Friday, 2 March 2012

"Rasa Bersalah"

Rasa Bersalah. Satu nilai yang aku rasa perlu wujud dalam diri aku. Mungkin manusia lain pun wajib ada perasaan ini.

Semua yang tidak berdalil dalam penulisan ini hanyalah kata-kata dan pandangan aku yang sempit yang tidak ada apa-apa kelulusan PhD langsung dalam bidang psikologi. Hanya berdasarkan logik dan kefahaman sendiri yang tercapai akal, inshaAllah.

Ada dua keadaan rasa bersalah itu perlu:
1) Merasa bersalah apabila melakukan sesuatu perbuatan dengan tidak sempurna/betul.
2) Merasa bersalah apabila kelalaian atau cacatnya perbuatan kita menyebabkan luka kepada orang lain.

Ini adalah contoh rasa bersalah paling top yang aku jumpa dalam persahabatan (sumber dari Bernama):

Suatu hari aku baru pulang dari satu majlis. Kepala aku masih pening membuatkan aku tidak mampu berfikir sewarasnya. Sudah beberapa hari pening, mungkin kesan daripada minum terlalu banyak sangat Nescafe blended yang pekat.

Sampai sahaja dirumah, kedengaran suara-suara perempuan dari rumah sebelah. Aku cuma nak mengambil tahu siapa pula yang menziarah tengah-tengah malam ini. Bila aku masuk ke bilik Razak, ada dua orang perempuan dan dua orang lelaki dalam bilik itu termasuk Razak. Aku kenal mereka semua, dan aku menghulurkan tangan bersalam.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari menyentuh kaum yang tidak sejenis yang tidak halal baginya. What? Aku tak salam perempuan itu.

Kemudian aku keluar dari bilik Razak dan masuk ke rumah aku. Mundar mandir ke bilik Amin, ke ruang tamu dan kemudian ke bilik aku. Entahlah, kepala yang pening jadi makin berserabut. Mereka berdua ini couple, siapa tidak kenal? Semua orang tahu kot. Mereka yang tunjukkan.

Kenapa pula perempuan datang malam-malam ini? Tak kan tak tahu masa sekarang pukul berapa? Tak elok la orang tengok. Semua yang aku fikir tak ada yang positif langsung. Tambah-tambah lagi aku teringatkan kisah-kisah hangat couple berdua itu. Cuma sebelum ini aku tak pernah tegur, nak jaga persahabatan kononnya.



Aku berjalan ke ruang tamu dan terus aku menjerit,

Balik! Balik lah! Balik!

(aku pasang volume paling kuat yang aku ada)

Ah, lega! Tak tahulah, rasa macam beban yang terpikul sebelum ini jatuh sekejap. Selepas itu semua ahli rumah aku datang ke arahku. Ahli-ahli rumah sebelah pun datang, semua kehairanan. Apa dah jadi dengan aku? Syaitan mana pula yang masuk dalam badan aku ini? Bro ko OK ke?

Ah, tak ada apa-apa. Aku OK je. Betul ke OK?

Beban yang tadi hilang sekejap datang balik dengan berat yang bertambah. Malam itu aku jadi tak tentu hala, aku rasa bersalah sangat. Betul ke apa yang aku dah buat ini? Memang betul kadang-kadang kita perlu tegur orang, but there’re many other ways. Kenapa mesti menjerit?

Aku rasa aku dah menyebabkan dia benci kepada teguran. Aku dah beri tanggapan negatif ke atas golongan yang berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan. Aku rasa bersalah tahap paling tinggi dalam hidup aku, aku hilang kawan. Hilang kepercayaan.

Malam itu aku terus hantar mesej minta maaf. Aku tak akan lupakan hari itu. Aku kena marah dengan Razak sebab tak hormat tetamu dia. Couple tu pula terus tak percayakan aku, dan tak datang lagi ke rumah itu sampai bila-bila. Itu janji dia.

Menjerit macam orang gila, tak berfikir dan ikut perasaan. Tak ada akal langsung. Aku buat kesimpulan sendiri daripada peristiwa itu, kekerasan hanya akan menyebabkan orang lari jauh dari kita.

Fabima rahmatim minAllahi Linta lahum... teringat ayat ini. (3:159)

“Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar. Tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka...” hingga hujung ayat.

Kesilapan watak utama semasa menegur menyebabkan mesej dakwahnya tidak sampai, malah merosakkan keadaan. Kalau nak bersahabat, salah satu nilai yang patut ada adalah rasa bersalah.

Macam mana nak bina rasa bersalah dalam diri? Aku pun tak tahu.

Selalunya orang yang pernah melalui kesusahan akan tahu apa itu susah. Dengan itu dia akan berusaha untuk tidak terjatuh lagi menjadi susah dan tidak pula membiarkan orang lain berada di dalam kesusahan.

Nak dijadikan contoh, aku baru balik dari kuliah. Penat, badan pun dah longlai, sendi-sendi pula dah habis longgar. Masuk rumah pun merangkak-rangkak. Lapar punya pasal, dari pagi tak makan. Tunggu petang, masuk malam. Yang sepatutnya masak rupa-rupanya baru nak masak. Cobaan.

(Oo, kari ayam rupanya. Serbuk kari habis ke?) Baru tahu apa itu tidak sedap.

Bila tiba giliran kita, takkan kita nak buat kari ayam macam tadi? Sumpah sedap, janganlah buat lagi. Baru kita tahu yang mana baik yang mana tidak. Pasti kita akan berusaha untuk membuat kari yang terbaik. Dan bila kita tak dapat membuat yang terbaik, kita akan rasa bersalah. Bagi yang tak pernah rasa susah, mungkin dia susah nak rasa bersalah.

