Ambu Bag.
Perkataan yang amat ringkas dan mudah. Adik-adik kita yang umurnya baru mencapai 5 tahun pun sudah tahu mengejanya. Tetapi dalam jutaan rakyat Malaysia, berapa ramaikah orang yang tahu maksud perkataan itu? Tanpa menggunakan talian hayat, tanpa melakukan google search, dan tanpa pencarian Wikipedia. Siapa tahu?
Apa itu “ambu bag”?
Ok lah. Aku bagi masa 2 minit untuk siapa-siapa yang ingin google search. Sambil-sambil tu, dengarlah lagu background “Aku Merinduimu”. Maksud aku, layan lirik dia. Penuh makna tu.
^_^
Ok, masa dah tamat.
Rasanya semua orang dah tahu jawapan. Siapa yang google search image sahaja, memang akan blank. Tetapi siapa yang guna Wikipedia tengok gambar dan cari fungsi Ambu Bag ni, mesti korang dah tahu apa dia binatang ni? Haha, seriously Ambu Bag ni bukan binatang.
Ambu Bag atau nama lainnya “Bag Valve Mask” adalah alatan yang digunakan untuk membantu pesakit bernafas. Ia adalah salah satu medium, yang sama fungsinya seperti “mouth to mouth” resuscitation.
Apabila berlakunya kecemasan atau kemalangan, pesakit biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Malah dalam kebanyakan kes, ramai pesakit yang tidak dapat bernafas langsung. Pada masa yang sama jantung masih lagi berfungsi. Jadi, masa inilah kita akan gunakan Ambu Bag sebagai alat bantuan pernafasan. Ia membantu mengembangkan kembali paru-paru.
Sekiranya berlaku kemalangan dan kita berada di tempat kejadian, kebetulan pula kita baru sahaja membeli Ambu Bag. Boleh kita rasmikan pesakit pertama.Caranya mudah. Letakkan penutup (berbentuk segitiga) di mulut dan mulakan mengepam. Ratio yang aku pernah belajar, seminit 10 kali pam (kalau tak silap lah). Maknanya setiap 6 saat sekali. Tak ada hal lah.
Tapi sebenarnya penat juga. Kalau nak tunggu ambulans sampai, selalunya akan makan masa. Katakanlah, jarak hospital yang paling dekat adalah 20 kilometer. Paling cepat ambulans boleh sampai adalah 10 minit. + preparation + sarung baju + habiskan makanan + start enjin ambulans + keluar hospital + salah jalan + jalan jam (federal highway) + keliru/tersalah pesakit = total masa 25 minit.
“1,2,3,4,5, PAM!”
“1,2,3,4,5, PAM!”
1 minit = 10 pam
25 minit = 250 pam
Bayangkan kita pam seorang diri selama 25 minit. Walhal kita sepatutnya masuk kerja lagi 10 minit. Tak boleh ke nak berhenti? Jangan, nyawa pesakit adalah lebih penting dari bos kita. Teruskan mengepam lagi. Sebelah tangan pegang penutup yang dilekapkan ke mulut. Sebelah lagi pam udara. Nampak mudah, tapi sebenarnya lenguh. Cubalah try test uji practice dulu.
Haha. Konfem lenguh otot-otot abductor dan adductor tangan. Surrender lah, kalau pam manually memang susah. Itu baru pam udara.
Cuba kita gantikan udara dengan air. Bukan air yang biasa, tapi air yang pekat dan likat. Likat macam Turkish Coffee. Tentu jadinya lebih susah, sebab air lagi dense dan air lagi mampat dan air lagi berat. Kemudian terus mengepam macam biasa. Bukan 25 minit tapi 25 jam, atau 25 hari, atau 25 bulan. Atau 25 tahun. Agak-agak penat ke kita?
Sebab itulah bukan kita yang kawal jantung. Walaupun jantung juga adalah otot, tapi jantung tak terikat secara langsung pun di bawah penguasaan kita. Sampai ke hari ini, jantung tak pernah berhenti mengepam darah. TAK PERNAH. Untuk aku, hampir 20 tahun otot-otot jantung bekerja. Untuk ayah, dah 55 tahun jantung bekerja. Bukan kita yang paksa dia bekerja.
Kalaulah jantung juga diletakkan bawah kuasa kita, setiap masa kita kena jaga. Nak makan, nak minum, nak tidur, nak jalan, nak naik kereta, nak menyanyi, nak menangis, nak tengok tv, nak berlari. Sambil-sambil nak buat semua tu,kita kena contract dan relaxkan otot jantung sendiri.
Bayangkan, kita terjatuh dari Cruise dan terkapai-kapai di tengah-tengah lautan. Mahu atau tidak, kita kena gerakkan kaki dan tangan untuk terus terapung. Kalau kita berhenti, kita akan mati sebab kita yang mengawal tangan dan kaki.
Fikirkan pula kalau kita yang mengawal jantung, setiap masa kita kena pam darah. Kalau kita penat, rasa nak berhenti rehat sebentar sepuluh saat. Dalam masa sepuluh saat otak akan mula kekurangan darah. Lewat lagi beberapa minit boleh membawa kepada kerosakan otak. Tengok, itu padahnya kalau kita lalai mengepam jantung.
Alhamdulillah. Tuhan maha Penyayang. Dia tidak membiarkan kita mentadbir diri sendiri. Dia sekali pun tidak membiarkan kita terbeban. Dalam sehari kehidupan kita di dunia, Allah tolong kita dalam macam-macam perkara. Salah satunya, Dia membantu menggerakkan jantung kita bekerja.
0 comments:
Post a Comment