Badrul menghabiskan masa-masa akhirnya di ruangan FACEBOOK. Sudah hampir dua jam dia menghadapkan mukanya ke arah skrin LG 18.5 inchi dihadapannya. Matanya hampir merah mungkin disebabkan cahaya skrin yang terlalu terang bertentangan dengan suasana bilik yang sedikit gelap. Cyber Cafe berdekatan stesen komuter Salak Selatan itu selalu menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah.
“Argghh.. Dah habis dah aku punya. Tak puas lagi lah. Mana boleh kalah dengan kau! Tak aci lah, asyik main sniper je. Pengecut *ow.” Badrul masih tak berpuas hati. Dia tidak dapat menerima kekalahan. Selalunya dia yang menang, namun hari ini nasib tidak menyebelahinya.
“Oo... Kalah buat cara kalah lah. Apa, tak puas hati? Rematch lah, jom. Jom lah tambah lagi sejam. Alang-alang dah nak maghrib ni. Kita main sampai maghrib pastu kita solatlah.” Syukri, rakan sebiliknya membalas sambil melemparkan cadangan agar ditambah masa bermain.
Badrul terhenti sejenak. Ada betul juga cadangan Syukri. Alang-alang waktu maghrib hampir masuk, ada eloknya juga mereka tunggu sambil bermain komputer. Kalau ingin keluar sekarang pun, tidak tahu mahu ke mana. Selalunya kalau ada cuti ‘overnight’ sebegini, mereka akan tidur diluar atau berjaga sepanjang malam. Jarang sekali mereka pulang ke sekolah, takut dengan ‘Raksasa’. Terdetik juga dalam hatinya untuk tambah lagi sejam.
Dia menyeluk poket belakang seluarnya. Mencapai dompet yang hampir kosong tidak berisi. Puas dia membelek ruangan dompetnya. Di celah-celah lipatan kertas, himpunan-himpunan kad, gambar-gambar. Akhirnya dia jumpa. Alhamdulillah, masih ada lagi 20 ringgit. Kalau dikira-kira, 20 ringgit itu cukup sekiranya dia ingin menambah masa bermain. Itu pun kalau ditolak bajet makan malam. Mana mungkin seorang pelajar yang mempunyai perut seperti buaya makan seperti seleranya si itik.
“Em... em... takpe la Syuk. Aku tengok kau main je lah. Duit aku tinggal sikit je ni. Cukup-cukup untuk makan dengan tambang balik je. Aku nak makan banyak sikit, so tak boleh nak bazir-bazir. Lapar kot, dari pagi tadi kita tak makan.” Badrul cuba tidak mengikut nafsu. Duit di dalam dompetnya cuma berbaki 20 ringgit. Cuma lebih sedikit dari keperluannya untuk tambang balik ke sekolah. (LRT 1.00 + Prebet Sapu 5.00 + Makan Besar 10 + Cikedis + 2.00.)
“Alah, pinjam lah duit sapa-sapa dulu. Ni, Syahzwi ni kan kaya. Ko mintak je dari dia dulu. Hutanglah dulu nanti bayar lah, bukan tak bayar langsung. Bayar hutang lagi baik dari bagi sedekah kan?” Syukri mencucuk.
“Pergh...! Cuba tengok, bilamana budak Islam sekolah Hidayah bercakap. Keluar semua hadith, @#*&$...dsb. Em, ok lah. Kita main lagi sejam je. Pastu kita solat maghrib. Aku pinjam dari ko dulu lah Syuk, nanti aku bayar balik. Boleh kan? Kan?” Badrul termakan dengan kata-kata Syukri.
“.....^_^. Ok lah.” Syukri senyum tidak terkata. Akhirnya dia bersetuju. Sebenarnya dia juga anak orang kaya. Bapanya seorang pegawai tentera yang berpangkat besar. Walaupun dia berperangai serabut, tapi dia dan agamanya masih terjaga. Bukan Badrul sahaja yang masih sayang kepadanya, malah Aku juga turut merindui Syukri.
**********
Apabila kita diberi sejumlah duit. Duit ada bentuk dan rupa. Kita akan nampak jumlah dan saiznya. Betapa banyaknya dan betapa mewahnya seseorang dengan duit. Dari situ, kita cuba merancang untuk tidak mensia-siakannya. Kalau diberi peruntukan duit yang tidak sama antara dua orang. (A) cuma ada separuh daripada apa yang (B) ada. Tapi, kedua-duanya mampu untuk terus hidup seperti biasa.
Kerana apa? Mereka nampak jumlah duit, mereka tahu bilangan duit mereka dan mereka berusaha untuk menjaganya.
Tak faham kan? Kita cuba ambil contoh lain.
Sekarang musim peperiksaan. Rata-rata pelajar ada cara belajar masing-masing dan teknik yang tersendiri. Apa yang menarik perhatian aku, ada sesetengah pelajar yang bijak dalam mengurus masa mereka. Contoh, tempoh hari yang berbaki untuk peperiksaan akhir semester adalah lagi 15 hari. So, diorang yang bijak-bijak ini akan susun jadual study. Sedikit sebanyak macam inilah jadual mereka:
6/7 Physiology
7/7 Microbiology
8/7 Pharmacology
.
.
.
18/7 Rehat
19/7 Tidur
20/7 Exam
Bila merangka, mereka lebih bersedia. Kita tahu bila tarikh peperiksaan dan kita tahu berapa banyak kita masih belum baca. Cuma perlu susun dan ikut jadual, semuanya akan ok. Good Luck, Bittaufiq wan Nagah untuk semua.
**********
Apa?
Agak ah. Tak faham sangat kan?
Macam inilah. Selalunya kita diberi benda yang nyata. Benda zahir yang kita nampak. Kita tahu nilai yang ada padanya. Contoh di atas adalah duit dan study leave. Daripada duit yang kita ada, kita dapat rangka apa yang kita boleh beli dan apa yang kita tidak dapat beli.
Daripada tempoh study leave, kita boleh tahu berapa kuat kita perlu study, dan berapa banyak masa rehat yang kita boleh isi.
Jadi, siapa yang merancang nak buat baik masa hujung-hujung nyawa, itu bahaya! Masalahnya, jangka hayat kita tak diberi tahu. Hanya tarikh dikilang kita ingat, tapi tarikh luput kita tak tahu. Mungkin nyawa kita tidak sampai separuh jalan pun. Yang kita tahu cuma kondisi semasa diri kita.
Selamat beramal!
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
(Surah Al A'raf 7:34)
4 comments:
waiting for the arrival of vvip's @ klis =D
Post a Comment