Monday, 13 May 2013
Wednesday, 17 April 2013
Dia yang tenat
Sangatlah benar katanya perihal iman manusia akhir zaman ini ibaratnya
senipis kulit bawang. Apabila ditimbang iman Abu Bakar ra dengan iman seluruh
manusia selepasnya sampai ke hari kiamat, maka berat lagi iman saidina Abu
Bakar.
Mereka yang hidup di zaman manisnya perjuangan nabi tahu apakah yang
dimaksudkan dengan tingginya iman, kemanisannya, benarnya janji Allah, betulnya
apa yang nabi bawa.
Sebaliknya kita yang hidup di zaman ini, tahu sedar betapa nipisnya iman
kita. Betapa jauhnya agama dari kehidupan kita. Betapa kecilnya watak iman
dalam memanipulasi diri, betapa besarnya nafsu, akal.
Ada seorang hamba yang dahulunya pernah berdiri. Diceritakan suatu hari
dia terjatuh, tapi untung kawannya menghulurkan tangan membantunya naik. Luka
yang biasa.
Di kemudian harinya dia terjatuh lagi. Tapi kali ini luka, bukan
calar-calar biasa. Dia tahu akan ada masanya dia akan kembali berdiri, seperti
dulu-dulu. Malangnya bukan kali ini.
Dalam keadaan luka itu, dia hanya mampu mencermin sifat dirinya.
Badannya kurang sihat, dia tidak berupaya bangun tanpa bantuan kawannya, apatah
lagi untuk bangun dengan sendiri. Kesian, dalam keadaan luka itu dia terjatuh
lagi.
Dia sakit, dia tahu dia tidak
elok. Dia sakit tenat. Tapi hati degilnya cukup kuat. Dia keluar lagi untuk bertempur
hari ini walaupun dengan keadaan yang begitu. Dan dia jatuh lagi hari ini.
Sukar, ia cedera yang sukar di rawat.
Orang kata hidup ini ada turun
naiknya. Dia menunggu saat itu bila akan tibanya, sambil berdoa. Dia tidak
naik, malah terus jatuh, jatuh dan jatuh. Bilakah? Inikah yang dikatakan
selemah-lemah iman? Dia bertanya dirinya.
Dalam keadaan yang tidak semua
manusia tahu, dia sentiasa berharap agar air mata kekesalan atas dosa-dosa dan
perasaan untuk kembali berdiri akan menjadi saksi baginya.Bila ditanya nanti,
pernahkah kau mencuba untuk bangun? Harap-harap
cukuplah ia sebagai jawapan.
Dirinya yang tenat, sentiasa
menangis. Dia sedar siapa dia sekarang. Amat jauh dari siapa yang dia harapkan
untuk menjadi. Tapi dia akan sentiasa mencuba dan berdoa,
Ya Allah, bantulah aku mengenalMu.
Hanya dengan mengenalMu hati ini akan taat.
*aku tidak menulis ini melainkan hanya mengharapkan kebaikan untuk diriku dan orang lain.
Sunday, 31 March 2013
He Thumb Putih
AMARAN: INI ADALAH TULISAN AKU
YANG SEMAKIN KETANDUSAN ILHAM. SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR ALLAH MEMBERI KITA
TAUFIQ DAN HIDAYAH. AYUH, DOA SEKARANG!
Manusia itu pada asalnya lahir
tanpa dosa, tanpa pahala. Tak ada satu pun manusia yang dilahirkan dengan dosa.
Pernah ke tengok muka baby macam penjenayah? Tak ada, tak pernah! Sebab itu
orang cakap budak-budak kecil yang baru lahir ini bagaikan kain putih.
Terpulang bagaimana mereka dicorakkan. Fitrahnya yang putih itu suci, bersih
dan baik.
Cuba kita balah sikit dengan isu
ini. Kalau fikir logik, kita tak tahu pun warna apa yang paling utama. Kan?
