Sunday, 24 October 2010

Khas Untuk Nur Atiqah Bte Zainal


Pagi itu betul-betul nyaman. Ayam yang selalunya jaguh bersuara masih belum mencuci mata. Kabus pula belum sempat melarikan diri. Hanya Subuh sahaja yang benar-benar menepati masa. Betul-betul seperti yang dirancang, mereka bertolak meninggalkan Kuala Lumpur. Kota yang sesak hampir setiap masa, mula merindui tenang desa.

“Makan angin”. Tema yang cukup luas untuk bergembira. Tetapi sering disempitkan dengan hanya dua nama. Kuala Kangsar atau Permatang Pauh. Lebih sempit, rumah nenek atau rumah tokwan. Itu saja pilihannnya. Hala tuju masih belum ditentukan. Ibu sedar. Walau sejauh mana pun perancangan, kuputusan itu hanya di tangan ayah. Pasrah.

Tidak sampai 20 minit bertolak, habis gelap isi dunia. Walaupun subuh baru kunjung tiba, mentari juga masih belum menggarang, namun apakan daya. Ibu yang dari paginya berjaga mengemas susun atur benda, terlena walau hanya berbuaikan jalan berturap tidak rata. Mudahnya lena, mungkin keletihan agaknya. Tapi itulah ibu, rajinnya tidak terhingga.

Ayah leka memandu. Tapi matanya memang tumpu, ialah veteran askar katakan. Habis segala yang sukar diperhatikan kita ditenangnya biasa. Matanya asyik memerhati. Leka dengan dusun kiri dan kanan. Durian di sana, rambutan di sini, lagi-lagi yang sudah siap di jual di tepi-tepi. Fikirnya boleh di buat bekal untuk kerabat yang sedang tunggu menanti.

Pejam celik, pejam celik. Tiba juga akhirnya. Ibu yang baru saja sedar dari lenanya terkejut. Udara yang dihirupnya bukan lagi berbau Permatang Pauh, malah tidak sedikit pun menyerupai Kuala Kangsar. Mereka di Gerik rupanya, rumah kakak sulung ibu. Adil bukan ayah? Itulah, kan sudah diberitahu, keputusan di tangan ayah.

Along menyambut baik kedatangan mereka. Hendak ditegaskan, Along merupakan seorang kakak yang sangat baik. Dari cara layanannya memang ketara wujudnya rasa sayang yang dicurahkan untuk adik-adiknya. Begitu juga adik beradik ibu yang lain. Kalau bab makan, memang semua yang lazat-lazat dihidangkan. Entahlah, kadang-kadang lauk biasa sahaja. Tapi mungkin berkat yang menjadikannya lebih lazat.

Beberapa hari berlalu. Ayah harus pulang. Ada urusan di pejabat katanya. Esok 18 Oktober adalah hari pertama mesyuarat ketua-ketua negara Komanwel atau dalam bahasa lainnya, Commonwealth Head Of Government Meeting  1989 (CHOGM). Mesyuarat yang kali ini bertuan rumahkan Malaysia akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC). Selaku orang yang masih berada di bawah tadbir, arahan terpaksa dipatuhi.

Persidangan berlangsung seperti biasa. Pemimpin-pemimpin dari seluruh negara Komanwel hadir. Masuk dewan dan keluar, berdiri duduk dan bersalaman, akhir sekali baru tandatangan. Ayah rajin bekerja. Dari pagi hingga ke malam. Hari demi hari, minggu ke minggu. Hari-hari bekerja tak kenal jemu. Kalau nak cerita hobi dulu-dulu, memang penuh tiket komuter dalam laci. Sebab nak elak sesak naik kereta, lagi senang naik komuter.

Ayah dan kerja memang tidak boleh lekang. Maksudnya, perkataan ayah itu, sinonim dengan perkataan kerja. Bukannya ayah terlalu mementingkan kerja. Tetapi kerja itu sangat penting. Pintu rezeki. Biarlah apa jenis kerja yang kita usaha, yang penting perlu ada rajin dan tabah. InsyaAllah, senang datang selepas susah. Susah? Allah tak beri kesusahan melainkan yang termampu.

Petang itu, suasana bagai tidak kena dengan rasa. Ayah tidak senang bekerja. Resah dari tadi menghurung ayah. Asar tadi, dia menerima panggilan dari Gerik. Tapi terputus pada awal percakapan. Mulalah gelisah mencucuk-cucuk, bagai cacing kepanasan. Akhirnya terhenti segala penantian, telefon berbunyi sekali lagi. Dan tidak terputus untuk kali kedua.

