Sunday, 10 October 2010

Sedih Mengenangkan Gembira



8:00 p.m-Khamis-15 April 2010
Suansana di Green Blaza sibuk seperti biasa. Sudah menjadi kebiasaan rata-rata penduduk di sini, bersiar-siar bersama keluarga bagi menenangkan fikiran, di samping meregangkan saraf-saraf otak yang seharian suntuk bekerja. Ditakdirkan pada waktu itu, terdapat sekumpulan pelajar melayu yang baru sahaja selesai menonton wayang.

“Aik..!! Pukul brape skrg? Asal macam dah malam je..?”

“ Normal lah tu, cerita Hindustan semua standard tiga jam. Dah kita msuk ptg, keluar mesti dah mlm”

“A’ah..oo, kalau mcm tu, burn la asar ngn magrib aku..??”

“Tulah kau, org suruh smbhyg dulu td ko x nak, kan dah burn dua waktu. Atleast aku mgrib je.”

“Amboi..!! Ko yang  x ckp kite nk tgk cite tiga jam. Kalau tak, mesti aku da smbhyg dlu. Abes skg cmne ni?”

“E-ele.. Ko x payah bajet baik sgt. Cam tak bese je tinggal smbhyg. Nt qada la kt umah.”

“Alah, aku xnk la qada kt umah, mana tau dalam perjalanan nanti, aku eksiden ke.? Xsempat plak nak smbhyg..Kita sggah masjid dulu ek nt”

“Haa, takut jgak kau kan. Chill la wei, bkn sengaja nk tggal smbhyg, terlupa. Lagipun pun nt kita qada’ la, bukan kite nk tggal..”

“Kau ni bahaya btul lah, bende cmni pun bole wat main2.. Ajal maut d tgn tuhan weyh, kau tahu x.? Andai kata kita eksiden on the way nt cmne..? Kau xtkut ke kna seksa neraka..?"

“Weii, lu jgn ckp lebih2 la. Lu jgn nak bg tazkirah plak kat sini. Lu ingat gua ni jahil sgt ke, gua tau jgak la pasal smbhyg nie. Pendidikan Agama Islam dulu gua skor A1 lah. Weii, bukan setakat xsembahyang je yg berdosa, tp ni kita nih. Keluar ngn prmpuan. Lu ingat xberdosa ke..?

Mmg xde hukum direct yang mgharamkan kluar dgn pmpuan, tapi Allah ckp, jgn mendekati zina. Inilah contoh mendekati zina.! Kau tau tak..??”

“Dah-dah, xyah la nk gaduh2 lg. I RIMAS laa...!! Ya rimas lah korg asyik gaduh je. Korg ni mcm budak2 kecik je. Pdahal bende da blaku dah pun. Xpayah nk persoalkan lagi. Nanti balik masing-masing qada’ lah. Apa kata skrg ni kite pg main 2”

Nadia melerai kehangatan. Dia bagaikan sudah terbakar dengan api perbalahan mereka. Mana tidaknya, dia juga sudah terlajak maghrib dan asar. Malunya bukan pada takutkan tuhan, tapi segan diketahui kawan-kawan. Dia menunjuk ke arah Hockey Ice Machine dan segera mengatur langkah sambil lengan Amin digenggamnya manja.

Tudungnya cantik bercorak “Mawi” malangnya tidak terurus. Ada jalur-jalur rambut yang kelihatan. Apabila dilihat dengan teliti, perang rupanya. Orangnya manis, putih, kecil molek sahaja. Namun tidak kena pada pakaiannya. Dia lebih suka menggayakan pakaian ketat dan sendat, yang pada pandanganku sekadar menutupi lapisan luaran badannya sahaja. Begitulah contoh etika pemakaian sesetengah pelajar di sini.

“Ya nak main bnd ni ke..?”

“A’ah, nmpk cm mnarik je”

“Laaar, ni mcm utk budak2 je. Xde pun org besar yang main. Ya budak-budak ke? Tapi takpe lah, sebab Ya, Man rela jadi budak2 sekejap. Haha..meshi..???