Boleh jadi bukannya putih tetapi hitamlah warna yang utama. Bagaimana pula jika
putih itu adalah hasil corakan ke atas kain yang berwarna hitam? Salahkah
menjadi kain selain warna putih? Tidak bolehkah kain itu berwarna hitam
walaupun ia bersih? Kesian yang hitam. Senang cerita apa-apa saja yang bersih
itu dikira baik.
Ok, tak kisahlah kita ini kain
hitam ke, kain putih. Tapi yang penting, apa yang ada pada kita hari ini adalah
hasil daripada apa yang kita kerjakan. Jahatnya kita kerana dosa-dosa yang kita
kerjakan, manakala baik pula cerminan untuk pelaku amal-amal soleh.
Memang. Memang bukan kerja kita
untuk menentukan syurga dan neraka. Tapi tak salah untuk kita menilai siapa
yang baik dan siapa yang buruk amalannya. Pastikan penilaian kita ini
berdasarkan rujukan yang empat. Kalau kita duduk membuta, yang jahat pun kita
samakan dengan yang baik, tak ada orang yang akan tampil untuk memberi
peringatan. Ialah bagaimana kita nak tahu orang lain buat jahat, buat baik,
kalau kita tak menilai.
Kita bebas untuk berbuat baik,
bebas juga untuk memilih yang buruk. Semuanya terletak pada pilihan kita. Biar selautan
pun ilmu agama kita, kalau ilmu hanya di kepala tak ada guna juga. Apa yang
mendorong kita ketika membuat pilihan yang adalah sejauh mana keimanan kita
kepada Allah. Bila kita berjaya membuat pilihan, maka beruntunglah kita. Orang
yang gagal meletakkan Allah semasa membuat pilihan bermungkinan untuk membuat dosa. Dosa kan
lazat. Lazat di dunia.
Untuk pelaku dosa macam kita,
jangan sesekali kita merasakan sudah lewat untuk berubah. Allah kan maha pengampun!
Ingat, pilihan kita hari ini akan mencorak bagaimana diri kita esok. Esok dalam erti
kata bermula selepas kita membuat pilihan. Bukan subuh pagi esok. Pilih
elok-elok tau, jangan main tembak je.
Friday, 15 March 2013
Hello!
Assalamualaikum wbt. Takde tazkirah dah. Otak dah berhenti. Cuma nk kirimkan lagu kat peminat nasyid. Lagu ni dah lama, tapi sentiasa sedap.
5 bulan sebelum pulang ke Malaysia. <3 span="">3>
5 hari sebelum last paper.
5 jam sebelum exam.
Doakan kitorang nk peksa! Mmm...tolong "kejutkan aku dari tidur yang berpanjangan". xD
5 bulan sebelum pulang ke Malaysia. <3 span="">3>
5 hari sebelum last paper.
5 jam sebelum exam.
Doakan kitorang nk peksa! Mmm...tolong "kejutkan aku dari tidur yang berpanjangan". xD
Friday, 14 September 2012
Lidah; Si Pendiskriminasi
Assalamualaikum wbt
Dan mereka berkata, “Ya tuhan kami, sesungguhnya kami telah
menaati para pemimpin dan pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari
jalan (yang benar).
Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat
dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.”
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu seperti orang-orang yang
menyakiti Musa, maka Allah bersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka
lontarkan. Dan dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar,
Niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni
dosa-dosamu. Dan barangsiapa menaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia
menang dengan kemenangan yang agung.
(Surah Al-Ahzab : 67-71)
BarakAllahulakum Wabarakah 3alaikum Wajama3a Bainakum Fi
Kheir.
Pertamanya aku ingin memohon maaf kepada kawan-kawan,
abang-abang dan kakak-kakak senior SMAPL, RMC & Alex yang baru saja bergelar
pengantin baru + yang bakal juga. (Wan Zul & Adhiyah, Saddam, Afiq fahimy,
Farhan, Anas, Sarah suraya, hamizan , Seha ,etc). Barakallahulakum! Aku
berhajat nak pergi tapi tak berpeluang sebab aku kena hadir majlis yang lebih
utama.
Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak aku,
Nur Hidayah dengan suaminya Wan Muhamad Izham. Kini barulah ada masa untuk kami
sekeluarga bernafas macam biasa. Sebelum ini ibu dan ayahlah orang yang paling
sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. Aku dan adik-beradik yang lain cuma
menyumbangkan tenaga sahaja. Bahagian pengurusan ini kami biarkan bos yang
buat.
Sudah menjadi adat resam orang melayu, menjadikan pernikahan
itu bukan hanya sekadar menuturkan lafaz akad nikah tetapi harus disusuli
dengan majlis keraian. Oleh itu kami yang juga bergenetik melayu 80% + 20%
(mamak dan minang) turut meraikan pernikahan kakak sulung/cun/kesayangan kami ini
dengan beberapa majlis yang lain. Ada majlis doa selamat, ada pernikahan,
majlis keraian, dan ada majlis kesyukuran.
Aku yang tidak banyak menolong pun turut berasa letih. Penat
kot berkenduri. Penat berdiri, berjalan, bercakap, bersalaman, dan penat makan. Ada 4 majlis yang berlangsung
pada hari yang berbeza:
31/8/2012- Tahlil,
doa selamat & Akad Nikah (Perempuan)
1/9/2012- Keraian
& Kesyukuran (Perempuan)
7/9/2012- Keraian
& Kesyukuran (Lelaki)
8/9/2012- Keraian
& Kesyukuran (Lelaki)
Walimatul ‘urus, menghubungkan jalinan yang tiada,
mengeratkan yang ada.
Bila ada kenduri macam inilah baru kami berpeluang nak
berjumpa sanak saudara. Bukan senang nak mengumpulkan semua saudara sebelah
ayah dan ibu dalam satu majlis. Kalau rumah terbuka hari raya pun belum tentu
kita dapat berjumpa semua pakcik makcik kita. Kadang-kadang bila kita sampai,
orang lain belum sampai lagi. Bila orang lain sampai, kita pula sudah balik.
Tak sempat berjumpa pun.
Tapi bila ada kenduri macam ini, berbondong-bondong orang datang
ke rumah kita. Adalah peluang nak berjumpa dengan semua orang. Paling kurang
pun, sebelum makan tentu mereka akan bersalaman dengan tuan rumah. Kalau yang extra
rajin itu, mereka akan bersalaman dengan anak tuan rumah sekali. Banyak kot
pahala bersalam-salaman.
Pada hari itu, semua adik-beradik sebelah ibu dan ayah ada.
Kaum tua terdiri daripada; Tok Wan, Tok Su, Tok Ngah, Nenek Esah, Nenek Sham. Kaum
muda; Sepupu belah sana, sepupu belah sini. Budak-budak kecil, abang-abang dan
kakak-kakak saudara. Seronoknya bila dapat berjumpa macam ini. Paling seronok sekali
bila dapat berjumpa dengan jiran-jiran lama rumah kami yang dulu. Aku dah
bertahun-tahun tak jumpa mereka.
Mana tidaknya, aku tinggal di asrama. Mereka pun
kadang-kadang sahaja balik. Bila ada cuti, masing-masing duduk rumah. Adoi, tak
boleh tahan! Dulu masa kecil main bersama-sama. Sekarang ini bila semakin meningkat
dewasa, macam-macam dah berubah. Anak-anak
bujang dah jadi hero-hero yang macho, anak-anak dara pun bukan lagi manja-manja
hingusan.
Malam kenduri di rumah pengantin lelaki, 7/9/2012 – Bukit
Saga, Shah Alam. Ceritanya bermula di sini.
