Monday, 25 April 2011

Kecundang


Aduh, kenapa dengan aku ni? Aku mesti berubah. Mulai hari ini aku akan sentiasa taat kepada Allah. Aku ingin menjadi seperti mereka.

Itu suatu ungkapan pada hari manusia melihat keajaiban. Penuh semangat manusia melafazkan, inginkan perubahan. Mereka menanam azam berusaha untuk mengenal tuhan. Semoga dengan usaha yang mereka ada, tiada lagi keraguan, tidak akan lagi berpaling kebelakang.

Mereka terlupa. Tuhan itu membolak balikkan hati.

Hari demi hari telah pun berlalu, tetapi manusia masih lagi sama. Mereka yang dulunya duduk, masih lagi terduduk. Ada yang berazam untuk bangun, tapi masih lagi berbaring. Usaha mereka terhenti di tengah jalan. Kini mereka kembali seperti hari sebelum. Mencari datangnya sinar cahaya kedua.

Sometimes we wish to be like them. They are the one who close to God where their goal is only to seek for His blessing. On top of this pursuit we are trying to achieve the best condition of Iman by betting the hardest effort that we could. We keep on struggling. At last what we got in our hand was just a failure.

Duduk dan istighfar. Fikir kembali. Baru kita jumpa di mana salahnya. Rupa-rupanya dalam usaha mencari kebenaran dan istiqamah juga memerlukan pertolongan. Kita sering lupa, hatta dalam berusaha mentsabitkan diri pun kita lupa pergantungan kita dengan tuhan.

Disebabkan terlalu percaya dengan amalan, kita kejar segalanya sendirian. Malangnya apabila terjatuh, tiada siapa yang akan tolong kita bangun semula.

Berjalanlah dengan tuhan.

Sunday, 17 April 2011

Professional Muslim


Dua hari lepas, Majlis Transisi Kepimpinan berlangsung dengan jayanya. Maka bermulalah tanggungjawab AJKT Perubatan yang baru. Walaupun orang dan zaman berganti, namun pembawaan dan amanah yang dipikul tetap sama.

Semasa seisi cadangan dan muhasabah berjalan, tampil seorang senior menyatakan satu usul. Malangnya aku tidak ingat sepatah pun usul yang cuba dibangkitkan. Tetapi yang menariknya, dia membawa satu kalimah yang tidak asing lagi bagi sesetengah kelompok masyarakat. Dia ada menyatakan perkataan “Professional Muslim”.

Benar. Memang kita sedang berusaha untuk menuju ke arah itu. Malah Perubatan juga tidak pernah leka dalam menitikberatkan pembentukan doktor muslim yang professional dalam kalangan ahlinya. Buktinya, wujud lambakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Masalahnya, kenapa wujudnya perkataan “Professional Muslim”?

(Sememangnya aku tidak layak bersuara)

Logikkah sekiranya aku mengatakan perkataan “Professional Muslim” ini tidak sepatutnya ada.?

Ini hanya luahan pandangan aku. Seorang manusia, satu akal.

Disebabkan buruk salah kita, Islam dapat nama. Disebabkan kelemahan umat kita, Islam semakin hina. Disebabkan tidak praktikalnya kita, Islam perlu ditingkatkan tarafnya. Walhal, Islam itu sudah tinggi asalnya. Malah tiada yang lebih tinggi dan tertinggi selain agama Islam.

Umat, kalau kita berakhlakkan Al Quran pasti tidak akan ada lagi orang yang berani persoalkan. Tidak perlu ditambah perkataan “Professional” pada perkataan “Muslim”. Cukuplah dengan sempurnanya agama, orang tahu Professional itu adalah Islam.

Sebaliknya hari ini orang ramai masih lagi mencari-cari Islam, dan cuba untuk mem”professional”kannya.

Wednesday, 13 April 2011

Kembara- Menjejak Syurga/Memburu Neraka

Antara syurga dan neraka
Mana satu kita berlumba-lumba mengejarnya?

