Assalamualaikum wbt.
Sehak boh? Lamo dok jupo. Kawe ni
dah ghindu sangak sama demo. Ceh, main taram je aku cakap Kelantan ni. Jangan
marah eh Kelantanese sekalian. Aku ini harap je duduk sebilik dengan orang
Kelantan, tapi loghat Kelantan satu pun tak lekat. Haha, lagipun roommate aku
ini takdelah cakap Kelantan pun kat umah kami. Dia pun dok cakap Keyel je. Nama
dia Jerry.
Ok cukup. Sebenarnya aku tengah
panas gila ni. S@$&#*! Penat dah mencarut2. Nak je aku tumbuk-tumbuk,
lenyek-lenyek diorang ini sampai jadi sambal belacan. Rasa macam nak sagat je
kepala arab rumah bawah ni dengan mesin parut kelapa. Korang kena datang egypt
dulu lah kot baru korang akan paham kenapa kitorang geram sangat dengan diorang ini.
Ditakdirkan university kitorang
dengan selamba bapak dia je mengisytiharkan cuti emergency dua minggu.
Tiba-tiba. Aku ni yang memang jenis takde plan apa-apa memang tak kisah lah kan
kalau ada cuti ke, takde cuti ke. Tapi aku cuma kesian la tengok member2 aku
yang dah terbeli tiket untuk balik cuti easter nanti. Dah nama emergency,
memang takde notis la cakap lu. Esok nak kelas, malam ni pukul 8 baru nk
bagitau.
3/5 orang daripada housemate aku
dah beli dah tiket balik Malaysia untuk cuti easter nanti. Dalam hujung bulan 4
camtu. Walaupun cuti masa easter tu nanti hanya 2 minggu tapi, mostly orang
yang nak balik time itu ada hal-hal yang penting untuk diuruskan.Ada je
kawan-kawan aku yang nak balik sebab nak bertunang, nak jumpa anak buah yang
baru lahir ada, ada yang dah siap plan untuk majlis akad nikah lagi. Sayang
weh, tiket tu kalau nak tukar tarikh lain mahal gila kot. Harga nak tukar itu
kadang2 sampai 2000 genih pun ada, GG.
Oleh sebab ramai student yang tak
puas hati, so persatuan pelajar buat mesyuarat. Diorang cuba minta cuti
emergency ini cancelled, sebab takut dia affect cuti easter nanti. Nanti
takdelah cuti bulan 4 itu. Tapi kitorang punya usaha nak tolak cuti itu tetap tak
diterima. Ditolak mentah-mentah. At least kasi goreng dulu la. Ini gua punya muka pun
lu tak mau pandang, lu sudah bikin sampah. Ayya!
Akibat frust menonggeng yang melampau aku pun
terfikir ada baiknya aku bawak diri aku ke Cairo. Lama juga sebenarnya tak
pergi Cairo. Bolehlah nak cari "ketenangan" kat sana. Ahaks. Ketenangan
yang macam mana tu? Ahaha
- Adakah mencari ketenangan rohani dengan melawat masjid Al-Azhar? Tak, aku lupa nak singgah haritu. haha
- Adakah ketenangan itu dengan meng'usha' ustazah-ustazah Azhar? Tak kot
- Adakah ketenangan itu datang dari melihat keindahan pemandangan sepanjang perjalanan ke Kaherah? Oh aku pun minat juga dengan nature ni. Mungkin sedikit terkesan.
- Adakah ketenangan itu hadir dengan meluangkan masa berjaulah suka ria dengan kawan-kawan yang satu kepala? Haha maybe la kot. Aku dok ketawa je sepanjang trip tu.
Menjadi fitrah dalam diri manusia
itu wujud sifat untuk mencari ketenangan. Kita tak suka dengan suasana yang
kusut, yang tertekan, bebanan, dan perkara-perkara yang menghimpit. Adapun
langkah-langkah mencari ketenangan diatas adalah inisiatif aku sendiri, yang
pada pendapat aku takkan mendatangkan impak yang sangat besar pun dalam mencari
ketenangan. Sebab apa aku cakap macam itu, sebab kalau kita rujuk balik Alquran,
Allah swt ada berfirman yang mafhumnya:
"ketahuilah dengan mengingati
Allah itu maka hati akan menjadi tenang"
(aku ingat ayat ini dari kecik
lagi sebab ayat ini ada dalam buku akhlak sekolah rendah kot.haha)
Tujuan aku ke Cairo itu sebenarnya
adalah sebab nak makan je. Haha. Serius. Aku memang mengidam nak buat trip ke
Cairo semata-mata untuk makan. Bak kata orang mentekedarah, melantak, or yang
kitorang lagi suka sebut 'ulti' singkatan kepada ultimate. Orang kata makanan
kat Alex ni takdemende sangat pun. Kat Cairo itu berpuluh kali ganda tempat
makan menarik yang kau boleh pergi. Jadi alang-alang dah cuti emergency itu,
kitorang pun pergi bermusafir ke Cairo dengan emergency plan juga.
