Orang lain tengah sibuk bercerita perihal kahwin. On the way cari-cari video mengarut-mengarut, tiba-tiba terjumpa video ringkas Ustaz Azhar Idrus.
Minta maaf kalau ada yang tak kena. Cuma nak kongsi sedikit pendapat. Kita boleh mengambil inisiatif berkahwin untuk mengelakkan dosa. Tetapi dalam masa yang sama kita perlu sedar, bahawa perkara itu hanyalah alasan minoriti kepada tujuan sebuah perkahwinan. Tujuan perkahwinan itu adalah lebih besar dari sekadar menolak kebuasan nafsu.
Seharusnya tujuan perkahwinan yang lebih utama perlulah ditekankan kepada mereka yang masih belum melihatnya. Ini tidak lain hanyalah untuk mengelakkan berlakunya keretakan institusi rumah tangga, yang terhasil dari ceteknya pasak (tujuan perkahwinan) yang ditanam sewaktu pembinaannya (perkahwinan).
Ingat, mereka yang telah berumah tangga umpamanya seperti telah menyempurnakan separuh dari agamanya.
Tak salah mengambil ia sebagai satu medium penolakan kepada maksiat, tetapi perlulah ada tujuan (alasan) yang lebih utama dari sekadar menolak dosa-dosa. Wallahu a3lam.
Memandangkan BuDaK pun masih kabur tentang tujuannya, lebih baik pause dulu sebarang tindakan. Sila bantu dan komen sebaiknya.
Untuk Ibu dan Ayah, video ini untuk perkongsian umum sahaja. Tak ada meseg tersembunyi langsung! Jangan risau, Kori tak mampu lagi nak menyibukkan diri dalam perkara-perkara ini. HAHA... selamat berkongsi.
13 comments:
jgn lupe jemput ye nnt
(BuDaK)
;)
dah nak kawen nampaknyer... ko jgn x ajak ak... kalau x ajak ak... mls dah nak kawan ngan ko...
robbuna yusahhil... yassirullahulana
Post a Comment