Thursday, 12 May 2011

1956 - 2011



Dia seorang pendidik.

Teringat lagi masa kita sekolah rendah. Takut sangat kalau kena marah dengan Ayah. Biarlah kena marah dengan ibu. Segarang-garang ibu, tak ada lah segarang ayah. Selalunya threshold kemarahan ayah memang tinggi, tapi bila sabar dah cecah limit, habislah. Tapi sekarang ayah dah kurang marah, mungkin sebab anak-anak dah besar panjang. Sifat marah ayah membuatkan terciptanya rasa hormat.

Dia seorang perancang.

Ayah selalu naik angin kalau bergerak tak ikut masa. Kalau nak tahu, ayah lah seorang perancang masa yang terbaik. Nak kata disebabkan darah askar yang mengalir, tak juga. Mungkin ayah dah terbiasa merancang masa dari dulu. Pernah satu ketika dahulu, ayah dah jadi macam driver bas.  Bijak dia merangka masa untuk menghantar kami ke pulang ke sekolah. Dari 6 orang adik-beradik, 5 orang tinggal di asrama. Carta perjalanan kami: Subang Jaya - Jasin - Sungai Besi – Setapak – Gombak. Kalau yang masuk asrama pukul 6, insyaAllah sampai.

Dia seorang pemberi hadiah.

Ingat lagi, masa kecik-kecik ayah selalu belikan kereta Hot Wheels. Itupun selepas dirayu-rayu. Satu kotak ada 5, abang kembar dapat sorang 2, adik bongsu (masa tu) dapat 1. Haha. Tapi bukan setiap permintaan dipenuhi. Itulah cara yang betul nak mendidik. Kalau dah terbiasa dapat segala benda yang kita minta, nanti susah nak terima kalau tak dapat sesuatu. Hadiah bukanlah sesuatu yang mempunyai bentuk semata-mata. Kalau kasih sayang, itu cukuplah hadiah yang paling bermakna.

Dia seorang yang tekun.

Dulu ayah seorang askar TUDM. Selepas berhenti, dia mula mencari mata rezeki yang baru. Setelah puas mencari, akhirnya ayah diterima untuk bekerja di sebuah syarikat sebagai pengawal keselamatan. Dulu ayah pakai topi, dan bawa belantan. Dari tingkat paling bawah, ayah naik setangga dan setangga seterusnya ke anak tangga lebih tinggi.Alhamdulillah, rasanya hampir 20 tahun (mungkin lebih) ayah bekerja. Kini ayah kemas berkemeja, adakalanya bersarung kot. Dah jadi Penolong Pengurus sekarang, ala-ala Dato pun ada.

Dia seorang yang berjiwa ayah.

Siapa kata orang yang sibuk bekerja tidak ada banyak masa? Sibuk-sibuk ayah pun, kalau ada  masa cuti ayah akan manfaatkan dengan berziarah. Selalunya ayah bawa kita pergi rumah Cik Midah. Adik kesayangan ayah. Walaupun nampak macam nak ziarah adik ayah, tapi sebenarnya keluar jalan-jalan ini pun turut menguatkan jalinan antara anak-beranak. Jalan-jalan, makan-makan, rehat-rehat. Bergerak sekali, makan sekali, tidur ramai-ramai. Itulah kerjanya bila ayah ada masa lapang.

Dia seorang kawan.

Dulu lain sekarang lain. Dulu kami kecil sekarang dah besar gajah. Dulu ayah layan kami macam anak kecil, suap itu dan suap ini. Sekarang dah besar, ayah layan kami macam kawan. Sentiasa bagi nasihat, bagi pandangan. Sekarang, bila kita berdiri untuk solat, sebelah menyebelah je. Tinggi pun hampir sama. Ayah teman memancing, dan teman jogging. Kami pula nak rasa zaman muda macam ayah pernah rasa dulu. Ayah pula boleh kongsi zaman muda kami.

Ayah. Selamat Hari Lahir yang ke 55!

3 comments:

Assalamualaikum Bukhari

Selamat Ulang Tahun ke 55 untuk ayah Bukhari... Alhamdulillah, ada anak soleh yang mendoakan ayah sentiasa...Tarikh lahir hampir sama dengan baba Nusaibah...Pada Hari Guru ni, baba Nusaibah 47 tahun.
 
terbaikkkkkkkk! as always~
 
Ummi mazwati: Oh, sambutan hari guru+ hari lahir lah ni... happy bday, (wish awal2)

Kak long: haha, apa yang terbaik nyer? sama je, hanya page yang banyak perkataan..
 

Post a Comment