“La dah selamat bersalin!”

Ayat yang tidak sedar pucuk pangkal dan akhirnya. Hanya ucapan tengahnya yang di highlight kan. Berkali-kali ia berpusing di fikiran ayah. Membuatkan ayah hampir tidak sedar kewujudan insan yang sedang berbicara bersamanya di talian telefon. Ternyata, ayah sudah terbang bersama khayalannya.

Bagaimana rasanya seorang ayah muda, yang separuh harinya sudah dipenuhi letih penat bersangatan, tiba-tiba jadi bersemangat dipenuhi tenaga. Magik? Tidak. Itulah penawar rumah tangga. Selaku orang muda, kita tidak mampu berbicara lebih tentang itu. Tidak wujud lagi rasa energetic yang luar biasa. Tunggulah bila tiba giliran kita.

Ayah meminta kebenaran untuk pulang ke kampung. Bos yang tidak lain hanya tahu mengarah, akhirnya mengalah. Arahan dikeluarkan, ayah diberi izin pulang. Belajar dari bos, dalam tegas perlu ada kasihan. Tegas perlu untuk mendidik, kasihan perlu untuk ikatan. Ayah meluru pulang dan bersiap untuk ke Gerik.

Kali ini kereta yang dipandunya sunyi. Tiada ibu di sisi, tiada tangisan kak long menemani. Tapi, sedikit terisi dengan khabar yang diperolehnya tadi. Toyota Corolla BAS 8844 berwarna biru rasanya. Itulah kereta pertama yang ayah miliki. Kereta itu jugalah yang membantu ayah sampai ke Gerik. Sepanjang perjalanan, perasaan tenteram bagaikan sudah dicabut seketika dari dada ayah. Dicampakkan pula rasa gembira yang hanya ayah sendiri yang boleh menilainya.

Alhamdulillah, selamat sampai. Risau dan rindu akhirnya terubat juga. Selama ketiadaan ayah, Alonglah yang menjaga dan menemani ibu setiap waktu. Hinggakan Along juga yang menanam uri, tali pusat dan seantara dengannya. Itu mungkin kisah dulu, yang kita tidak pernah tahu. Atau mungkin lupa.

Tapi jika kita sudah lupa jasa orang terhadap kita, tidak perlu tunggu masa untuk ingat kembali satu persatu jasa untuk satu bakti.

Kalau diikutkan perancangan, ibu akan bersalin di Kuala Kangsar. Di sana terletaknya rumah yang tidak asing lagi. Rumah nenek yang kita kunjungi hari ini. Tapi nak digambarkan kuasa tuhan, perancanganNya lebih dari penilaian kita. Taqdir yang tertulis untuk Nur Atiqah bte Zainal, lebih menginginkan dia lahir di Gerik. Selamat hari lahir yang pertama!

Sungguh teranglah kuasa Allah bagi mereka yang mengambil pengajaran.

Nyah seorang yang pembersih dan kemas. Dari siapa dia warisi sifat itu pun tidak diketahui. Ayah? Ibu? Mungkin ada cross linking antara chromosome mereka berdua. Kalau sudah mandi, baju mesti bertukar. Pagi lain, petang lain dan malam pun tukar lagi. Habis warna-warni rumah jadinya. Ceria. Bersih sangat, baguslah untuk diamalkan dari kecil. Sampai sekarang ke? Wallahu a3lam.

Zaman sekarang, apa jenis pakaian pun nak singkat. Trend? Sampai stokin pun nak disingkatkan? Kurang ajar si pembuat baju. Dulu kalau nak pergi sekolah, nak pakai stokin pun ada rule sendiri. Citarasa Nyah sendiri. “Banyak songeh”. Stokin yang belang-belang melintang, warna jalur-jalur memang terkeluar dari list favourite. Nak yang garis-garis lurus je, selari sampai ke hujung. Baru kemas. Itu dalam bab stokin.

Kalau nak cerita yang lagi ketara, dengar betul-betul. Ini memang satu Malaysia punya masalah. Memang lumrah wanita akan spend masa yang lama dalam bab ini. Yang tua, atau yang muda, tak pun yang masih kebudak-budakan. Semua suka duduk depan cermin lama-lama. Dua tiga kali keluar masuk bilik tidur ke bilik air. Cari cermin punya hal. Cermin sana penuh, cermin sini gelap. Sebab apa?

