Wednesday, 26 March 2014

Oh Umpun Umpun

Kisah si Umpun-umpun

Kau tahu tak dalam dunia ramai lagi orang yang menderita lebih teruk daripada kita. Kau yang random dan aku tak maksudkan kau itu adalah kau. Kau itu boleh jadi diri aku juga.

Maka tersebutlah kisah si Umpun. Dia tinggal di perkampungan umpun-umpun, sebuah kampung yang aman dan harmoni. Tak terusik dek dunia luar. Bersih dan begitu indah sekali. Umpun tinggal bersama adik-beradiknya. Ibunya telah lama pergi entah ke mana sejak mereka dilahirkan.

Malangnya nikmat keamanan mereka tidak kekal lama. Pada satu pagi, tanpa siapa sangka datanglah sekumpulan manusia menceroboh kampung mereka. Manusia itu tidak langsung menghiraukan keindahan alam yang ada, mereka sesuka hati mencantas pohon-pohon yang menutup laluan mereka.



Menyedari kehadiran mereka, Umpun segera berlari mendapatkan adik-beradiknya yang sedang tidur di rumah. Dia mengejutkan mereka dan memaksa mereka lari dengan segera demi menyelamatkan diri. Malangnya apalah sangat kelajuan umpun berlari berbanding kelajuan manusia. Satu persatu rakyat Umpun-kingdom di tangkap. Manusia ketawa suka.

Umpun tidak melarikan diri. Dia tidak sanggup merelakan suku mereka ditangkap sedangkan dia berlari. Biarlah dia bertahan di sini, mencuri masa membiarkan adik beradiknya sempat melarikan diri. Tak abanglah kalau dia juga turut berlari. Ceh.

Di depan umpun kini berdiri seorang manusia. One on One. Dia memanjangkan tangannya ke arah umpun dan umpun tangkas mengelak ke kiri. Manusia itu mencuba lagi, dan kini umpun mengelak ke kanan pula. Sh@* F*@#..manusia itu mencarut. Dia menjadi semakin geram lalu menggenggam tanah di sekeliling umpun. Umpun tertangkap, dia cuba menggerak-gerakkan kakinya untuk meloloskan diri. Namun tak berjaya.

Umpun sedih. Dia tak sanggup menerima hakikat yang menimpa Umpun kingdom. Dah la kampung mereka diceroboh, pastu adik beradiknya pula diculik. Mereka tidak sempat melarikan diri. Mujur ada sebahagian besar umpun yang dapat menyelamatkan diri. Paling tidak pun masih ada pewaris bagi kerajaan mereka.

Maka tinggallah umpun bersama kawan-kawannya yang turut diculik. Mereka dicampakkan ke dalam penjara yang amat sempit. Rumah baru yang hanya seluas sekangkang kera itu tak menjanjikan keselesaan yang terbaik. Dua tiga hari juga mereka dibiarkan dalam penjara.

Kalau dah kena tu culik apa lagi yang tinggal? Umpun seakan-akan dapat membaca nasib yang bakal menimpanya. Memang akan dijual la nampaknya. Pemerdagangan umpun-umpun. DIa pernah mendengar berita mengenainya sebulan lalu. Kini dia pula yang merasai.

Oh tak dapat aku bayangkan betapa luluhnya hati si umpun. Bagaimana pula dengan perasaan adik beradiknya yang terpisah? Perasaan sanak saudaranya? Mampukah mereka hidup tanpa umpun di sisi. Pilu.

Penderitaan umpun-umpun tidak berakhir di situ. Akhirnya ada juga manusia yang membeli. Sekotak 4 ringgit, itulah nilai harga diri mereka yang telah manusia tetapkan. Wajah manusia itu menjadi sangat gembira sebaik sahaja berjaya mendapatkan umpun-umpun. Mereka kemudian di bawa pergi ke destinasi yang lain.

