Wednesday 24 August 2011

Dibelenggu Cukup & Selesa

When robots think they're no longer a machine, they start to declare a war against their own manufacturer.

Sebenarnya fenomena ini jarang berlaku. Robot tidak tahu memberontak walaupun dia penat bekerja. Kalau robot jatuh sakit, dia tidak akan mengadu kepada pengilangnya kerana robot sendiri tidak tahu apa itu sakit? Asimo tak pernah menentang syarikat yang menciptanya, dan tidak pula membenci rakyat jepun.


Hakikatnya fenomena ini berlaku dalam kalangan pencipta robot itu sendiri. Ia berlaku dengan selalunya. Berlaku dan sentiasa berlaku. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Contoh situasi keadaan yang anda sendiri boleh lihat:



  • Bilamana budak sekolah tingkatan 4 hilang rasa hormat ia mula memandang rendah tingkatan 5.
  • Bilamana anak-anak hilang rasa keanakan dia akan melawan kata-kata ibunya.
  • Bilamana majikan memberi ruang untuk berlaku lembut, para pekerja selesa menjadikannya sebagai kawan tapi kemudian mereka mula naik kepala.
  • Bilamana Si miskin ilmu yang baru kenal huruf merasakan dirinya sudah hebat, dia terus pergi meninggalkan gurunya.
  • Bilamana seorang pemimpin mula menempa nama, dia lupa teman-teman yang dahulu membantunya naik.
  • Dan bilamana seorang hamba dipenuhi keperluannya seperti seorang raja, dia bukan saja akan lupa statusnya sebagai hamba, malah dia makin berani untuk bertanya ‘kenapa perlu aku mengikut perintahNya’?

Alah mak ni, Amir bukannya budak-budak lagi lah! Sikit-sikit tak boleh, sikit-sikit tak boleh. Bukannya Amir tak baca buku pun. Kalau mak takut sangat Amir gagal SPM, Mak jelah yang pergi sekolah.”


Inilah yang akan berlaku sekiranya mereka tidak tetap pada posisi mereka. Maksud aku, keadaan asal mereka itu tidak sempurna. Tapi bila keadaan mereka bertambah baik, mereka merasakan diri mereka sudah sempurna semuanya.






Ibaratkan hidup di Ground Floor, kita tinggal di tempat yang paling bawah. Akulah yang paling bawah, yang paling hina. Apa yang jelas di mata kita, adalah yang paling dekat dengan kita. Kita nampak tingkat 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Bila kita tinggal di bawah, kita sedar kitalah yang di bawah dan tiadalah lagi yang lebih bawah. Kita hanya boleh membandingkan diri dengan mereka yang di atas, dan itulah yang menjadi inspirasi untuk semua orang naik satu aras yang lebih atas.


Bila kita naik dan naik hinggalah kita tiba di tingkat yang ke-10, kita masih diri kita. Setinggi mana pun kita sudah naik, kita adalah diri yang sama, diri yang lama. Tapi di sini kita ada dua pilihan. Sama ada untuk melihat ke bawah atau mendongak ke atas. Atau menutup mata. Selalunya bila di sinilah manusia selalu silap.


Mereka memandang ke bawah. Pandangannya bukan pandangan yang benar. Pandangannya bukan untuk mengambil ikhtibar, tapi pandangannya adalah untuk bermegah berbangga. Lalu mereka berasa selesa dengan kedudukan semasa. Padahal mereka tidak jauh dari lantai yang mereka pijak dulu.


Untuk orang-orang yang bijak, mereka tidak memandang ke bawah. Sebaliknya mereka terus memandang ke atas. Mereka tahu, atap bangunan itu masih tinggi dan mereka sebenarnya masih tenggelam di tingkat yang bawah. Mereka inilah yang maju dan terus maju.
WaAllahu A3lam.


**********


Untuk yang masih belum tahu dan keliru dengan nama singkatan ini, sila ambil perhatian:


MINDEF = Ministry of Defence
e.g: MINDEF scholarship, MINDEF headquarters.