Tuesday, 12 April 2011

Yokatta?

Result dah keluar...
orang lain siap post gambar dalam blog, excellent, very good, good...
YEAH !!!


tapi aku... post kosong jadi lah. Yang senasib dengan aku, kita cuba next modul. Kalau nak menangis, sikit2 boleh lah. Buktikan kita pun boleh.
Mabruk lah kawan2, keep it up.

ALHAMDULILLAH

Sunday, 10 April 2011

Did you realize?

Tahun dan bertahun-tahun.

Cuba bayangkan situasi seorang anak kecil sedang bertengkar dengan seorang tua. Berikut sebahagian potongan situasi keadaan.

“Pak Cik, tak baik hisap rokok ni. Banyak tar, banyak racun. Baik pak cik hisap gula-gula.”

“Kamu jange memande nak ngajo aku. Kamu tu budok kecik, duk diam-diam aje. Umo setahun jagung, ada hati nak menceramahkan dengan aku.”



Ok. Jangan bincang benda lain. Ambil perkataan “setahun jagung”. Perumpamaan ini amat sinonim digunakan untuk menggambarkan umur seseorang yang masih muda, belum matang dan tidak pandai berdikari.

Katakanlah, umur si anak tadi adalah 5 tahun. Manakala lelaki tua itu pula 50 tahun. Tukarkan tempoh hidup mereka kepada saiz sebuah objek. Dengan itu, kita dapat melihat perbezaan umur mereka dengan lebih jelas.

Bayangkan saiz 5 tahun adalah seperti jagung, dan 50 tahun pula seperti sebuah pokok jagung. Nampak tak perbezaannya? Kita tengok contoh lain.

Tempoh kita mencapai kemerdekaan adalah selama 54 tahun. Sedangkan tempoh kita berada dibawah jajahan dan takhlukan adalah selama 400 tahun. 54 tahun diibaratkan seperti sebuah rumah teres satu tingkat. 400 tahun pula diibaratkan sebagai rumah pangsa 8 tingkat.



Tempoh belajar di Kolej Tentera Darat adalah 18 bulan, manakala belajar perubatan di Universiti Iskandariah adalah 78 bulan. Perbezaannya adalah seperti sebuah motosikal dengan sebuah kereta.

Tempoh belajar di Universiti Iskandariah adalah selama 6 tahun dan setengah. Manakala tempoh yang diperuntukkan untuk belajar sejak lahir adalah 18 tahun. Boleh diibaratkan seperti sebiji guli dan bola golf.

Tempoh aku hidup sejak lahir adalah 19 tahun. Amatlah kecil jika dibandingkan dengan tempoh wujudnya kalendar masihi iaitu 2011 tahun. Berapa kali ganda agaknya? 100 kali ganda. Perumpamaannya seperti area Petaling Jaya dibandingkan dengan kawasan satu Malaysia.



Dan.

Tempoh wujudnya dunia. Anggarannya 20 000 000 tahun dahulu. (Ini fakta tidak benar). Jika dibandingkan dengan tempoh hidup di akhirat. 99 999 999... Tidak terbayang perbandingan antara keduanya. Boleh jadi seperti sebiji bola di tengah padang pasir. Ataupun seperti sebiji guli berbanding bumi. Boleh jadi, umpama sebutir pasir dibandingkan dengan seluruh alam semesta.



Dan lebih besar dari itu. Ini kerana di akhirat sana tiada tempoh masa melainkan selama-lamanya.

Friday, 8 April 2011

Manusia Membinasa

Ini cerita panjang yang mengarut. Bukan realiti.

**********


Pukul 6.30 pagi jam locengnya berbunyi. Bukan berbunyi sekali, tetapi berbunyi lagi. Akhirnya Azrin tersedar dan membuka mata. Lampu sudah pun terpasang. Cukup terang untuk menyinari seluruh isi dorm Al Bujairami. Cuma di bahagian atas katilnya sahaja malap. Rosak.

