Wednesday, 18 May 2011

AmBu

Ambu Bag.

Perkataan yang amat ringkas dan mudah. Adik-adik kita yang umurnya baru mencapai 5 tahun pun sudah tahu mengejanya. Tetapi dalam jutaan rakyat Malaysia, berapa ramaikah orang yang tahu maksud perkataan itu? Tanpa menggunakan talian hayat, tanpa melakukan google search, dan tanpa pencarian Wikipedia. Siapa tahu?

Apa itu “ambu bag”?

Ok lah. Aku bagi masa 2 minit untuk siapa-siapa yang ingin google search. Sambil-sambil tu, dengarlah lagu background “Aku Merinduimu”. Maksud aku, layan lirik dia. Penuh makna tu.

^_^

Ok, masa dah tamat.

Rasanya semua orang dah tahu jawapan. Siapa yang google search image sahaja, memang akan blank. Tetapi siapa yang guna Wikipedia tengok gambar dan cari fungsi Ambu Bag ni, mesti korang dah tahu apa dia binatang ni? Haha, seriously Ambu Bag ni bukan binatang.

Ambu Bag atau nama lainnya “Bag Valve Mask” adalah alatan yang digunakan untuk membantu pesakit bernafas. Ia adalah salah satu medium, yang sama fungsinya seperti “mouth to mouth” resuscitation.

Apabila berlakunya kecemasan atau kemalangan, pesakit biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Malah dalam kebanyakan kes, ramai pesakit yang tidak dapat bernafas langsung. Pada masa yang sama jantung masih lagi berfungsi. Jadi, masa inilah kita akan gunakan Ambu Bag sebagai alat bantuan pernafasan. Ia membantu mengembangkan kembali paru-paru.

Sekiranya berlaku kemalangan dan kita berada di tempat kejadian, kebetulan pula kita baru sahaja membeli Ambu Bag. Boleh kita rasmikan pesakit pertama.Caranya mudah. Letakkan penutup (berbentuk segitiga) di mulut dan mulakan mengepam. Ratio yang aku pernah belajar, seminit 10 kali pam (kalau tak silap lah). Maknanya setiap 6 saat sekali. Tak ada hal lah.

Tapi sebenarnya penat juga. Kalau nak tunggu ambulans sampai, selalunya akan makan masa. Katakanlah, jarak hospital yang paling dekat adalah 20 kilometer. Paling cepat ambulans boleh sampai adalah 10 minit. + preparation + sarung baju + habiskan makanan + start enjin ambulans + keluar hospital + salah jalan + jalan jam (federal highway) + keliru/tersalah pesakit = total masa 25 minit.

“1,2,3,4,5, PAM!”
“1,2,3,4,5, PAM!”
1 minit = 10 pam
25 minit = 250 pam

Bayangkan kita pam seorang diri selama 25 minit. Walhal kita sepatutnya masuk kerja lagi 10 minit. Tak boleh ke nak berhenti? Jangan, nyawa pesakit adalah lebih penting dari bos kita. Teruskan mengepam lagi. Sebelah tangan pegang penutup yang dilekapkan ke mulut. Sebelah lagi pam udara. Nampak mudah, tapi sebenarnya lenguh. Cubalah try test uji practice dulu.

Haha. Konfem lenguh otot-otot abductor dan adductor tangan. Surrender lah, kalau pam manually memang susah. Itu baru pam udara.

Cuba kita gantikan udara dengan air. Bukan air yang biasa, tapi air yang pekat dan likat. Likat macam Turkish Coffee. Tentu jadinya lebih susah, sebab air lagi dense dan air lagi mampat dan air lagi berat. Kemudian terus mengepam macam biasa. Bukan 25 minit tapi 25 jam, atau 25 hari, atau 25 bulan. Atau 25 tahun. Agak-agak penat ke kita?

