Sebelum kita berborak mengenai tajuk utama kita pada malam ini, terlebih dahulu marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah dan berdoa untuk arwah Pak Yus jambu, dan tunku Abdul Jalil yang baru-baru ini kembali menghadap Ilahi. Sambil-sambil itu doakan juga untuk arwah saudara mara kita. Atok, abah, nenek salmah, makteh. Semoga kita semua umat islam dipermudahkan jalan ke syurga.
Baik.
Apabila terdengar saja cerita mengenai kematian, tak tahu kenapa baru-baru ini aku selalu sangat teringatkan arwah Pak Yus. Aku takdelah kenal mana pun dengan arwah, cuma sekadar peminat dia masa zaman maharaja lawak mega dulu tu. Masa itu rajin sangatlah tengok maharaja lawak dengan amir. Habis kelas, beli ayam bastawi, buka youtube, tengok maharaja lawak. Kumpulan jambu antara kumpulan yang top jugak la masa itu.
Bukan apa, Pak Yus itu dah la berbadan besar. Like besar gila gak aar! Tapi perangai macam budak-budak, kadang-kadang berlakon jadi perempuan, pakai baju merah jambu lagi. Dengan gaya separa retard dia tu. Tengok penampilan pun dah boleh tahan kelakar. Belum start buat lawak lagi itu.
Kalau nak dibandingkan dengan arwah-arwah lain, bila Pak Yus pergi, perasaan dalam hati ini lain sangat. Sedih dia lain macam. Rasa macam bergegar jugaklah hati aku. Walaupun arwah bukanlah insan yang dekat dengan aku, jumpa kat tv saja pun. Tapi berbeza dengan artis lain, pemergian dia ini membuatkan hati kita jadi sedih. Entah kenapa sedih lelebih pula dari yang biasa.
Itu yang aku terfikir, mungkin arwah Pak Yus ini baik orangnya. Kalau tak, takkan lah sampai macam gini sekali feeling sedih itu. Mungkin inilah yang orang sebut husnul khatimah. Beruntung sangat kalau kita mati dalam keadaan Allah redha kehidupan kita. Bila dah tak ada di dunia pun masih lagi memberi kesan dalam hati manusia. Kalau kita tengok pun, sampai ke hari ini pun ada lagi yang berkongsi cerita tentang kebaikan Pak Yus.
Aku yang masih hidup ini pun, entah tak tahu lah pengakhiran aku nanti macam mana pula. Tanggungjawab dengan tuhan memang banyak lagi lah yang tak sempurna. Jauh lagi nak sampai budi pekerti macam nabi saw. Tanggungjawab sebagai anak pun tak lulus lagi. Tanggungjawab dengan kawan lagi la, out.
Untuk ibu ayah, kori minta maaf sangat tak dapat nak jadi anak yang terbaik untuk ibu ayah. Kori tersangkut kejap kat sini. Macam hilang arah kejap. Kori tahu apa yang sepatutnya kori buat, apa yang kori patut jadi, Tapi, entahlah. Kori tak tahu apa yang dah jadi dengan diri kori. Tolong beri kori masa. Kori nak cuba lagi. Ibu ayah tolong doakan macam biasa tau. Kori nak jadi anak soleh. Tapi takutnya kalau Allah tak bagi kori masa nak jalankan tanggungjawab sebagai anak. Jadi kori minta maaf la awal-awal.
Ok. Sebenarnya tadi aku nak cerita pasal hati yang sakit. Ringkasnya, nak bersihkan hati yang sakit itu adalah dengan lima cara:
Membaca alquran dan memahami maknanya.
Mendirikan solat malam.
Berkawan dengan orang soleh.
Memperbanyakkan puasa.
Berzikir pada waktu malam
Touching jap post kali ini. Haha. Ok lah, pastikan anda semua tengok video di bawah ini. Banyak sangat pengajaran dan manfaat di dalamnya. Ambillah iktibar untuk diri kita dan sebarkanlah kepada orang lain.
