Alquran itu menjadi ibadah walau dengan hanya membacanya.
Tidak dinafikan bahawa hidayah itu adalah milik mutlak Allah. "Katzalika Yudhillullahu Mai Yasha-u wa Yahdi Mai Yasha" (74:31). Tetapi, kalau kita boleh baca Alquran dengan memahaminya, Bukankah itu lebih baik? Barulah kita dapat isinya. Sebaliknya, apabila manusia tidak mendapat isinya, bagaimana nak beramal dengannya?
Macam mana nak dapat isinya? Kenalah faham.
Adalah satu kerugian kepada kita yang diberi kesempatan belajar bahasa Arab, tapi kita mensia-siakannya. Tidak mahu berusaha mendapatkannya. Rugi kan? Disebabkan itu BuDaK ingin mengajak kawan-kawan. Sekali-sekala kita gunakan status facebook sebagai medium penyampaian 'terjemahan Alquran'.
Orang arab kalau diorang dengar bacaan Alquran melalui radio, serupa macam orang melayu yang tengah dengar tazkirah. Mendengar sudah cukup bagi mereka, kerana itu bahasa mereka. Orang melayu tak akan sama. Kalau nak tiru mereka, ibaratnya seperti kita sedang mendengar berita Mandarin. Kita ini sudahlah tidak faham bahasa arab, lagikan malas pula nak buka terjemahan.
Orang ramai selalunya akan 'like' status orang lain. Kalau tak 'like', paling kurang pun diorang suka stalking wall to wall. Itu bermakna dia telah membaca. Kalau diorang terbaca status anda, ucapkan Alhamdulillah. Sama ada kita mahu terima atau tidak, kenyataannya kita ini lebih rajin membuka facebook daripada buka GuideBook (Alquran).
Tolonglah..! Masyarakat kita sangat sangat sangat jaaauuuh dari agama. Kalau nak harapkan Umar Al Farouq datang membela, usah bermimpilah kucing bertanduk. Umar sudah wafat. Kitalah Umar, kitalah Umar.
Disebabkan kelemahan bahasa arab, orang-orang macam kita ini hanya tertarik dengan irama yang indah. Alangkah ruginya orang yang tidak memahami bait-bait di dalamnya. Ini lagu Allah Allah Oh Egypt, kali ini version yang ada translation punya. Walaupun gambar tak HD, tapi maksud dia sampai. Kan?
being a mother of 3 princesses
7 years ago
2 comments:
subhanallah..
apa yg dtulis kat sini skdar peringatan je.. ilmu biasa2 je
(don't judge a book by its cover!)
Post a Comment