skip to main |
skip to sidebar
Salam wbt. Ini hanyalah sekadar post pendek agar tak nampak yang aku tinggalkan blog ini kesunyian. Kalau tak ada orang baca, nak harapkan sape lagi kan? Akulah yang kena memeriahkan blog ni.
So, hari ini aku nak kongsikan satu keadaan. Begini:
Satu hari aku pernah bercadang untuk membuat sebuah kolam renang. Kolam renang, bukan kolah atau kolam ikan. Jadi aku pun carilah seorang kontraktor yang pakar dalam pembuatan kolam ini. Idea dan design aku sendiri yang plan. Kerja kontraktor ini cuma jadikan idea-idea aku ini jadi realiti. Maka kerja-kerja pembinaan pun bermula.
Kalau dalam bahasa arab diorang panggil 'hamaam' rasanya. Mungkin merujuk kepada 'tempat mandi'. Setelah dua minggu, akhirnya siap juga kolam renang ini. Nak kata lawa sangat kolam itu sampai orang yang mandi petang ini boleh mati kalau tak datang lagi esok. Aku bukan nak tipu lah, tapi siap ada pokok rambutan bro! Buah mangga kau boleh petik sambil makan dalam air saja.
Nak kata cantik, dah cantik. Nak kata besar, dah terlebih besar pun. Aku fikir ada satu benda saja yang kurang dengan kolam aku ini. Kalau dah dapat mandi kolam besar, air jernih, design cantik tapi kalau rasa 'tak selamat' tak boleh juga kan. Jadi aku kena terfikir untuk meletakkan syarat2 dan peraturan menggunakan kolam renang. Antaranya:
1) Anda dibenarkan mandi dimana-mana tempat yang anda suka kecuali di kawasan wanita bagi lelaki dan sebaliknya.
1) Anda dibenarkan memakai apa-apa jenis pakaian asalkan tidak menampakkan aurat.
1) Dilarang membuang apa-apa jenis barang yang anda tidak suka ke dalam kolam.
1) Dilarang terjun, kecuali di pada papan anjal anda bebas melakukan apa-apa jenis gaya.
1) Sila jaga kebersihan kolam kita.
Persoalannya, adakah tindakkan aku meletakkan peraturan ini di kira 'tidak patut'?
Banyak sangatkah peraturan yang aku bubuh, sampai diorang kata aku ini 'ketat'? Apakah diorang itu buta atau masih belum melihat betapa banyak lagi benda yang aku bebaskan. Aku bukannya ingin menyekat 'kebebasan', aku cuma nak menjaga kemaslahatan sesama pengguna saja.
Kalau semua benda nak bebas, kita tak boleh hidup bermasyarakat. Serius tak tipu. Kalau asyik fikir nak semua benda bebas, kau buatlah kolam renang sendiri, tak usah dok cari kolam renang free. Kencinglah dalam kolam sendiri, bukan orang lain tau.
OK. GUA NAK EXAM, TOLONG DOAKAN GUA DI SINI. INI CERITA TIPU 100%, HARAP MASING-MASING AMBIL IKTIBAR...smiley skt. xD. Ini ada gambar kolam tu, time ini buah durian pun tak sempat tumbuh lagi. Itupun kalau ko percaya.
Posted by
BuDaKaLpHa
at
20:22
Posted by
BuDaKaLpHa
at
17:55
Salam wbt. Ramadhan kareem. >_<
Hari ini aku cuma ingin berkongsi sepotong ayat Quran yang aku 'ter'baca 7 hari yang lepas. Walaupun pada asalnya ayat itu nampak macam sangat common, macam dah selalu kita baca, macam dah selalu dengar. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, ayat Allah yang nampak macam simple inilah sebenarnya ada maksud yang sangat dalam untuk orang yang betul-betul berfikir.
Aku masih belum search lagi maksud sebenar ayat ini, nak buka Fi Zilal Quran macam payah(malas). So, basically aku cuba telan mentah-mentah ayat ini. Buat pengajaran untuk diri aku sendiri.
Dalam ayat ini Allah bagi satu perumpamaan. Banyak perumpamaan yang Allah bagi untuk kita fikir, dan kali ini (yunus:24) Allah umpamakan hidup kita di dunia bagaikan air yang Allah turunkannya dari langit.