Laut. Ini bau air laut. Rupa-rupanya dia di bawa ke muara sungai. Umpun buntu, dia tidak tahu apalah nasib yang akan menimpanya pula kali ini. Kelihatan manusia-manusia tadi membawa beberapa batang besi panjang yang nipis, dengan kotak yang berisi alatan-alatan besi. Dan satu kotak mengandungi ais.

Mereka berhenti. Barang-barang diletakkan di atas kertas kanvas yang direntangkan luas. Ada yang berdiri memerhatikan keadaan sekeliling. Ada yang duduk mencantum rod-rod besi itu. Ada juga yang sedang mengikat tali pada besi yang tajam. Mereka sungguh menakutkan. Tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah kotak umpun.

Pintu penjara umpun dibuka. Umpun menjadi cemas, dia tidak tahu mahu rasa gembira atau berduka. Apakah yang manusia itu cuba lakukan? Apakah sudah tiba masanya untuk dia dibebaskan?

Tangan manusia meraba-raba ke dalam bekas plastik. Akhirnya kawan Umpun pula yang berjaya ditarik keluar dari bekas. "Yahoo! I'm free. I'm free. Bye, see you guys later." Kawannya berteriak gembira, akhirnya keluar juga dari penjara yang sempit itu. Tak sangka itu rupanya bahasa mulut Umpun kingdom.

Kawan umpun itu dibaringkan di atas sebuah papan plastik. Entah dari mana datangnya dan dengan tiba-tiba ada sebilah pisau berada di tangan manusia itu tadi. Umpun cuba menjerit memanggil kawannya, "Trex, Trex lari!" Malangnya suaranya itu tidak dapat didengari. Frekuensi suara manusia yang jauh lebih kuat itu menghalang penerimaan suaranya.

"Aaarghhh..."

Ekor Trex terputus dari jasadnya. Manusia tadi mengerat badan Trex tanpa perasaan. Tapi Trex masih boleh menjerit dan bertahan untuk masa yang lama. Sakit yang terlampau itu membuatkan Trex cuba melawan. Dia mengeluarkan taring dan cuba menggigit jari manusia yang mengeratnya. Manusia itu sedar apa yang Trex cuba lakukan, lalu dia terus memenggal kepala Trex.

Kepala Trex diangkat, dijulang kepada kawan-kawan manusia itu tadi. Mereka seolah-olah sedang berbicara sesama mereka. Trex sudah tidak mampu bergerak. Yang tinggal mungkin hanya reflex-reflex kecil hasil dari baki tenaganya yang masih ada.

Kemudian kepala Trex ditusuk pula dengan besi tajam yang diikat dengan tali, yang bersambung dengan rod besi itu tadi. Dari bawah hinggalah ke atas. Kepalanya ditusuk sedalam-dalamnya. Trex yang sudah tak bernyawa itu dicampakkan ke dalam laut.
Entahkan apa pula yang akan menimpanya di dalam itu, aku pun tak tahu.


Umpun menangis. Dia tak sanggup melihat kawannya di seksa di depannya. Dia juga sedar bahawa perkara yang sama akan turut menimpanya sebentar lagi. Dia hanya mampu melafazkan zikir dan berdoa agar diampunkan dosa-dosanya lalu. Pada detik itu barulah dia terfikir, apa inikah takdirku?

***************
Retard. Aku pun tak tahu apa aku buat ini. Haha, the idea just came and then I decided to write it down. Memang time exam ni lah paling sesuai untuk kita buat benda2 macam ini pun kan. Aku harap adalah juga pengajaran yang dapat diambil dari cerita b0d0 ini, so takdela aku pula yang nmpak b0d0.

-La yukallifullahu nafsan illa wus3aha-wAllahu khairul Maakirin-3asa an takrahu shai3an wahuwa khairul lakum-Never doubt what Allah has plan for us.

*gambar2 ihsan google


Monday, 24 March 2014

Thing we are missing the most?

