Wednesday 24 August 2011

Dibelenggu Cukup & Selesa

When robots think they're no longer a machine, they start to declare a war against their own manufacturer.

Sebenarnya fenomena ini jarang berlaku. Robot tidak tahu memberontak walaupun dia penat bekerja. Kalau robot jatuh sakit, dia tidak akan mengadu kepada pengilangnya kerana robot sendiri tidak tahu apa itu sakit? Asimo tak pernah menentang syarikat yang menciptanya, dan tidak pula membenci rakyat jepun.


Hakikatnya fenomena ini berlaku dalam kalangan pencipta robot itu sendiri. Ia berlaku dengan selalunya. Berlaku dan sentiasa berlaku. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Contoh situasi keadaan yang anda sendiri boleh lihat:



  • Bilamana budak sekolah tingkatan 4 hilang rasa hormat ia mula memandang rendah tingkatan 5.
  • Bilamana anak-anak hilang rasa keanakan dia akan melawan kata-kata ibunya.
  • Bilamana majikan memberi ruang untuk berlaku lembut, para pekerja selesa menjadikannya sebagai kawan tapi kemudian mereka mula naik kepala.
  • Bilamana Si miskin ilmu yang baru kenal huruf merasakan dirinya sudah hebat, dia terus pergi meninggalkan gurunya.
  • Bilamana seorang pemimpin mula menempa nama, dia lupa teman-teman yang dahulu membantunya naik.
  • Dan bilamana seorang hamba dipenuhi keperluannya seperti seorang raja, dia bukan saja akan lupa statusnya sebagai hamba, malah dia makin berani untuk bertanya ‘kenapa perlu aku mengikut perintahNya’?

Alah mak ni, Amir bukannya budak-budak lagi lah! Sikit-sikit tak boleh, sikit-sikit tak boleh. Bukannya Amir tak baca buku pun. Kalau mak takut sangat Amir gagal SPM, Mak jelah yang pergi sekolah.”


Inilah yang akan berlaku sekiranya mereka tidak tetap pada posisi mereka. Maksud aku, keadaan asal mereka itu tidak sempurna. Tapi bila keadaan mereka bertambah baik, mereka merasakan diri mereka sudah sempurna semuanya.






Ibaratkan hidup di Ground Floor, kita tinggal di tempat yang paling bawah. Akulah yang paling bawah, yang paling hina. Apa yang jelas di mata kita, adalah yang paling dekat dengan kita. Kita nampak tingkat 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Bila kita tinggal di bawah, kita sedar kitalah yang di bawah dan tiadalah lagi yang lebih bawah. Kita hanya boleh membandingkan diri dengan mereka yang di atas, dan itulah yang menjadi inspirasi untuk semua orang naik satu aras yang lebih atas.


Bila kita naik dan naik hinggalah kita tiba di tingkat yang ke-10, kita masih diri kita. Setinggi mana pun kita sudah naik, kita adalah diri yang sama, diri yang lama. Tapi di sini kita ada dua pilihan. Sama ada untuk melihat ke bawah atau mendongak ke atas. Atau menutup mata. Selalunya bila di sinilah manusia selalu silap.


Mereka memandang ke bawah. Pandangannya bukan pandangan yang benar. Pandangannya bukan untuk mengambil ikhtibar, tapi pandangannya adalah untuk bermegah berbangga. Lalu mereka berasa selesa dengan kedudukan semasa. Padahal mereka tidak jauh dari lantai yang mereka pijak dulu.


Untuk orang-orang yang bijak, mereka tidak memandang ke bawah. Sebaliknya mereka terus memandang ke atas. Mereka tahu, atap bangunan itu masih tinggi dan mereka sebenarnya masih tenggelam di tingkat yang bawah. Mereka inilah yang maju dan terus maju.
WaAllahu A3lam.


**********


Untuk yang masih belum tahu dan keliru dengan nama singkatan ini, sila ambil perhatian:


MINDEF = Ministry of Defence
e.g: MINDEF scholarship, MINDEF headquarters.


MTD = Maktab Tentera Di Raja
e.g: Maktab Tentera Di Raja (nama sekolah)

1 comments:

RMC lak stand for? :P
 

Post a Comment