Friday, 23 April 2010

Sabar...Penyelesaian Yang Terbaik





Meor segera bangun sebaik jam locengnya berbunyi. Lantas, mengambil equipment mandi dan melangkah laju ke toilet. Lain pula halnya kalau dia terlambat. Takut-takut nanti ada orang yang masuk tandas yang ke 3. Itu tandas kegemaran ramai. Bersih dari biasa. Mana tidaknya, sering dicuci dengan kepala manusia. Berus rambut yang potong no 2.

Nasib baik sempat. Meor gembira. Tandas itu masih kosong. “Alhamdulillah...ini aku punye. Akulah raja.” Getus hati dalamnya, gembira yang tak terkata. Namun belum sempat dia menutup pintu, Bob meluru dengan pantasnya.

Keluar, keluar. Aku dah xtahan sgt nie

Ok Sir

Bob, pelajar tingkatan 5 kompeni Alpha. Pengalamannya selama 4 tahun di maktab, banyak mengajarnya menjadi senior yang paling di “segani”. Manakan tidak, hampir semua warga maktab mengenali dirinya hinggakan Military Police UPNM pun menganggapnya sebagai “kawan”.

Meor terpaksa mengalah. Dia tahu, apalah kudratnya selaku pelajar tingkatan 4. Jangan diharap pumping 100 pun tidak mampu, pijak semut pun belum tentu mati. Keberaniannya tidak pernah membuak. Semangat entah mana diratah.

Wajah Bob amatlah bengis, sedikit sebanyak menyerupai wajah seorang pembunuh upahan. Terpampang tulisan “What the ****” di dahinya walaupun tidak kelihatan dengan mata kasar. Mungkin sudah terpahat dek sumpahan yang mencurah-curah daripada mangsa-mangsanya. Meor tunduk, takut terkena tempias sumpahan orang.

Tunduk pandangannya kerana takut. Tapi hatinya rancak berkata-kata.

S*al. Selamba je kau ambik tempat aku. Pastu buat bod*h je kan. Sia-sia je aku bangun awal. Ko tgk je la nt, aku boleh buat kau report sick

Dia hanya mampu berbicara dengan hati. Kerana hati yang mampu berkongsi segala benda dan segala tanya. Hati adalah kawan terbaik bagi setiap warga di maktab. Hendak diluahkan, takut perut menjadi mangsa. Tak mengapalah, biar hati saja yang memahami.

Satu pendapat masyarakat yang salah, bukan semua malang tidak berbau. Kerana malang sebegini memang kuat baunya. Tambah-tambah kalau menumpang di tandas sebelah. Bukan setakat bau yang baru dikerah, tapi buangan semalam juga belum disimbah. Kuasa dua. Kalau tiada air lagilah, guna kalkulator pun error tak sudah-sudah.

Tidak perlu diingatkan, Meor segera menggilap tandas yang baru selesai diguna pakai Bob. Dia mahu mandi dengan aman. Padanya pagi hari mestilah dimulakan dengan rutin yang baik-baik. Belum sempat meninggalkan toilet, Bob sempat menoleh.

Stokin, Lepas mandi nanti melapor kat aku. Faham mak..?

Faham Sir

Stokin. Nama yang diberikan senior kepadanya. Indah bukan? Dia dan seluruh squadnya memperoleh nama yang perlbagai. Ada Kicap, Kiwi, Setan, Batu, Taik, Bear, Jamban dan lain-lain. Nama Meor cukup indah jika dibandingkan dengan Newboy yang lain, belum sampai ke tahap teruk lagi. Tapi tidak perlulah diberikan kepada anak-anak, nama-nama yang sedemikian. Amatlah tidak sopan.

Meor menyegerakan mandinya. Dia perlu berjumpa Bob. Dia tahu, Bob mesti mempunyai satu amanah yang ingin disampaikan. Kalau bukan gosok baju, mesti blacken kasut potong. Paling tidak pun stretch bed, ataupun pasang items. Terlintas di fikirannya,

Asal aku je yang asyik kena? Orang lain punya la sedap tido, aku yang tergesa-gesa ni la yg ko panggil. X guna mak ko lahirkan ko. Hidup tahu nak nyusahkan orang je

Selaku umat Islam, dia wajib mengerjakan solat subuh terlebih dahulu. Setiap perkara yang melambatkan solatnya adalah haram. Lantas, ia bergegas keluar dari bilik air menyusur laju sepanjang Railing. Mudah-mudahan tiada senior lain yang memanggil.