“Meshi, syukran Aiman. Awak mmg baik dan memahami”.

Aiman pandai menyusun kata-katanya. Disebalik tegas kelakiannya, tertanam juga kelembutan seorang lelaki. Itulah yang membuat Nadia tertarik pada Aiman. Cair hatinya dek kemanisan kata-kata Aiman. Setiap gurauan Aiman dibalas sekadar dengan senyuman.

“Amin geng dgn Mai, aku geng dgn Ya. Mai kan power. Cantik..?”

“Cantik mmg la cntik, bolanye mne. Ko ingt main free ke. Pg lah bayar dlu”

Pantang diusik saja Maisarah, pasti Amin akan naik minyak. Dia memang tidak suka orang lain bersikap baik terhadap Maisarah. Takut-takut Maisarah akan lari darinya. Maisarah hanya mampu bersabar dengan sikap Amin. Dia sedar, setiap orang pasti ada baik buruknya.

“Haram jadah ko, xpe2, ko tgk Min. Nt aku balas balik”

Aiman mengalah, dia bersegera ke kaunter mendapatkan token. Genggamannya dihempas padu, meja menjadi mangsa. Marahnya memuncak sebaik dia dimalukan di depan Nadia. Bukan kali pertama dia diperlakukan begitu.

Lepas satu permainan, lain pula permainan seterusnya. Begitulah rutin mereka setiap kali keluar bersama. Empat orang rakan sekawan, entah bila nak kenal tuhan.

Costa Cafe. Nama yang tidak asing lagi bagi mereka. Agaknya masih terlalu awal untuk pulang ke rumah, lalu mereka mengambil keputusan untuk menjamah sedikit makanan. Penat yang tidak terkira, bagaikan hilang separuh nyawa. Dari bowling, hingga ke hockey ice machine, ditambah pool pula. Selepas itu, go kart, dan paintball. Kalau nak disenarai, mahu habis dakwat printer.

Malam pantas berlalu. Puas mereka bersuka ria tanpa disedari jam telah menunjukkan pukul 12.00 malam. Berteriak hati kecil Nadia untuk pulang. Ditambah lagi dengan sejuk yang mencucuk, dia sudah tidak senang duduk.

“Ya nak balik lah..dah malam dah nie.”

“Ok...ingat xnk balik td. Lame Man tggu. Ya nk balik ke xnk nie.”

Mereka bersalaman sebelum bertukar ke haluan masing-masing. Nadia dan Maisarah tinggal di Camp Ceaser manakala Aiman dan Amin menetap di Cleopatra. Apalah halnya kalau setakat bersalam-salaman sahaja. Bukannya mereka berpelukan. (jangan terpengaruh)




Kurang dari lima minit bertengkar dengan pemandu teksi, akhirnya mereka mendapat harga yang sesuai. Aiman duduk di depan dan Amin duduk di belakang. Nadia dan Maisarah pula di teksi yang lain. Masing-masing sibuk. Entah tidak jemukah dari tadi berjumpa, sampai dalam kereta masih nak ber-TATA manja.

Cleopatra dan Camp Ceaser tidak jauh beza, jalan pulangnya sama saja. Hendak diromantikkan cerita, mereka pulang ikut jalan yang sama. Keadaan semakin romantik sebaik lagu jiwang arab didendangkan. Lampu-lampu jalan bersinar bagai lilin-lilin penyeri mekanikal. Jalanraya lengang. Tiada kereta susur keluar masuk.

Fakta menarik tentang masyarakat di sini. Tiada perbezaan darjat antara kereta sport dengan kereta biasa. Asalkan kau mampu beli kereta, mana-mana ceruk akan dianggap litar lumba. Kalau masih tak percaya, datanglah tengok sendiri. Sini tak ada mat rempit, nak tengok motor pun jarang-jarang. Tapi kalau kereta, van, bas ke, semua laju-laju. Kalau kita, 110 km/j, dah macam raja dekat lebuhraya. Tapi kat sini, kalau nak kena hon, nak kena maki hamun, bawa la perlahan macam tu.

