Langit sungguh cerah hari ini. Biru dan berawan jarak. Sangat cantik dan menjadi simbol damai bagi seorang pelukis. Dalam pada itu, lewat si Camar terbang mencari jalannya pulang. Mahu diri menjadi bebas sepertinya.
Matahari pula memancar dengan ceria cukup untuk mengeringkan pakaian yang basah pada paginya. Si ibu pun lantas gembira. Adakalanya keluar lewat dan terkadang terawal pula. Namun tidak pernah tiada.
Angin pula sentiasa bertiup membawa tenang dalam dingin lalunya. Dari situ muncul pula rasa indah dari tari-tari pepohon yang berdiri sebelah menyebelah. Di situ terlahirlah gembira dan pohon itu menjadi teduhan istirehat buat yang kepenatan.
Petang itu, segalanya bagai muda. Aku gembira.
**********
Oh tidak. Langit mengapa engkau kelam? Aku lihat riakmu penuh kemarahan. Engkau benci pada aku kah? Tolong, bawakan awan yang dahulunya menjadi igauan si pelukis. Biar ia menutupi wajahmu, aku bimbang. Bukan halilintar yang aku pinta.
Camar, ke mana engkau menghilang? Terbanglah, bawa aku sama keluar dari sini. Sudah lupakah engkau untuk berpatah balik ke mari? Kamu juga mentari. Aku tahu kamu ada di balik tirai ini. Tapi mengapa engkau tidak menampakkan diri? Tiada gunanya menyombong diri. Kamu tahu, si ibu sudah merengek menantimu setiap hari.
Kalau tiada, panggilkan aku angin. Kalau dahulunya kamu diangkat sebagai kenderaan, tapi kenapa kini tak mampu menerbangkan sepi? Habis, apalah nasib pepohon itu tadi? Engkau mahu biar dia bergoyang sendiri?
Syukur padaMu tuhan, Kau masih menemani.
"Dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit dan dengan air itu, dihidupkanNya bumi yang tadinya sudah mati. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran)."
Surah An Nahl : ayat 65
1 comments:
antara hari terbaik dalam zulhijjah,
10 hari terawal,
beribadah lah,
hari ini,
para jemaah haji wukuf di padang arafah,
hari ini,
orang Islam yang tidak wukuf di sunatkan puasa sunat,
segala dosa dalam 2 tahun akan dihapuskan,
hari ini,
bintang meriah menghiasi sang langit,
lebih banyak dari biasa,
aku senang hati kerana perkara yang aku gemari bersinar mesra,
hari ini,
aku lega setelah selesai exam,
hari ini,
orang perantauan balik ke sisi keluarga,
hari ini,
keadaan banjir kembali pulih,
tahukah kau,
HARI ini,
15hb nov,
adalah tarikh keramat mu,
lahirmu ke dunia,
detik kegembiraan menyingkap ke ruang dada ayah dan emak mu dengan kehadiran mu dan adik kembar tersayang..
hari ini.......
Post a Comment