Thursday, 20 June 2013

Domino

Dalam jangka masa 10 tahun yang lepas, kerajaan membuka banyak biasiswa dalam bidang perubatan, semata-mata untuk meningkatkan bilangan doktor yang ketika itu sangat jauh dari kadar yang sepatutnya kita ada.

Usaha meningkatkan bilangan doktor dalam negara adalah penting bagi memastikan nisbah doktor:pesakit berada di aras yang optimum. Semakin ramai pesakit, semakin ramai doktor yang diperlukan.

Banyak faktor yang menjurus kepada peningkatan bilangan pesakit, antaranya adalah peningkatan kualiti dalam penyelidikan dan pendaftaran rekod kesihatan yang semakin baik. Faktor lain adalah seperti faktor alam sekeliling yang membahayakan kesihatan, contohnya suasana rumah yang dipenuhi lalat.

Kenapa lalat banyak? Bagaimana lalat-lalat ini boleh buat gathering dalam rumah kita? Lalat suka akan benda-benda yang berbau busuk. Jadi mungkin ada sumber bau yang tidak enak bagi kita, tapi enak bagi lalat, wujud di dalam rumah. Bau sampah, bau tandas yang tidak dipam.

Kenapa tak dipamkan tandas tu, kenapa simpan sampah lama-lama dalam rumah? Sebab mereka tak tahu, kenapa mereka tak tahu? Sebab kita tak ajar. Eh, kurang ajar!

Hati akan gelap bila selalu melakukan dosa. Kita melakukan dosa kerana kita tidak percaya. Kita tidak percaya kerana kita tidak mengetahui. Mengapa kita tidak mengetahui? Sebab kita tak mempunyai ilmu. Kita tidak ada ilmu kerana tidak mencari. Kenapa kita tak mahu mencari ilmu, sebab kita malas. Mana datangnya malas itu, datangnya dari menurut kehendak nafsu.

Masalah sentiasa datang menemui kita di pelbagai peringkat. Kita pula selalu menyelesaikan masalah yang datang kepada kita bulat-bulat. Memang betul masalah itu akan dapat diselesaikan, tapi ia tidak akan berhenti selagi faktor kepada masalah itu tak dirawat.

Haish, mengarut lagi aku kali ini. If I can solve my main problem, that will be great.


0 comments:

Post a Comment