Sebab itulah bukan kita yang kawal jantung. Walaupun jantung juga adalah otot, tapi jantung tak terikat secara langsung pun di bawah penguasaan kita. Sampai ke hari ini, jantung tak pernah berhenti mengepam darah. TAK PERNAH. Untuk aku, hampir 20 tahun otot-otot jantung bekerja. Untuk ayah, dah 55 tahun jantung bekerja. Bukan kita yang paksa dia bekerja.

Kalaulah jantung juga diletakkan bawah kuasa kita, setiap masa kita kena jaga. Nak makan, nak minum, nak tidur, nak jalan, nak naik kereta, nak menyanyi, nak menangis, nak tengok tv, nak berlari. Sambil-sambil nak buat semua tu,kita kena contract dan relaxkan otot jantung sendiri.

Bayangkan, kita terjatuh dari Cruise dan terkapai-kapai di tengah-tengah lautan. Mahu atau tidak, kita kena gerakkan kaki dan tangan untuk terus terapung. Kalau kita berhenti, kita akan mati sebab kita yang mengawal tangan dan kaki.

Fikirkan pula kalau kita yang mengawal jantung, setiap masa kita kena pam darah. Kalau kita penat, rasa nak berhenti rehat sebentar sepuluh saat. Dalam masa sepuluh saat otak akan mula kekurangan darah. Lewat lagi beberapa minit boleh membawa kepada kerosakan otak. Tengok, itu padahnya kalau kita lalai mengepam jantung.

Alhamdulillah. Tuhan maha Penyayang. Dia tidak membiarkan kita mentadbir diri sendiri. Dia sekali pun tidak membiarkan kita terbeban. Dalam sehari kehidupan kita di dunia, Allah tolong kita dalam macam-macam perkara. Salah satunya, Dia membantu menggerakkan jantung kita bekerja.


Monday, 16 May 2011

Kosong


“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur.”

Surah An Nahl : 78

Friday, 13 May 2011

Dr Asri - Sirah Rasulullah SAW Membuang Perkauman

Sekadar perkongsian. Link dari kawan-kawan facebook yang  menarik untuk kita dengar. Sama-samalah kita kongsi, jangan tamak nak dengar sendiri. Dengarlah, bismillAllah.



btw...lg 4 jam nak periksa. Doakanlah kami semua cemerlang. Moga dengan keputusan ini, dapatlah kami menggembirakan ibu bapa. Yosh!

Thursday, 12 May 2011

1956 - 2011



Dia seorang pendidik.

Teringat lagi masa kita sekolah rendah. Takut sangat kalau kena marah dengan Ayah. Biarlah kena marah dengan ibu. Segarang-garang ibu, tak ada lah segarang ayah. Selalunya threshold kemarahan ayah memang tinggi, tapi bila sabar dah cecah limit, habislah. Tapi sekarang ayah dah kurang marah, mungkin sebab anak-anak dah besar panjang. Sifat marah ayah membuatkan terciptanya rasa hormat.

Dia seorang perancang.

Ayah selalu naik angin kalau bergerak tak ikut masa. Kalau nak tahu, ayah lah seorang perancang masa yang terbaik. Nak kata disebabkan darah askar yang mengalir, tak juga. Mungkin ayah dah terbiasa merancang masa dari dulu. Pernah satu ketika dahulu, ayah dah jadi macam driver bas.  Bijak dia merangka masa untuk menghantar kami ke pulang ke sekolah. Dari 6 orang adik-beradik, 5 orang tinggal di asrama. Carta perjalanan kami: Subang Jaya - Jasin - Sungai Besi – Setapak – Gombak. Kalau yang masuk asrama pukul 6, insyaAllah sampai.

Dia seorang pemberi hadiah.

Ingat lagi, masa kecik-kecik ayah selalu belikan kereta Hot Wheels. Itupun selepas dirayu-rayu. Satu kotak ada 5, abang kembar dapat sorang 2, adik bongsu (masa tu) dapat 1. Haha. Tapi bukan setiap permintaan dipenuhi. Itulah cara yang betul nak mendidik. Kalau dah terbiasa dapat segala benda yang kita minta, nanti susah nak terima kalau tak dapat sesuatu. Hadiah bukanlah sesuatu yang mempunyai bentuk semata-mata. Kalau kasih sayang, itu cukuplah hadiah yang paling bermakna.