Salam alaik wbt.

Entu 3amilin eih? Rabbuna yunaggah, yusahhilku inshaAllah. Wana bashtaqlak giddan wa lam asbir an aktub alaik ya el blog! Bas ma3azzarni, 3ashan el imtihan 'ariban. wana mashghul khalis, bas dilwaqt ana kaslan shuwayya wa fil waqt faragh, izan katabtu dih. Bus, mumkin ba3dal imtihan, ana haktub kathir ha, mashi? wana wa wawa wehna kaan essohbu. kaan sohbu. kaan. eih, eih dah? hahaha

Randomly mencari video kat youtube. Taip Nouman Ali khan, then terus click video ni. Hoho takdela random sangat kan, sebab dah taip nama tu. :D

Anyway video pendek je, sebab sapa lah yang suka tengok lama2 kan. Nanti boring pula nak tengok sampai habis. Aku pun prefer video yang pendek je, sebab tengah nak exam ni.

Nampaknya aku dah rugi banyak gila sepanjang beberapa bulan ni. Wuu, lama gila tak solat subuh kat masjid. sob2, kena cubalah untuk praktik lepas ni.

Selamat menonton dan sebarkan pada orang lain. (kalaulah ada lagi manusia yang berblogging)


Monday, 10 March 2014

Arjuna Beta

Aku cuma nak berkongsi sebuah lagu yang aku pun baru tahu. Lagu yang gempak gila cakap kau! Tengok lirik pun dah penuh makna. Cuba korang search lagu dia, taip kat Youtube 'Arjuna Beta - Fynn Jamal'. Konfem meremang bulu tengkoq bila dah dengar nanti. Percaya cakap aku!

Lagu ini sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Applicable juga untuk yang dah terberanak, macam kaklong ye! Hatta ibubapa yang ada anak-anak besar panjang pun still bagus untuk mereka dengar. Tak salah juga bagi anak-anak untuk mendengar. ^_^ Kata-kata ini macam doa juga la kan? Ok selamat mendengar.

-p/s: Thanks to kak Siti

ARJUNA BETA


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela



ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Friday, 7 March 2014

A Superhuman 2B?

Maka tersebutlah kisah seorang pemuda yang bercita-cita besar. Dia yang mungkin sudah terasa bosan dengan gaya hidupnya yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan pun kepada dirinya ingin memulakan langkah ke arah transformasi diri. Walaupun telah berkali-kali dia gagal.

Cukuplah baginya rasa terhina dinegeri ini. Manusia itu memang gemar menilai, sedangkan mereka lupa yang mereka juga akan dinilai. Tak perlu dihiraukan segala penilaian itu kerna kuasa yang menilai itu hanya  padaNya. Bersangka baiklah!

Kini dia nekad untuk betul-betul berusaha ke arah itu. Malah tidak sedikitpun dia akan berasa ragu-ragu. Bagi membolehkan dia memiliki kuasa itu, dia haruslah terlebih utama mengumpulkan lima bentuk kunci sakti.



Kini dia sudahpun memiliki perancangan, target dan tujuan. Apa yang tinggal kini hanyalah disiplin dan kunci yang utama. KehendakNya. Apabila kelima-lima kunci ini disatukan, maka akan bertukarlah dia menjadi seorang yang baru. Seorang manusia luar biasa yang berkuasa menakhluk dunia.

Superhuman.

Disiplin merupakan salah satu kunci yang penting untuk merubahnya menjadi superhuman. Kalau tercicir kunci disiplin ini, maka dia tidak akan mampu untuk bertukar. Disiplin itu ibarat kuasa tujahan yang membawa anak panah ke sasaran. Tanpa disiplin anak panah tidak berguna. Apalah gunanya perancangan yang pelbagai jika dia tidak berusaha untuk melaksanakannya.



