Saturday 8 November 2014

Saat Masa Terhenti

Bismillah

Cerita merapu ini mendapat aspirasi daripada kejadian yang berlaku sewaktu aku pulang dari universiti tengahari tadi. Ini bukanlah satu fenomena asing, walhal ianya adalah satu kejadian yang sangat kerap berlaku di sekeliling kita. Cerita dia macam ni;

Seperti kebiasaan harinya, aku tidak mengambil kenderaan untuk pulang ke rumah. Bagiku ada baiknya berjalan kaki kerana bukankah berjalan itu lebih menyihatkan? Dah la lama tak bersukan, berjogging pun tidak, kalau nak berjalan pun malas, hujung tahun ini jadi malik noor lah aku. Lagipun aku tidak ada urusan yang ingin dikejarkan di sebelah petang.

Jadi dalam terik matahari yang menambah kemanisan kulit hitam aku ni, rasa lapar pun  tiba-tiba datang. Nak makan apa hari ini? Semalam pagi petang aku tibai makan maggi kari yang aku bawak dari Malaysia. Takkanla nak makan maggi lagi kot? Botak kepala aku. Makan ayam Bastawi lah. Terliur beb bila aku terbayangkan ayam panggang Bastawi kat jalan port saied itu! Rasa macam dah lama pulak tak makan ayam panggang dia.

Hari ini aku pulang sedikit awal, takut jugak kalau kedai ayam panggang itu tak buka lagi. Nasib baiklah kedai itu dah buka bila aku sampai. Oh tapi kena tengok juga, kalau-kalau ayam dia masih tak masak lagi, kenalah tunggu sekejap. Nasib baik sekali lagi sebab aku tengok kat situ ada satu ayam yang dah siap masak dah. Ada seekor saja pula itu. Yang lain semua tengah separuh masak lagi. Dalam hati aku cakap 'tahu-tahu je makcik ni yang aku tengah lapar gila'.

"Aiwah ukmurni ya basha"
"Ya, encik nak apa? (perintahkan aku)"

"Fi firekh? Ana 3ayiz nus firekh. bas."
"Ada ayam tak? (ayam yang dah siap masak) Aku nak ayam setengah, itu je."

"Mush 3ayiz ruz?"
"Taknak nasi ke?"
(Selalunya orang melayu akan order ayam suku dengan nasi. Orang arab tak makan nasi sangat.)

"La.. La.. Eddini nus firekh bas."
"Taknak. Taknak. Bagi aku ayam separuh je."

"Meshi. Bas mumkin bitestanna khamas daqaik?"
"Ok, tapi boleh tak tunggu lima minit?"

"Aa mumkin, mafish musykilah. Ana hagilek ba3din aa."
"Oo boleh je, takdehal lah. Kejap lagi aku datang balik eh"

*Gua bukan nak poyo, tapi ini bahasa arab sempoi je weh. Level ini je yang gua mampu.

Takde kerja. Banyak sangat tulisan.

Maka aku pun blah lah pergi ke tempat lain. Ingat nak singgah kedai runcit kejap. Masa itu aku baru saja draw duit sebab nak bayar duit sewa rumah, nak bayar duit barang-barang rumah, api air lagi. Dompet pun macam kembung sikit la, rasa macam kaya la sekejap. Itu yang ingat nak shopping kedai runcit sikit.

Lama jugaklah aku duduk termenung kat dalam kedai dia itu. Nak beli coklat apa ini? Yang ini sedap, yang itu lazat, yang sana murah, yang sini awesome. Tapi kita kenalah bijak berbelanja kan. Haha tahila bijak berbelanja semua itu. Sekali sekala saja kita beli jajan ini. Hari lain tak beli dah. Selesai bayar aku pun chow lah. Adalah rubu3 gajus, cekelat-cekedis sikit, air mineral sebotol. Dah.