Sebab nak betulkan tudung. Yang lelaki jangan hairan, lelaki selalunya memang akan marah. Tapi apakan daya, dia isteri kita, anak-anak kita, ibu kita. Kita kena ingat, tudung ni mahkota depa. Kena bagi perhias lawa-lawa. Baru suami boleh senyum lama-lama dalam kereta. Kalau lelaki marah pun, tak lama mana pun. Kejap lagi senyum tiba-tiba.

Nak cerita sebenarnya, Nyah memang nak kemas betul-betul tudung dia. Masa sekolah rendah dulu dapat jadi pengawas. Tudung kena bawa masuk dalam baju, entah fesyen arab mana entah. Ibu, memang ibu. Jururawat pun dia, chef pun dia, driver sementara pun dia, pendandan pun ibu. Ibulah yang nak kasi lawa anak-anak dia. Pakai cantik-cantik, bubuh bedak lawa-lawa. Bab tudung Nyah, kena lebih sikit. Orang cakap dah lawa dah kemas, dia cakap tak. Haish!

Suatu petang, Nyah baru pulang dari sekolah. Dia amat penat dan tidak bermaya, langkahnya perlahan sekali. Kiri dan ke kanan. Sampai sahaja rumah, dia terus meluru masuk tanpa ucap sepatah kata. Ibu yang dari pagi sibuk mengemas rumah turut merasa hairan dengan sifat Nyah. Apalagi, mulalah sesi tarbiyah.

“Amboi dia, kenapa masuk tak bagi salam? Hantar sekolah keling baru tahu.”

“Tak nak. Suara Nyah tak sedap. Tak nak bagi salam.”

Haha. Rilek lah Nyah. Takut sangat suara tak sedap. Suara Nyah kan sedap. Bukan orang, tapi nenek sendiri yang cakap.

“Inikan Dayang Senandung nenek. Intan terpilih. Sedap je dia baca Al-Quran.”

Haa...kan! Nenek sendiri dah bagi penghargaan. Jangan marah. Ini cerita dulu-dulu kala. Sebenarnya banyak lagi. Hidup bertahun-tahun, nak cerita dalam satu post. Memang kerja luar tabiat. Nak diringkaskan cerita yang lebih-lebih, bacalah sendiri kat bawah (orang dah malas nak tulis, hahaha).
1)     
Tauke ke kedai Cik Chah
 Ketua rondaan keliling rumah jiran, ceruk-ceruk dan longkang
Partner Kak Long, ganti ibu enjut buai budak-budak kembar
Dalam membeli, orang lain selalu ada baki. Ini tak, minta tambah lagi
Muhawarah, ana enti

Cukuplah.

Ini kisah kakak saya yang kedua. Nur Atiqah bte Zainal. Bangga rasanya ada dua orang kakak. Sebab housemate yang lain semua nak bangga jadi anak sulung. Bukan senang nak jadi adik yang baik, inikan pula kakak-kakak yang mithali. Ampun Nyah, andai ada mengguris hati. Kisah ini bukanlah kisah yang benar-benar berlaku. Ini kisah edit dari yang sebenar. Sorry lambat pos, sibuk sana sini.

Selamat hari lahir yang ke 21. Semoga murah rezeki, berjaya dunia dan akhirat, fi madhatillah.

Sunday, 10 October 2010

Sedih Mengenangkan Gembira



8:00 p.m-Khamis-15 April 2010
Suansana di Green Blaza sibuk seperti biasa. Sudah menjadi kebiasaan rata-rata penduduk di sini, bersiar-siar bersama keluarga bagi menenangkan fikiran, di samping meregangkan saraf-saraf otak yang seharian suntuk bekerja. Ditakdirkan pada waktu itu, terdapat sekumpulan pelajar melayu yang baru sahaja selesai menonton wayang.

“Aik..!! Pukul brape skrg? Asal macam dah malam je..?”

“ Normal lah tu, cerita Hindustan semua standard tiga jam. Dah kita msuk ptg, keluar mesti dah mlm”

“A’ah..oo, kalau mcm tu, burn la asar ngn magrib aku..??”

“Tulah kau, org suruh smbhyg dulu td ko x nak, kan dah burn dua waktu. Atleast aku mgrib je.”

“Amboi..!! Ko yang  x ckp kite nk tgk cite tiga jam. Kalau tak, mesti aku da smbhyg dlu. Abes skg cmne ni?”