Maka pada suatu petang dia keluar untuk berjogging. Dia keseorangan. Rakan-rakan serumahnya sibuk dengan hal masing-masing. Mereka juga ada misi-misi yang sedang mereka usahakan. Mereka sudah terlebih dahulu memperoleh kuasa superhuman sebelum dia.

Sesampainya dia di trek larian, dia mendongak ke langit. Pintu untuk ke langit biru itu amat luas. Jauh di sebelah timur ternampak awan yang memayungi segenap bumi. Mentari di barat pula menunjukkan masa yang berbaki satu jam sebelum ia terbenam.

Trek lariannya betul-betul terletak di sebelah laut. Jarak pergi-balik antara Shatby dan Sidi Gaber adalah lebih kurang 6.5 km. Dia memanaskan badan. Pelipat tangan dan kakinya direnggangkan. Kemudian dia memutar bulatan luaran jam tangannya untuk mengambil masa mula dan dia pun berlari.

Berlari itu sifatnya memenatkan. Kita menggerakkan hampir kesemua otot semasa berlari. Otot-otot ini bekerja untuk kita. Kita pula menggajinya dengan oxygen dan mineral. Oxygen dan mineral itupun kita pinjam dari Allah. Kalaulah segala benda yang otot kita kerjakan di dunia ini tidak mengharapkan apa-apa balasan, mereka boleh mati jika kekurangan oxygen.

Sehebat mana pun kita mentadbir diri sendiri, kita tetap tidak akan mampu melakukannya tanpa bantuan Allah.



Dia sudah penat tetapi lariannya baru separuh jalan. Masih ada beberapa km untuk ditamatkan. Berlari seorang diri memang susah. Setiap langkah itu terasa semakin berat. Permintaan oxygen kini terlalu tinggi. Psikologi memaksa dirinya untuk lebih bersifat manja.

"Cukuplah untuk hari ini. Next time baru aku lari betul-betul." Hatinya terpujuk untuk berhenti.

"Wow, laju juga aku lari ni sebenarnya. Tak ada seorang pun yang mampu potong aku." Perasaan terlebih yakin mula timbul di hati. Penanda arasnya bukan lagi pada masa, tetapi pada persekitaran. Persekitaran yang lemah. Kalaulah dia betul-betul berlari di atas trek marathon.

"Ok jom berhenti."

Dia mula mengurangkan kelajuannya berlari. Langkah-langkah kakinya juga semakin kecil. Sedang hampir saja dia memberhentikan lariannya, tiba-tiba lintaslah seorang 'gadis' melayu melepasinya.

"Oh shet."



Kuasa untuk menjadi superhuman mula memasuki tubuhnya. Dia dapat merasakan yang adrenalin mula dirembeskan dan ia menjalar ke seluruh badan. Perasaan itu. Kekuatan itu. Bagaikan dua botol Redbull yang diminum terus. Inilah kuasa yang tercipta dari gabungan aura seorang wanita, dan maruah(ego) seorang lelaki.

Dia tak jadi berhenti. Langkah kakinya dibuka luas kembali. Disebabkan malu untuk menunjukkan muka, dia hanya mengikuti perempuan itu dari belakang. Belakang yang tidak terlalu dekat untuk menimbulkan sebarang syak wasangka.

Sampai di satu tempat, akhirnya wanita melayu itu berhenti. Jadi inilah titik perpisahan antara dua pelari. Dia meneruskan lariannya melepasi wanita itu. Pada saat itu tidak terlihat sedikit pun wajah kepenatan yang ditunjukkan di hadapannya. Cukup tenang sekali nafasnya.

In and Out.

"Kisah seorang manusia tidak jauh berbeza dari kisah dua orang pelari ini." Dia duduk berfikir sebaik saja menamatkan lariannya.

"Dalam dunia ini usaha yang dilakukan berseorangan terasa amat berat dan susah. Sedangkan usaha yang dilakukan secara berkumpulan itu terasa ringan dan tidak terlalu memenatkan.