MTD = Maktab Tentera Di Raja
e.g: Maktab Tentera Di Raja (nama sekolah)

Sunday 21 August 2011

Ad Du3a Li Deenina




...apabila manusia mula menghayunkan kaki meninggalkanmu, usahlah menghukum kaum yang menyeru di atas terancang gerakannya. Sebaliknya carilah kelemahan pada hatimu yang kelam pada cahaya penariknya...

Ya Allah
Tuhan yang Mencipta dan Mentadbir langit dan bumi
dan apa yang terkandung di antara keduanya.

Ya Allah
Hanya Engkaulah yang paling memahami masalah ini
walaupun ia tersembunyi di dasar paling dalam di hati kami.

Ya Allah
Matikanlah Al Wahn yang bernafas dalam hati kami,
penyakit yang tidak terubat oleh sarjana-sarjana bijaksana.

Ya Allah
Jadikanlah ingatan kami hanya untukMu dan ingatlah kami dalam ingatanMu
walaupun telah jauh Agama kami tinggalkan.

Ya Allah
Limpahkanlah keyakinan kepadaMu dalam diri kami dan seluruh umat ini
sebagaimana keyakinan yang telah Engkau berikan kepada Rasul-rasulMu.

Ya Allah
Berikanlah kekuatan pada kami untuk memahami Agama ini sebaiknya
agar dapat kami mengamalkan kandungannya berjuang mempertahankannya
dan berbangga memegahkannya.

Ya Allah
Jadikanlah hati kami lembut-selembutnya
agar kami sentiasa tersentuh dengan kemungkaran yang kami biarkan.

Ya Allah
Tiadalah pada kami kekuatan melainkan dari Engkau
dan tiadalah yang datang dan pergi dari AgamaMu melainkan dengan kehendakMu.

Ya Allah
Selamatkanlah umat ini, Umat Muhammad yang Kau kasihi
dan agama ini, Agama yang telah Kau redha padanya.

“Dan Dialah Penguasa mutlak ke atas semua hamba-hambanya...” (6:60)

Tuesday 16 August 2011

Di Mana Ia di Hati Kita?

Alquran itu menjadi ibadah walau dengan hanya membacanya.


Tidak dinafikan bahawa hidayah itu adalah milik mutlak Allah. "Katzalika Yudhillullahu Mai Yasha-u wa Yahdi Mai Yasha" (74:31). Tetapi, kalau kita boleh baca Alquran dengan memahaminya, Bukankah itu lebih baik? Barulah kita dapat isinya. Sebaliknya, apabila manusia tidak mendapat isinya, bagaimana nak beramal dengannya?


Macam mana nak dapat isinya? Kenalah faham.


Adalah satu kerugian kepada kita yang diberi kesempatan belajar bahasa Arab, tapi kita mensia-siakannya. Tidak mahu berusaha mendapatkannya. Rugi kan? Disebabkan itu BuDaK ingin mengajak kawan-kawan. Sekali-sekala kita gunakan status facebook sebagai medium penyampaian 'terjemahan Alquran'.


Orang arab kalau diorang dengar bacaan Alquran melalui radio, serupa macam orang melayu yang tengah dengar tazkirah. Mendengar sudah cukup bagi mereka, kerana itu bahasa mereka. Orang melayu tak akan sama. Kalau nak tiru mereka, ibaratnya seperti kita sedang mendengar berita Mandarin. Kita ini sudahlah tidak faham bahasa arab, lagikan malas pula nak buka terjemahan.


Orang ramai selalunya akan 'like' status orang lain. Kalau tak 'like', paling kurang pun diorang suka stalking wall to wall. Itu bermakna dia telah membaca. Kalau diorang terbaca status anda, ucapkan Alhamdulillah. Sama ada kita mahu terima atau tidak, kenyataannya kita ini lebih rajin membuka facebook daripada buka GuideBook (Alquran).


Tolonglah..! Masyarakat kita sangat sangat sangat jaaauuuh dari agama. Kalau nak harapkan Umar Al Farouq datang membela, usah bermimpilah kucing bertanduk. Umar sudah wafat. Kitalah Umar, kitalah Umar.


Disebabkan kelemahan bahasa arab, orang-orang macam kita ini hanya tertarik dengan irama yang indah. Alangkah ruginya orang yang tidak memahami bait-bait di dalamnya. Ini lagu Allah Allah Oh Egypt, kali ini version yang ada translation  punya. Walaupun gambar tak HD, tapi maksud dia sampai. Kan?