“E-ele.. Ko x payah bajet baik sgt. Cam tak bese je tinggal smbhyg. Nt qada la kt umah.”

“Alah, aku xnk la qada kt umah, mana tau dalam perjalanan nanti, aku eksiden ke.? Xsempat plak nak smbhyg..Kita sggah masjid dulu ek nt”

“Haa, takut jgak kau kan. Chill la wei, bkn sengaja nk tggal smbhyg, terlupa. Lagipun pun nt kita qada’ la, bukan kite nk tggal..”

“Kau ni bahaya btul lah, bende cmni pun bole wat main2.. Ajal maut d tgn tuhan weyh, kau tahu x.? Andai kata kita eksiden on the way nt cmne..? Kau xtkut ke kna seksa neraka..?"

“Weii, lu jgn ckp lebih2 la. Lu jgn nak bg tazkirah plak kat sini. Lu ingat gua ni jahil sgt ke, gua tau jgak la pasal smbhyg nie. Pendidikan Agama Islam dulu gua skor A1 lah. Weii, bukan setakat xsembahyang je yg berdosa, tp ni kita nih. Keluar ngn prmpuan. Lu ingat xberdosa ke..?

Mmg xde hukum direct yang mgharamkan kluar dgn pmpuan, tapi Allah ckp, jgn mendekati zina. Inilah contoh mendekati zina.! Kau tau tak..??”

“Dah-dah, xyah la nk gaduh2 lg. I RIMAS laa...!! Ya rimas lah korg asyik gaduh je. Korg ni mcm budak2 kecik je. Pdahal bende da blaku dah pun. Xpayah nk persoalkan lagi. Nanti balik masing-masing qada’ lah. Apa kata skrg ni kite pg main 2”

Nadia melerai kehangatan. Dia bagaikan sudah terbakar dengan api perbalahan mereka. Mana tidaknya, dia juga sudah terlajak maghrib dan asar. Malunya bukan pada takutkan tuhan, tapi segan diketahui kawan-kawan. Dia menunjuk ke arah Hockey Ice Machine dan segera mengatur langkah sambil lengan Amin digenggamnya manja.

Tudungnya cantik bercorak “Mawi” malangnya tidak terurus. Ada jalur-jalur rambut yang kelihatan. Apabila dilihat dengan teliti, perang rupanya. Orangnya manis, putih, kecil molek sahaja. Namun tidak kena pada pakaiannya. Dia lebih suka menggayakan pakaian ketat dan sendat, yang pada pandanganku sekadar menutupi lapisan luaran badannya sahaja. Begitulah contoh etika pemakaian sesetengah pelajar di sini.

“Ya nak main bnd ni ke..?”

“A’ah, nmpk cm mnarik je”

“Laaar, ni mcm utk budak2 je. Xde pun org besar yang main. Ya budak-budak ke? Tapi takpe lah, sebab Ya, Man rela jadi budak2 sekejap. Haha..meshi..???

“Meshi, syukran Aiman. Awak mmg baik dan memahami”.

Aiman pandai menyusun kata-katanya. Disebalik tegas kelakiannya, tertanam juga kelembutan seorang lelaki. Itulah yang membuat Nadia tertarik pada Aiman. Cair hatinya dek kemanisan kata-kata Aiman. Setiap gurauan Aiman dibalas sekadar dengan senyuman.

“Amin geng dgn Mai, aku geng dgn Ya. Mai kan power. Cantik..?”

“Cantik mmg la cntik, bolanye mne. Ko ingt main free ke. Pg lah bayar dlu”

Pantang diusik saja Maisarah, pasti Amin akan naik minyak. Dia memang tidak suka orang lain bersikap baik terhadap Maisarah. Takut-takut Maisarah akan lari darinya. Maisarah hanya mampu bersabar dengan sikap Amin. Dia sedar, setiap orang pasti ada baik buruknya.

“Haram jadah ko, xpe2, ko tgk Min. Nt aku balas balik”

Aiman mengalah, dia bersegera ke kaunter mendapatkan token. Genggamannya dihempas padu, meja menjadi mangsa. Marahnya memuncak sebaik dia dimalukan di depan Nadia. Bukan kali pertama dia diperlakukan begitu.

Lepas satu permainan, lain pula permainan seterusnya. Begitulah rutin mereka setiap kali keluar bersama. Empat orang rakan sekawan, entah bila nak kenal tuhan.