Bilamana kita hidup di dalam persaingan, kita akan semakin ke hadapan. Kita nak jadi lebih baik daripada orang lain, dan orang lain nak jadi lebih baik daripada kita. Kitaran ini akan sentiasa berterusan. Tapi bila duduk berseorangan, kita hanya akan tahu kemampuan diri kita sendiri."

**********

Begitu juga dalam beramal. Suasana dan keadaan sekeliling sangat banyak membantu dalam membentuk diri kita. Kalau boleh cubalah kita hidup dalam suasana keislaman. Terlahir di dalamnya dan membesar dengannya sebenarnya adalah satu nikmat yang sangat besar.


Sebab itulah pembikinan baitul muslim itu sangat dititikberatkan. Tetiba!


Monday, 3 March 2014

Cuti dan Kereta Kawalan Jauh dan Karutan Yang Sia-sia

Assalamualaikum wbt.

Sehak boh? Lamo dok jupo. Kawe ni dah ghindu sangak sama demo. Ceh, main taram je aku cakap Kelantan ni. Jangan marah eh Kelantanese sekalian. Aku ini harap je duduk sebilik dengan orang Kelantan, tapi loghat Kelantan satu pun tak lekat. Haha, lagipun roommate aku ini takdelah cakap Kelantan pun kat umah kami. Dia pun dok cakap Keyel je. Nama dia Jerry.

Ok cukup. Sebenarnya aku tengah panas gila ni. S@$&#*! Penat dah mencarut2. Nak je aku tumbuk-tumbuk, lenyek-lenyek diorang ini sampai jadi sambal belacan. Rasa macam nak sagat je kepala arab rumah bawah ni dengan mesin parut kelapa. Korang kena datang egypt dulu lah kot baru korang akan paham kenapa kitorang geram sangat dengan diorang ini.

Ditakdirkan university kitorang dengan selamba bapak dia je mengisytiharkan cuti emergency dua minggu. Tiba-tiba. Aku ni yang memang jenis takde plan apa-apa memang tak kisah lah kan kalau ada cuti ke, takde cuti ke. Tapi aku cuma kesian la tengok member2 aku yang dah terbeli tiket untuk balik cuti easter nanti. Dah nama emergency, memang takde notis la cakap lu. Esok nak kelas, malam ni pukul 8 baru nk bagitau.



3/5 orang daripada housemate aku dah beli dah tiket balik Malaysia untuk cuti easter nanti. Dalam hujung bulan 4 camtu. Walaupun cuti masa easter tu nanti hanya 2 minggu tapi, mostly orang yang nak balik time itu ada hal-hal yang penting untuk diuruskan.Ada je kawan-kawan aku yang nak balik sebab nak bertunang, nak jumpa anak buah yang baru lahir ada, ada yang dah siap plan untuk majlis akad nikah lagi. Sayang weh, tiket tu kalau nak tukar tarikh lain mahal gila kot. Harga nak tukar itu kadang2 sampai 2000 genih pun ada, GG.

Oleh sebab ramai student yang tak puas hati, so persatuan pelajar buat mesyuarat. Diorang cuba minta cuti emergency ini cancelled, sebab takut dia affect cuti easter nanti. Nanti takdelah cuti bulan 4 itu. Tapi kitorang punya usaha nak tolak cuti itu tetap tak diterima. Ditolak mentah-mentah. At least kasi goreng dulu la. Ini gua punya muka pun lu tak mau pandang, lu sudah bikin sampah. Ayya!