Monday 15 August 2011

aL LeeLah FiL Masr


Kalau tidak mahu baca, boleh terus skip untuk lihat video di bawah!

“Alhamdulillah”

Itulah kalimah yang paling sesuai untuk diucapkan setelah selesai menunaikan solat sunat tarawikh yang pertama pada malam ini. Gara-gara mendengar khabar dan cerita dari mereka yang pernah merasai manisnya tarawikh di sini, Badar tekad menjadikan Qa3ied Ibrahim sebagai pilihan. Benarlah kata mereka, orang-orang Mesir menjiwai solat dengan memahami maksudnya. Dia bersyukur kerana tergolong dalam kalangan beberapa orang yang diberi kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan.

Bekerjalah kamu umpama kamu hidup selama-lamanya, beramallah kamu umpama kamu akan mati esok hari.

Pagi ini, seorang dari sahabatnya baru saja diambil semula nyawanya. Dia (sahabatnya) terlebih mulia kerana dipertemukan dengan tuhan di usia yang muda. Dia adalah rakan Badar semasa di kolej persediaan. Mudah-mudahan redha Allah sentiasa bersamanya. Rasa sedih menular di hati Badar. Terkadang manusia itu lupa, maut bukan hanya tertulis pada yang sakit sahaja.

Adakah kamu merasa aman semasa kamu sihat?

Badar keluar dari rumah setengah jam lebih awal dari waktu Isyak. Turut bersamanya adalah Cekpi, Paru, Abe dan Raja. Dia melangkah laju, bergegas untuk mendapatkan tempat solat yang selesa. Adakalanya jubah yang dipakai mengganggu langkahan kaki. Disebabkan itu dia terpaksa mengangkat jubahnya sedikit ke atas. Walaupun nampak seperti mangsa banjir, tetapi itu lebih selesa baginya.

Nasib mereka baik. Banyak Tramco yang kosong. Tramco boleh dikatakan sebagai salah satu pengangkutan yang utama bagi rakyat Mesir. Van yang mampu memuatkan sehingga 15 orang termasuk pemandu pada satu-satu masa ini hanya mengenakan tambang maksimum sebanyak LE 1.25. Dengan pengudaraan yang semulajadi, Tramco boleh dikelaskan sebagai sebuah medium pengangkutan yang selesa. Ia mampu mencapai kelajuan 140 km/j, tertakhluk pada kemampuan pemandu dan keadaan jalanraya.

Dari rumah mereka ke Qaied Ibrahim hanya mengambil masa 3-4 minit sekiranya trafik lancar. Sebaik sahaja tiba di kawasan masjid, mereka melihat ramai orang berada di merata-rata tempat. Banyak susuk-susuk tubuh yang sedang menuju ke perkarangan solat. Jemaah lelaki masing-masing membawa sejadah. Ramainya mengalahkan solat jumaat pada hari-hari biasa. Jemaah perempuan juga tidak kalah jumlahnya.

Dalam kabut-kabut keadaan, mereka segera mengambil tempat duduk. Bila mana ada sahaja tikar yang baru dihampar, ia terus diserbu oleh para jemaah. Badar turut menyerbu. Akhirnya dia mendapat tempat disebelah warga Mesir. Rakan-rakannya yang lain turut mendapat tempat yang berdekatan. Mereka duduk sambil menanti masuknya waktu solat fardhu Isyak. Sejenak Badar menoleh ke belakang. Tidak sampai lima minit dia duduk, saf-saf dibelakang semuanya telah penuh.

Azan Isyak berkumandang. Suasana senyap seketika. Orang ramai masih lagi bergerak bagi mendapatkan tempat solat masing-masing. Kelihatan sekumpulan jemaah pelajar melayu (akhwat) melintas di hadapan mereka. Badar tertarik untuk melihatnya. Dalam ribuan rakyat Mesir yang bertubuh besar, ada juga rakyat melayu yang keluar dicelah-celahnya. Kasihan, mereka terpaksa menyelinap ke kiri ke kanan. Ruang solat “Sayyidaat” terletak di sebelah lainnya. Mereka terpaksa melintas kawasan jemaah lelaki untuk segera sampai ke ruang solat wanita.