Aku tak nak cerita pasal exam pediatric aku tadi, sebab aku rasa paper
aku tadi hancur. Kau tahu rifle Ak-47
dalam Counter Strike? Kaliber peluru dia 7.76 mm. Satu peluru je pun dah cukup
untuk bagi damage banyak gila. Tapi dia punya recoil tu kuat sangat pula. So
kalau kau main tekan je mouse tu, memang susah la peluru tu nak hit enemy. Tak
dapat kill.
Hah, macam tu lah aku jawab tadi. Nak lorek-lorek kertas MCQ memang
kacang lah, aku tenyeh je kuat-kuat. Kena ke tidak jawapan tu aku pun tak tahu
la. Hahaha. Aku cuba gelak.
Ok baik!
Sebenarnya ada satu benda yang tengah bermain-main dalam kepala aku.
Jadi alang-alang nak meraikan hari 'cuti sehari sendiri lepasi tensi' ini, aku
ingat nak kongsikan kat dalam blog terus. Senang, boleh la aku dengan blog aku,
dengan kau jugak fikir sekali. Aku nak
berkongsi tentang satu benda yang aku terfikir kebelakangan ini. Tajuk dia
'baik'.
Ramai orang baik wujud di serata dunia. Bukannya tok sheikh sahaja yang
baik, bukannya tok imam saja yang baik, bukannya graduan-graduan universiti
islam saja yang baik. Bukannya budak-budak KISAS je baik. Smapl pun baik jugak.
Bukannya yang bertudung labuh saja baik.
Baik itu adalah satu lumrah yang tertanam dalam diri manusia. Bukannya
susah pun nak mencari kebaikan. Apa yang kita perlukan untuk menjadi baik,
adalah akal yang sihat. Dan sedikit usaha.
Baik itu luas. Ia sebahagian
besarnya merangkumi hubungan kita sesama manusia. Dengan orang-orang sekeliling
kita, dengan masyarakat yang kita hidup bersamanya, dengan semua orang. Menghormati
ibu bapa adalah baik, menyayangi anak-anak adalah baik. Baik itu ada pada
ketaatan rakyat kepada pemerintah. Baik itu ada pada tanggungjawab sosial kita
sesama masyarakat.
Tapi ada pula segelintir manusia
yang meletakkan baik itu hanya apabila kita menjadi seorang yang beragama. Mana
boleh!
Jadi kalau kita meletakkan baik
itu hanya pada agama, maka tidak adil pula untuk mereka yang bukan beragama
Islam. Apakah tidak ada orang-orang baik dalam kalangan agama kristian, hindu,
buddha dan sebagainya? Seolah-olah kita telah mengikat pengertian baik itu hanyalah
dengan menjadi seorang muslim.
Betul, memang kita tidak boleh
untuk tidak bersetuju bahawa orang-orang yang beragama itu adalah orang yang
baik. Cumanya apa yang nak ditekankan di sini adalah, bukan orang-orang yang
beragama sahaja yang mempunyai hati yang baik. Nun di luar sana, selain daripada
orang-orang yang beragama ini pun, masih ramai lagi orang-orang yang memiliki
hati yang baik.
Untuk lebih mudah kita faham, baiklah
aku bagi contoh macam ini. Ini cuma pandangan peribadi, kalau tidak bersetuju
dengan aku, tolong jangan bash aku. Ok begini, dalam dunia ini ada empat
golongan manusia. Orang yang beragama dan baik. Orang yang beragama dan kurang
baik. Orang yang kurang beragama dan baik. Orang yang kurang beragama dan
kurang baik.
Sesuka hati aku je buat piramid
ni. Tak kesah la. Ok. Jadi fokus sebenar yang aku nak tunjukkan kepada semua
orang adalah pada golongan yang ketiga tu. Orang yang kurang beragama tapi
baik. Golongan inilah yang masyarakat kita terlepas pandang. Sebab apa, sebab
diorang dah terkeliru dengan apa yang dikatakan baik. Asal nampak berkopiah je
baik, asal nampak tak bertudung je tak baik.