(Sebab tu ada kawan yang kena langgar. Kesian kamu)

Darah si pemandu teksi berderau, biasalah anak muda. Kedua-dua teksi berjalan seiring, sambil berbicara melalui tingkap. “Yalla Beena”. Hanya itu yang mampu ditangkap Aiman. Dia masih di tahun satu. Ilmu bahasa arabnya setakat darjah enam tidak banyak membantu. Tapi, dari gaya percakapannya, lentuk gaya badannya berbicara, Aiman dapat mentafsirkan sesuatu.

Berkemungkinan besar kedua-dua pemandu teksi ini sedang bertaruh upah tambang teksi. Siapa yang menang akan dapat kedua-dua tambang teksi. Aiman tidak sedap hati, mahu saja dia berhenti  dan keluar dari teksi tapi tidak dibenarkan. Bermula saat itu hatinya mula teringat pada tuhan. Entah kenapa, dirasakan mati itu bagai dekat saja dengannya. Nafasnya dihela panjang. Fikirannya melayang memikirkan solatnya, ibu bapa dan dosa-dosanya.

Kedua-dua teksi dipandu deras. Saling pecut memecut sesama sendiri. Wajah Nadia ditatapnya puas-puas dari tingkap teksinya, takut-takut tidak berjumpa lagi. Nadia dan Maisarah tertidur di kerusi belakang. Penat agaknya. Amin pun sudah lelap. Kepalanya disandarkan ke bahu Aiman. Tika itu, hanya Aiman seorang yang masih berjaga bertemankan pemandu teksi. Gementarnya makin memuncak, dia tidak boleh membiarkan keadaan berterusan.

Sedang dia menatap wajah Nadia, dengan tiba-tiba kelihatan dua cahaya lampu yang terang datang dari tingkap bersebelahan Nadia. Cahaya itu semakin hampir hinggakan wajah Nadia kabur ditelan terang sinaran lampu. Bunyi hon panjang mengakhiri tegang keadaan.

BANG...!!

Teksi yang dinaiki Nadia dan Maisarah dirempuh dari sebelah kanan. Impak kuat yang dihasilkan menyebabkan teksi itu berguling dan merempuh teksi Aiman. Lori yang sarat bermuatan tong gas itu benar-benar mencium rapat kedua-dua teksi tersebut hinggakan ia melekat bagaikan satu jasad.

Azan Subuh menghidupkan suasana. Pagi itu tiada lagi hari esok. Berlarutan malam yang lampau hanya sunyi yang mengenal hari. Gelap dan tangis yang menemaninya. Yang lepas tidak diketahui, sedang yang datang cuma sedetik baki. Apa pun yang berlaku, semuanya sudah ditentukan. Walau seburuk mana pun pengakhiran, bersykurlah selagi bernafas udara kepunyaan tuhan. Hanya dia yang berbaki untuk berjuang.

Aiman menggagahkan diri untuk bangun. Namun tiada daya yang mampu dia kerahkan. Seluruh badannya dirasakan amat berat. Dia menjenguk langit hari ini. Malam ini bukan lagi berbintang. Hanya siling putih bersinarkan lampu malap yang menerangi. Pejam celik pejam celik, matanya masih lagi pudar. Perlahan-lahan dia cuba menangkap anak-anak bunyi yang mendatang.

“Aiman, Aiman. Aiman dah sedar nak?”

Itulah ibunya, Nor Halimah Salam. Rupanya dia sudah lama di situ. Matanya tampak biru kehitaman dengan saki-baki air mata yang kering. Wajahnya menampakkan corak kepenatan. Mana tidaknya, sepanjang malam ibunya menangis. Sedih melihat anak yang tidak bergerak, lemah dan kaku di perbaringan. Tiada orang yang lebih mecintai Aiman lebih dalam dari ibunya. Tapi dia lupa.