Dia seorang yang tekun.

Dulu ayah seorang askar TUDM. Selepas berhenti, dia mula mencari mata rezeki yang baru. Setelah puas mencari, akhirnya ayah diterima untuk bekerja di sebuah syarikat sebagai pengawal keselamatan. Dulu ayah pakai topi, dan bawa belantan. Dari tingkat paling bawah, ayah naik setangga dan setangga seterusnya ke anak tangga lebih tinggi.Alhamdulillah, rasanya hampir 20 tahun (mungkin lebih) ayah bekerja. Kini ayah kemas berkemeja, adakalanya bersarung kot. Dah jadi Penolong Pengurus sekarang, ala-ala Dato pun ada.

Dia seorang yang berjiwa ayah.

Siapa kata orang yang sibuk bekerja tidak ada banyak masa? Sibuk-sibuk ayah pun, kalau ada  masa cuti ayah akan manfaatkan dengan berziarah. Selalunya ayah bawa kita pergi rumah Cik Midah. Adik kesayangan ayah. Walaupun nampak macam nak ziarah adik ayah, tapi sebenarnya keluar jalan-jalan ini pun turut menguatkan jalinan antara anak-beranak. Jalan-jalan, makan-makan, rehat-rehat. Bergerak sekali, makan sekali, tidur ramai-ramai. Itulah kerjanya bila ayah ada masa lapang.

Dia seorang kawan.

Dulu lain sekarang lain. Dulu kami kecil sekarang dah besar gajah. Dulu ayah layan kami macam anak kecil, suap itu dan suap ini. Sekarang dah besar, ayah layan kami macam kawan. Sentiasa bagi nasihat, bagi pandangan. Sekarang, bila kita berdiri untuk solat, sebelah menyebelah je. Tinggi pun hampir sama. Ayah teman memancing, dan teman jogging. Kami pula nak rasa zaman muda macam ayah pernah rasa dulu. Ayah pula boleh kongsi zaman muda kami.

Ayah. Selamat Hari Lahir yang ke 55!

Friday, 6 May 2011

Mencari Yang Maha Satu

Ma3aleesh.

Tiada cerita, cuma ada video. Mari, mari dengar sampai habis. Serius, macam best! Jangan lupa, tutup dulu box lagu kat "side". Pasang mata hati je, sebab video ni tak banyak motion, tak ada aksi. Tapi, mesej dia "kena". Ingat, baca sampai habis!

Mencari yang Maha Satu
In Team - Cat Farish



Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu

Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati



(Ku cari yang Maha Satu itu yang ku tuju)



Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi



Seandainya ada yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri memerlukan
Petunjuk dariMU oh Ilahi 



(Kau yang Maha Satu)



Diriku kini masih tercari-cari 
Jawapan di setiap persoalan ini
Ku akui kesalahan buat segalanya
Gelap jadinya ku trima seadanya



(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah belenggu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU



Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri memerlukan
Petunjuk dariMU oh Ilahi 



(Kau Yang Maha Satu)



Agar tidak tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu



Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini



U.N.I.C.C.A.T



(rap)



Tak semua lahir sempurna 
Tak semua lurus jalannya
Bermulalah cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa 
wujud aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari Maha Esa
Aku akui ada langkah serongku taklah hasratku setajam itu
Yang amat kurisau lidah hujan di banjiri
Fitnah melilau-lilau
Oh Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu
Doa-doa dipohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa laluku ke sana
Dewasakan pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

Best kan? Rugi siapa yang dah close tab. Haha. Pujian hanya untuk Allah.

"Untuk meneguk air, kita perlukan cawan. Untuk menuang air pula, cawan hendaklah terbuka. Jika dibiarkan cawan terbalik, tumpahlah air sia-sia. Hilang dahaga, hilanglah usaha mendapatkannya (air). Bersyukurlah atas dahaga yang seterusnya."
(begitu juga kisahnya Hidayah)