Baik itu adalah fitrah manusia. Lahir
dari dalam hati, terzahir melalui perbuatan. Kalau nampak mat saleh yang tolong
orang buta lintas jalan, Ah Chong yang bagi free gift masa beli laptop, abang
hindu yang bagi kita ride untuk ke jalan besar. Tak namanya baik ke tu? Itulah
kebaikan. Cumanya mereka ini rugi sikit la sebab diorang bukan muslim.
Ingat tak pasal hadis yang
menyebut tentang logam? Lebih kurang macam ini, "Manusia itu seperti
logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa islam.
Sekiranya mereka faham." Nilai yang ada pada manusia sebelum dan selepas
islam adalah sama. Contohnya orang yang bukan islam tetapi hatinya baik, kalau
dia menjadi seorang muslim, dia akan menjadi seorang muslim dan seorang yang
baik. Satu asset kepada islam.
Sama la jugak kisahnya dengan
orang melayu kita. Ramai je kat luar sana yang berhati baik. Cuma mungkin dari
segi agamanya lah yang kurang sikit. Yang kena perbaiki lagi. Cuba bayangkan
kalau orang-orang yang baik hati ini, kita dapat bawa diorang untuk kenal
tuhan, untuk mempraktikkan islam dengan sebaiknya. Tak ke damai malaysia ini?
Kesimpulannya, kita janganlah
menganggap bahawa orang-orang yang baik itu, adalah orang-orang yang beragama
sahaja. Tidak! Masih ramai lagi orang yang baik, selain daripada orang yang
beragama. Bahkan orang-orang yang kita sangka hari ini tidaklah baik mana pun,
satu hari nanti boleh jadi baik dan kukuh pegangan agamanya.
Islam itu mengandungi segala jenis
kebaikan. Dan kebaikan pula terkandung dalam islam. Siapa yang mengejar islam,
dia akan dapat kebaikan sebagai satu pakej. Tapi siapa yang mengejar kebaikan,
belum tentu dia akan dapat islam. Jadi kejarlah agama.
Aku tahu korang semua baik-baik
belaka. Mungkin kita boleh sama-sama memperbaiki lagi peranan kita sebagai
seorang muslim pulak, untuk kita tergolong dalam golongan yang terbaik. Yang
teratas dalam piramid tadi tu.
Tips: Kalau nak berkahwin, carilah
pasangan yang beragama dan baik akhlaknya. Ha, jangan lupa juga! Carilah yang
sekufu dengan kita. (sembang kencang macam orang dah kawen)
***Draft tahun lepas. Baru dapat
siapkan hari ini.***
Cerita merapu ini
mendapat aspirasi daripada kejadian yang berlaku sewaktu aku pulang dari
universiti tengahari tadi. Ini bukanlah satu fenomena asing, walhal ianya
adalah satu kejadian yang sangat kerap berlaku di sekeliling kita. Cerita dia
macam ni;
Seperti kebiasaan
harinya, aku tidak mengambil kenderaan untuk pulang ke rumah. Bagiku ada
baiknya berjalan kaki kerana bukankah berjalan itu lebih menyihatkan? Dah la
lama tak bersukan, berjogging pun tidak, kalau nak berjalan pun malas, hujung
tahun ini jadi malik noor lah aku. Lagipun aku tidak ada urusan yang ingin
dikejarkan di sebelah petang.
Jadi dalam
terik matahari yang menambah kemanisan kulit hitam aku ni, rasa lapar pun tiba-tiba datang. Nak makan apa hari ini?
Semalam pagi petang aku tibai makan maggi kari yang aku bawak dari Malaysia. Takkanla
nak makan maggi lagi kot? Botak kepala aku. Makan ayam Bastawi lah. Terliur beb
bila aku terbayangkan ayam panggang Bastawi kat jalan port saied itu! Rasa
macam dah lama pulak tak makan ayam panggang dia.