Costa Cafe. Nama yang tidak asing lagi bagi mereka. Agaknya masih terlalu awal untuk pulang ke rumah, lalu mereka mengambil keputusan untuk menjamah sedikit makanan. Penat yang tidak terkira, bagaikan hilang separuh nyawa. Dari bowling, hingga ke hockey ice machine, ditambah pool pula. Selepas itu, go kart, dan paintball. Kalau nak disenarai, mahu habis dakwat printer.

Malam pantas berlalu. Puas mereka bersuka ria tanpa disedari jam telah menunjukkan pukul 12.00 malam. Berteriak hati kecil Nadia untuk pulang. Ditambah lagi dengan sejuk yang mencucuk, dia sudah tidak senang duduk.

“Ya nak balik lah..dah malam dah nie.”

“Ok...ingat xnk balik td. Lame Man tggu. Ya nk balik ke xnk nie.”

Mereka bersalaman sebelum bertukar ke haluan masing-masing. Nadia dan Maisarah tinggal di Camp Ceaser manakala Aiman dan Amin menetap di Cleopatra. Apalah halnya kalau setakat bersalam-salaman sahaja. Bukannya mereka berpelukan. (jangan terpengaruh)




Kurang dari lima minit bertengkar dengan pemandu teksi, akhirnya mereka mendapat harga yang sesuai. Aiman duduk di depan dan Amin duduk di belakang. Nadia dan Maisarah pula di teksi yang lain. Masing-masing sibuk. Entah tidak jemukah dari tadi berjumpa, sampai dalam kereta masih nak ber-TATA manja.

Cleopatra dan Camp Ceaser tidak jauh beza, jalan pulangnya sama saja. Hendak diromantikkan cerita, mereka pulang ikut jalan yang sama. Keadaan semakin romantik sebaik lagu jiwang arab didendangkan. Lampu-lampu jalan bersinar bagai lilin-lilin penyeri mekanikal. Jalanraya lengang. Tiada kereta susur keluar masuk.

Fakta menarik tentang masyarakat di sini. Tiada perbezaan darjat antara kereta sport dengan kereta biasa. Asalkan kau mampu beli kereta, mana-mana ceruk akan dianggap litar lumba. Kalau masih tak percaya, datanglah tengok sendiri. Sini tak ada mat rempit, nak tengok motor pun jarang-jarang. Tapi kalau kereta, van, bas ke, semua laju-laju. Kalau kita, 110 km/j, dah macam raja dekat lebuhraya. Tapi kat sini, kalau nak kena hon, nak kena maki hamun, bawa la perlahan macam tu.

(Sebab tu ada kawan yang kena langgar. Kesian kamu)

Darah si pemandu teksi berderau, biasalah anak muda. Kedua-dua teksi berjalan seiring, sambil berbicara melalui tingkap. “Yalla Beena”. Hanya itu yang mampu ditangkap Aiman. Dia masih di tahun satu. Ilmu bahasa arabnya setakat darjah enam tidak banyak membantu. Tapi, dari gaya percakapannya, lentuk gaya badannya berbicara, Aiman dapat mentafsirkan sesuatu.

Berkemungkinan besar kedua-dua pemandu teksi ini sedang bertaruh upah tambang teksi. Siapa yang menang akan dapat kedua-dua tambang teksi. Aiman tidak sedap hati, mahu saja dia berhenti  dan keluar dari teksi tapi tidak dibenarkan. Bermula saat itu hatinya mula teringat pada tuhan. Entah kenapa, dirasakan mati itu bagai dekat saja dengannya. Nafasnya dihela panjang. Fikirannya melayang memikirkan solatnya, ibu bapa dan dosa-dosanya.

Kedua-dua teksi dipandu deras. Saling pecut memecut sesama sendiri. Wajah Nadia ditatapnya puas-puas dari tingkap teksinya, takut-takut tidak berjumpa lagi. Nadia dan Maisarah tertidur di kerusi belakang. Penat agaknya. Amin pun sudah lelap. Kepalanya disandarkan ke bahu Aiman. Tika itu, hanya Aiman seorang yang masih berjaga bertemankan pemandu teksi. Gementarnya makin memuncak, dia tidak boleh membiarkan keadaan berterusan.

Sedang dia menatap wajah Nadia, dengan tiba-tiba kelihatan dua cahaya lampu yang terang datang dari tingkap bersebelahan Nadia. Cahaya itu semakin hampir hinggakan wajah Nadia kabur ditelan terang sinaran lampu. Bunyi hon panjang mengakhiri tegang keadaan.