Malam itu ibu dan ayah aku diberikan tempat duduk khas untuk
makan bersama mempelai di meja makan beradab. Kakak sulung (pengantin) duduk di
meja pengantin, manakala kakak yang kedua pula masih belum pulang dari kolej
(PMC). Masa itu akulah abang yang paling tua dan hanya aku seorang saja yang
tinggal untuk dipertanggungjawabkan melayan lagi dua orang adik yang lebih
muda. Bahtiar; adik kembarku dan Nur Fauzul Azim; adik bongsu.
Makan; Perintah Allah yang kita taat sampai bila-bila.
Menu utama pada malam itu ialah nasi bersama ayam masak
kurma. Wah, sedap gila kot! (Tolong cubit qari. Ibu kan tak bagi cakap gila.)
Selain itu terdapat juga di dalam pinggan kami; kuah dhal, sayur entah apa nama
masakannya, dan sambal belacan. Juga di dalam pinggan yang lain; buah tembikai
dan sedikit kuih. Ada kuih Kelantan itu nama dia Akok. Tahu? Ada pula makanan
sampingan lain yang memenuhi meja; satay, kueh tiaw, cendol, dan coklat.
Aku sengaja ambil awal-awal segala jenis makanan yang ada
pada malam itu, baik pembuka selera ataupun pencuci mulut. Kadang-kadang rasa
tensi juga bila kita tengah makan-makan, tengah melahap mentekedarah, ada pula yang
nak benda lain, nak buah lah, satay lah. Nak kena bangun lagi 2, 3 kali. Macam
ini kan lebih senang. Adik-adik aku tak perlu lagi nak meminta-minta, semuanya dah
ada di atas meja. Tunggu masa saja nak dihabiskan.
Sangatlah kenyang kami pada malam itu, hinggakan satay yang
masih berbaki di atas meja pun, aku paksa Bahtiar habiskan. Walaupun dia cakap
dia dah kenyang, dah tak mampu makan, aku masih paksa dia. Aku tahu kemampuan
dia. Dia ini diibaratkan macam ‘mesin pra-tong sampah’. Sebelum makanan mencecahkan
kaki ke dalam tong sampah, lebih baik
aku humbankan saja dalam perut Bahtiar.
(Kuluu: Fi’il Amar bagi kalimah ‘kul’ yang bermaksud
‘makanlah’ yang ditujukan kepada dhomir antum)
Aku yang ketika itu sedang cuba merenggangkan otot-otot
anterior abdominal wall tiba-tiba ditegur ibu dari meja makan pengantin, “Qari
nak ni?”. Em, aku dengan makanan yang masih tersangkut di celah kerongkong cuba
mencari ruang untuk diisi lagi. “Tak mengapa bagi orang muda makan berlebihan kerana
mereka banyak menggunakan tenaga.” Aku beralasan lagi.
“Nasi dah, ayam dah, satay dah, cendol dah, coklat dah.”.
Tak sempurna pula kalau tak merasa udang goreng berempah. Pergh! Aku yang malas
nak berfikir kali kedua, terus mengambilnya dari meja pengantin dan
meletakkanya di atas meja makan kami. Semasa makan udang inilah baru aku terfikir
tentang satu nikmat yang sejak lahir aku
pandang sebelah mata ~jer. Walhal dialah penyebab aku berbahagia dengan
makanan-makanan ini. Lidah!
Biar tidak bergigi asalkan kita berlidah.
Secara amnya lidah adalah salah satu organ yang termasuk di
bawah sistem penghadaman dan juga sistem saraf. Lidah membantu kita menolak
makanan semasa menelan, malah yang lebih utama dia membolehkan kita merasa rasa
yang ada pada makanan. Amat tidak patut jika ada orang yang menolak kenyataan
bahawa lidah itu adalah nikmat. Jika dibandingkan lidah dengan gigi, lidah itu lebih
besar fungsinya.
Kenapa orang tua sinonim dengan fizikalnya yang tidak
bergigi?
Orang-orang tua adalah golongan yang sepatutnya lebih teliti
menjaga pemakanan. Pada masa tua inilah datangnya penyakit darah tinggi,
kencing manis, sakit jantung, gout dan macam-macam lagi. Tapi mereka ini degil.