Akibat frust menonggeng yang melampau aku pun terfikir ada baiknya aku bawak diri aku ke Cairo. Lama juga sebenarnya tak pergi Cairo. Bolehlah nak cari "ketenangan" kat sana. Ahaks. Ketenangan yang macam mana tu? Ahaha

  1. Adakah mencari ketenangan rohani dengan melawat masjid Al-Azhar? Tak, aku lupa nak singgah haritu. haha
  2. Adakah ketenangan itu dengan meng'usha' ustazah-ustazah Azhar? Tak kot
  3. Adakah ketenangan itu datang dari melihat keindahan pemandangan sepanjang perjalanan ke Kaherah? Oh aku pun minat juga dengan nature ni. Mungkin sedikit terkesan.
  4. Adakah ketenangan itu hadir dengan meluangkan masa berjaulah suka ria dengan kawan-kawan yang satu kepala? Haha maybe la kot. Aku dok ketawa je sepanjang trip tu.


Menjadi fitrah dalam diri manusia itu wujud sifat untuk mencari ketenangan. Kita tak suka dengan suasana yang kusut, yang tertekan, bebanan, dan perkara-perkara yang menghimpit. Adapun langkah-langkah mencari ketenangan diatas adalah inisiatif aku sendiri, yang pada pendapat aku takkan mendatangkan impak yang sangat besar pun dalam mencari ketenangan. Sebab apa aku cakap macam itu, sebab kalau kita rujuk balik Alquran, Allah swt ada berfirman yang mafhumnya:

"ketahuilah dengan mengingati Allah itu maka hati akan menjadi tenang"
(aku ingat ayat ini dari kecik lagi sebab ayat ini ada dalam buku akhlak sekolah rendah kot.haha)

Tujuan aku ke Cairo itu sebenarnya adalah sebab nak makan je. Haha. Serius. Aku memang mengidam nak buat trip ke Cairo semata-mata untuk makan. Bak kata orang mentekedarah, melantak, or yang kitorang lagi suka sebut 'ulti' singkatan kepada ultimate. Orang kata makanan kat Alex ni takdemende sangat pun. Kat Cairo itu berpuluh kali ganda tempat makan menarik yang kau boleh pergi. Jadi alang-alang dah cuti emergency itu, kitorang pun pergi bermusafir ke Cairo dengan emergency plan juga.

Cairo pun jadilah, dah tak ada duit nak gi jenjalan obersea brader.

Tempoh kitorang berada kat Cairo hanyalah selama tiga hari dua malam je. Secara amnya perjalanan kami merangkumi:

1.       Satu pakej buffet Jo Sushi
2.       Mencuci mata di Cairo International Airport
3.       Makan tengahari di restoran China
4.       Bersiar-siar di kompleks CityStar
5.       Makan malam juga di restoran China
6.       Pakej penginapan istimewa di Hostel Nostalgic ARMA
7.       Sarapan ekonomi di KSP
8.       Tiket pergi balik Train 2 kelas.
Percaya atau tidak pakej teristimewa kami ini hanya menelan kos sebanyak LE 450 sahaja.



Aku tak tahu kenapa aku duduk mengarut panjang gila ini, dan takde pekdah pun.

Jadi dipendekkan cerita, kami bertiga pun tibalah di kompleks membeli belah CityStar. Aku Paru dan Cekpi. Sedih juga bila fikir Amir Kimi dah tak ada(tak ada kat egypt) =( CityStar ini lebih kurang macam MidValley kat Malaysia cuma mungkin lebih besar. Seperti biasalah bila sampai ke pusat beli belah ini, tempat pertama yang kita kena pergi adalah mesin ATM. Mafish fulus mafish hagah. Nak menangis juga bila terkenangkan duit elaun yang masih belum masuk lagi.