Solat Isyak didirikan seperti biasa. Bacaan Syeikh Hatem memang menggetarkan jiwa. Walaupun tidaklah seindah bacaan qari-qari yang lain, tetapi bagi Badar itulah yang terbaik. Alunannya amat sesuai untuk difahami dan dihayati. Lebih baik baginya dari mendengar bacaan yang indah tapi sukar untuk ditangkap maksudnya, maka susahlah untuk dihayati pengisiannya. Selesai solat Isyak, Imam memberi masa untuk jemaah Masbuq menyelesaikan solatnya. Jemaah yang lain pula sibuk dengan solat sunat ruwatib.

“tuk” “tuk” “tuk”. Orang ramai berdiri dengan tiba-tiba sebaik menerima isyarat mikrofon. Barulah Badar tahu, di sini tiada selawat seperti kebiasaannya di Malaysia. Rasanya pengalaman bersolat tarawikh di Mesir perlu dicatatkan dalam sejarah hidupnya. Inilah kali pertama dalam hidup Badar solat dengan bacaan satu rakaat bersamaan dua muka alquran. Seperti yang dia sangka, solat di sini sedikit panjang dari Malaysia.

“Raja, macam mana ni? Nak stay ke nak balik?”
“Isyh, kalau dia sambung sampai 20 aku nak baliklah.”

Pertanyaan itu keluar dengan sengaja sebaik saja selesai menunaikan lapan rakaat solat tarawikh. Badar cuba mengambil pendapat rakan-rakannya yang lain. Dia rasa, bukan dirinya sahaja yang merasainya. Rasa lemah dan tidak tahan untuk berdiri setelah selesai lapan rakaat. Dalam hatinya, kalau beginilah sehingga rakaat ke-20, memang benarlah orang-orang Mesir ini kuat. Badar pula, kakinya sudah bergetar-getar akibat berdiri lama.

Tamat doa, Imam memberikan isyarat mikrofon sekali lagi. Para makmum kemudiannya berdiri. Ada sebahagian dari mereka yang berjalan keluar dari saf. Sebahagian inilah yang memberi inspirasi kepada Badar untuk turut keluar. Badar memberi isyarat mata kepada Raja. Abe yang disebelahnya juga membalas isyarat matanya. Akhirnya mereka sepakat untuk tidak meneruskan solat tarawikh, cukuplah 8 rakaat untuk hari ini. Mungkin esok, atau mungkin lusa mereka akan bertahan hingga rakaat ke-20.

“sabbihisma rabbikal a’la”
“allazi khalaqo fasawwa”

Bacaan surah Al-a3la kedengaran di setiap genap ruang solat. Ini menimbulkan tanda tanya kepada mereka. Badar terfikir, selalunya surah Al-a3la akan dibaca sewaktu rakaat pertama witir. Adakah orang-orang mesir juga melakukan tarawikh 8 rakaat? Untuk mendapatkan kepastian, mereka menunggu imam menghabiskan solat. Mereka hanya “menunggu”. Sambil-sambil itu, Abe sempat bergambar berlatarkan ribuan jemaah yang sedang solat.

“Lah, diorang solat witir ke? Adui ruginya. Kalau aku tahu tadi, baik aku stay je. Dah habis dah pun.”
“Agaklah. Ini kau punya idea lah ni, nak sangat keluar awal.”
“Ah, takda2. Jangan nak salahkan orang lain. Kalau korang tak puas hati, esok kita solat lagi kat sini. Duduk saf paling sekali. Dekat jalan Tram. Nak?”
“Jom. No hal la bro!”

Badar merasakan kerugian yang amat besar kerana tidak menghabiskan solatnya. Silapnya juga yang terlalu menuruti nafsu. Walhal, kalau tidak larat untuk berdiri pun, boleh sahaja dia solat sambil duduk. “Badar, esok-esok jangan buat lagi macam ni.”

