Pada suatu petang yang panas, kelihatan dua orang remaja sedang menunggu bas. Seorang (A) sedang sibuk bermain handset. Baling sana, baling sini. Yang lagi satu pula (B) sedang asyik memerhatikan kiri kanan, walhal bukannya ingin melintas jalanraya. Sejam menunggu, akhirnya bas pun tiba. Salam pun tiada, inikan nak hormat orang tua.
“Aiik, aku tak nak naik la bas macam ni, takut. Bas ni kalau kasi kat besi buruk pun bukannya laku”
“Memang lah, ni bukan setakat besi je buruk, semua buruk. Getah buruk, plastik buruk, kaca pun buruk, dengan pemandu-pemandu dia sekali buruk. Naik je la, takde meletup punya. Tak kan nak jalan kaki kot.”
Senyap.
Orang ramai yang berada di sekeliling memerhatikan gelagat mereka berdua. Kerusi paling belakang menjadi pilihan walaupun kain kulitnya hampir tertanggal kesemuanya. Mereka duduk bersebelahan dan kembali meneruskan kerja masing-masing.
Petang ini tiada burung yang pulang ke sarang. Tidak senang duduk si kawan ni (B), bila dah tak ada benda nak diperhati. Tengok kanan orang, tengok kiri orang juga, tengok depan pun orang. Nasib baik belakang tingkap. Sedang kedua-duanya khayal dengan kerja masing-masing, seorang anak kecil lingkungan 8 tahun masuk ke dalam perut bas.
“Eh, tengok tu. Hitamnya, tapi muka sebiji macam melayu. Ni India belah mana ni?”
“Haha. India? Aku rasa ini keturunan sami tiga calit tu lah, kaw-kaw punya mari. Hitam giler.”
Beberapa saat kemudian naik pula seorang ayah, mukanya seiras si anak kecil tadi. Malah dia berpesan kepada anak kecil itu supaya berhati-hati manaiki bas. Betullah mereka berdua ini anak beranak. Tapi, kedua-duanya pula fasih berbahasa melayu.
“Wey, melayu lah”
“Melayu? Impossible, mana boleh, mustahillah, tak boleh jadi ni.”
“Serius. Cuba ko dengar dia cakap bahasa apa. Bahasa melayu bai!”
“Argh, orang India sekarang memang fasih bahasa melayu. Bapak borek anak rintik. Anak sama je macam bapak. Bapa hitam, anak hitam juga.”
Perbualan mereka terhenti di situ. Tapi tidak lama. Selang beberapa minit, naik pula seorang lelaki berbangsa cina. Umurnya belasan tahun, baru pulang dari kelas agaknya. Kali ini tinggi orangnya. Hampir mencecah bumbung bas. Dan secara tidak langsung muncul pula topik baru.
“Hah! Ko tengok yang ni plak. Tinggi bukan main. Konfem mak bapak dia tinggi. Yang aku tahu, faktor genetik memang sebab utama. Tapi boleh jadi jugak, masa kecik-kecik dulu kuat minum susu zirafah kot. Mana tau.”
“Agak tinggi jugak lah. Ni kalau anak pun dah nak cecah bumbung, kalau mak bapak dia? Tak tahu la nak cakap macam mana. Kena hulur kepala keluar ikut tingkap lah nampaknya.”
Selepas itu...
“Ayya, silamat petang lo. Selonok saja nampak. Kelusi sini kosong nga?”
“Iyalah, kosong la apek. Kan talak olang ni. Mali sini duduk.”
Seorang lelaki separuh abad masuk ke dalam bas. Dia memilih untuk duduk di hadapan mereka. Susuk badannya yang tinggi lampai makin membuatkan mereka berdua semakin teruja, (muka penuh excited, mata terbeliak, lubang hidung meluas dengan mulut melopong).
“Kan, dah terbukti. Betul tak aku cakap? Orang melayu memang hebat buat perumpamaan ni. Bertepatan dengan hukum alam.”
“Eh,betul lah. Tapi kau silap satu benda. Ada jugak perumpamaan yang orang melayu salah bagi. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Yang ni tak ngam la pulak. Tapi takpe lah, satu je yang tak kena. Yang lain semua betul.”
Sengaja ditinggikan nada suaranya agar mesejnya sampai kepada apek. Biar dia dengar, sakit hati dan berdendam. Takkan berani dia nak melawan. Inilah manusia hanya tahu menghina.
Hujan makin mencurah lebat. Sedang mereka juga sudah tidak jauh dari destinasi. Sewaktu hendak menurunkan penumpang di perhentian yang seterusnya, naik pula seorang kanak-kanak. Berisi badannya, tampak sihat. Tapi berkulit cerah. Maka dijadikan bahan bualan yang seterusnya.