Hari ini
aku pulang sedikit awal, takut jugak kalau kedai ayam panggang itu tak buka
lagi. Nasib baiklah kedai itu dah buka bila aku sampai. Oh tapi kena tengok
juga, kalau-kalau ayam dia masih tak masak lagi, kenalah tunggu sekejap. Nasib
baik sekali lagi sebab aku tengok kat situ ada satu ayam yang dah siap masak
dah. Ada seekor saja pula itu. Yang lain semua tengah separuh masak lagi. Dalam
hati aku cakap 'tahu-tahu je makcik ni yang aku tengah lapar gila'.
"Aiwah
ukmurni ya basha"
"Ya,
encik nak apa? (perintahkan aku)"
"Fi
firekh? Ana 3ayiz nus firekh. bas."
"Ada
ayam tak? (ayam yang dah siap masak) Aku nak ayam setengah, itu je."
"Mush
3ayiz ruz?"
"Taknak
nasi ke?"
(Selalunya
orang melayu akan order ayam suku dengan nasi. Orang arab tak makan nasi
sangat.)
"La..
La.. Eddini nus firekh bas."
"Taknak.
Taknak. Bagi aku ayam separuh je."
"Meshi.
Bas mumkin bitestanna khamas daqaik?"
"Ok,
tapi boleh tak tunggu lima minit?"
"Aa
mumkin, mafish musykilah. Ana hagilek ba3din aa."
"Oo
boleh je, takdehal lah. Kejap lagi aku datang balik eh"
*Gua bukan nak poyo, tapi ini bahasa arab sempoi je weh. Level ini je yang gua mampu.
Takde kerja. Banyak sangat tulisan.
Maka aku
pun blah lah pergi ke tempat lain. Ingat nak singgah kedai runcit kejap. Masa itu
aku baru saja draw duit sebab nak bayar duit sewa rumah, nak bayar duit
barang-barang rumah, api air lagi. Dompet pun macam kembung sikit la, rasa macam
kaya la sekejap. Itu yang ingat nak shopping kedai runcit sikit.
Lama
jugaklah aku duduk termenung kat dalam kedai dia itu. Nak beli coklat apa ini?
Yang ini sedap, yang itu lazat, yang sana murah, yang sini awesome. Tapi kita
kenalah bijak berbelanja kan. Haha tahila bijak berbelanja semua itu. Sekali
sekala saja kita beli jajan ini. Hari lain tak beli dah. Selesai bayar aku pun
chow lah. Adalah rubu3 gajus, cekelat-cekedis sikit, air mineral sebotol. Dah.
Fuhh tak
sabar ini, ayam golek dah tergolek-golek dalam kepala aku. Aroma ayam dia itu dari
kedai seberang pun dah boleh bau. Kalau tak percaya kalian cubalah sendiri. Gua
cakap lu, kalau lu orang datang sini gua kasi belanja free punya. Lu cakap la
mau makan suku ke, separuh ke, sepuluh ekor pun gua bole belanja. Sebab aku nak
korang semua nilai sendiri rasa dia. (Aku menulis sambil membayangkan diri aku
tengah lapar. Realitinya ayam dia itu biasa je :D)
Aku dah
ready dah nak bayar ini. Duit pun dah siap nak bawa keluar. Sampai saja depan
kedai dia, aku cari plastik ayam aku. 'Takde plastik pun. Eh dia sorok kat mana
ayam aku tadi. Tak buat lagi ke? Kau jangan makcik, aku telan kau satgi.' Aku
dah tak tentu arah dah ini. Ekspresi muka aku rilek je bantai senyum kat makcik
itu, muka sejuk mata memandang. Tapi dalam hati ya Allah kau, berderau darah
ini, masih tercari-cari lagi batang hidung ayam panggang aku. Tak nampak pula.
Aku dah macam cacing lapar kepanasan.