Hari-hari yang seterusnya di Mesir bertambah meriah. Baru Badar tahu bagaimana rasanya menyambut Ramadhan di sini. Orang ramai lebih tertumpu untuk menghias Ramadhan, berbeza dengan rakyat Malaysia yang bertungkus lumus untuk meninggalkan Ramadhan. Bilangan jemaah di Mesir meningkat sebaik sahaja Ramadhan sampai ke penghujung. Jemaah di Malaysia juga meningkat bilangannya sebaik sampai dihujung Ramadhan, cuma berbeza tempatnya. Di mana itu? Di Carrefour, di Tesco dan di Giant.

Ramadhan. Bulan yang dilipat gandakan pahala amal kebaikan. Syaitan pula dibelenggu. Ditutup pintu neraka dan dibukakan pintu syurga. Ada ribuan malaikat-malaikat yang sentiasa berdoa agar diampunkan dosa. Bulan yang setiap harinya dimerdekakan penghuni-penghuni neraka. Sedarkah kita bahawa inilah bulan, yang ‘jalan-jalan’ untuk memperoleh maghfirah (keampunan) dibuka seluas-luasnya.

Di sini BuDaK sertakan, video ringkas suasana di Gamie (masjid) Ibrahim pada bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak menyerupai suasana semasa Badar sedang solat, cuma wajah Badar tidak kelihatan. Disebalik Firaun, Mesir juga terkenal sebagai negara yang berulama. Kalau ada masa, datanglah Mesir.


Saturday 13 August 2011

Islam - Milik Sendiri atau diKongsi?

Assalamualaikum. Selamat pagi untuk Malaysia, dan selamat petang untuk rakyat mesir. First of all, I would like to wish Happy Ramadhan to all. Ramadhan Kareem to all of my 'followers' or maybe just a 'follower'. Here are some reminders. Now we're exactly in the middle of the holy month of Ramadhan. During this time the doors of the (hell) fire are closed, while syaitans are imprisoned. His forgiveness is more widely open. So, what are we waiting for? Go and get it! It is only depends on ourself either to take the path or to ignore it. Actually it is not an option. You have to seek for forgiveness and if you don't, you are a real loser.
(Ahh, susah betul cakap bahasa Inggeris.)
Sebenarnya aku ada cerita menarik nak dikongsi. Jujurnya bukan aku yang tulis, cuma copy paste dan diubah font sahaja. Kalau nak komen, nak tambah ke, tak puas hati ke, link asal terbuka untuk semua. Tapi bagi aku, seriously banyak pengajaran dan itulah realiti semasa keadaan sekeliling kita. Bahkan mereka yang bawa islam juga tidak mahu berkongsi sesama mereka.
Serious menarik. Sila baca, jangan scroll laju-laju. 
The whole story was copied from (http://rayuanrembulan.blogspot.com/)
********************
Assalamualaikum !

Orait, post kali ni aku nak share story kat korang lagi. But before that, biar aku explain dulu apa beza lari dan pergi. Ofkos budak sekolah rendah boleh bezakan ye dak? Tapi aku cuma tekankan, lari itu pada keadaan terpaksa yang mendesak, pergi pula dengan rela hati ....


Cerita kali ni melibatkan sorang lelaki yang bernama Azmin. Seorang freshie dalam liku-liku Islam, namun dia sangat gemar untuk mendekati Islam. Dia berkawan rapat dengan pelajar-pelajar jurusan agama walaupun dia merupakan pelajar aliran sains. Mereka selalu mengerjakan ibadah secara jemaah, pegi masjid sekali,balik pun sekali, makan pun sekali....tapi.....

......yelah, ujian Allah kan...bila-bila boleh datang....

Tarikh : 27 Mac 2010



Kawan 1:    Min (Azmin), ko tau tak cite pasal sorang senior kita tu?

Azmin:        Senior mana pulak ni?

Kawan 1:   Alaa budak syari3ah paling teruk dalam universiti kita tu, takkan tak kenal kot, hot topic tu !

Azmin:       Laa, Jehan tu ke? Elok je dia main bola tampar petang-petang kat court belakang tu. Apsal dengan dia?

Kawan 1:  Heiiisshhh, ntahla. Rosak nama budak-budak syari3ah oleh dia tau. Dengan ibadah dia tak jaga, solat ntah ke mana, member-member dia pun teruk-teruk semua. Malu aku weyh...