Selamat sampai ke biliknya, dia mengenakan pakaian no 3. Sekali pandang wajahnya di cermin, seakan-akan adik Fahrin Ahmad. Bajunya bersih, tiada peluh-peluh kelmarin. Wangi, dan seluarnya pula sharp, kalah Komandan Maktab. Kemas, kacak dan bergaya. Malangnya tiada perempuan untuk disapa.

Sampai di surau, bilal baru saja Iqamat. Alhamdulillah, hari ini dapat juga dia mengejar saf pertama. Bukan senang nak berdiri di belakang imam, paling koman pun kena bertumbuk dahulu baru berpeluang. Murah rezeki Meor hari ini. Harapnya begitulah.

Ustaz Zainuddin mengepalai jemaah Subuh. Surah Ar-Rahman dibacanya mendayu-dayu. Sesetengah jemaah terharu hingga mengalir air mata dek terkenangkan keluarga (bukan dosa-dosa).

Lain pula bagi Meor. Meor menghayati maksud surah. Dia merupakan bekas pelajar sekolah agama. Oleh sebab itu dia fasih berbahasa Arab, hinggakan guru-guru juga sering bertanya kepadanya. Kalau-kalau dia tidak tahu, buat sahaja seperti tahu. Tidak ada yang akan menyalahkannya.

Selesai menunaikan solat, dia sempat berdoa. Dalam doanya dia berhajat:

Ya Allah, andai sesuatu perkara itu baik bagiku, tunjukilah aku. Andai perkara itu buruk untukku, jauhilah aku. Lindungilah aku dari azabmu DUNIA dan akhirat

Meor berhajat untuk berpuasa hari ini. Puasa sunah Isnin bersempana hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Lalu dengan perut yang kosong, dia pulang ke Company Line. Terbayang wajah Bob yang bengis, takut-takut dimarahi kerana terlewat.

Sampai di depan Dash 5, seperti biasa Meor menghentakkan kakinya terlebih dulu. Hidup separa askar memang penuh dengan hentak kaki. Tapi belum pernah terjadi bangunan yang dibina sejak zaman Tun Gerald Templer itu retak. Tiada suara orang menyahut, dia menghentak kaki buat kali kedua.

Assalamualaikum Sir, minta kebenaran masuk Sir

Masuk

Pintu Dash 5 dikuak perlahan, dengan harapan tidak mengejutkan senior-senior yang lain. Gelap, suram, dan kelam. Bagaikan ada satu aura yang memayungi bilik ini. Aura kegelapannya yang tersendiri. Perasaan gentar Meor sedikit terubat berikutan semua ahli bilik masih nyenyak tidur. Hatinya girang sendiri.

Betapa ruginya pihak maktab membelanjakan duit memasang Speaker yang diletakkan betul-betul di Company Alpha. Seruan mengingat tuhan yang dilaungkan belum tentu masuk ke telinga mereka. Barangkali dikunjungi Izrael baru bergegar bulu telinga agaknya. Apakah jenis syaitan yang menumpang di dalam diri mereka? Hinggakan mereka masih dibuai lena berselimutkan babi.

Meremang bulu roma setiap Newboy yang masuk ke dalamnya. Meor juga tidak terkecuali. Setiap kali hendak masuk ke bilik ini, seharusnya dia bersedia menghadapi akibat yang pelbagai. Sedang dia meraba-raba dalam kegelapan,

DUUUP..! eerk..!

Tersungkur Meor apabila perutnya diterjah dengan kaki. Entah dari mana datangnya pun tidak tahu. Kepalanya terhantuk besi katil. Meor tertunduk pening, senak. Anak matanya hanya mampu melihat sebahagian dari Si Fulan itu. Dari bawah, kelihatan tapak kakinya bersaiz 10 dengan diameter peha selebar pinggang Meor.

Hah..!! Engkau...!! Apsal lewat...!! Aku cakap lepas mandi kan?

Cis, persetan kau..Bob!! Ya Allah, tiada kekuatan selain kekuatan dariMu” Hati Meor berbicara sendiri.

Sorry Sir, saya pergi solat jap tadi. Pastu saya terus naik Sir

Argh..aku sembhyang jgak la wei. Ko smbhyg brpe rakaat.? Asal lame sgt..haa??”