Tiba-tiba
pekerja dia cakap, "khamas daqaik". Dalam hati, 'Lahhh, lima minit
lagi?' Aku hanya mampu tersenyum. Ketawa dalam hati. Bodohnya aku. Haha. Aku
lupa yang sekarang ini aku berada di bumi mesir. Janji orang masriyyin ini,
lagi teruk daripada janji melayu. Kalau dia cakap tunggu seminit, maknanya dia
cakap tunggu 5 minit. Kalau 5 minit? Boleh jadi 25 minit. Kalau dia cakap
'bukroh' (esok), kau datang je lusa. Tapi tulat pun tak tentu siap. Haha. Aku
tak tipu.
Itulah
sebab bila aku sampai balik di kedai ayam panggang itu, bila dia cakap lagi lima
minit aku rasa macam dejavu. Aku macam pernah melalui keadaan ini. Lima minit
yang lalu, dia bilang lagi lima minit, tapi bila aku datang balik selepas lima
minit itu dia masih lagi bilang lagi lima minit. Jadi adakah tempoh aku membeli
barang di kedai runcit itu adalah saat terhentinya masa? Eh kejap, macam magic
dow. Kau tak rasa itu macam satu helah masa. Hahaha.
Apa-apa hal
pun aku berjaya juga membawa pulang ayam panggang aku itu. Dah selamat dah pun
masuk ke dalam perut. Tunggu masa saja dia nak dikeluarkan balik. Moga
protein-protein yang aku telan itu dapat menjadi sel-sel soleh solehah yang
akan berbakti untuk agama nanti. Memberi aku kekuatan untuk beribadah. InsyaAllah.
Haha.
Tuan-tuan,
bila kita bercakap dengan orang ini kita kena perhatikan apa yang kita cakap.
Kalau dalam bab berjanji kita kena tengok dulu adakah kita mampu untuk
menunaikan janji kita nanti, kalau kita yakin kita dapat menunaikan janji kita
itu barulah kita lafazkan. Ini cakap ikut sedap air liur keluar saja. Kisah
ayam panggang ini satu santapan ringan sahaja, nun di luar sana ada banyak lagi
urusan yang lebih besar.
Makanlah
ayam panggang, kerana ianya kurang berminyak dan kandungan proteinnya lebih
berkualiti. Saya akhiri penulisan ini dengan serangkap pantun;
"bila aku cakap aku keras hati, aku maksudkan. keras, yang memang susah
nak ubah"
Terkadang diri ini berani berkata
Soal perkara yang di luar batasnya
Apa kau sangka engkau itu Dia
Penentu tuju dan ke mana hala
Berbaliklah wahai hati
kerna kau sentiasa merindui
Rasa yang kau amat mengerti
Tapi menggapainya belum lagi
(bajet-bajet avia poetry la kan. Puih!) Random gila post tengah-tengah exam ni. haha. lama gila tak tulis-tulis macam ini. Aku tahu aku jahat, tapi aku akan terus cuba berusaha. =) Moga Allah redha. Moga tidak retard. Allahumma la sahla illa ma ja3altahu sahlan, wa Anta taj3al huzna iza shikta sahlan. Allahummahdina!
Seronok tengok video ini. Rasa macam best kalau semua orang kat dunia ini berperangai macam laki ini. Sebab itu kadang-kadang aku terfikir, manusia yang berakhlak mulia ada di mana-mana. Baik dia indian, american, chinese, atau arab. Walaupun dia bukan Islam, tapi dia baik. Kerana baik itu bukannya ada pada agama sahaja, tapi baik itu adalah sifat dalam diri manusia. Cuma yang membezakan nilai-nilai kemanusiaan dengan nilai-nilai Islam adalah penyerahan diri kepada Allah. Orang Islam seharusnya meletakkan Allah sebagai tujuan. So daripada gained nothing from doing the good deeds, Islam bagi kita extra rewards. Dapat pahala. Yay! Maybe sebab itu aku rasa Nabi (saw) kata pilihlah yang beragama, (nabi tak sebut yang berakhlak).
Kau tahu tak dalam dunia ramai
lagi orang yang menderita lebih teruk daripada kita. Kau yang random dan aku
tak maksudkan kau itu adalah kau. Kau itu boleh jadi diri aku juga.