Azrin mencapai jam yang terletak di hujung kepalanya. Dia bingung, kenapa jam yang dikunci pukul 5.30 pagi, baru berbunyi pukul 6.30 pagi? Dia membiarkan soalan itu bergantung, dan akan dijawab bila tiba masanya. Semasa hendak meletakkan jam itu semula ke tempatnya, genggaman Azrin terlepas. Jam loceng yang baru berusia 2 minggu itu jatuh menyembah lantai.

“Aaaaahhhh...”. Gemuruh satu asrama.

“Pecah lagi? Ok lah tahan dua minggu. Kalau tak seminggu je.” Naim, kawan sebiliknya yang paling banyak bercakap. Suka mencari titik untuk bersuara daripada diam tidak berbuat apa-apa.

Azrin kecewa buat sementara. Menjadi hobinya membeli jam setiap awal minggu dan pecah di akhir minggu yang sama juga. Dia tidak kisah, jam loceng banyak yang murah. Lusa boleh keluar asrama, beli jam baru. Suasana bilik amat terang mengganggu matanya. Tangannya pantas menggapai muka, lalu menyapu seluruh matanya. Rasa sejuk meresap ke wajah. Sejuk menggigit yang luar biasa.

“Ya Rabb!”

Kesian Azrin. Baru celik mata sudah dianiaya. Tangannya penuh dilumur ubat gigi. Patutlah sejuk dan lembap. Matanya mula pedih dan kemerahan, air mata pula mencurah mengalir. Dia tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk. Sebelum terlambat, lebih baik dia cepat bersihkan dahulu kesan ubat gigi yang melekat di tubuhnya.

Pantas dia membuang selimut. Membangkitkan tubuhnya untuk duduk. Keadaan bilik diperhatikan sekilas lalu. Ada ahli bilik yang sedang menyapu, ada pula yang tengah menyarung baju. Kakinya meraba-raba mencari selipar. Syukur, dapat bangun dengan penuh tenaga serta tubuh badan yang masih sihat.

Azrin memicit-micit sendi-sendi jari tangannya. Puas. Ketika memalingkan badan merenggang sendi-sendi tulang belakang, dia terlebih pusing. Akibatnya dia kejang 10 saat, nafas tak dapat ditarik dengan betul. Setelah mendapat sepenuh kesedaran, dia cuba berdiri. Belum sempat berdiri meluruskan otot kaki, kepalanya sudah terhantuk melanggar besi katil.

“Aduh, astaghfirullah!”

“B*ng*ng, aku tengok ko tiap-tiap hari macam ni. Rosak jugak kati aku nanti.” Itu kata-kata Amirul, katil-mate Azrin. Mereka dari tingkatan satu tak pernah berpisah katil. Setiap tahun mereka bertukar tingkat sahaja.

“Takpe. Kalau rosak pun mungkin kepala aku je. Katil ni ada warranty, boleh tukar.” Azrin membalas sapaan rakannya.

Tanpa membuang masa Azrin mencapai tuala dan alat mandi. Semua peralatan mandi diletakkan di di dalam gayung. Azrin melihat ubat giginya tiada. Cari dan cari, akhirnya dia jumpa. Malangnya ia sudah disapu ahli bilik yang bertugas. Hendak dipungut semula, mungkin tidak perlu. Lagipun ia sudah habis dilumur ke badan pemiliknya.

“Nah, pinjam aku punya. Nak bagi habis pun tak apa.” Ini pula Faris. Seorang yang terkenal dengan sifat bakhil. Maggi kari sekotak belum tentu dapat dikongsi seluruh ahli bilik. Kalau malam-malam, sanggup makan di dalam bilik basuh sambil tutup lampu. Kalau orang datang, dia akan sorokkan maggi dalam baldi. Kalau siang-siang, makan dalam tandas pun boleh jadi.

“Oh, thank you.” Azrin hanya mampu berterima kasih. Itupun setelah 2 minit terpaku.