Muka dah la macam setan, pakai seluar pendek plak 2, pusat terjulur, pastu pakai Dog Tag...solat kejadah nye kau.” Dia hanya mampu memaki dalam hati. Tidak berani meluahkan. Belum pernah ada junior yang sanggup berbuat begitu. Dia tidak mahu jadi yang pertama.

Meor segera bangun dari jatuhnya, mengambil posisi sedia. Dilihat bajunya ada tompok-tompok hitam. Kesan selipar yang basah bercampur debu-debu lantai mencemar pakaiannya. Hilang seleranya untuk ke kelas.

Betul Sir, saya tak tipu

DUUUP..! eerk..!

Perutnya yang kosong meronta kesakitan sebaik dipukul kali kedua. Kali ini tangan pula. Bukan calang-calang tangan yang menyinggahnya. Tapi kali ini tangan seorang pemain bola baling wakil negeri. Tangan seorang senior yang telah 4 tahun dilatih separa askar, yang teman rapatnya tidak lain hanyalah jalan tar.

Tepat ke pangkal hati. Muka Meor merah padam, nafasnya tersekat sebentar. Dia hanya mampu bertahan dan bersedia untuk tumbukan yang seterusnya. Impak tumbukan itu membuatkannya tersandar ke dinding. Dia redha, andai ini ketentuanNya untuk hari ini dia menerima seadanya. Inilah kehidupan yang sepatutnya dia jangkakan sebelum memasuki sekolah ini.

Jika dahulu, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu mengajarnya prinsip “Hormati yang tua, sayangi yang muda”. Agar terbinanya suatu ikatan perpaduan yang dinamakan “ukhwah”. Juga bukan main lagi motto “Iklim dini teras kecemerlangan”. Yang mana mesejnya adalah untuk menghidupkan Bi’ah Solehah, moga dengan redhaNya kejayaan berada di depan mata.

Tapi kini, lain pula cerita Maktab Tentera Di Raja. Dari namanya sudah tentulah coraknya berbeza.Tugas hendaklah diutamakan, arahan pula jangan sekali diendahkan. Pangkat dan jawatan pemisah kemesraan.Aku adalah aku, engkau adalah engkau. Aku senior, siapa kau junior untuk menagih simpati dari aku. Tiada yang tak tahu, tiada yang tak boleh, tiada yang tiada.

Eh, kau pergi ambik ration utk aku. Ko jangan kantoi. Fumble siap

Alhamdulillah, nasib baik dia berhenti. Ntah2 tangan die dah sakit kot. HAHA

Meor gembira, cukuplah sekadar itu untuk pagi ini. Dia segera bangun dan berlari keluar dari bilik. Telinga mudanya terdengar suara-suara sumbang yang memanggilnya, barangkali sudah terjaga. Tidak sekalipun Meor menoleh ke belakang.

Sabar Meor, itu baru Fatigue pertama kau untuk hari ini. Dalam jarak masa satu jam selepas kau bangun, perut sudah hijau. Baju sudah lekat tompok hitam. Peluh, hilang minyak Attar yang kau guna tadi. Baki lagi 23 jam lagi, pandai-pandailah kau sorokkan perut kau itu. Ingat Meor, kesusahan mengajar kita nilai menghargai.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah maaf kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir

(Surah Al Baqarah:286)


10 comments:

Sedihnya baca post ni.
moga Allah balas kesabaran itu dengan kemenangan yang berlipat ganda..
ingat, setiap dari kita dibalas sesuai dengan apa yang dikerjakan.
serius, sedih sgt!

Jaga diri tau! Sayang enta! ^_^
 
huhu..sedih ke..??
xtau plak bole feeling cmtu..
huuhuu...thanks..ok..syg sume..
 
mesti la feeling.
kakak mana x syg adik..^_^
hari ni exam japanese..
ganbatte ne!
 
kau ke meor?..
haha..malang..
 
it's not about malang tapi...

"Dan Kami pasti akan MENGUJI kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang SABAR." Surah Al-Baqarah ayat 155.

^_^
 
it's not about malang tapi...

"Dan Kami pasti akan MENGUJI kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang SABAR." Surah Al-Baqarah ayat 155.

^_^
 
haha...thanks a lot..
gud lak lah...rehat2..study..
 
hahaha...
jngn sampai meor bace...
masak ko...
 
haha...staf Meor dtg..habis..!!
 
sabar je la kena pangkah..
hihi..
 

Post a Comment