Ini kisah separa benar. Dan sedikit berkait rapat dengan hidupku masa aku kecik2 dulu.
Dulu masa aku darjah satu, akulah antara budak2 yang paling berani, paling budak2 lain takut sekali. Geng taiko tahun 1, junior lagi lah.Tak kesahlah membe2 aku time tu kaki gaduh ke, kaki pukul ke, aku tak takut dengan sesapa pun. Tak gentar, tak gegar, tak berketar-ketar.
Dulu masa aku darjah satu, siapa yang tak kenal bokhari? Kalau tak budak yang baik, mesti budak yang rajin (orang cakap la). Majoriti budak2 tahun satu, semua kenal dia. Memang dia ni jadi ketua kelas tanpa pilihanraya. Dialah otai yang paling top, dan no 2 adalah aku. Sebab aku duduk sebelah bokhari.
Nak tahu kenapa dia paling top time aku darjah satu? Sebab dia ni pakai “kabel” besar punya. Itu kelebihan dia, memang aku pun tumpang sekaki guna nama kabel dia. Kalau ada je orang nak cari gaduh dengan dia, panggil je kabel, konfem orang lari. Kat sekolah tu, Kabel ni macam geng otai perempuan la.
Kat sekolah dulu, cikgu tak bagi bawak handphone. Jadi si bokhari bila nak gaduh je, dia akan menjerit je nama si kabel. Lagipun kawasan sekolah kecik, ada dua blok bertentangan je. Tak sampai lima minit kabel sampai. Kabel ni budak darjah lima. Tinggi dan besar orangnya, dia ni baru otai besar sekolah (cawangan puteri).
Pernah satu masa dulu. Aku tengah makan kat kantin dengan bokhari. Tengok2 dia takde duit nak beli bihun sup yang harga dia 50 sen. Mana taknye, duit kami dah habis beli stok pemadam. Bokhari ni pulak baik. Tak main la nak pau budak2 lain (sebab baru darjah satu, belum belajar pau orang lagi). Dah takde duit, dia terduduk je la atas bangku panjang kantin.
Penat mengelamun, tenung2 makanan. Tengok lalat yang datang hinggap makanan pun jadi sedap. Tiba2 kabel lalu segerombolan dengan membe2 dia. Budak2 lain semua buka jalan nak bagi kabel lalu. Bukan sebab cuak, tapi atas nama hormat. Pengawas berkaliber. Otai2 lelaki ajak kabel duduk semeja, tapi dia tak nak. Dengan penuh angkuh, dia cakap
“haram”
Kabel terus berjalan dan melintasi bokhari. Bokhari hanya mampu tercengang. Anak matanya hanya mampu mengekori setiap langkah kabel. Bagaikan ada aura ketegasan menjalar di sekitar kabel, sedikit pun tidak berpaling.
Cukup sepuluh langkah kiraan bokhari, kabel menoleh ke belakang. Ditenungnya bokhari. Tiada langsung cebisan cili di celah gigi, mahupun titis2 kuah bihun sup di sekitar ruang mulut.
“Kori puasa ke?”
“Eh, mana ada. Lapar sebenarnya, tapi takde duit nak beli makanan.”
Direct je dia cerita. Tak payah nak berselindung langsung. Melihatkan air muka bokhari yang terlalu mengharapkan ihsannya, kabel berasa sedikit simpati. Duit belanjanya yang masih ada, mungkin dapat dikongsikan bersama. Bukan sebarang otai kabel ni, otai bermaruah, ada class punya. Dia tak boleh tengok orang lain bersusah, sedangkan dia bersenang lenang.
“Jom, kita makan sama2. Kesiannya.”
Lalu tangannya mencapai poket di sisi kain baju kurungnya. Riak wajah bokhari bertambah gembira memandangkan ada yang bersimpati dengannya, malah orang itu adalah orang yang paling disegani oleh semua budak. Sebaik tangannya dikeluarkan, bokhari terkejut apabila mendapati di tangannya terhulur sehelai kain sapu tangan berwarna pink. Aku ingatkan duit yang akan dihulurkan, hampa. Aku pun turut berlapar rasanya.
“Nah, ambil kain ni. Lap air liur tu. Kalau lapar sangat, bagitahu lah.”