Mungkin ada orang yang naturalnya ada rasa bersalah, membesar dengan suasana yang masyarakatnya sentiasa rasa bersalah. Kita berdoalah agar Allah bubuh rasa bersalah dalam diri kita. Rasa bersalah ada hubung kait dengan simpati + prihatin. Ia juga lahir dari rasa bertanggungjawab.

Kalau sentiasa rasa diri kita betul, sakitlah dunia. Tak ada sensitiviti. Tak ada pembaikpulihan.

Apakah yang membezakan antara peragut kejam dengan peragut kelas rendah? Rasa serba salah. Peragut kejam (hardcore) tak berfikir dua kali. Apa-apa cara sekalipun dia inginkan rantai. Mati ke, hidup ke mangsa dia, dia tak kesah. Peragut kelas rendah cuma nak rantai. Tapi masa tengah meragut tiba-tiba mangsa dia lelah, terus dia panggilkan doktor. See!

Bila pemimpin yang tidak ada rasa bersalah buat membuat salah dan dia tidak tahu. Tiada guna untuk rakyat berdemonstrasi sebab kalau dia tahu kesalahan dia sesudah itupun, belum pasti dia akan rasa bersalah. Orang macam ini tak faham bahasa, sebab itu rakyat Mesir bangkit buat revolusi. Tsaurah!

Ya Allah turunkanlah rasa bersalah dalam diri hambaMu, agar aku sedar betapa diri ini berdosa.

9 comments:

"kekerasan hanya akan menyebabkan orang lari jauh dari kita."

:) besar dah adik nyah ni..jom sama2 belajar dari sirah rasulullah..
 
agak 'besar' jgk ler.. hahaha, thank you, chocolate dah nk habis! kawan org kata sedap..
 
Assalamualaikum anak yang teguh pegangan cinta kepada Allah. Bonda yakin RasuluLlah bangga mempunyai seorang ummah cintakan agama seperti anakanda.

Bonda kagum dengan semangat anak yang cintakan kebenaran. Jika semangat ini dipupuk dan digabungkan dengan aql rohaniah, maka bonda yakin anakanda akan mencapai hasrat mengagungkan kalimah ALlah.

Sungguh, Allah yang Maha Penyayang dan Pengampun serta yang Maha Lembut mendengar luahan hatimu...Sesungguhnya orang yang mencuba dan gagal itu lebih baik dari orang yang melihat sahaja dan tidak pernah menjejak kaki ke bawah untuk membuat lompatan tinggi kemudiannya. Percayalah anakku, jika kamu menyedari kesalahanmu, maka Allah amat kasih kepadamu dan malaikat-malaikatnya berebut-rebut untuk menulis kebaikanmu kerana menyedari kesilapan yang menjadikan kamu sebagai manusia sempurna...manusia sempurna kerana dia melakukan kesalahan dan kesilapan dan menyedarinya lalu merayu kepada Allah untuk memperbaikinya...Allahu Allah...SUNGGUH, wahai anak...Allah sangat cintakanmu...Melalui luahan hatimu, wahai anak, bonda sangat mengagumimu... Pemuda yang cintakan kebenaran adalah species yang sukar ditemui dewasa ini..

Rasulullah mengajar kita begini...

Anas bin Malek melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab dari kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.” Kemudian, Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada pergi mengambil air setimba, lalu disirami kecing itu. -- Hadith No. 186 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Berdasarkan dari hadith tersebut, anak boleh katakan begini...

Selesaikan kerja/urusan yang perlu diselesaikan...

Selepas itu katakan begini...

Rumah apatah lagi bilik lelaki bujang yang ajnabi adalah kawasan larangan bagi perempuan. Orang perempuan hanya boleh bertandang diruang tamu sahaja apabila cukup ditemani oleh ramai kawan-kawan perempuan dan lelaki yang dipercayai untuk mengelakkan fitnah.

Kemudian, mohon pertolongan beberapa orang kawan untuk menghantar tetamu itu pulang segera.

Sungguh, apabila kita menggunakan teknik Nabi Muhammad, perubahan tingkah laku akan berlaku...

Usah bersedih anakku, semangat cintakan kebenaran dalam dirimu sangat berharga...

Salam untuk menantu bonda yang manja... :)
 
to (ummi qarafi):
Terima kasih atas segala nasihat dan keprihatinan untuk membaca! Peristiwa ini dah lama, 'razak' pun dah ok dgn saya.
Sangat suka dengan penjelasan yg (ummi qarafi) bagi, betul2 kena dengan keadaan.
Nampak sangat bnyk lagi sirah yg kena baca... Sy doakan (ummi qarafi) sentiasa di redhai Allah, gembira! terima kasih.
 
terbaik! [mcm selalu la kan =D sy budak biase biase saje. tak layak komen lebih lebih] ^_+
 
wow that's what i can describe u..
 
u-don-know-me :P
u-know-me: siapa kah? slalunya guna nama samaran, knp kali guna nama lain? + ini on9 dkt mne plak ni..? hehe

u-don-know-me:...? =_=
 
@ budak: helo helo helo. ade org lain suke tulis 'terbaik' utk setiap entry ke? haaaa sape? =D slalu gune nama betul la. la ni je malas tulis name ~

@kat ofis skarang =)
 
u-know-me: mcm kenal, tapi ragu2 nak teka. Nt salah plak. hehe. ok2, kak long kena keje rajin2, kumpul duit mcm main...hehe
 

Post a Comment