Kisah si Umpun-umpun
Kau tahu tak dalam dunia ramai
lagi orang yang menderita lebih teruk daripada kita. Kau yang random dan aku
tak maksudkan kau itu adalah kau. Kau itu boleh jadi diri aku juga.
Maka tersebutlah kisah si Umpun.
Dia tinggal di perkampungan umpun-umpun, sebuah kampung yang aman dan harmoni.
Tak terusik dek dunia luar. Bersih dan begitu indah sekali. Umpun tinggal
bersama adik-beradiknya. Ibunya telah lama pergi entah ke mana sejak mereka
dilahirkan.
Malangnya nikmat keamanan mereka
tidak kekal lama. Pada satu pagi, tanpa siapa sangka datanglah sekumpulan
manusia menceroboh kampung mereka. Manusia itu tidak langsung menghiraukan keindahan
alam yang ada, mereka sesuka hati mencantas pohon-pohon yang menutup laluan
mereka.
Menyedari kehadiran mereka, Umpun
segera berlari mendapatkan adik-beradiknya yang sedang tidur di rumah. Dia
mengejutkan mereka dan memaksa mereka lari dengan segera demi menyelamatkan
diri. Malangnya apalah sangat kelajuan umpun berlari berbanding kelajuan manusia.
Satu persatu rakyat Umpun-kingdom di tangkap. Manusia ketawa suka.
Umpun tidak melarikan diri. Dia
tidak sanggup merelakan suku mereka ditangkap sedangkan dia berlari. Biarlah
dia bertahan di sini, mencuri masa membiarkan adik beradiknya sempat melarikan diri.
Tak abanglah kalau dia juga turut berlari. Ceh.
Di depan umpun kini berdiri
seorang manusia. One on One. Dia memanjangkan tangannya ke arah umpun dan umpun
tangkas mengelak ke kiri. Manusia itu mencuba lagi, dan kini umpun mengelak ke
kanan pula. Sh@* F*@#..manusia itu
mencarut. Dia menjadi semakin geram lalu menggenggam tanah di sekeliling umpun.
Umpun tertangkap, dia cuba menggerak-gerakkan kakinya untuk meloloskan diri.
Namun tak berjaya.
Umpun sedih. Dia tak sanggup
menerima hakikat yang menimpa Umpun kingdom. Dah la kampung mereka diceroboh,
pastu adik beradiknya pula diculik. Mereka tidak sempat melarikan diri. Mujur
ada sebahagian besar umpun yang dapat menyelamatkan diri. Paling tidak pun
masih ada pewaris bagi kerajaan mereka.
Maka tinggallah umpun bersama
kawan-kawannya yang turut diculik. Mereka dicampakkan ke dalam penjara yang amat
sempit. Rumah baru yang hanya seluas sekangkang kera itu tak menjanjikan
keselesaan yang terbaik. Dua tiga hari juga mereka dibiarkan dalam penjara.
Kalau dah kena tu culik apa lagi
yang tinggal? Umpun seakan-akan dapat membaca nasib yang bakal menimpanya. Memang
akan dijual la nampaknya. Pemerdagangan umpun-umpun. DIa pernah mendengar
berita mengenainya sebulan lalu. Kini dia pula yang merasai.
Oh tak dapat aku bayangkan betapa
luluhnya hati si umpun. Bagaimana pula dengan perasaan adik beradiknya yang
terpisah? Perasaan sanak saudaranya? Mampukah mereka hidup tanpa umpun di sisi.
Pilu.
Penderitaan umpun-umpun tidak
berakhir di situ. Akhirnya ada juga manusia yang membeli. Sekotak 4 ringgit,
itulah nilai harga diri mereka yang telah manusia tetapkan. Wajah manusia itu
menjadi sangat gembira sebaik sahaja berjaya mendapatkan umpun-umpun. Mereka kemudian
di bawa pergi ke destinasi yang lain.
Laut. Ini bau air laut.
