Assalamualaikum wbt.
Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah
lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,
tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka
dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam
urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.
(Surah Ali Imran : 159)
Saudara yang dihormati,
Saya dahulukan surat ini dengan kalamullah. Moga-moga apa
yang saya akan nyatakan dalam suratan ini tidak akan menyinggung mana-mana
pihak.
Saudara,
Saya bahkan seluruh warga Alexandria khususnya kami di tahun
3 telah lama meneliti, memerhati segala notifikasi yang telah saudara cetuskan.
Malah saya tahu saudara sendiri pun sedia maklum dengan ‘kepanasan’ yang lahir
daripada satu-persatu isu yang saudara cetuskan.
Kami faham dan sentiasa menerima apa-apa pesanan dan nasihat
yang saudara berikan, baik pada ‘wall’ Situasi sendiri ataupun pada wall orang-orang yang tertentu. Segala
apa yang saudara katakan itu tidak salah satu pun. Tiada apa yang kita letakkan
pada sesuatu nasihat itu melainkan hanya kebaikan.
Malah tersangat berbahagia bagi orang-orang yang melalui
perantaraannya, orang lain menerima hidayah.
Malangnya pada pemikiran saya, ada sedikit cacat dan
kekurangan pada cara pendekatan saudara. Saudara mungkin boleh lihat pada wall
saudara sendiri, betapa orang yang berkaitan/yang terkena berasa kurang senang
dengan nasihat yang diberikan. Boleh jadi inbox saudara mungkin sudah penuh
dengan lontaran balas dari orang ramai. Maaf.
Saudara,
Ada masanya mungkin sesetengah tulisan yang saudara
sampaikan itu terlalu sakit untuk hati-hati kita menerima. Hinggakan yang
melihat pun akan merasai kejengkelannya. Maaf. Bila hati manusia ditutup dengan
kebencian bagaimana ia hendak berjinak-jinak untuk menerima?
Bertadabburlah kembali dengan ayat alquran di atas. Untuk
makluman saudara, ayat ini pernah ‘mengajar’ saya untuk menegur dengan lebih
berhikmah.
Ada masanya kita tidak sedar yang kita sebenarnya sedang
menyampaikan ‘emosi’ dan
bukannya peringatan. Dan ketika itu mungkin orang
ramai akan memandang kita sebagai orang yang bertindak melulu, bertindak tanpa
berfikir, bukannya orang yang cuba menegakkan kebenaran.
Saudara adalah orang yang berilmu, dan sepatutnya orang yang
berilmu itu didekati. Tapi ada sesetengah orang yang tidak mahu menerima ilmu,
dan golongan inilah yang seharusnya kita dekati. Malangnya bagaimana kita ingin
mendekati mereka sekiranya mereka ini membenci dan menjauhkan diri daripada
kita?
Saudara,
Saya juga sedikit kesal dengan tindakan saudara yang tidak
meletakkan nama sebenar pada akaun tersebut. Kalau ianya adalah akaun bersama,
saudara sepatutnya menyatakan siapa ahli-ahlinya. Dikhuatiri ia akan menjadi
fitnah kepada golongan-golongan yang turut menjalankan aktiviti amar ma’ruf
nahi mungkar yang lain. Secara tidak langsung jalinan antara da’I dan mad’u
akan renggang.
Tidakkah saudara merasa keburukan yang lahir dari
penubuhannya lebih banyak daripada kebaikan? Dan kebencian yang lahir melebihi
“Hub” cinta yang terbina. Sekiranya saudara bersetuju dengan saya, maka adalah
lebih baik jika akaun ini ditutup dan hilanglah nama Situasi dari
sebarang enjin pencarian. Mungkin juga boleh beralih kepada alternatif lain,
seperti blog dan twitter.
Saya kagum dengan semangat saudara yang bencikan keburukan.
Bencilah kepada kekufuran bukannya kepada individu, kerana apabila hilangnya
kekufuran hilanglah kebencian kita. Tetapi jika kita benci kepada individu,
kita akan terus membencinya walaupun kekufuran sudah hilang daripadanya.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada
Allah agar kamu mendapat rahmat.”
(Surah Al Hujurat : 10)
Astaghfirullahal Azim Li walak. Assalamualaikum wbt.
**********
Lagu Bingkisan Rindu ini pula ditujukan buat Cahaya Petunjuk @ akak saya. Hari-hari sebelum kawen kaklong asyik nyanyi lagu ni je. Kak Long still kakak orang jgak tapi lain sikit lah. Dah jadi isteri orang kan. Qari dah dapat Abg Long...uhuk2. Ok, barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi kheir
5 comments:
Fini pelangi: haaa... yg tu utk ucapan kpd kak long saya je. ^_^ kak long yg lain, tggu lain hari ye.
Post a Comment