Friday, 7 March 2014

A Superhuman 2B?

Maka tersebutlah kisah seorang pemuda yang bercita-cita besar. Dia yang mungkin sudah terasa bosan dengan gaya hidupnya yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan pun kepada dirinya ingin memulakan langkah ke arah transformasi diri. Walaupun telah berkali-kali dia gagal.

Cukuplah baginya rasa terhina dinegeri ini. Manusia itu memang gemar menilai, sedangkan mereka lupa yang mereka juga akan dinilai. Tak perlu dihiraukan segala penilaian itu kerna kuasa yang menilai itu hanya  padaNya. Bersangka baiklah!

Kini dia nekad untuk betul-betul berusaha ke arah itu. Malah tidak sedikitpun dia akan berasa ragu-ragu. Bagi membolehkan dia memiliki kuasa itu, dia haruslah terlebih utama mengumpulkan lima bentuk kunci sakti.



Kini dia sudahpun memiliki perancangan, target dan tujuan. Apa yang tinggal kini hanyalah disiplin dan kunci yang utama. KehendakNya. Apabila kelima-lima kunci ini disatukan, maka akan bertukarlah dia menjadi seorang yang baru. Seorang manusia luar biasa yang berkuasa menakhluk dunia.

Superhuman.

Disiplin merupakan salah satu kunci yang penting untuk merubahnya menjadi superhuman. Kalau tercicir kunci disiplin ini, maka dia tidak akan mampu untuk bertukar. Disiplin itu ibarat kuasa tujahan yang membawa anak panah ke sasaran. Tanpa disiplin anak panah tidak berguna. Apalah gunanya perancangan yang pelbagai jika dia tidak berusaha untuk melaksanakannya.



Maka pada suatu petang dia keluar untuk berjogging. Dia keseorangan. Rakan-rakan serumahnya sibuk dengan hal masing-masing. Mereka juga ada misi-misi yang sedang mereka usahakan. Mereka sudah terlebih dahulu memperoleh kuasa superhuman sebelum dia.

Sesampainya dia di trek larian, dia mendongak ke langit. Pintu untuk ke langit biru itu amat luas. Jauh di sebelah timur ternampak awan yang memayungi segenap bumi. Mentari di barat pula menunjukkan masa yang berbaki satu jam sebelum ia terbenam.

Trek lariannya betul-betul terletak di sebelah laut. Jarak pergi-balik antara Shatby dan Sidi Gaber adalah lebih kurang 6.5 km. Dia memanaskan badan. Pelipat tangan dan kakinya direnggangkan. Kemudian dia memutar bulatan luaran jam tangannya untuk mengambil masa mula dan dia pun berlari.

Berlari itu sifatnya memenatkan. Kita menggerakkan hampir kesemua otot semasa berlari. Otot-otot ini bekerja untuk kita. Kita pula menggajinya dengan oxygen dan mineral. Oxygen dan mineral itupun kita pinjam dari Allah. Kalaulah segala benda yang otot kita kerjakan di dunia ini tidak mengharapkan apa-apa balasan, mereka boleh mati jika kekurangan oxygen.

Sehebat mana pun kita mentadbir diri sendiri, kita tetap tidak akan mampu melakukannya tanpa bantuan Allah.



Dia sudah penat tetapi lariannya baru separuh jalan. Masih ada beberapa km untuk ditamatkan. Berlari seorang diri memang susah. Setiap langkah itu terasa semakin berat. Permintaan oxygen kini terlalu tinggi. Psikologi memaksa dirinya untuk lebih bersifat manja.

"Cukuplah untuk hari ini. Next time baru aku lari betul-betul." Hatinya terpujuk untuk berhenti.

"Wow, laju juga aku lari ni sebenarnya. Tak ada seorang pun yang mampu potong aku." Perasaan terlebih yakin mula timbul di hati. Penanda arasnya bukan lagi pada masa, tetapi pada persekitaran. Persekitaran yang lemah. Kalaulah dia betul-betul berlari di atas trek marathon.

"Ok jom berhenti."

Dia mula mengurangkan kelajuannya berlari. Langkah-langkah kakinya juga semakin kecil. Sedang hampir saja dia memberhentikan lariannya, tiba-tiba lintaslah seorang 'gadis' melayu melepasinya.

"Oh shet."



Kuasa untuk menjadi superhuman mula memasuki tubuhnya. Dia dapat merasakan yang adrenalin mula dirembeskan dan ia menjalar ke seluruh badan. Perasaan itu. Kekuatan itu. Bagaikan dua botol Redbull yang diminum terus. Inilah kuasa yang tercipta dari gabungan aura seorang wanita, dan maruah(ego) seorang lelaki.

Dia tak jadi berhenti. Langkah kakinya dibuka luas kembali. Disebabkan malu untuk menunjukkan muka, dia hanya mengikuti perempuan itu dari belakang. Belakang yang tidak terlalu dekat untuk menimbulkan sebarang syak wasangka.

Sampai di satu tempat, akhirnya wanita melayu itu berhenti. Jadi inilah titik perpisahan antara dua pelari. Dia meneruskan lariannya melepasi wanita itu. Pada saat itu tidak terlihat sedikit pun wajah kepenatan yang ditunjukkan di hadapannya. Cukup tenang sekali nafasnya.

In and Out.

"Kisah seorang manusia tidak jauh berbeza dari kisah dua orang pelari ini." Dia duduk berfikir sebaik saja menamatkan lariannya.

"Dalam dunia ini usaha yang dilakukan berseorangan terasa amat berat dan susah. Sedangkan usaha yang dilakukan secara berkumpulan itu terasa ringan dan tidak terlalu memenatkan.

Bilamana kita hidup di dalam persaingan, kita akan semakin ke hadapan. Kita nak jadi lebih baik daripada orang lain, dan orang lain nak jadi lebih baik daripada kita. Kitaran ini akan sentiasa berterusan. Tapi bila duduk berseorangan, kita hanya akan tahu kemampuan diri kita sendiri."

**********

Begitu juga dalam beramal. Suasana dan keadaan sekeliling sangat banyak membantu dalam membentuk diri kita. Kalau boleh cubalah kita hidup dalam suasana keislaman. Terlahir di dalamnya dan membesar dengannya sebenarnya adalah satu nikmat yang sangat besar.


Sebab itulah pembikinan baitul muslim itu sangat dititikberatkan. Tetiba!


2 comments:

MashaAllah! Seperti pernah ku alami mimpi macam ini. InsyaAllah moga dipermudahkan usaha sang Superhuman :)

Btw sedap lagu fynn tu :O
 
bwahahaha..apasal rajin pulak kau komen? terharu aku! mana ada org nak blogwalking lg dah skrang. Transformasi sedang berjalan, doakan! lol
 

Post a Comment