Sunday, 31 March 2013

He Thumb Putih



AMARAN: INI ADALAH TULISAN AKU YANG SEMAKIN KETANDUSAN ILHAM. SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR ALLAH MEMBERI KITA TAUFIQ DAN HIDAYAH. AYUH, DOA SEKARANG!

Manusia itu pada asalnya lahir tanpa dosa, tanpa pahala. Tak ada satu pun manusia yang dilahirkan dengan dosa. Pernah ke tengok muka baby macam penjenayah? Tak ada, tak pernah! Sebab itu orang cakap budak-budak kecil yang baru lahir ini bagaikan kain putih. Terpulang bagaimana mereka dicorakkan. Fitrahnya yang putih itu suci, bersih dan baik.

Cuba kita balah sikit dengan isu ini. Kalau fikir logik, kita tak tahu pun warna apa yang paling utama. Kan? Boleh jadi bukannya putih tetapi hitamlah warna yang utama. Bagaimana pula jika putih itu adalah hasil corakan ke atas kain yang berwarna hitam? Salahkah menjadi kain selain warna putih? Tidak bolehkah kain itu berwarna hitam walaupun ia bersih? Kesian yang hitam. Senang cerita apa-apa saja yang bersih itu dikira baik.

Ok, tak kisahlah kita ini kain hitam ke, kain putih. Tapi yang penting, apa yang ada pada kita hari ini adalah hasil daripada apa yang kita kerjakan. Jahatnya kita kerana dosa-dosa yang kita kerjakan, manakala baik pula cerminan untuk pelaku amal-amal soleh.

Memang. Memang bukan kerja kita untuk menentukan syurga dan neraka. Tapi tak salah untuk kita menilai siapa yang baik dan siapa yang buruk amalannya. Pastikan penilaian kita ini berdasarkan rujukan yang empat. Kalau kita duduk membuta, yang jahat pun kita samakan dengan yang baik, tak ada orang yang akan tampil untuk memberi peringatan. Ialah bagaimana kita nak tahu orang lain buat jahat, buat baik, kalau kita tak menilai.

Kita bebas untuk berbuat baik, bebas juga untuk memilih yang buruk. Semuanya terletak pada pilihan kita. Biar selautan pun ilmu agama kita, kalau ilmu hanya di kepala tak ada guna juga. Apa yang mendorong kita ketika membuat pilihan yang adalah sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Bila kita berjaya membuat pilihan, maka beruntunglah kita. Orang yang gagal meletakkan Allah semasa membuat pilihan bermungkinan untuk membuat dosa. Dosa kan lazat. Lazat di dunia.

Untuk pelaku dosa macam kita, jangan sesekali kita merasakan sudah lewat untuk berubah. Allah kan maha pengampun! Ingat, pilihan kita hari ini akan mencorak bagaimana diri kita esok. Esok dalam erti kata bermula selepas kita membuat pilihan. Bukan subuh pagi esok. Pilih elok-elok tau, jangan main tembak je. 






0 comments:

Post a Comment