Saturday, 17 September 2011

PenCORAK

Leka
Tenang disapu angin petang
Si alpa itu puasnya jauh
Masih berdagang masa
Mencari untung perolehan minda


Aduh
Di antara dua nikmat
Senangnya diragut
Debu mencuri rezekinya
Pantas tangannya membuang sisa di mata


Dan di situ
Gerakannya mati
Terkaku, tertumpu


Ini rupanya tangan Muda?
Jauh sekali tumpahnya
Dari tangan yang memangku
Aku
tika tiada daya
di awal waktu melihat dunia


Bandingan Tua
Kerutan entah berapa
Urat hijau yang saling menampakkan
Banyak jasanya
Sayu


Itulah kudrat
Menanam peribadi hebat
Untuk aku menjadi aku
Aku yang hari ini



7 comments:

TERBAIKKKKKKKKK as always! ^^,
 
apela... asyik2 komen 'terbaik'... boring la cmni, bg la komen yg membina sikit.haha
 
haha..kaklong kena comment balik..kori, org mcm tak faham la post ni.mungkinkah kena join kelab org2 jiwang baru bisa memahami semua ini? huhu..explanation please? ke penyajak mahu pembaca mendalami sendiri erti disebalik sajak ini?
 
xplanation? cmne ek... part mne yg ta faham tu? semua ke? haha,
 
nyah, ni sumer ade kaitan ngan gelagat ayah time nak anta kaklong balik ritu rasenyer. ape2, calling2 rumah utk cerita lanjut. haha
 
Macam Charizard la pulak~
 
ABC: charizad? xkan sama la cekpi... dia anak buah A samad said, lg hebat.
 

Post a Comment