Salah satu punca kelemahan umat kita pada zaman ini adalah pecah belah. Kenapa, dan mengapa isu yang dibangkitkan adalah pecah belah, sebab saya punya suka lah. Segala yang ditulis adalah lahir dari pandangan diri sendiri yang lemah dan juga selalu buat salah. Apa-apa hal pun, silalah komen jangan segan-segan.
Pecah belah datangnya dari hati yang tidak satu. Tidak satu pendapat, tidak satu jalan, tidak satu tujuan dan seertinya. Contoh yang paling ketara, paling mudah untuk kita, apabila seorang dari kita (A) mempunyai pandangan yang bagus. Cuma, mungkin cara pelaksanaannya yang kurang kemas. Tampil pula seorang kawan (B), bawa satu pemikiran yang baru dengan cara pelaksanaan yang lebih kemas. Sudah tentulah kita akan ikut (B).
Tapi, macam mana kalau (B) tak tahu nama kita. Bercakap sepatah dengan kita pun tak pernah. Selama enam tahun duduk satu universiti, belajar satu dewan kuliah tapi hari ini baru nak kenal. Datang secara tiba-tiba, entah mana ceruk tinggalnya, tapi dia ada cara yang lagi berguna.
Nak banding dengan (A), dari dulu member rapat kita. Kamcing gila. Main dota sekali, keluar makan sekali. Tidur satu katil, satu selimut, satu kain. Kalau tutup mata pun tak pandang muka, bau badan pun dah tahu member kita.
Agak-agaknya, orang akan ikut (A) ke (B).
Kalau ikut pengalaman 19 tahun hidup, orang biasanya akan ikut (A). Sebab kita tak kenal (B). Sebab kita kawan dengan (A) kita tak rapat dengan (B). Sebab kita lagi suka (A) daripada (B) walaupun kita tahu (A) ni teruk tapi kita tak tahu (B) ni baik ke buruk.
Serius! Ini semua dari pemerhatian di kalangan kawan-kawan, dari sekolah rendah, sampailah dah masuk universiti. Tak tahulah kalau alam selepas ini pun masyarakat kat luar buat macam ni. Kita ikut jalan yang kurang elok, semata-mata kerana dia kawan kita atau mungkin di atas keuntungan kita. Sedangkan jalan yang lebih baik ada depan mata.
Dalam hidup, sebab benda-benda kecil macam inilah kita lemah. Kalau dari sekolah rendah, mungkin ada kawan kita yang kita tak sempat nak kenal semua. Kat sekolah menengah, konfem ada mamat-mamat pengawas yang kena pulau sebab suruh kita buat benda yang kita tak suka. Bila dah masuk universiti, kesian pula tengok ketua lecture hall. Tak pernah lagi dia suruh kita buat benda yang salah. Tapi orang tak suka dengar cakap dia, sebab dia ada buat masalah. Masalah yang lahir dari kelemahan dia sendiri, normal lah tu.
Sebab inilah politik juga berpecah. Masing-masing ada perjuangan tersendiri. Merperjuangkan nasib kaum dan bangsa tercinta. Tapi dalam masa yang sama, kita saling menghina sesama kita. Kau buat salah, aku betul. Kau ini, kau itu. Kesalahan orang yang kita sibuk-sibuk nak cari, hingga kita lupa nak bangunkan negara sendiri. Masyarakat pun sudah tidak tahu membezakan baik buruk. Apakah mereka belum mumaiyiz? Mustahil.
Sudahlah. Tak mahu tulis panjang, bukan ada pemegang kuasa yang membaca. Mesej utama, kita ikutlah jalan yang sebaiknya yang berguna untuk kita semua. Jangan disebabkan kita tak suka sesuatu, kita salahkan yang betul, membenarkan yang salah. Sampaikan umat kita berpecah belah, pun kita masih nak main “aku yang benar kau yang salah”. Tak, bukan itu yang kita kena kerah.
Semuanya bermula dari perasaan hasad dengki, benci-membenci dan musuh-memusuhi. Susah berlapang dada, segala benda tak mahu terima. Hasilnya, kita juga yang jadi mangsa. Paling senang, tengoklah Youtube, baca komen-komen. Mesti adalah gaduh-gaduh ni. Dari sesama kaum, sesama politik, sesama bangsa, hinggalah sesama negara, walhal kita adalah satu agama, rumpun yang sama. Dalam kita rancak saling mempersalah, seronok je Amerika ketawa berdekah-dekah.
Kesimpulannya buat sendirilah. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Entah-entah, ada yang sibuk nak mempersalahkan entry ini. Jangan salah buat kesimpulan sudah.
Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
Surah Al-Hasyr : 10
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim, dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim.Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Hadith riwayat Imam Muslim
0 comments:
Post a Comment