BANG...!!

Teksi yang dinaiki Nadia dan Maisarah dirempuh dari sebelah kanan. Impak kuat yang dihasilkan menyebabkan teksi itu berguling dan merempuh teksi Aiman. Lori yang sarat bermuatan tong gas itu benar-benar mencium rapat kedua-dua teksi tersebut hinggakan ia melekat bagaikan satu jasad.

Azan Subuh menghidupkan suasana. Pagi itu tiada lagi hari esok. Berlarutan malam yang lampau hanya sunyi yang mengenal hari. Gelap dan tangis yang menemaninya. Yang lepas tidak diketahui, sedang yang datang cuma sedetik baki. Apa pun yang berlaku, semuanya sudah ditentukan. Walau seburuk mana pun pengakhiran, bersykurlah selagi bernafas udara kepunyaan tuhan. Hanya dia yang berbaki untuk berjuang.

Aiman menggagahkan diri untuk bangun. Namun tiada daya yang mampu dia kerahkan. Seluruh badannya dirasakan amat berat. Dia menjenguk langit hari ini. Malam ini bukan lagi berbintang. Hanya siling putih bersinarkan lampu malap yang menerangi. Pejam celik pejam celik, matanya masih lagi pudar. Perlahan-lahan dia cuba menangkap anak-anak bunyi yang mendatang.

“Aiman, Aiman. Aiman dah sedar nak?”

Itulah ibunya, Nor Halimah Salam. Rupanya dia sudah lama di situ. Matanya tampak biru kehitaman dengan saki-baki air mata yang kering. Wajahnya menampakkan corak kepenatan. Mana tidaknya, sepanjang malam ibunya menangis. Sedih melihat anak yang tidak bergerak, lemah dan kaku di perbaringan. Tiada orang yang lebih mecintai Aiman lebih dalam dari ibunya. Tapi dia lupa.

Aiman kasihankan ibunya. Dia cuba membuka mulut. Ingin saja dia bersuara mengeluarkan sepatah kata untuk menjawab seru ibunya. Tapi hanya angin yang berlalu tanpa sebarang suara. Mujur, matanya masih mampu bergerak. Cukuplah sekadar isyarat mata menjadi suara buatnya, namun sudah cukup besar untuk mendatangkan kegembiraan buat ibunya.

Melihat betapa gembira ibunya dengan keadaannya, Aiman juga turut berbahagia. Baru terasa nikmat memandang ibu, memang benar-benar mendamaikan. Air mata yang mengalir tapi senyuman yang diberikan, cukup mengharukan. Biarlah sementara masih ada waktu yang berbaki, dia pergunakan sebaiknya untuk merenung ibu.

Tiba-tiba rasa kesal mula menghurung memenuhi kalbu. Perasaan yang jarang sekali singgah di hatinya. Sebelum ini tidak pernah pula dia menghiraukan perihal ibunya. Sedih, kecewa, sebak dan sepertinya. Peduli apa untuk itu. Tapi tidak kali ini. Allah mendatangkan sedih untuknya. Nikmat sedih yang sebenar-benarnya. Jantungnya kini berkocak-kocak, hinggakan aturan nafas menjadi bolak-balik. Akhirnya keluar juga air mata.

Ya Allah!
Anak derhakakah aku?

Ampuniku ya Allah!
Atas segala dosa-dosaku
Keegoaanku, Kealpaanku, Kelalaianku
Kerana mengabaikan tanggungjawab kepadaMu
Tanggungjawab untuk berbakti kepada ibubapaku

Ampuniku ya Allah!
Kerana membiarkan air mata ini mengalir kesedihan
Kerana membiarkan hati itu kecewa tak berkesudahan
Kerana tugas ini tidak sesempurna yang Kau inginkan
Tolonglah, aku benar-benar kecundang dalam mengenal tuhan

Ampuniku ya Allah
Hidupku tidak lain hanya gembira yang berpanjangan
Hingga aku janggal saat mengenal kesedihan
Penyakit ini yang aku ketagihkan
Sedangkan aku sedar, cuma tidak berkeinginan

Ampuniku ya Allah
Serta ibu ayahku yang sentiasa mendoakan
Dialah kawan yang aku sendiri tak perasan
Terima kasih atas segala aturan dan ketentuan
Hanya Engkau yang berkuasa memberi keputusan

**********

Kadang-kadang gembira sering membawa kita jauh dari apa yang sering kita idamkan.