Usai mengeluarkan wang kami terus berjalan ke kedai yang berdekatan. Kedai buku. Aku tak sangka yang kami bertiga akan singgah ke kedai buku. Macam lawak pun ada. Fikir aku ada bagusnya juga kami singgah ke kedai buku ini, paling kurang ada juga faedah trip ke Cairo ini. Tidaklah nampak sangat yang kami ini terlalu 'melagho'. Aku tidak keluar dengan tangan kosong. Aku beli kamus bahasa english-arab. Dah fifth year pun still beli kamus. LOL

Kami kemudian meneruskan langkah ke kedai seterusnya. Kedai ini memang kedai wajib pergi, kami dah pasang hajat untuk ke kedai ini sejak dari dalam teksi lagi. Disebabkan CityStar ini besar sangat, kami terpaksa bertanya beberapa orang untuk mengetahui lokasi kedai tersebut. Oh my God, sesampainya kami di depan kedai itu, masing-masing jadi macam orang gila. Tempat ini syurga kepada kanak-kanak kau tahu, atau untuk mana-mana remaja yang rindukan zaman kanak-kanak mereka. Macam kami.



Toys r Us.

"Kereta kontrol. Kereta kontrol." Itu je yang terlintas dalam kepala aku waktu itu. Aku tak tahu kenapa aku nak sangat beli kereta RC ini. Mungkin sebab aku rindu nak jadi kanak-kanak balik kot. Dulu ayah belikan dua buah kereta RC ini untuk aku dan kembar aku sebagai hadiah hari lahir. Sangat nostalgik. Setiap kali balik Malaysia je mesti aku akan request mak aku untuk beli. Kalaulah ibu cakap "belilah" memang dah lama aku beli kot. Tapi disebabkan taat kepada ibu dan sedikit segan, aku tak pernah pun beli lagi.

Tapi kau. Bila dah masuk Toys r Us itu, bersepah-sepah kereta RC. Berbagai-bagai jenis, macam-macam model, dan bermacam saiz. Lagi tak boleh blah bila ada model kereta-kereta sport. Lamborghini weh, siapa yang tak minat Aventador? Wow! Aku tak tahulah bila aku akan dapat drive lambo, so aku ingat ada baiknya aku angkat(beli) je kereta kontrol itu.

Fikir punya fikir, tak apalah tak payah lah nak buat kerja budak-budak ini. Aku cuba melawan kehendak hati yang melonjak-lonjak memaksa aku membeli. Ditambah dengan faktor harga yang sedikit mahal, aku rasa tidak perlulah untuk aku membelinya.

"Tapi ini Aventador." Hati aku melawan lagi.



Akhirnya kami bertiga keluar dari Toys r Us. Pada asalnya aku merancang untuk membeli sebuah kereta RC. Tapi bila dah tak jadi ini, aku carilah pula Rubik's cube. Malangnya rubik's cube dia macam cikai gila. Tengok fizikal luaran je pun dah nampak macam senang rosak, tak smooth nak kalau nak pusing-pusing. Jadi akhirnya apa yang kami beli hanyalah sekotak kad UNO.

Secara keseluruhannya hampir setiap tingkat dan hampir semua kedai kami lewati, tapi hanya beberapa sahaja barang yang dibeli. Bila masing-masing dah penat, petang itu kami pun pulang ke Hostel ARMA.

Beberapa hari selepas kami melawati Toys r Us itu, tiba-tiba datanglah ilham dalam kepala aku. Aku cuba terangkan apa yang aku faham dari cara pemikiran aku. Ianya ada hubung kait antara kereta RC, dengan diri kita sebagai manusia.

Ok macam ini. Ada sebuah kereta kontrol yang sangat lawa, sangat cantik design dia. Cuba bayangkan kereta kontrol ini adalah model kereta Aventador. Kalau tak tahu sila google sekarang. Siapa-siapa yang minat Need for Speed mungkin mereka tahu. Design dia macam gabungan Gallardo dengan Reventon. Bayangkan body dia warna silver, berkilat. Tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Lampu depan belakang yang seksi. Rim tayar tip-top. Bunyi enjin dia, MashaAllah.

Aku nak tanya korang, selaku seorang pembeli dan peminat kereta sport, perkara apakah yang paling utama sekali yang membuatkan korang tertarik dengan kereta itu?

Design. Shape. Physical features.