Fuhh tak sabar ini, ayam golek dah tergolek-golek dalam kepala aku. Aroma ayam dia itu dari kedai seberang pun dah boleh bau. Kalau tak percaya kalian cubalah sendiri. Gua cakap lu, kalau lu orang datang sini gua kasi belanja free punya. Lu cakap la mau makan suku ke, separuh ke, sepuluh ekor pun gua bole belanja. Sebab aku nak korang semua nilai sendiri rasa dia. (Aku menulis sambil membayangkan diri aku tengah lapar. Realitinya ayam dia itu biasa je :D)

Aku dah ready dah nak bayar ini. Duit pun dah siap nak bawa keluar. Sampai saja depan kedai dia, aku cari plastik ayam aku. 'Takde plastik pun. Eh dia sorok kat mana ayam aku tadi. Tak buat lagi ke? Kau jangan makcik, aku telan kau satgi.' Aku dah tak tentu arah dah ini. Ekspresi muka aku rilek je bantai senyum kat makcik itu, muka sejuk mata memandang. Tapi dalam hati ya Allah kau, berderau darah ini, masih tercari-cari lagi batang hidung ayam panggang aku. Tak nampak pula. Aku dah macam cacing lapar kepanasan.

Tiba-tiba pekerja dia cakap, "khamas daqaik". Dalam hati, 'Lahhh, lima minit lagi?' Aku hanya mampu tersenyum. Ketawa dalam hati. Bodohnya aku. Haha. Aku lupa yang sekarang ini aku berada di bumi mesir. Janji orang masriyyin ini, lagi teruk daripada janji melayu. Kalau dia cakap tunggu seminit, maknanya dia cakap tunggu 5 minit. Kalau 5 minit? Boleh jadi 25 minit. Kalau dia cakap 'bukroh' (esok), kau datang je lusa. Tapi tulat pun tak tentu siap. Haha. Aku tak tipu.

Itulah sebab bila aku sampai balik di kedai ayam panggang itu, bila dia cakap lagi lima minit aku rasa macam dejavu. Aku macam pernah melalui keadaan ini. Lima minit yang lalu, dia bilang lagi lima minit, tapi bila aku datang balik selepas lima minit itu dia masih lagi bilang lagi lima minit. Jadi adakah tempoh aku membeli barang di kedai runcit itu adalah saat terhentinya masa? Eh kejap, macam magic dow. Kau tak rasa itu macam satu helah masa. Hahaha.

Apa-apa hal pun aku berjaya juga membawa pulang ayam panggang aku itu. Dah selamat dah pun masuk ke dalam perut. Tunggu masa saja dia nak dikeluarkan balik. Moga protein-protein yang aku telan itu dapat menjadi sel-sel soleh solehah yang akan berbakti untuk agama nanti. Memberi aku kekuatan untuk beribadah. InsyaAllah. Haha.

Tuan-tuan, bila kita bercakap dengan orang ini kita kena perhatikan apa yang kita cakap. Kalau dalam bab berjanji kita kena tengok dulu adakah kita mampu untuk menunaikan janji kita nanti, kalau kita yakin kita dapat menunaikan janji kita itu barulah kita lafazkan. Ini cakap ikut sedap air liur keluar saja. Kisah ayam panggang ini satu santapan ringan sahaja, nun di luar sana ada banyak lagi urusan yang lebih besar.

Makanlah ayam panggang, kerana ianya kurang berminyak dan kandungan proteinnya lebih berkualiti. Saya akhiri penulisan ini dengan serangkap pantun;

Anak kecil di dalam kelambu
Tidur lenanya membuatmu kelu
Selamat hari lahir untukmu ibu
Moga rahmat Allah ada selalu

Video selingan. Moga ceria selalu.


5 comments:

Amboih, sel-sel solehah.

Bagusla da stat tulis. pinjam aku sedikit kekuatan tuh :D
 
Mesti excited kan bile ada orang comment pos kite,

Tup-tup lelaki. Potong gler. :P
 
jahat gilak ABC.. bg la can kat budak.. haha..
 
loyalty gets paid
 
@ABC: hahaha, ingatkan orang jauh mana lah yang komen...rupanya cina sebilik ni. Kau tak payah la tulis dalam blog, cakap sorang-sorang mcm ni semua, kau dah selalu cakap kat atas stage pulak.. lagi hebat tu

@Anon: Lowprof maybe haha.. kau pun lebih kurang je mcm cekpi, orang2 prof semua hebat2. bg la can kat aku nak rasa bahagia sikit :D

@Anon: haha loyalty gets paid? terima kasih dan teruskan setia bersama kami :D
 

Post a Comment