Monday, 8 June 2015

Baik

Salam alaikum wbt. Entu 3amilin eih?

Aku tak nak cerita pasal exam pediatric aku tadi, sebab aku rasa paper aku tadi hancur. Kau tahu rifle Ak-47 dalam Counter Strike? Kaliber peluru dia 7.76 mm. Satu peluru je pun dah cukup untuk bagi damage banyak gila. Tapi dia punya recoil tu kuat sangat pula. So kalau kau main tekan je mouse tu, memang susah la peluru tu nak hit enemy. Tak dapat kill.

Hah, macam tu lah aku jawab tadi. Nak lorek-lorek kertas MCQ memang kacang lah, aku tenyeh je kuat-kuat. Kena ke tidak jawapan tu aku pun tak tahu la. Hahaha. Aku cuba gelak.

Ok baik!

Sebenarnya ada satu benda yang tengah bermain-main dalam kepala aku. Jadi alang-alang nak meraikan hari 'cuti sehari sendiri lepasi tensi' ini, aku ingat nak kongsikan kat dalam blog terus. Senang, boleh la aku dengan blog aku, dengan kau jugak fikir sekali.  Aku nak berkongsi tentang satu benda yang aku terfikir kebelakangan ini. Tajuk dia 'baik'.




Ramai orang baik wujud di serata dunia. Bukannya tok sheikh sahaja yang baik, bukannya tok imam saja yang baik, bukannya graduan-graduan universiti islam saja yang baik. Bukannya budak-budak KISAS je baik. Smapl pun baik jugak. Bukannya yang bertudung labuh saja baik.

Baik itu adalah satu lumrah yang tertanam dalam diri manusia. Bukannya susah pun nak mencari kebaikan. Apa yang kita perlukan untuk menjadi baik, adalah akal yang sihat. Dan sedikit usaha.

Baik itu luas. Ia sebahagian besarnya merangkumi hubungan kita sesama manusia. Dengan orang-orang sekeliling kita, dengan masyarakat yang kita hidup bersamanya, dengan semua orang. Menghormati ibu bapa adalah baik, menyayangi anak-anak adalah baik. Baik itu ada pada ketaatan rakyat kepada pemerintah. Baik itu ada pada tanggungjawab sosial kita sesama masyarakat.

Tapi ada pula segelintir manusia yang meletakkan baik itu hanya apabila kita menjadi seorang yang beragama. Mana boleh!

Jadi kalau kita meletakkan baik itu hanya pada agama, maka tidak adil pula untuk mereka yang bukan beragama Islam. Apakah tidak ada orang-orang baik dalam kalangan agama kristian, hindu, buddha dan sebagainya? Seolah-olah kita telah mengikat pengertian baik itu hanyalah dengan menjadi seorang muslim.

Betul, memang kita tidak boleh untuk tidak bersetuju bahawa orang-orang yang beragama itu adalah orang yang baik. Cumanya apa yang nak ditekankan di sini adalah, bukan orang-orang yang beragama sahaja yang mempunyai hati yang baik. Nun di luar sana, selain daripada orang-orang yang beragama ini pun, masih ramai lagi orang-orang yang memiliki hati yang baik.

Untuk lebih mudah kita faham, baiklah aku bagi contoh macam ini. Ini cuma pandangan peribadi, kalau tidak bersetuju dengan aku, tolong jangan bash aku. Ok begini, dalam dunia ini ada empat golongan manusia. Orang yang beragama dan baik. Orang yang beragama dan kurang baik. Orang yang kurang beragama dan baik. Orang yang kurang beragama dan kurang baik.



Sesuka hati aku je buat piramid ni. Tak kesah la. Ok. Jadi fokus sebenar yang aku nak tunjukkan kepada semua orang adalah pada golongan yang ketiga tu. Orang yang kurang beragama tapi baik. Golongan inilah yang masyarakat kita terlepas pandang. Sebab apa, sebab diorang dah terkeliru dengan apa yang dikatakan baik. Asal nampak berkopiah je baik, asal nampak tak bertudung je tak baik.

Baik itu adalah fitrah manusia. Lahir dari dalam hati, terzahir melalui perbuatan. Kalau nampak mat saleh yang tolong orang buta lintas jalan, Ah Chong yang bagi free gift masa beli laptop, abang hindu yang bagi kita ride untuk ke jalan besar. Tak namanya baik ke tu? Itulah kebaikan. Cumanya mereka ini rugi sikit la sebab diorang bukan muslim.

Ingat tak pasal hadis yang menyebut tentang logam? Lebih kurang macam ini, "Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa islam. Sekiranya mereka faham." Nilai yang ada pada manusia sebelum dan selepas islam adalah sama. Contohnya orang yang bukan islam tetapi hatinya baik, kalau dia menjadi seorang muslim, dia akan menjadi seorang muslim dan seorang yang baik. Satu asset kepada islam.

Sama la jugak kisahnya dengan orang melayu kita. Ramai je kat luar sana yang berhati baik. Cuma mungkin dari segi agamanya lah yang kurang sikit. Yang kena perbaiki lagi. Cuba bayangkan kalau orang-orang yang baik hati ini, kita dapat bawa diorang untuk kenal tuhan, untuk mempraktikkan islam dengan sebaiknya. Tak ke damai malaysia ini?



Kesimpulannya, kita janganlah menganggap bahawa orang-orang yang baik itu, adalah orang-orang yang beragama sahaja. Tidak! Masih ramai lagi orang yang baik, selain daripada orang yang beragama. Bahkan orang-orang yang kita sangka hari ini tidaklah baik mana pun, satu hari nanti boleh jadi baik dan kukuh pegangan agamanya.

Islam itu mengandungi segala jenis kebaikan. Dan kebaikan pula terkandung dalam islam. Siapa yang mengejar islam, dia akan dapat kebaikan sebagai satu pakej. Tapi siapa yang mengejar kebaikan, belum tentu dia akan dapat islam. Jadi kejarlah agama.

Aku tahu korang semua baik-baik belaka. Mungkin kita boleh sama-sama memperbaiki lagi peranan kita sebagai seorang muslim pulak, untuk kita tergolong dalam golongan yang terbaik. Yang teratas dalam piramid tadi tu.

Tips: Kalau nak berkahwin, carilah pasangan yang beragama dan baik akhlaknya. Ha, jangan lupa juga! Carilah yang sekufu dengan kita. (sembang kencang macam orang dah kawen)


***Draft tahun lepas. Baru dapat siapkan hari ini.***

2 comments:

pyramid tu buat dengan words ke power point? =P
 
lawa kan piramid aku tu ahaha. aku buat pakai word, taktau cara lain
 

Post a Comment