Thursday, 15 July 2010

Tuhan...Jangan Kau Palingkan Hati Ini...

bila dicantas iman dari diri
hati mudah terpaut pada tali duniawi
waktu itu tangan sudah tiada guna
keduanya sibuk menggapai dosa
terlupa untuk membersihkannya
leka mengambus salah yang nyata

jiwa pula bingung memberi kata
perlu atau tidak menyambutnya
sedang dalam sesat fikirannya
mulut mendahului berkata
"ya Allah, bantulah! tolonglah!"
"hamba tahu hamba salah"
rayuan tanpa iringan kekesalan
akhirnya rugi yang memakan tuan

hati berpaling keingkaran
mata cuba membutai kebenaran
dan mulut menambah kekusutan
akhirnya taubat dirasakan jauh
wahyu nyata dikatakan bercanggah
dosa mungkar pun dihiasnya indah

bila tibanya satu saat
syaitan yang angkuh menasihat
kau angkat dia sebagai malaikat
padahal tuhan setia di sisimu
melihat dan berkuasa ke atasmu
mengirim jutaan kalimah untukmu

Allah, hidup untukMu diketepikan
ibadah pula menjadi kebanggaan
keliru bagai tidak bertuhan
kerana ego, iman ditinggalkan
musnahlah doa yang dipanjatkan
gugur seribu takbir yang dilaungkan

"Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah"

0 comments:

Post a Comment