Kawan 2:  Aku pun dah berhenti main bola tampar petang-petang sejak aku dapat tau dia pengurus team bola tampar kita.

Azmin:      Pulak..teruk sangat ke mamat tu? Korang penah borak dengan dia tak?

Kawan 1: Eh, buang masa aku je nak borak dengan dia, buat tambah dosa je. Daripada aku spend setengah jam borak dengan dia, sempat aku habeskan 1 juzuk quran. Dah la , malas nak cerita pasal dia. Dah azan maghrib tu, jom kita gerak g masjid.

............

Setelah selesai solat fardhu Maghrib di masjid, Azmin tak habes-habes memikirkan pasal Jehan... *"Hmm budak tu memang teruk sangat ke? Takpe, kita tunggu esok"...



Tarikh : 28 Mac 2010

~ Azmin buat pertama kalinya turun ke gelanggang bola tampar universiti. Kelihatan hampir 20 orang sedang berlatih untuk Hari Sukan Universiti pada bulan Mei nanti, dan turut bersama di atas gelanggang ialah Jehan.Walaupun tak pandai main sangat, dia cuma ingin mengeluarkan sedikit peluh,dalam masa yang sama....dia ingin mengenali Jehan...


Azmin:        Assalamualaikum sumee :D

Jehan:        Waalaikumusalam. Haa ko kalo nak buat persidangan OIC, gelanggang ni bukan tempatnya. Member ko da tak turun gelanggang ni lagi sebab dia salah tempat bersidang.

Azmin:        Huuiisshh,takdela sampai macam tu haha. Aku nak join team laa. Mana tau dapat jadi wakil universiti ke hehe.

Jehan:        Haha try lah, tu pun kalo ko mampu join kitorang la.

Azmin:        Hehe we'll see...

.....semenjak hari tu, Azmin merupakan orang pertama yang turun gelanggang bola tampar kerana begitu excited nak join pasukan utama universiti..
Diam tak diam, dia dah makin rapat dengan Jehan. Siap jadi pembantu pengurus lagi. Hampir setiap malam Azmin akan ke rumah Jehan untuk berbincang isu persatuan dorang. Isu training la, tempahan jersi la, bola baru la, dan macam-maccaaamm adaaa...kadang-kadang Azmin terpaksa bermalam di rumah Jehan....dan di situlah dia sedar...

Azmin:       *(hmm memang betol la cakap budak-budak tu, dia ni memang tak jaga solat...)


....dan orang yang sedar bukan sekadar Azmin sahaja..kawan-kawan persatuan tahfiz dia juga...


Kawan 1:    Azmin ni da lama tak join kita. Asal malam je pegi rumah Jehan. Pegi masjid pun tidak. Aku dah kate dah, jangan dibuat kawan Jehan tu. Dia pandai hasut orang buat dosa.

Kawan 2:    Takpe, dia balik malam kang kita brainwash la dia.

... pukul 11.37 mlm, Azmin membuka pintu rumah, dua orang kawannya sudah tercegat di depan pintu.



Kawan 1:     Makin busy ko sekarang ek? Asyik-asyik berdamping dengan "sheikh" Jehan je ko ni.

Azmin:         Aku discuss pasal bola tampar la. Hari Sukan Universiti kan dah dekat ni.

Kawan 2:     Yelah, sukan tu sukan jugak, takkan sampai dah tak boleh join kitorang g masjid sama2? Jampi serapah ape dia baca kat ko ni?

Azmin:         Korang, jangan arr cakap camtu. Dah arr, aku nak tido dulu, letih arr. Sok ada kelas plak. Assalamualaikum...

....tanpa menghiraukan ngomelan kawan-kawannya, Azmin terus masuk ke bilik tidur...

~Setelah sekian lama berurusan dengan Jehan, akhirnya usaha mereka membuahkan hasil, Azmin menjadi pemain terbaik perlawanan ketika Hari Sukan Universiti bagi acara bola tampar lelaki, dan pasukan universiti mereka mendapat JOHAN!!!

