came and then I decided to write it down. Memang time exam ni lah paling sesuai untuk kita buat benda2 macam ini pun kan. Aku harap adalah juga pengajaran yang dapat diambil dari cerita b0d0 ini, so takdela aku pula yang nmpak b0d0.

-La yukallifullahu nafsan illa wus3aha-wAllahu khairul Maakirin-3asa an takrahu shai3an wahuwa khairul lakum-Never doubt what Allah has plan for us.

*gambar2 ihsan google