Bokhari segera mencapai kain sapu tangan tersebut tanpa berdalih. Malu seakan-akan sudah menutup mulutnya dari berbicara lebih. Kabel berlalu pergi, tanpa meminta kembali sapu tangannya. Malah tidak menghulurkan walau sesen pun syiling kepada bokhari.
Hilang rasa hormat pada kabel. Orang yang dirasakan paling rapat dengannya pun tidak mahu menolongnya. Matanya beralih arah. Ditenungnya mangkuk bihun yang sudah kosong di sebelahnya. Bagaikan kaca harapan yang pecah seribu. Tangannya digenggam dan dihempas padu ke meja. Dia segera bangun dan beredar dari situ.
“Aik, kori. Nak pergi mana tu? Jom lah makan sekali. Tadi kan cakap lapar.”
Bokhari berpaling perlahan-perlahan. Dan dengan tiba-tiba genggamannya terbuka. Rasa kecewanya hilang sekelip mata. Dia tercengang, terdiam beberapa ketika. Dilihatnya kabel sedang mengusung dua mangkuk bihun sup, yang pastinya untuknya. Dan dengan semena-mena dia berkata,
“Aaa... Nak pergi basuh tangan kejap.”
Sebenarnya, kabel yang dimaksudkan, adalah kakak bokhari sendiri. Insan yang paling banyak membantunya. Nur Hidayah bte Zainal.
Kalau dulu, Nur Hidayah adalah orang yang akan membela bokhari. Sebab tulah semua orang takut dengan bokhari masa tu. Dia tidak mungkin membiarkan bokhari kecewa, sedih, berduka selama dia berada bersama. Sebab itu aku turut kenyang kalau berlapar bersama bokhari. Mana mungkin seorang kakak kenyang sedang adiknya berlapar.
*****
Kak long sangat rajin. Dalam membantu ibu, dialah nombor satu. Kemudian baru Nyah. Hakikatnya, anak-anak ibu kenalah rajin, terutamanya yang nak menjadi isteri orang. Kan bu? Nak harapkan kori, memang habislah rumah bersawang setiap waktu. Oh, kuih raya hari tu, sangat sedap. Bukan orang yang kata, tapi nenek ye. Terima kasih sebab buatkan. Nyah juga, terima kasih.
Kak long sangat penyayang. After ibu dan ayah la kan. Disebabkan dia ni anak yang pertama, memang nampak sangat yang dia ni sayangkan kami semua. Betapa mencurahnya kasih yang diberi hinggakan ikan di akuarium turut merasainya. Kalau nak hantar adik-adik, dia akan ikut. Kalau nak tengok adik-adik, dia akan balik. Baguslah.
Kak long pun, seorang yang kori hormat. Sebab dari dulu dapat ajaran agama yang penuh. Hinggakan sekarang. Dan kori doakan untuk selamanya. Kak long sentiasa berbangga dengan tudung labuh yang dipakainya. Lagipun masa sekarang ni, orang hanya tahu mengutuk. Malah orang islam sendiri yang menghina agamanya. Baguslah kak long, banggalah dengan islam yang kita bawa. Kekalkan.
Sekarang, tanggungjawab dah beralih. Kalau dulu Kak long yang melindung, tapi sekarang kori kena melindung. Ye ke?
No more words left.
Selamat hari lahir ke-23. Moga murah rezki, berjaya dunia dan akhirat fi mardhatillah.
4 comments:
Baca ayat ni je org dah tersedak.huhu.
Saya watak pipih dlm cite ni.
entry ni sgt "mendalam"
doala yg terbaik utk kakLong.
adat manusia: iman bertambah & berkurang.
bLom campur masalah identiti dalaman lagi.
apa pon, kakLong sendiri sentiasa berdoa moga Allah pelihara hati ini.
trima kasih, skali lagi atas post khas penuh nasihat ini. =)
@ nyah: huhu takyahla tersedak. lagi best jadi watak pipih kot. watak utama kena "kaw2" punya. haha~
haha. teringat zaman pengawas dlu.
peristiwa mihun suP tu betul ke? kakLong cam tak ingat lak.
tngok pesanan mula2..haha
Post a Comment