Aku tak pasti kalau orang lain ada pendapat yang berbeza daripada aku. Tapi lumrahnya manusia itu akan tertarik pada sesuatu yang indah luarannya. Kemudian barulah dia akan nilai sistem dalaman, kesesuaian, pandangan orang ramai dan sebagainya. Betul?

Ok. Berbalik kepada perumpamaan kereta kontrol kita tadi. Aku bahagikan kereta kontrol itu kepada 3 bahagian. Pertama komponen dan Aksesori. Kedua badan(body) dan perhiasan. Manakala yang ketiga adalah tenaga(bateri).

Jadi daripada ketiga-tiga bahagian ini, kita dapat tahu bahawa definisi sebuah kereta yang sempurna itu adalah kereta yang memiliki ketiga-tiga jenis bahagian. Sebuah kereta yang lengkap dengan enjin, tangki minyak, tayar, lampu, pintu, cermin sisi, bateri dan sebagainya. Mungkin aku boleh gelarkan ia sebagai kereta idaman.

Cuba kita fikirkan apa yang akan berlaku sekiranya ada sebuah kereta yang lengkap anggota badan dan perhiasannya, malah komponen dalaman dan aksesorinya juga lengkap. Tetapi perkara yang lebih penting, yang diperlukan oleh sebuah kereta kontrol pula tiada. Tiada bateri. Tak boleh bro. Kereta itu tak akan berjalan. Ia perlukan tenaga, ia perlukan kuasa untuk bergerak.

Ok sekarang cuba kita bayangkan sebuah kereta yang ada bateri. Anggota badan dan perhiasannya juga terbaik. Kita tengok dari luar, dah ok dah. Tetapi dia ini kurang komponen dan aksesori. Kereta ini tak ada enjin. LOL. Dia punya direction untuk ke kiri dan kanan terbalik. Dalam erti kata lainnya, cacat. Kereta itu ada bateri, tapi still tak boleh bergerak. Tak boleh bro.

Begitu juga kisahnya dengan kereta yang ada bateri, ada komponen dan aksesori yang mencukupi. Tetapi tidak lengkap anggota badan dan perhiasannya. Lampu depan tak ada. Hon pula tak function. Dalam erti kata lainnya, kurang sempurna. Tak boleh juga bro. Tapi daripada ketiga-tiga bahagian itu, badan dan perhiasan ini adalah yang paling kurang keburukannya. Paling tidak pun dia dapat berjalan dan melakukan tugas sebagai kereta dengan sebaiknya. Cuma kena tahan sikit kalau kena maki.

Kita nak cari kereta yang betul-betul sempurna ini bukannya senang. Yelah, kereta RC ini dijual dalam kotak. Kita nak minta supaya dikeluarkan, nak try dia tak bagi pula. Kalau elok pun, berapa lama masa dia akan kekal elok? Bukannya kita betul-betul tahu yang kereta kita nak beli itu betul-betul elok atau pun tidak kan?

Macam itu juga kisahnya dengan manusia. Manusia pun ada 3 bahagian juga. Ilmu, kefahaman dan praktikal. Ada manusia yang bateri(ilmu) dia lemah sangat tetapi masih berfungsi(praktikal). Ada manusia yang hanya mementingkan perhiasan dirinya(praktikal) tetapi baterinya kosong. Ada juga manusia yang bukan sahaja tiada bateri bahkan cacat pula kefahamannya.

Selalunya kalau bateri lemah, kereta akan bergerak perlahan. Jadi untuk meningkatkan balik kelajuan kereta itu kita kenalah recharge balik bateri itu. Bagi full dulu, then bila dah full lajulah kereta itu bergerak nanti. Tak semestinya yang baik pada luaran, akan baik dalamannya. Begitu juga sebaliknya, tak semestinya yang baik dalaman, akan baik luarannya.

Ok aku dah malas nak tulis sebenarnya, korang fikirlah sendiri. Bwahahaha. Sekian. ^_^