Sunday, 17 April 2011

Professional Muslim


Dua hari lepas, Majlis Transisi Kepimpinan berlangsung dengan jayanya. Maka bermulalah tanggungjawab AJKT Perubatan yang baru. Walaupun orang dan zaman berganti, namun pembawaan dan amanah yang dipikul tetap sama.

Semasa seisi cadangan dan muhasabah berjalan, tampil seorang senior menyatakan satu usul. Malangnya aku tidak ingat sepatah pun usul yang cuba dibangkitkan. Tetapi yang menariknya, dia membawa satu kalimah yang tidak asing lagi bagi sesetengah kelompok masyarakat. Dia ada menyatakan perkataan “Professional Muslim”.

Benar. Memang kita sedang berusaha untuk menuju ke arah itu. Malah Perubatan juga tidak pernah leka dalam menitikberatkan pembentukan doktor muslim yang professional dalam kalangan ahlinya. Buktinya, wujud lambakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Masalahnya, kenapa wujudnya perkataan “Professional Muslim”?

(Sememangnya aku tidak layak bersuara)

Logikkah sekiranya aku mengatakan perkataan “Professional Muslim” ini tidak sepatutnya ada.?

Ini hanya luahan pandangan aku. Seorang manusia, satu akal.

Disebabkan buruk salah kita, Islam dapat nama. Disebabkan kelemahan umat kita, Islam semakin hina. Disebabkan tidak praktikalnya kita, Islam perlu ditingkatkan tarafnya. Walhal, Islam itu sudah tinggi asalnya. Malah tiada yang lebih tinggi dan tertinggi selain agama Islam.

Umat, kalau kita berakhlakkan Al Quran pasti tidak akan ada lagi orang yang berani persoalkan. Tidak perlu ditambah perkataan “Professional” pada perkataan “Muslim”. Cukuplah dengan sempurnanya agama, orang tahu Professional itu adalah Islam.

Sebaliknya hari ini orang ramai masih lagi mencari-cari Islam, dan cuba untuk mem”professional”kannya.

0 comments:

Post a Comment