Maka tersebutlah kisah si Umpun.
Dia tinggal di perkampungan umpun-umpun, sebuah kampung yang aman dan harmoni.
Tak terusik dek dunia luar. Bersih dan begitu indah sekali. Umpun tinggal
bersama adik-beradiknya. Ibunya telah lama pergi entah ke mana sejak mereka
dilahirkan.
Malangnya nikmat keamanan mereka
tidak kekal lama. Pada satu pagi, tanpa siapa sangka datanglah sekumpulan
manusia menceroboh kampung mereka. Manusia itu tidak langsung menghiraukan keindahan
alam yang ada, mereka sesuka hati mencantas pohon-pohon yang menutup laluan
mereka.
Menyedari kehadiran mereka, Umpun
segera berlari mendapatkan adik-beradiknya yang sedang tidur di rumah. Dia
mengejutkan mereka dan memaksa mereka lari dengan segera demi menyelamatkan
diri. Malangnya apalah sangat kelajuan umpun berlari berbanding kelajuan manusia.
Satu persatu rakyat Umpun-kingdom di tangkap. Manusia ketawa suka.
Umpun tidak melarikan diri. Dia
tidak sanggup merelakan suku mereka ditangkap sedangkan dia berlari. Biarlah
dia bertahan di sini, mencuri masa membiarkan adik beradiknya sempat melarikan diri.
Tak abanglah kalau dia juga turut berlari. Ceh.
Di depan umpun kini berdiri
seorang manusia. One on One. Dia memanjangkan tangannya ke arah umpun dan umpun
tangkas mengelak ke kiri. Manusia itu mencuba lagi, dan kini umpun mengelak ke
kanan pula. Sh@* F*@#..manusia itu
mencarut. Dia menjadi semakin geram lalu menggenggam tanah di sekeliling umpun.
Umpun tertangkap, dia cuba menggerak-gerakkan kakinya untuk meloloskan diri.
Namun tak berjaya.
Umpun sedih. Dia tak sanggup
menerima hakikat yang menimpa Umpun kingdom. Dah la kampung mereka diceroboh,
pastu adik beradiknya pula diculik. Mereka tidak sempat melarikan diri. Mujur
ada sebahagian besar umpun yang dapat menyelamatkan diri. Paling tidak pun
masih ada pewaris bagi kerajaan mereka.
Maka tinggallah umpun bersama
kawan-kawannya yang turut diculik. Mereka dicampakkan ke dalam penjara yang amat
sempit. Rumah baru yang hanya seluas sekangkang kera itu tak menjanjikan
keselesaan yang terbaik. Dua tiga hari juga mereka dibiarkan dalam penjara.
Kalau dah kena tu culik apa lagi
yang tinggal? Umpun seakan-akan dapat membaca nasib yang bakal menimpanya. Memang
akan dijual la nampaknya. Pemerdagangan umpun-umpun. DIa pernah mendengar
berita mengenainya sebulan lalu. Kini dia pula yang merasai.
Oh tak dapat aku bayangkan betapa
luluhnya hati si umpun. Bagaimana pula dengan perasaan adik beradiknya yang
terpisah? Perasaan sanak saudaranya? Mampukah mereka hidup tanpa umpun di sisi.
Pilu.
Penderitaan umpun-umpun tidak
berakhir di situ. Akhirnya ada juga manusia yang membeli. Sekotak 4 ringgit,
itulah nilai harga diri mereka yang telah manusia tetapkan. Wajah manusia itu
menjadi sangat gembira sebaik sahaja berjaya mendapatkan umpun-umpun. Mereka kemudian
di bawa pergi ke destinasi yang lain.
Laut. Ini bau air laut.
Rupa-rupanya dia di bawa ke muara sungai. Umpun buntu, dia tidak tahu apalah
nasib yang akan menimpanya pula kali ini. Kelihatan manusia-manusia tadi membawa
beberapa batang besi panjang yang nipis, dengan kotak yang berisi alatan-alatan
besi. Dan satu kotak mengandungi ais.
