Sunday 6 December 2015

Mati: Bersediakah kita?

Sebelum kita berborak mengenai tajuk utama kita pada malam ini, terlebih dahulu marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah dan berdoa untuk arwah Pak Yus jambu, dan tunku Abdul Jalil yang baru-baru ini kembali menghadap Ilahi. Sambil-sambil itu doakan juga untuk arwah saudara mara kita. Atok, abah, nenek salmah, makteh. Semoga kita semua umat islam dipermudahkan jalan ke syurga.



Baik. 

Apabila terdengar saja cerita mengenai kematian, tak tahu kenapa baru-baru ini aku selalu sangat teringatkan arwah Pak Yus. Aku takdelah kenal mana pun dengan arwah, cuma sekadar peminat dia masa zaman maharaja lawak mega dulu tu. Masa itu rajin sangatlah tengok maharaja lawak dengan amir. Habis kelas, beli ayam bastawi, buka youtube, tengok maharaja lawak. Kumpulan jambu antara kumpulan yang top jugak la masa itu.

Bukan apa, Pak Yus itu dah la berbadan besar. Like besar gila gak aar! Tapi perangai macam budak-budak, kadang-kadang berlakon jadi perempuan, pakai baju merah jambu lagi. Dengan gaya separa retard dia tu. Tengok penampilan pun dah boleh tahan kelakar. Belum start buat lawak lagi itu.

Kalau nak dibandingkan dengan arwah-arwah lain, bila Pak Yus pergi, perasaan dalam hati ini lain sangat. Sedih dia lain macam. Rasa macam bergegar jugaklah hati aku. Walaupun arwah bukanlah insan yang dekat dengan aku, jumpa kat tv saja pun. Tapi berbeza dengan artis lain, pemergian dia ini membuatkan hati kita jadi sedih. Entah kenapa sedih lelebih pula dari yang biasa.

Itu yang aku terfikir, mungkin arwah Pak Yus ini baik orangnya. Kalau tak, takkan lah sampai macam gini sekali feeling sedih itu. Mungkin inilah yang orang sebut husnul khatimah. Beruntung sangat kalau kita mati dalam keadaan Allah redha kehidupan kita. Bila dah tak ada di dunia pun masih lagi memberi kesan dalam hati manusia. Kalau kita tengok pun, sampai ke hari ini pun ada lagi yang berkongsi cerita tentang kebaikan Pak Yus.

Allahummagh firlahu warhamhu wa3afihi wa3fu 3anhu.

Aku yang masih hidup ini pun, entah tak tahu lah pengakhiran aku nanti macam mana pula. Tanggungjawab dengan tuhan memang banyak lagi lah yang tak sempurna. Jauh lagi nak sampai budi pekerti macam nabi saw. Tanggungjawab sebagai anak pun tak lulus lagi. Tanggungjawab dengan kawan lagi la, out.

Untuk ibu ayah, kori minta maaf sangat tak dapat nak jadi anak yang terbaik untuk ibu ayah. Kori tersangkut kejap kat sini. Macam hilang arah kejap. Kori tahu apa yang sepatutnya kori buat, apa yang kori patut jadi, Tapi, entahlah. Kori tak tahu apa yang dah jadi dengan diri kori. Tolong beri kori masa. Kori nak cuba lagi. Ibu ayah tolong doakan macam biasa tau. Kori nak jadi anak soleh. Tapi takutnya kalau Allah tak bagi kori masa nak jalankan tanggungjawab sebagai anak. Jadi kori minta maaf la awal-awal.

Ok. Sebenarnya tadi aku nak cerita pasal hati yang sakit. Ringkasnya, nak bersihkan hati yang sakit itu adalah dengan lima cara:
  1. Membaca alquran dan memahami maknanya.
  2. Mendirikan solat malam.
  3. Berkawan dengan orang soleh.
  4. Memperbanyakkan puasa.
  5. Berzikir pada waktu malam
Touching jap post kali ini. Haha. Ok lah, pastikan anda semua tengok video di bawah ini. Banyak sangat pengajaran dan manfaat di dalamnya. Ambillah iktibar untuk diri kita dan sebarkanlah kepada orang lain.


Monday 8 June 2015

Baik

Salam alaikum wbt. Entu 3amilin eih?

Aku tak nak cerita pasal exam pediatric aku tadi, sebab aku rasa paper aku tadi hancur. Kau tahu rifle Ak-47 dalam Counter Strike? Kaliber peluru dia 7.76 mm. Satu peluru je pun dah cukup untuk bagi damage banyak gila. Tapi dia punya recoil tu kuat sangat pula. So kalau kau main tekan je mouse tu, memang susah la peluru tu nak hit enemy. Tak dapat kill.

Hah, macam tu lah aku jawab tadi. Nak lorek-lorek kertas MCQ memang kacang lah, aku tenyeh je kuat-kuat. Kena ke tidak jawapan tu aku pun tak tahu la. Hahaha. Aku cuba gelak.

Ok baik!

Sebenarnya ada satu benda yang tengah bermain-main dalam kepala aku. Jadi alang-alang nak meraikan hari 'cuti sehari sendiri lepasi tensi' ini, aku ingat nak kongsikan kat dalam blog terus. Senang, boleh la aku dengan blog aku, dengan kau jugak fikir sekali.  Aku nak berkongsi tentang satu benda yang aku terfikir kebelakangan ini. Tajuk dia 'baik'.




