Tahun dan bertahun-tahun.
Cuba bayangkan situasi seorang anak kecil sedang bertengkar dengan seorang tua. Berikut sebahagian potongan situasi keadaan.
“Pak Cik, tak baik hisap rokok ni. Banyak tar, banyak racun. Baik pak cik hisap gula-gula.”
“Kamu jange memande nak ngajo aku. Kamu tu budok kecik, duk diam-diam aje. Umo setahun jagung, ada hati nak menceramahkan dengan aku.”
Ok. Jangan bincang benda lain. Ambil perkataan “setahun jagung”. Perumpamaan ini amat sinonim digunakan untuk menggambarkan umur seseorang yang masih muda, belum matang dan tidak pandai berdikari.
Katakanlah, umur si anak tadi adalah 5 tahun. Manakala lelaki tua itu pula 50 tahun. Tukarkan tempoh hidup mereka kepada saiz sebuah objek. Dengan itu, kita dapat melihat perbezaan umur mereka dengan lebih jelas.
Bayangkan saiz 5 tahun adalah seperti jagung, dan 50 tahun pula seperti sebuah pokok jagung. Nampak tak perbezaannya? Kita tengok contoh lain.
Tempoh kita mencapai kemerdekaan adalah selama 54 tahun. Sedangkan tempoh kita berada dibawah jajahan dan takhlukan adalah selama 400 tahun. 54 tahun diibaratkan seperti sebuah rumah teres satu tingkat. 400 tahun pula diibaratkan sebagai rumah pangsa 8 tingkat.
Tempoh belajar di Kolej Tentera Darat adalah 18 bulan, manakala belajar perubatan di Universiti Iskandariah adalah 78 bulan. Perbezaannya adalah seperti sebuah motosikal dengan sebuah kereta.
Tempoh belajar di Universiti Iskandariah adalah selama 6 tahun dan setengah. Manakala tempoh yang diperuntukkan untuk belajar sejak lahir adalah 18 tahun. Boleh diibaratkan seperti sebiji guli dan bola golf.
Tempoh aku hidup sejak lahir adalah 19 tahun. Amatlah kecil jika dibandingkan dengan tempoh wujudnya kalendar masihi iaitu 2011 tahun. Berapa kali ganda agaknya? 100 kali ganda. Perumpamaannya seperti area Petaling Jaya dibandingkan dengan kawasan satu Malaysia.
Dan.
Tempoh wujudnya dunia. Anggarannya 20 000 000 tahun dahulu. (Ini fakta tidak benar). Jika dibandingkan dengan tempoh hidup di akhirat. 99 999 999... Tidak terbayang perbandingan antara keduanya. Boleh jadi seperti sebiji bola di tengah padang pasir. Ataupun seperti sebiji guli berbanding bumi. Boleh jadi, umpama sebutir pasir dibandingkan dengan seluruh alam semesta.
Dan lebih besar dari itu. Ini kerana di akhirat sana tiada tempoh masa melainkan selama-lamanya.
2 comments:
nc doe quote ni.. pandai ko menulis..
godio..? Aku x sehebat mu,
Post a Comment