Aiman kasihankan ibunya. Dia cuba membuka mulut. Ingin saja dia bersuara mengeluarkan sepatah kata untuk menjawab seru ibunya. Tapi hanya angin yang berlalu tanpa sebarang suara. Mujur, matanya masih mampu bergerak. Cukuplah sekadar isyarat mata menjadi suara buatnya, namun sudah cukup besar untuk mendatangkan kegembiraan buat ibunya.

Melihat betapa gembira ibunya dengan keadaannya, Aiman juga turut berbahagia. Baru terasa nikmat memandang ibu, memang benar-benar mendamaikan. Air mata yang mengalir tapi senyuman yang diberikan, cukup mengharukan. Biarlah sementara masih ada waktu yang berbaki, dia pergunakan sebaiknya untuk merenung ibu.

Tiba-tiba rasa kesal mula menghurung memenuhi kalbu. Perasaan yang jarang sekali singgah di hatinya. Sebelum ini tidak pernah pula dia menghiraukan perihal ibunya. Sedih, kecewa, sebak dan sepertinya. Peduli apa untuk itu. Tapi tidak kali ini. Allah mendatangkan sedih untuknya. Nikmat sedih yang sebenar-benarnya. Jantungnya kini berkocak-kocak, hinggakan aturan nafas menjadi bolak-balik. Akhirnya keluar juga air mata.

Ya Allah!
Anak derhakakah aku?

Ampuniku ya Allah!
Atas segala dosa-dosaku
Keegoaanku, Kealpaanku, Kelalaianku
Kerana mengabaikan tanggungjawab kepadaMu
Tanggungjawab untuk berbakti kepada ibubapaku

Ampuniku ya Allah!
Kerana membiarkan air mata ini mengalir kesedihan
Kerana membiarkan hati itu kecewa tak berkesudahan
Kerana tugas ini tidak sesempurna yang Kau inginkan
Tolonglah, aku benar-benar kecundang dalam mengenal tuhan

Ampuniku ya Allah
Hidupku tidak lain hanya gembira yang berpanjangan
Hingga aku janggal saat mengenal kesedihan
Penyakit ini yang aku ketagihkan
Sedangkan aku sedar, cuma tidak berkeinginan

Ampuniku ya Allah
Serta ibu ayahku yang sentiasa mendoakan
Dialah kawan yang aku sendiri tak perasan
Terima kasih atas segala aturan dan ketentuan
Hanya Engkau yang berkuasa memberi keputusan

**********

Kadang-kadang gembira sering membawa kita jauh dari apa yang sering kita idamkan.

Masa itulah jiwa kita paling teruja untuk melakukan pelbagai perkara. Kalau kita perasan, masa itulah kita paling mudah lupa. Cukuplah gembira seketika, biar sedih pula yang bertakhta. Malang bagi mereka yang tidak mahu berpaling. Semua idamannya bakal lari jauh tanpa sedar kenapa.

Sedih mengenang maut yang akan menjemput. Sedih mengenang nasib ummah Muhammad. Sedih mengenang diri yang sering terbabas dari jalan keredhaan tuhan. Sedih dengan dosa yang berlipat kali ganda. Sedih kerana jiwa lebih rindukan insan dari Dia, tuhan yang berkuasa menciptakan.

Kadangkala sedih adalah perlu untuk kita.

Dalam sukar kita mencari, dalam payah bersama tempuhi. Apa lagi yang sinonim dengan seorang kawan? Perihal pentingnya mereka dibuktikan dalam kisah hidup kanak-kanak. Umur seawal mereka secara tidak sedar, sudah pandai membina persahabatan. Hinggalah ke hari ini, kita masih lagi membina persahabatan. Tapi secara sedar pula. Nasihatku jangan lupa.

Ibu ayah kawan sampai ke tua.

Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Surah Al Baqarah : Ayat 195

0 comments:

Post a Comment