~ Kawan-kawan Azmin sudah lama tidak berkumpul bersama. Sehinggalah mereka semua bertemu di masjid universiti setelah selesai solat maghrib berjemaah. Kawan-kawan Azmin terkejut apabila kelihatan Azmin keluar dari masjid bersama dengan...JEHAN. Jehan yang tak pernah kelihatan di masjid, yang tidak menjaga solat walaupun berada di rumah, tiba-tiba boleh menghadirkan diri ke masjid...

.....malam itu, Azmin pulang ke rumah setelah hampir sebulan tidak pulang. Azmin pulang dengan ceria dengan memakai pingat emas yang diperolehnya pada pertandingan tempoh hari...

Azmin:        Assalamualaikum! :D

Kawan 1:   Waalaikumsalam...

Kawan 2:   Waalaikumsalam............ :I

Azmin:        Erk.. korang. Apsal siyes semacam ni? Aku baru nak belanja korang coz dah menang game hari tu.

Kawan 2:   Hmmm..ape dah jadi kat Jehan weyh?

Kawan 2:   Ntah, tiba-tiba dia rajin plak pegi masjid.

Azmin:       Pasal tu ke.... Aku da try nak gtau korang, tapi busy la. Yes, korang memang betol yang dia tak jaga solat dia. That's why aku tido rumah dia dan tak pegi masjid kejap. Aku takdela ajak dia solat pon. Tapi kalo da masuk waktu, aku tanya dia "Jay, kiblat kat mana?" ...then dia tunjuk la kiblat. Tengah aku solat tu, tiba-tiba ada orang sentuh bahu. Bila aku bagi salam, rupanya dia follow jemaah dengan aku. So aku rasa tu permulaan yang baik la untuk dia.

Kawan 1:    Alaa ko percayalah cakap aku, dia berubah drastik macam tu, kejap je tu, tak tahan lama punya. Hasil yang ko nampak, kononnya ko berjaya ubah dia. Tapi hasil yang kitorang nampak, dia berjaya tipu dan ubah diri ko kepada seorang yang malas nak pegi masjid.

Azmin:         Korang silap! Aku tak rasa yang dia mempengaruhi aku pun.

Kawan 2:    Memangla ko tak rasa, pasukan bantuan Jehan yang melalaikan ko ni ramai, syaitaaannurrajiiimmmmm!!!

Kawan 1:    Aku nasihatkan ko la, elok ko jauhkan diri dari dia. Elok ko selamatkan diri ko sendiri dulu daripada ko nak join dia jadi penghuni tetap kat neraka dengan setan-setan tu.

Azmin:       Hmm korang, nampak tak apa masalah zaman sekarang? Disebabkan orang-orang macam ni la remaja sekarang malas nak join Islam. Aku tak nafikan ko baik, rajin beribadah. Kawan-kawan kita pun semuanya alim-alim belaka. Tapi korang terlalu mengukuhkan ukhuwah sesama korang sampai korang tak nampak orang luar pon perlukan kita.

Kawan 2:   Memangla ukhuwah dalaman kita perlu dikukuhkan dulu, kalo tak jadila kes macam ko ni!

Azmin:       Guys, istighfarlah..kita semua ni akan balik berdakwah dengan masyarakat. Tapi kalo sekumpulan pendakwah juz berdakwah sesama mereka, ukhuwah mereka makin rapat. Tapi siapa pulak nak tengok-tengokkan golongan yang kurang pengetahuan agama macam aku ni? Jehan da mula berubah, biarlah aku cuba usahakan lagi.

Kawan 1:    Hmm kitorang juz taknak kehilangan kawan je...

Azmin:         Korang, percayalah kat aku macam aku percaya kat korang. Islam ni untuk semua orang, tanpa pengecualian. Hubungan persahabatan takkan terputus begitu je, we're friends right?

Kawan 2:     Takpela macam tu, kitorang doakan ko berjaya jelah k.

Azmin:          InsyaAllah. Ingat guys, aku pergi ni memang aku da rancang awal-awal, untuk tarik balik hati hamba Allah sorang ni...and ingat guys....

.....aku bukan lari, tapi aku pergi....



"Keindahan Islam adalah untuk semua...TIADA PENGECUALIAN!!!"

Selamat Beramal, Wassalam....

********************

The whole story was copied from (http://rayuanrembulan.blogspot.com/)