Cairo pun jadilah, dah tak ada
duit nak gi jenjalan obersea brader.
Tempoh kitorang berada kat Cairo
hanyalah selama tiga hari dua malam je. Secara amnya perjalanan kami
merangkumi:
1.
Satu pakej buffet Jo Sushi
2.
Mencuci mata di Cairo International Airport
3.
Makan tengahari di restoran China
4.
Bersiar-siar di kompleks CityStar
5.
Makan malam juga di restoran China
6.
Pakej penginapan istimewa di Hostel Nostalgic ARMA
7.
Sarapan ekonomi di KSP
8.
Tiket pergi balik Train 2 kelas.
Percaya atau tidak pakej
teristimewa kami ini hanya menelan kos sebanyak LE 450 sahaja.
Aku tak tahu kenapa aku duduk
mengarut panjang gila ini, dan takde pekdah pun.
Jadi dipendekkan cerita, kami
bertiga pun tibalah di kompleks membeli belah CityStar. Aku Paru dan Cekpi.
Sedih juga bila fikir Amir Kimi dah tak ada(tak ada kat egypt) =( CityStar ini lebih kurang macam
MidValley kat Malaysia cuma mungkin lebih besar. Seperti biasalah bila sampai
ke pusat beli belah ini, tempat pertama yang kita kena pergi adalah mesin ATM.
Mafish fulus mafish hagah. Nak menangis juga bila terkenangkan duit elaun yang
masih belum masuk lagi.
Usai mengeluarkan wang kami terus
berjalan ke kedai yang berdekatan. Kedai buku. Aku tak sangka yang kami bertiga
akan singgah ke kedai buku. Macam lawak pun ada. Fikir aku ada bagusnya juga
kami singgah ke kedai buku ini, paling kurang ada juga faedah trip ke Cairo
ini. Tidaklah nampak sangat yang kami ini terlalu 'melagho'. Aku tidak keluar
dengan tangan kosong. Aku beli kamus bahasa english-arab. Dah fifth year pun
still beli kamus. LOL
Kami kemudian meneruskan langkah
ke kedai seterusnya. Kedai ini memang kedai wajib pergi, kami dah pasang hajat
untuk ke kedai ini sejak dari dalam teksi lagi. Disebabkan CityStar ini besar
sangat, kami terpaksa bertanya beberapa orang untuk mengetahui lokasi kedai
tersebut. Oh my God, sesampainya kami di depan kedai itu, masing-masing jadi
macam orang gila. Tempat ini syurga kepada kanak-kanak kau tahu, atau untuk mana-mana
remaja yang rindukan zaman kanak-kanak mereka. Macam kami.
Toys r Us.
"Kereta kontrol. Kereta
kontrol." Itu je yang terlintas dalam kepala aku waktu itu. Aku tak tahu
kenapa aku nak sangat beli kereta RC ini. Mungkin sebab aku rindu nak jadi
kanak-kanak balik kot. Dulu ayah belikan dua buah kereta RC ini untuk aku dan
kembar aku sebagai hadiah hari lahir. Sangat nostalgik. Setiap kali balik
Malaysia je mesti aku akan request mak aku untuk beli. Kalaulah ibu cakap
"belilah" memang dah lama aku beli kot. Tapi disebabkan taat kepada ibu
dan sedikit segan, aku tak pernah pun beli lagi.
Tapi kau. Bila dah masuk Toys r Us
itu, bersepah-sepah kereta RC. Berbagai-bagai jenis, macam-macam model, dan
bermacam saiz. Lagi tak boleh blah bila ada model kereta-kereta sport.
Lamborghini weh, siapa yang tak minat Aventador? Wow! Aku tak tahulah bila aku
akan dapat drive lambo, so aku ingat ada baiknya aku angkat(beli) je kereta
kontrol itu.
Fikir punya fikir, tak apalah tak
payah lah nak buat kerja budak-budak ini. Aku cuba melawan kehendak hati yang
melonjak-lonjak memaksa aku membeli. Ditambah dengan faktor harga yang sedikit mahal,
aku rasa tidak perlulah untuk aku membelinya.
"Tapi ini Aventador."
Hati aku melawan lagi.
Akhirnya kami bertiga keluar dari
Toys r Us. Pada asalnya aku merancang untuk membeli sebuah kereta RC. Tapi bila
dah tak jadi ini, aku carilah pula Rubik's cube. Malangnya rubik's cube dia
macam cikai gila. Tengok fizikal luaran je pun dah nampak macam senang rosak,
tak smooth nak kalau nak pusing-pusing. Jadi akhirnya apa yang kami beli
hanyalah sekotak kad UNO.
Secara keseluruhannya hampir
setiap tingkat dan hampir semua kedai kami lewati, tapi hanya beberapa sahaja
barang yang dibeli. Bila masing-masing dah penat, petang itu kami pun pulang ke
Hostel ARMA.