“Ouch, ada bomb bergerak rupanya. Kiri... kanan... kiri... kanan... kiri... kanan...” (sambil pipi dikembungkan, tangan mengepak luas). Orang ramai tertumpu ke arah mereka, mana tidaknya, remaja lingkungan 19 tahun berperangai seperti murid tadika. Terkadang seperti orang gila pun ada.
“Adik2, sini jap. Nama siapa? Belon ye?”
“Takdelah abang. Nama saya Azroy. Mak panggil Roy, tapi kawan2 panggil saya Boroy.”
“Adik, adik mana boleh duduk situ. Tak muat. Terkepit nanti. Adik kena naik kapal terbang.”
“Ops, tak boleh. Nanti tak boleh terbang. Ooo, takdelah. Boleh tapi senget sebelah. Haha, mak belon tak de?”
Habis ditertawakan mereka berdua.
Budak lelaki itu hanya bermasam muka tanda tidak suka. Apalah dayanya, hendak menentang golongan remaja. Biarkan. Dia berlalu menuju ke hadapan. Jauh dari kepungan kekejaman. Belum sempat dia beredar jauh, naik pula seorang wanita. Wanita yang istimewa.
“Adik, kita duduk sini je lah. Senang sikit nak turun nanti.”
“Tak nak. Adik tak nak. Jom lah duduk depan.”
Nampak dari air muka, jelas pula dari jelingan matanya. Wanita itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Dia kemudian memimpin adiknya, mengatur langkah berdekatan dua remaja tadi. Riuh mereka memang menyesakkan telinga. Mungkin sebab itu ramai penumpang sudah turun terlebih awal.
Kedua-dua lelaki tersebut hanya mampu terdiam. Belum lagi terkeluar sepatah pun kata-kata dari mulut mereka sejak wanita itu masuk. Semakin wanita itu menghampiri, semakin tunduk wajah mereka, malah (A) turut berpaling muka ke tingkap. Seluruh isi bas menjadi senyap. Orang ramai mula hairan dan berpaling ke belakang untuk memerhati keadaaan.
Selang satu kerusi dari mereka, wanita itu melabuhkan duduknya. Adiknya pula di sebelah. Dia membetulkan duduknya supaya selesa. Tingkap dibuka luas begi membolehkan angin menyelinap masuk. Dan tanpa diduga.
Dia mengeluarkan mashaf Alquran dari beg bimbitnya. Dan terus mengisi waktu menunggu dengan kerjanya pula. Bismillahirrahmanirrahim. Ayat 11 Surah Al Hujurat menjadi tumpuan. Ada perihal penting di dalamnya. Alunan tartilnya lembut sekali. Hanya samar-samar suaranya sahaja yang sampai untuk remaja tadi mendengarnya.
Terpukul dengan suasana. Rasa bersalah dan malu tercuit dari hati kedua-dua remaja tadi. (A) menekan loceng sekali. (B) pula menambah berkali-kali. Mereka mahu turun di perhentian seterusnya. Sebelum keluar, mereka sempat melaungkan kata maaf. Untuk pemandu bas, anak kecil, remaja cina, dan budak lelaki tadi serta penumpang2 yang lain.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain. (kerana) Boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan)lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok). Dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan yang lain (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan-perempuan (yang memperolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Surah Al Hujurat : 11
**********
Jadikan pembacaan Al-quran sebagai tabiat kita. Tak kesah walau kat dalam bas ke, stesen keretapi ke (KL sentral), tunggu anak2 balik sekolah ke, jalan jam pun boleh jadi. Bacalah! Kat Malaysia tak ramai, tapi kat sini orang melayu pun selalu buat.
Buat apa nak malu?
Takut orang kata berlagak? Kalau kita ikhlas, betul2 ikhlas kerana Allah. Kita hanya cari pandangan Allah, biarlah manusia nak kata apa. Manusia memang macam itu. Biarkanlah! Bukan kita ganggu dia orang pun.
Terkadang, bertegur mulut bukan teguran yang berhemah. Boleh jadi islam kita dipandang rendah. Kadang-kadang, ada masanya sifat sudah cukup untuk mentarbiah.
Yang pakai tudung labuh, Alhamdulillah. Yang tidak, pakailah! Perlahan-lahan. Kalau tidak mahu, pandai-pandailah labuhkan asal menutupi apa yang patut ditutup.
Indah wanita bukan untuk tayangan. Nanti tidak laku untuk dihidangkan. Hanya mata serigala yang mencari ayam jalanan. Tapi hidungnya lebih suka menghidu ayam reban. (maaf : contoh mengarut)
(masih tertanya-tanya kenapa font takde warna. Walaupun masa nak post dah letak warna? Nmpak kosong, dan boring. Ad sesapa tahu?)
2 comments:
Post a Comment