Masa itulah jiwa kita paling teruja untuk melakukan pelbagai perkara. Kalau kita perasan, masa itulah kita paling mudah lupa. Cukuplah gembira seketika, biar sedih pula yang bertakhta. Malang bagi mereka yang tidak mahu berpaling. Semua idamannya bakal lari jauh tanpa sedar kenapa.

Sedih mengenang maut yang akan menjemput. Sedih mengenang nasib ummah Muhammad. Sedih mengenang diri yang sering terbabas dari jalan keredhaan tuhan. Sedih dengan dosa yang berlipat kali ganda. Sedih kerana jiwa lebih rindukan insan dari Dia, tuhan yang berkuasa menciptakan.

Kadangkala sedih adalah perlu untuk kita.

Dalam sukar kita mencari, dalam payah bersama tempuhi. Apa lagi yang sinonim dengan seorang kawan? Perihal pentingnya mereka dibuktikan dalam kisah hidup kanak-kanak. Umur seawal mereka secara tidak sedar, sudah pandai membina persahabatan. Hinggalah ke hari ini, kita masih lagi membina persahabatan. Tapi secara sedar pula. Nasihatku jangan lupa.

Ibu ayah kawan sampai ke tua.

Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Surah Al Baqarah : Ayat 195

Saturday, 9 October 2010

Sebarang cerita tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jangan ambil hati. Ingat, jangan ambil hati.

Maaf

Thursday, 7 October 2010

Dr Maza Tempoh Hari



Mereka yang di Mesir dan Beijing, mata kamu lebih nampak. Telinga kamu lebih dekat mendengar, kamu lagi arif. Sepatutnya kamu yang ambil pengajaran lebih. Tidak terkecuali yang berada di seluruh dunia amnya. Islamkah kamu?


Jangan mempersendakan.


Kenapa islam masih tidak maju? Kenapa islam masih terletak di bawah? Kenapa islam, kadang-kadang kita sendiri yang memandang rendah?


Kenapa?


Jangan jawab sebab islam. Jangan nak mempersalahkan islam.


"Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu bagimu dan aku redha islam sebagai agamamu"

Surah Al Maidah : Ayat 3

Ini jaminan Allah.

Wednesday, 6 October 2010

Kita Kan Kawan?