Beberapa hari selepas kami
melawati Toys r Us itu, tiba-tiba datanglah ilham dalam kepala aku. Aku cuba
terangkan apa yang aku faham dari cara pemikiran aku. Ianya ada hubung kait
antara kereta RC, dengan diri kita sebagai manusia.
Ok macam ini. Ada sebuah kereta
kontrol yang sangat lawa, sangat cantik design dia. Cuba bayangkan kereta
kontrol ini adalah model kereta Aventador. Kalau tak tahu sila google sekarang.
Siapa-siapa yang minat Need for Speed mungkin mereka tahu. Design dia macam
gabungan Gallardo dengan Reventon. Bayangkan body dia warna silver, berkilat. Tempat
duduk yang diperbuat daripada kulit. Lampu depan belakang yang seksi. Rim tayar
tip-top. Bunyi enjin dia, MashaAllah.
Aku nak tanya korang, selaku
seorang pembeli dan peminat kereta sport, perkara apakah yang paling utama
sekali yang membuatkan korang tertarik dengan kereta itu?
Design. Shape. Physical features.
Aku tak pasti kalau orang lain ada
pendapat yang berbeza daripada aku. Tapi lumrahnya manusia itu akan tertarik
pada sesuatu yang indah luarannya. Kemudian barulah dia akan nilai sistem
dalaman, kesesuaian, pandangan orang ramai dan sebagainya. Betul?
Ok. Berbalik kepada perumpamaan
kereta kontrol kita tadi. Aku bahagikan kereta kontrol itu kepada 3 bahagian.
Pertama komponen dan Aksesori. Kedua badan(body) dan perhiasan. Manakala yang
ketiga adalah tenaga(bateri).
Jadi daripada ketiga-tiga bahagian
ini, kita dapat tahu bahawa definisi sebuah kereta yang sempurna itu adalah
kereta yang memiliki ketiga-tiga jenis bahagian. Sebuah kereta yang lengkap
dengan enjin, tangki minyak, tayar, lampu, pintu, cermin sisi, bateri dan
sebagainya. Mungkin aku boleh gelarkan ia sebagai kereta idaman.
Cuba kita fikirkan apa yang akan
berlaku sekiranya ada sebuah kereta yang lengkap anggota badan dan perhiasannya, malah
komponen dalaman dan aksesorinya juga lengkap. Tetapi perkara yang lebih
penting, yang diperlukan oleh sebuah kereta kontrol pula tiada. Tiada bateri.
Tak boleh bro. Kereta itu tak akan berjalan. Ia perlukan tenaga, ia perlukan
kuasa untuk bergerak.
Ok sekarang cuba kita bayangkan
sebuah kereta yang ada bateri. Anggota badan dan perhiasannya juga terbaik.
Kita tengok dari luar, dah ok dah. Tetapi dia ini kurang komponen dan aksesori.
Kereta ini tak ada enjin. LOL. Dia punya direction untuk ke kiri dan kanan
terbalik. Dalam erti kata lainnya, cacat. Kereta itu ada bateri, tapi still tak
boleh bergerak. Tak boleh bro.
Begitu juga kisahnya dengan kereta
yang ada bateri, ada komponen dan aksesori yang mencukupi. Tetapi tidak lengkap
anggota badan dan perhiasannya. Lampu depan tak ada. Hon pula tak function.
Dalam erti kata lainnya, kurang sempurna. Tak boleh juga bro. Tapi daripada
ketiga-tiga bahagian itu, badan dan perhiasan ini adalah yang paling kurang
keburukannya. Paling tidak pun dia dapat berjalan dan melakukan tugas sebagai
kereta dengan sebaiknya. Cuma kena tahan sikit kalau kena maki.
Kita nak cari kereta yang
betul-betul sempurna ini bukannya senang. Yelah, kereta RC ini dijual dalam
kotak. Kita nak minta supaya dikeluarkan, nak try dia tak bagi pula. Kalau elok pun, berapa lama masa dia akan kekal elok? Bukannya
kita betul-betul tahu yang kereta kita nak beli itu betul-betul elok atau pun
tidak kan?
Macam itu juga kisahnya dengan
manusia. Manusia pun ada 3 bahagian juga. Ilmu, kefahaman dan praktikal. Ada
manusia yang bateri(ilmu) dia lemah sangat tetapi masih berfungsi(praktikal).
Ada manusia yang hanya mementingkan perhiasan dirinya(praktikal) tetapi baterinya
kosong. Ada juga manusia yang bukan sahaja tiada bateri bahkan cacat pula kefahamannya.
Selalunya kalau bateri lemah, kereta akan
bergerak perlahan. Jadi untuk meningkatkan balik kelajuan kereta itu kita kenalah
recharge balik bateri itu. Bagi full dulu, then bila dah full lajulah kereta
itu bergerak nanti. Tak semestinya yang baik pada luaran, akan baik dalamannya.
Begitu juga sebaliknya, tak semestinya yang baik dalaman, akan baik luarannya.
Ok aku dah malas nak tulis
sebenarnya, korang fikirlah sendiri. Bwahahaha. Sekian. ^_^
2 comments:
Post a Comment