Dengan tuala yang tersangkut di atas bahu, sambil tangan kanan membawa gayung mandi, Azrin melangkah laju ke bilik mandi. Gayung mandinya sedikit ringan, mungkin dia tercicir sesuatu. Puas dia mengelak dari melanggar junior-junior yang sudah siap mahu ke padang. Tidak perlu risau, tandas biasanya kosong ketika ini. Adapun mungkin beberapa orang. Boleh dikira dengan jari.

“Azrin, semalam kan...em, takpelah.” Kawannya tidak sempat menghabiskan ayat dan terus beredar. Sememangnya ada sesuatu yang ingin dia beritahu. Azrin tergesa-gesa. Dia tidak dapat memberikan perhatian kepada kawannya tadi.

Ubat gigi diambil. Penuh cermat Azrin memerhatikannya terlebih dahulu. Jarang Faris memberi pinjam barangnya. Dia bukan mahu berburuk sangka. Cuma lebih berhati-hati. Dia membuka penutup dan memicit isinya sedikit keluar, putih. Benar, ia memang ubat gigi. Walaupun ragu-ragu, Azrin tidak mahu berfikir lagi. Orang dah memberi, lebih baik kita pula merasa.

Dia meletakkan ia sedikit sahaja ke atas berus gigi. Memang itu yang dia lazimkan, berjimat. Terima kasih kepada Faris, ubat gigi yang diberikan memang wangi. Dia pernah mencium bau seperti ini. Azrin senyum tak percaya dengan kelakuan aneh kawannya. Baru saja dia memasukkan berus ke dalam mulut, dia sudah tidak sedap hati tetapi dia terus menggosok lagi.

Azrin melihat cermin di hadapannya. Dia membuka mulut seluas-luasnya bagi menampakkan gigi. Pelik, buih sudah penuh satu mulut, sedangkan dia baru mula menggosok. Selalunya ubat gigi tidak kuat berbuih. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Azrin merenung gayung mandinya. Memang sah! Itu bukan ubat gigi, itu syampu Dove miliknya. Dia memuntahkan kembali  isi mulutnya. Air sink dibuka.

“Terima kasihlah Faris.”

Dia sudah lewat. Azrin tidak mahu termanggu lebih lama. Dia masuk ke dalam bilik air kecil yang hanya muat untuk seorang. Di dalamnya cuma wujud pancur air dan sebuah pintu sahaja. Bilik air mereka begitu. Azrin segera membersihkan diri.

Selesai mandi, Azrin berjalan pulang ke bilik. Dari tingkap, dia tertangkap wajah Faris yang sedang tersenyum kepadanya. Masuk sahaja ke dalam bilik, dia hairan. Ahli biliknya yang sedang menyapu tadi masih menyapu. Tempat yang sama dan sampah yang sama. Kawannya yang sedang menyarungkan baju juga begitu. Hanya sebelah lengan bersarung. Tak tersarung-sarung tangan yang lagi satu.

“Thanks, aku hargai.” Azrin memulangkan ubat gigi Faris. Dia senyum, tidak mahu menimbulkan dingin di pagi hari.

“Hoi, cepatlah siap! Nanti tak sempat nak buang sampah.” Naim pula mencelah. Dia tidak pandai langsung berbicara lebih sopan.

Azrin diam. Tidak mahu bertengkar. Baju kemeja sekolah dikeluarkan dari locker dan digantung pada besi hadapan katil. Lama juga dia memerhati bajunya itu. Pelik, semalam dia penat-penat beratur menunggu giliran menggosok baju. Dua jam baru selesai. Bangun pagi tengok-tengok baju kembali berkedut. Azrin bertambah marah.

Dia tahu, dalam biliknya hanya dia dan seorang lagi rakannya yang memiliki baju yang sama. Sama saiz dan sama jenamanya. Namanya Danial. Orang yang pendiam, dan paling tidak boleh dipercayai di dalam bilik. Paling suka menganiaya, selalu makan dalam dan back stab kawan.