Ramai orang baik wujud di serata dunia. Bukannya tok sheikh sahaja yang baik, bukannya tok imam saja yang baik, bukannya graduan-graduan universiti islam saja yang baik. Bukannya budak-budak KISAS je baik. Smapl pun baik jugak. Bukannya yang bertudung labuh saja baik.

Baik itu adalah satu lumrah yang tertanam dalam diri manusia. Bukannya susah pun nak mencari kebaikan. Apa yang kita perlukan untuk menjadi baik, adalah akal yang sihat. Dan sedikit usaha.

Baik itu luas. Ia sebahagian besarnya merangkumi hubungan kita sesama manusia. Dengan orang-orang sekeliling kita, dengan masyarakat yang kita hidup bersamanya, dengan semua orang. Menghormati ibu bapa adalah baik, menyayangi anak-anak adalah baik. Baik itu ada pada ketaatan rakyat kepada pemerintah. Baik itu ada pada tanggungjawab sosial kita sesama masyarakat.

Tapi ada pula segelintir manusia yang meletakkan baik itu hanya apabila kita menjadi seorang yang beragama. Mana boleh!

Jadi kalau kita meletakkan baik itu hanya pada agama, maka tidak adil pula untuk mereka yang bukan beragama Islam. Apakah tidak ada orang-orang baik dalam kalangan agama kristian, hindu, buddha dan sebagainya? Seolah-olah kita telah mengikat pengertian baik itu hanyalah dengan menjadi seorang muslim.

Betul, memang kita tidak boleh untuk tidak bersetuju bahawa orang-orang yang beragama itu adalah orang yang baik. Cumanya apa yang nak ditekankan di sini adalah, bukan orang-orang yang beragama sahaja yang mempunyai hati yang baik. Nun di luar sana, selain daripada orang-orang yang beragama ini pun, masih ramai lagi orang-orang yang memiliki hati yang baik.

Untuk lebih mudah kita faham, baiklah aku bagi contoh macam ini. Ini cuma pandangan peribadi, kalau tidak bersetuju dengan aku, tolong jangan bash aku. Ok begini, dalam dunia ini ada empat golongan manusia. Orang yang beragama dan baik. Orang yang beragama dan kurang baik. Orang yang kurang beragama dan baik. Orang yang kurang beragama dan kurang baik.



Sesuka hati aku je buat piramid ni. Tak kesah la. Ok. Jadi fokus sebenar yang aku nak tunjukkan kepada semua orang adalah pada golongan yang ketiga tu. Orang yang kurang beragama tapi baik. Golongan inilah yang masyarakat kita terlepas pandang. Sebab apa, sebab diorang dah terkeliru dengan apa yang dikatakan baik. Asal nampak berkopiah je baik, asal nampak tak bertudung je tak baik.

Baik itu adalah fitrah manusia. Lahir dari dalam hati, terzahir melalui perbuatan. Kalau nampak mat saleh yang tolong orang buta lintas jalan, Ah Chong yang bagi free gift masa beli laptop, abang hindu yang bagi kita ride untuk ke jalan besar. Tak namanya baik ke tu? Itulah kebaikan. Cumanya mereka ini rugi sikit la sebab diorang bukan muslim.

Ingat tak pasal hadis yang menyebut tentang logam? Lebih kurang macam ini, "Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa islam. Sekiranya mereka faham." Nilai yang ada pada manusia sebelum dan selepas islam adalah sama. Contohnya orang yang bukan islam tetapi hatinya baik, kalau dia menjadi seorang muslim, dia akan menjadi seorang muslim dan seorang yang baik. Satu asset kepada islam.

Sama la jugak kisahnya dengan orang melayu kita. Ramai je kat luar sana yang berhati baik. Cuma mungkin dari segi agamanya lah yang kurang sikit. Yang kena perbaiki lagi. Cuba bayangkan kalau orang-orang yang baik hati ini, kita dapat bawa diorang untuk kenal tuhan, untuk mempraktikkan islam dengan sebaiknya. Tak ke damai malaysia ini?



Kesimpulannya, kita janganlah menganggap bahawa orang-orang yang baik itu, adalah orang-orang yang beragama sahaja. Tidak! Masih ramai lagi orang yang baik, selain daripada orang yang beragama. Bahkan orang-orang yang kita sangka hari ini tidaklah baik mana pun, satu hari nanti boleh jadi baik dan kukuh pegangan agamanya.

Islam itu mengandungi segala jenis kebaikan. Dan kebaikan pula terkandung dalam islam. Siapa yang mengejar islam, dia akan dapat kebaikan sebagai satu pakej. Tapi siapa yang mengejar kebaikan, belum tentu dia akan dapat islam. Jadi kejarlah agama.

Aku tahu korang semua baik-baik belaka. Mungkin kita boleh sama-sama memperbaiki lagi peranan kita sebagai seorang muslim pulak, untuk kita tergolong dalam golongan yang terbaik. Yang teratas dalam piramid tadi tu.

Tips: Kalau nak berkahwin, carilah pasangan yang beragama dan baik akhlaknya. Ha, jangan lupa juga! Carilah yang sekufu dengan kita. (sembang kencang macam orang dah kawen)


***Draft tahun lepas. Baru dapat siapkan hari ini.***