Rupa-rupanya dia di bawa ke muara sungai. Umpun buntu, dia tidak tahu apalah
nasib yang akan menimpanya pula kali ini. Kelihatan manusia-manusia tadi membawa
beberapa batang besi panjang yang nipis, dengan kotak yang berisi alatan-alatan
besi. Dan satu kotak mengandungi ais.
Mereka berhenti. Barang-barang
diletakkan di atas kertas kanvas yang direntangkan luas. Ada yang berdiri
memerhatikan keadaan sekeliling. Ada yang duduk mencantum rod-rod besi itu. Ada
juga yang sedang mengikat tali pada besi yang tajam. Mereka sungguh menakutkan.
Tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah kotak umpun.
Pintu penjara umpun dibuka. Umpun
menjadi cemas, dia tidak tahu mahu rasa gembira atau berduka. Apakah yang manusia
itu cuba lakukan? Apakah sudah tiba masanya untuk dia dibebaskan?
Tangan manusia meraba-raba ke
dalam bekas plastik. Akhirnya kawan Umpun pula yang berjaya ditarik keluar dari
bekas. "Yahoo! I'm free. I'm free. Bye, see you guys later." Kawannya
berteriak gembira, akhirnya keluar juga dari penjara yang sempit itu. Tak
sangka itu rupanya bahasa mulut Umpun kingdom.
Kawan umpun itu dibaringkan di
atas sebuah papan plastik. Entah dari mana datangnya dan dengan tiba-tiba ada
sebilah pisau berada di tangan manusia itu tadi. Umpun cuba menjerit memanggil
kawannya, "Trex, Trex lari!" Malangnya suaranya itu tidak dapat
didengari. Frekuensi suara manusia yang jauh lebih kuat itu menghalang
penerimaan suaranya.
"Aaarghhh..."
Ekor Trex terputus dari jasadnya.
Manusia tadi mengerat badan Trex tanpa perasaan. Tapi Trex masih boleh menjerit
dan bertahan untuk masa yang lama. Sakit yang terlampau itu membuatkan Trex
cuba melawan. Dia mengeluarkan taring dan cuba menggigit jari manusia yang
mengeratnya. Manusia itu sedar apa yang Trex cuba lakukan, lalu dia terus
memenggal kepala Trex.
Kepala Trex diangkat, dijulang
kepada kawan-kawan manusia itu tadi. Mereka seolah-olah sedang berbicara sesama
mereka. Trex sudah tidak mampu bergerak. Yang tinggal mungkin hanya
reflex-reflex kecil hasil dari baki tenaganya yang masih ada.
Kemudian kepala Trex ditusuk pula
dengan besi tajam yang diikat dengan tali, yang bersambung dengan rod besi itu
tadi. Dari bawah hinggalah ke atas. Kepalanya ditusuk sedalam-dalamnya. Trex
yang sudah tak bernyawa itu dicampakkan ke dalam laut.
Entahkan apa pula yang akan
menimpanya di dalam itu, aku pun tak tahu.
Umpun menangis. Dia tak sanggup
melihat kawannya di seksa di depannya. Dia juga sedar bahawa perkara yang sama
akan turut menimpanya sebentar lagi. Dia hanya mampu melafazkan zikir dan
berdoa agar diampunkan dosa-dosanya lalu. Pada detik itu barulah dia terfikir,
apa inikah takdirku?
***************
Retard. Aku pun tak tahu apa aku buat ini. Haha, the idea just came and then I decided to write it down. Memang time exam ni lah paling sesuai untuk kita buat benda2 macam ini pun kan. Aku harap adalah juga pengajaran yang dapat diambil dari cerita b0d0 ini, so takdela aku pula yang nmpak b0d0.
-La yukallifullahu nafsan illa wus3aha-wAllahu khairul Maakirin-3asa an takrahu shai3an wahuwa khairul lakum-Never doubt what Allah has plan for us.
*gambar2 ihsan google
2 comments:
rajin pula anon menjengah ke laman gua ni..sangat scary pun ada
Post a Comment