Errmm...ini Amirah kan? Boleh berkenalan?
Dah tau buat pa nak kenal. Menyampah.
Tak, maksud saya nama penuh apa?
Nurul Amirah bte Amran. Kenapa? Menggatal ek?
Sedap nama tu. Eh, mana ada! Takdelah gatal2 ni. Saya cuma nak kenal je. Nak kawan dengan awak.
Kenapa nak kawan dengan saya. Zarita kan ada, Fatimah kan ada. Nasuha tu lagi cantik, pergilah kawan dengan dia. Buat pa nak kawan dengan saya?
Tak, bukan pasal cantik tak cantik. Awak ni baik, tak macam orang lain. Betul!
Hah, suka hati awak lah.
Saya cuma nak kawan je. Tu je.
Kawan? Apa2 je lah.
.....
.....
.....
Nak Nombor telefon boleh? Nanti senang sikit nak contact.
Nombor? 013 6797835. Jangan telefon siang2. Sibuk sikit. Malam free.
.....
Hello, Amirah kan?
Ha’ah, Amirah lah. Amirul ke?
Amirul lah. Sape lagi? Aik, kenapa tak tidur lagi? Kan dah malam ni.
Tak ngantuk lagi, nanti saya tidur lah. Awak takyah risau.
Eh, tadi malam makan apa?
Tadi. Makan ayam masak merah, mak masak. Sedap sangat.
Iye? Mesti awak pun pandai masak kan?
Takdelah. Sikit2 je.
.....
Ok lah awak, dah malam ni. Nak tidur.
Ok2. Sorry lah ganggu. Nanti saya call lain. Bye.
Bye, jangan lupa bangun subuh pulak.
Hah, subuh? Mana pernah tinggal. Jangan risau. Saya ni ok.
.....
.....
.....
Ad YM?
Ada2. Kenapa?
Takdelah. Kalau YM, tak pakai duit. Boleh save duit nak beli benda lain ke. Kan?
Nak beli apa? Hadiah untuk saya ke? Terima kasih.
Eh, mana ada. Perasannya. Cepat2, bagilah YM.
Em, ni. buku_gagak@yahoo.com. Saya selalu je on9.
Lah, yeke? Tak tau pulak. Kalau ada masa buzz la. Lagipun saya takde orang nak YM pun.
.....
Amirah!
Yup. Ada apa?
Nothing. Saja2, tak kerja.
Mana boleh takde kerja, abes skg tengah buat apa?
.....
Eh, awak ada berapa adik beradik hah? Anak ke berapa?
Saya? Anak ke 3 dari 6 orang adik-beradik. Awak?
Saya anak tunggal je. Sunyi je. Need more friends.
Alah, kesiannya. Takpe, saya kan kawan awak?
Kawan, kawan biasa je ke?
Aik, lain macam je tanya. Ada pape ke?
Takdelah, main2 je. Buat2 lah tak dengar. Ok?
Haha, ada2 je awak ni.
.....
.....
.....
Eh, SPM awak cmne?
Saya, Alhamdulillah. 9 A. Awak?
Saya, biasa je lah. Awak jangan tanya ek. Saya segan lah.
Alah, takpe. Awak sabar je. Mungkin bukan rezki awak. Lepas ni awak usaha lagi. Jangan putus asa.
Terima kasih awak. Awak memang baik.
.....
Eh, saya dapat tawaran g oversea.
Oo, seriously? Dekat mana? Amek kos apa?
Mesir, amek medic.
Wah! Bestnya awak. Beruntung, dapat belajar oversea.
Eleh. Malaysia pun sama je. Lagi berkualiti! Awak dpt UITM kan?
Ha’ah. Elektronik. Sesuai ke?
Ok lah tu. Asalkan ada minat, semua ok. Nanti saya 6 tahun kat sana.
6 tahun? Lamanya. Ada cuti ke?
Mestilah ada. Takkan lah takde.
Erm. Nanti tak boleh la nak jumpa kan?
Agaknya, tunggu cuti je lah. Jangan risau. Semuanya akan ok.
Herm...
.....
.....
.....
Kenapa awak tak datang? Saya dah nak fly ni.
Saya sibuklah awak. Takde cuti.
Lah, awak ambiklah cuti. Bukan susah pun. Awak taknak tengok saya fly ke?
Bukan taknak. Lagipun, saya mana ada transport. Saya nak sangat tengok awak.
Tapi kenapa tak datang? Jangan buat saya camni. Sedih lah saya.
Sorry lah. Saya memang betul2 tak dapat datang. Jangan lah macam ni. Tak suka.
.....
Awak memang sengaja kan? Saya tak sangka awak buat macam ni. Saya ingatkan awak ni teman wanita yang paling baik. Rupanya...
Eh kejap, teman wanita? Sejak bila pulak saya jadi teman wanita awak?
Sejak selama ni lah. Sejak mula2 kita contact. Saya tak pernah sakitkan hati awak.
Jap, sejak mula2 kita contact? Saya rasa awak silap. Kan awal2 lagi saya dah cakap. Awak sendiri pun cakap. Kita kawan kan?
Tuuuuut...
.....
.....
.....
Sebab itulah bagi aku, takde istilah lelaki kawan dengan perempuan. Menipu je lah kalau bagi alasan”nak kawan” tu. Budak darjah 5 mungkinlah kata macam tu. Kalau namanya lelaki, memang alasannya tak lain, mesti “Nak kawan”. Tak percaya, tanyalah aku!

Lelaki keras sebenarnya, dan perempuan adalah lembut. Tapi kalau lelaki berada bersama perempuan, bermakna keras bercampur lembut. Jadilah elastik.

Perempuan, dah namanya lembut. Memang sejak awal tegur dah goyah. Yeke? Tapi yang kuat cintanya kepada yang lain, mungkin tak tertarik pun. Contoh, kalau dia memang cinta pada Pencinta, cinta aku memang tak laku. Begitu Sebaliknya.

Dari berkawan, muncul soal hati perasaan. Memang mesti bertukar punyalah. Memang bertukar punya.Tak percaya? Cubalah... bila nak kahwin nanti. Jangan sekarang, nanti terlajak musnah hati manusia. Jangan.

Aku, malas nak cerita panjang. Benda ni memang dah lali dengan kita. Manusia ramai yang perasan cuma tak ambil ikhtibar.

Habis modal.

“ Ya Muqallibal qulub tsabbit qulubana 3ala deenik wa’ala tho’atik”