Friday, 12 July 2013

Umpama Air

Salam wbt. Ramadhan kareem. >_<

Hari ini aku cuma ingin berkongsi sepotong ayat Quran yang aku 'ter'baca 7 hari yang lepas. Walaupun pada asalnya ayat itu nampak macam sangat common, macam dah selalu kita baca, macam dah selalu dengar. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, ayat Allah yang nampak macam simple inilah sebenarnya ada maksud yang sangat dalam untuk orang yang betul-betul berfikir.

Aku masih belum search lagi maksud sebenar ayat ini, nak buka Fi Zilal Quran macam payah(malas). So, basically aku cuba telan mentah-mentah ayat ini. Buat pengajaran untuk diri aku sendiri.

Dalam ayat ini Allah bagi satu perumpamaan. Banyak perumpamaan yang Allah bagi untuk kita fikir, dan kali ini (yunus:24) Allah umpamakan hidup kita di dunia bagaikan air yang Allah turunkannya dari langit.

Maka dengan air itu tumbuhlah pula pelbagai tanaman yang menjadi sumber makanan kepada manusia dan binatang. Disamping menjadi sumber makanan, ia juga menjadi perhiasanan dunia dan mengindahkannya.

Kemudian setelah bumi itu dipenuhi dengan tanaman manusia menyangka bahawa mereka berkuasa untuk mengambil hasil-hasil dari tanaman itu. Lalu Allah memerintahkan turunnya bencana yang menjadikan tanaman itu hancur bagaikan tanaman itu tidak pernah wujud pun sebelum itu.

Cuba kita lihat diri kita sekarang ini. Masuk tahun ini dah 10 tahun bekerja. Berbekalkan kudrat empat kerat inilah hari ini Kita mampu memiliki sebuah rumah yang besar, sebuah kereta mewah, wang simpanan yang mampu menyara keluarga kita sampai kita mati. Sampaikan telah wujud dalam diri kita, "harta ini adalah hasil usahaku, kepunyaanku." Segalanya jadi senang dengan adanya wang. Apa-apa yang kita mahu, semuanya kita boleh capai.

Terasa indah bukan nikmat yang didatangkan?

Namun apabila ditimpa musibah. Bilamana kita diisytiharkan muflis atau terjadinya rompakan ke atas harta kita, kita jadi tak boleh menerima. So, kita salahkan tuhan.

Kita lupa yang pada awalnya Allah lah yang beri kita jawatan dalam pejabat. Allah lah yang buka hati bos untuk terima kita bekerja dengannya 10 tahun yang lalu. Kita tak ingat langsung pasal itu. Kita lupa bahawa segalanya yang kita miliki hari ini datang dari Allah. Kita rasa seolah-olah kitalah penyebab kehidupan kita jadi senang hari ini.

Ingat, segala-galanya datang daripada Allah! Kurniaan Allah yang hakiki. Kita tidak punyai apa-apa, tangan kita kosong, poket kita kosong. Kita memang berusaha, tapi rezeki itu dari Allah.

Tumbuhan-tumbuhan yang kita makan hari ini pun suburnya kerana air yang setiap hari turun dari langit. Dari mana datangnya air itu?


0 comments:

Post a Comment