“Den, kau ada nampak baju aku tak?” Tanya Azrin hormat walaupun sudah mengetahui baju yang dipakai Danial adalah bajunya. Dia ternampak kesan jahitan namanya yang sudah dibetas. Danial diam. Mukanya tidak bersalah.

“Tak tahulah. Kenapa, hilang ke? Ermmm, yang kau pakai ni bukan ke? Nak baju apa lagi?” Danial membalas lembut, seakan cuba mengambil berat. Wajahnya langsung tidak menunjukkan rasa takut.

Tak, baju aku dah gosok semalam, tapi yang ini tak bergosok. Takut kita tertukar je.”

“Eh, mana boleh tertukar. Baju aku ada nama pulak. Ini!”

Azrin lagi pelik. Selama ini barang Danial tidak pernah bertulis. Lagipun, tiada seorang pun yang akan berani mengambil barang-barang Danial. Walaupun ia barang keperluan utama asrama, misalnya telefon bimbit. Mereka bimbang kalau terkantoi mencuri memang kena pukul masak-masak. Siapa tidak kenal, dia pemain ragbi sekolah ini.

“Sabar. Sabar. Sabar.” Azrin hanya mampu berpesan dalam hati. Dia tidak takut kepada Danial. Malah sudah berkali-kali mereka hampir bertumbuk. Cuma kali ini dia tidak mempunyai bukti yang kukuh.



Azrin mengenakan sahaja baju kemeja tadi. Biarlah berkedut. Dia sudah tidak punya masa untuk menggosok. Takut tidak sempat untuk menghadiri perhimpunan. Dia berdiri berhadapan cermin locker. Membetulkan tali leher dan bajunya. Minyak rambut diratakan. Kelihatan kemas, cuma bajunya sahaja yang berkedut. Biarlah, untuk hari ini sahaja.

Dia kemudian membongkok ke bawah untuk mendapatkan kasut kulitnya. Sebelah sudah ada, cuma sebelah lagi tidak jumpa. Ia memang tiada dalam locker. Azrin cuba ingat kembali. Semalam selepas kelas, memang dia terus simpan kasut kulitnya ke dalam locker. Tidak ragu lagi. Malam tadi ia juga masih ada.

“Kau cari apa?” Amirul bertanya setelah melihat kesulitan di wajah Azrin.

“Kasut aku sebelah. Ada nampak tak?” Azrin tidak mengesyaki Amirul, dia bukan orang yang suka menganiaya.

“Aku rasa kat bawah. Sebab aku dengar ada orang cakap ada kasut kat bawah. Bukan depan, kat belakang.”

Azrin segera melihat keluar tingkap. Dia mencari-cari kasutnya. Mungkin susah hendak jumpa, memandangkan kawasan belakang blok asrama dipenuhi rumput yang panjang. Akhirnya dia ternampak objek hitam. Mungkin itu kasutnya. Hendak ambil sekarang mungkin makan masa, biarlah hari petang dulu. Azrin tidak berpuas hati, macam mana kasutnya boleh pergi sejauh itu.

“Asal? Kasut takde ke? Aku nampak monyet semalam. Dia geledah locker kau. Pinjamlah kasut aku dulu.” Terang Danial.

Azrin diam. Dia tidak mahu percaya. Monyet tidaklah sebijak manusia. Kalau mereka menggeledah locker, sudah pasti seluruh lockernya berterabur. Ini tidak, Cuma kasut yang hilang sebelah. Ini kerja manusia pada pandangannya. Apa-apa pun, dia berterima kasih kepada Danial, kerana memberi pinjam kasut kepadanya. Cukuplah, walaupun sekadar kasut sukan yang berwarna hitam.

“Cepatlah buang sampah. Terhegeh-hegeh. Aku rasa dekat sepuluh kali aku dah bagitahu.” Naim kembali bersuara. Mendapatkan tempat dalam menunjukkan kuasa.