Maka dengan air itu tumbuhlah pula pelbagai tanaman yang menjadi sumber makanan kepada manusia dan binatang. Disamping menjadi sumber makanan, ia juga menjadi perhiasanan dunia dan mengindahkannya.
Kemudian setelah bumi itu dipenuhi dengan tanaman manusia menyangka bahawa mereka berkuasa untuk mengambil hasil-hasil dari tanaman itu. Lalu Allah memerintahkan turunnya bencana yang menjadikan tanaman itu hancur bagaikan tanaman itu tidak pernah wujud pun sebelum itu.
Cuba kita lihat diri kita sekarang ini. Masuk tahun ini dah 10 tahun bekerja. Berbekalkan kudrat empat kerat inilah hari ini Kita mampu memiliki sebuah rumah yang besar, sebuah kereta mewah, wang simpanan yang mampu menyara keluarga kita sampai kita mati. Sampaikan telah wujud dalam diri kita, "harta ini adalah hasil usahaku, kepunyaanku." Segalanya jadi senang dengan adanya wang. Apa-apa yang kita mahu, semuanya kita boleh capai.
Terasa indah bukan nikmat yang didatangkan?
Namun apabila ditimpa musibah. Bilamana kita diisytiharkan muflis atau terjadinya rompakan ke atas harta kita, kita jadi tak boleh menerima. So, kita salahkan tuhan.
Kita lupa yang pada awalnya Allah lah yang beri kita jawatan dalam pejabat. Allah lah yang buka hati bos untuk terima kita bekerja dengannya 10 tahun yang lalu. Kita tak ingat langsung pasal itu. Kita lupa bahawa segalanya yang kita miliki hari ini datang dari Allah. Kita rasa seolah-olah kitalah penyebab kehidupan kita jadi senang hari ini.
Ingat, segala-galanya datang daripada Allah! Kurniaan Allah yang hakiki. Kita tidak punyai apa-apa, tangan kita kosong, poket kita kosong. Kita memang berusaha, tapi rezeki itu dari Allah.
Tumbuhan-tumbuhan yang kita makan hari ini pun suburnya kerana air yang setiap hari turun dari langit. Dari mana datangnya air itu?
Posted by
BuDaKaLpHa
at
17:15
Posted by
BuDaKaLpHa
at
12:30
Posted by
BuDaKaLpHa
at
12:36
Inna lillah wa inna ilaihi raju3un.
3 Julai 2013 - Tarikh yang amat penting bukan saja untuk masyarakat Mesir, bahkan seluruh umat islam. Terciptalah satu peristiwa hitam yang akan terus kekal dalam sejarah. 30 Jun yang lalu baru saja genap 1 tahun pemerintahannya, namun hanya beberepa jam yang lalu pemerintahan Dr Mursi telah berakhir (bagi Tamarrud) apabila kuasanya dirampas oleh pihak tentera. Bagi golongan pro Mursi, dan mereka yang benar-benar memegang prinsip demokrasi, Dr Mursi adalah Presiden yang masih sah.
Aku tak faham dengan orang mesir. Beruntunglah korang sepatutnya sebab ada pemimpin yang hafal quran. Dulu time first time aku dengar je dia hafal quran terus aku rasa macam "waaa". Susah kita nak cari pemimpin yang macam tu sekarang. Pemimpin kot, kita ni quran satu juzuk pun susah nak hafal. Dia merupakan seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh nak bawa islam. Bila dia dilantik hari tu, kita semua harap yang ianya akan menjadi titik mula kepada pembinaan semula khalifah.
*@#$% geram betul aku ngan ejipsyen ni. Ikut suka2 ko je nak buat demonstrasi. Asal tak suka je nak demo. Ko ingat senang nak ubah satu negara yang dah lama rosak? Ko harap semua perubahan itu boleh dibuat dalam jangka masa setahun? kepala hottt.. Masalah sebenar dalam negara korang ni bukan minyak ke, letrik ke. Masalahnya korang punya sikap tu haa yang nak kena ubah.
Papehal, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Bersama-sama kita doakan agar kita semua diberi kefahaman dalam memahami sesuatu perkara, diberikan jalan keluar kepada segala masalah, dan di hindarkan dari segala yang buruk.
Selamat malam Ikhwan
Posted by
BuDaKaLpHa
at
17:55