Mereka berhenti. Barang-barang
diletakkan di atas kertas kanvas yang direntangkan luas. Ada yang berdiri
memerhatikan keadaan sekeliling. Ada yang duduk mencantum rod-rod besi itu. Ada
juga yang sedang mengikat tali pada besi yang tajam. Mereka sungguh menakutkan.
Tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah kotak umpun.
Pintu penjara umpun dibuka. Umpun
menjadi cemas, dia tidak tahu mahu rasa gembira atau berduka. Apakah yang manusia
itu cuba lakukan? Apakah sudah tiba masanya untuk dia dibebaskan?
Tangan manusia meraba-raba ke
dalam bekas plastik. Akhirnya kawan Umpun pula yang berjaya ditarik keluar dari
bekas. "Yahoo! I'm free. I'm free. Bye, see you guys later." Kawannya
berteriak gembira, akhirnya keluar juga dari penjara yang sempit itu. Tak
sangka itu rupanya bahasa mulut Umpun kingdom.
Kawan umpun itu dibaringkan di
atas sebuah papan plastik. Entah dari mana datangnya dan dengan tiba-tiba ada
sebilah pisau berada di tangan manusia itu tadi. Umpun cuba menjerit memanggil
kawannya, "Trex, Trex lari!" Malangnya suaranya itu tidak dapat
didengari. Frekuensi suara manusia yang jauh lebih kuat itu menghalang
penerimaan suaranya.
"Aaarghhh..."
Ekor Trex terputus dari jasadnya.
Manusia tadi mengerat badan Trex tanpa perasaan. Tapi Trex masih boleh menjerit
dan bertahan untuk masa yang lama. Sakit yang terlampau itu membuatkan Trex
cuba melawan. Dia mengeluarkan taring dan cuba menggigit jari manusia yang
mengeratnya. Manusia itu sedar apa yang Trex cuba lakukan, lalu dia terus
memenggal kepala Trex.
Kepala Trex diangkat, dijulang
kepada kawan-kawan manusia itu tadi. Mereka seolah-olah sedang berbicara sesama
mereka. Trex sudah tidak mampu bergerak. Yang tinggal mungkin hanya
reflex-reflex kecil hasil dari baki tenaganya yang masih ada.
Kemudian kepala Trex ditusuk pula
dengan besi tajam yang diikat dengan tali, yang bersambung dengan rod besi itu
tadi. Dari bawah hinggalah ke atas. Kepalanya ditusuk sedalam-dalamnya. Trex
yang sudah tak bernyawa itu dicampakkan ke dalam laut.
Entahkan apa pula yang akan
menimpanya di dalam itu, aku pun tak tahu.
Umpun menangis. Dia tak sanggup
melihat kawannya di seksa di depannya. Dia juga sedar bahawa perkara yang sama
akan turut menimpanya sebentar lagi. Dia hanya mampu melafazkan zikir dan
berdoa agar diampunkan dosa-dosanya lalu. Pada detik itu barulah dia terfikir,
apa inikah takdirku?
***************
Retard. Aku pun tak tahu apa aku buat ini. Haha, the idea just came and then I decided to write it down. Memang time exam ni lah paling sesuai untuk kita buat benda2 macam ini pun kan. Aku harap adalah juga pengajaran yang dapat diambil dari cerita b0d0 ini, so takdela aku pula yang nmpak b0d0.
-La yukallifullahu nafsan illa wus3aha-wAllahu khairul Maakirin-3asa an takrahu shai3an wahuwa khairul lakum-Never doubt what Allah has plan for us.
"Life is a gift and the world is just a temporary stay". The fact is we've nothing more than a single body to be proud with. We came with nothing alongside but then He give us home. He keeps us healthy, watches for our safety, and He gives us chances to taste all sorts of foods. Lastly He spares you with a plenty of times but it is limited. He is the only one knows when is the time. Take the 'gift' and this 'hotel' but never forget to bring Taqwa back when the time comes. History has passed. But it remains to be remembered.