Daripada Saiyidina Umar r.a beliau berkata:
“Ketika kami sedang di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, dan tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun dikalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri nabi s.a.w lalu disandarkan kedua-dua lututnya dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha baginda seraya berkata:
“Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam". Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya".
Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau”. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: “Terangkan kepadaku tentang iman” Baginda bersabda: "(Iman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah s.w.t, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk”.
Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau”. Dia berkata lagi: “Terangkan kepadaku tentang ehsan”. Baginda bersabda: “Ehsan itu bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu".
Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat” Baginda bersabda: “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”.
Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah aku tentang tanda-tandanya”. Baginda bersabda: "(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya, dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing, berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya)".
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian baginda bertanya: “Wahai Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu”
Hadith riwayat MUSLIM
"My name is Khan, and I'm not a terrorist"
2 comments:
baru lepas silibus..
kalah medik mesir oo...
Post a Comment