Azrin tidak berlengah. Dia mencapai tong sampah yang sudah sarat berisi. Terima kasih kepada sahabat yang lain. Dia cuma perlu membuangnya sahaja, kerana yang lain sudah tolong menyapu dan mengemas bilik. Baginya, itu kerja ringan.

Susah, berat dan berbau. Itulah sinonim kalau bertugas membuang sampah. Lebih baik menyapu seluruh bilik dari membuang sampah. Contoh pemikiran kawan-kawannya yang lain. Bagi Azrin, kerja yang orang lain tidak sanggup buat, itulah yang paling besar ganjarannya. Dia suka

“Hoi, gila apa!” Kawan sekelasnya menegur dari jauh. Azrin hairan melihat wajah kawannya yang pelik melihatnya.

Setelah dibuang isinya, Azrin memancutkan air ke dalam tong. Kemudian mengeluarkan ia kembali. Masukkan dan keluarkan. Tiga kali, sudah cukup bersih untuk tong sampah. Tong sampah dihentak-hentak cermat bagi membuang sisa-sisa air yang berbaki. Dia menyusun langkah pulang ke asrama.

Pelik sekali lagi. Kali ini memang tidak menyedapkan hati. Kelihatan pelajar tingkatan tiga asyik bermain futsal. Azrin tertanya-tanya. Hendak dikatakan Pendidikan Jasmani, tidak boleh jadi. Tak mungkin semua ada PJK dalam masa yang sama. Lagipun ada tingkatan lima yang bermain basket, tingkatan empat dengan bola tampar, tingkatan dua pun ada.

Azrin tiba ke bilik dengan soalan yang masih belum terjawab. Reaksi kawan-kawannya juga tidak ada yang membantu. Kawannya yang menyapu, masih menyapu. Seorang lagi masih tidak berbaju sempurna. Masing-masing tergelak melihat Azrin dalam kebingungan. Azrin dirudung kecewa, lima tahun mereka tinggal bersama, tidak pernah berubah hingga ke hari ini.

Lama Azrin tercegat di muka pintu. Dia terkenang segala peristiwa yang menimpanya selama berada di sekolah itu. Dia dan rakan-rakan tidak pernah bekerjasama dan bertolak ansur. Masing-masing dengan hal sendiri. Asalkan diri sendiri selesa, sudah cukup. Pernah baju sekolahnya direndam nila. Kasutnya pula pernah dijadikan bekas membuang hajat. Itu semua kisah lalu.

Dia menghadapkan diri ke hadapan cermin. Istighfar diucapkan berkali-kali. Rasa rindu keluarga mula bertandang. Sungguh berbeza, bila berada dalam pelukan ibu bapa dan saudara, dari genggaman tangan bersahabat. Dia melihat kalendar menghitung tarikh bila hadirnya cuti. Belum sempat rindu mencucuk ke pangkal hati, perasaan hina jatuh dahulu menimpa.

Sabtu 9 April 2011

“Aaaaaaaahhhhhh.” Azrin menjerit sekuat hati.

Hari ini adalah hari Sabtu. Sememangnya tiada kelas. Bermati-matian dia ingat hari ini adalah hari jumaat. Patutlah ramai yang berpakaian sukan. Court pula penuh dengan pelajar. Cuma ahli-ahli dorm Al Bujairami sahaja yang berpakaian sekolah. Ini mesti rancangan Naim. Azrin tidak dapat menerima, ternyata, ini satu tipu daya. Ini semua lakonan semata-mata. Entah ini kali ke berapa dia diperdaya.

*********

Hidup bila tidak diperlukan manusia, kita akan rasa sia-sia. Apatah bila dibenci manusia. Rasa macam tidak mahu berjumpa, tak mahu nampak pun muka mereka. Tinggal dan bernafas dalam suasana kehadiran kita tidak disukai. Jauh mencampakkan kita ke lembah dendam dan permusuhan.

Macam mana pula kalau dibenci tuhan?