Makan sentiasa nak, kesihatan tak mahu jaga. Dikhuatiri jika mereka dibiarkan,
penyakit-penyakit ini pula yang menjadi penyebab kematian mereka, bukannya
usia. Jadi perlu ada sesuatu yang dapat mencegah mereka makan sesuka hati.
Mematikan deria rasa. Kenapa tidak di-degenerate-kan saja
taste bud? Tak boleh! Orang tua adalah orang yang paling lama makan garam, paling
banyak pengalaman. Memori yang mereka simpan lebih banyak daripada kita
termasuklah memori rasa. Walaupun deria rasa sudah ditarik, tetapi mereka mungkin
akan terus makan kerana sudah terbiasa (habit) dan mereka masih tahu dan
ingat tentang rasa yang ada pada makanan tersebut.
Gigi. Setahu aku, tiada reseptor rasa pada struktur gigi. Tugas
gigi cuma memotong, mencengkam, mengoyak, dan menghancurkan makanan. Kalau tak
ada gigi, apa yang nak dikunyah? Sebab Allah masih lagi nak bagi manusia rasa
nikmat makanan, dicabutNya gigi. Kalau tak, manusia tak berhenti-henti nak
makan. Tua-tua pun mengidam lagi. Ini andaian aku sahaja. Allah lebih tahu. Zaman
sekarang ini ada pula pembekal gigi palsu dengan pelekat dia sekali. Matilah
orang tua dek tak jaga makan.
Lidah; Antara ada dan tiada, mengapa perlu ada?
Dari segi histology (kajian tentang tisu & sel), lidah
merupakan tempat yang paling banyak reseptor rasa. Reseptor ini boleh mengesan
4 jenis rasa yang ada. Manis, masin, masam, dan pahit. Kewujudan reseptor rasa
inilah yang membolehkan kita merasa rasa setiap makanan.
Cuba bayangkan kalau taste bud kita rosak, atau kita sememangnya
dilahirkan tanpanya. Adakah kita akan mati? Adakah kita akan sakit? Tidak! Kita
masih boleh hidup seperti biasa kerana kita mendapat nutrisi-nutrisi yang
secukupnya dari makanan. Tetapi bekalan nutrisi sahaja tidak mampu untuk
menjamin kita terus hidup.
Lidah diperlukan untuk mengenalpasti makanan mana yang
selamat makanan mana yang tidak. Masin atau tawar itu soal kedua. Tanpa merasa,
kadang-kadang kita tahu makanan itu berbahaya ataupun tidak, hanya setelah ia
habis dimakan. Bila dah sakit perut, cirit-birit, baru tahu semalam kita
terminum air sabun bukannya air oren. Tidak, kita tidak boleh hidup tanpa deria
rasa!
Apabila 1 daripada ∞
nikmat Allah hilang, manusia menjadi rugi.
Lemahnya kita! Kita perlu bergantung kepada Allah 100%. Cuba
bayangkan sebuah dunia yang tiada deria merasa. Roti potong kosong dan ayam
masak merah rasanya sama. Air oren Sunkist dengan vanilla milkshake pula akan
jadi sama harga. Kinder Bueno tidak akan diimport ke Malaysia kerana kita sudah
ada roka Apolo.
Manusia akan menjadi tidak tahu bagaimana hendak membezakan air
kelapa muda dengan air tebu. Tidak wujud rasa pahit, masam, manis dan masin.
Tidak perlu ada sesedap rasa dalam masakan. Kita tidak perlu masakan kari,
kurma ataupun sup. Cukuplah dengan merebus ayam dalam air kosong dan terus
makan.
Oleh sebab itu Allah biarkan manusia merasa setiap rasa yang
ada di dunia ini. Allah bagi itu dan ini. Ada yang kena dengan citarasa, ada
yang langsung kita tidak suka. Pada hari ini kita boleh lihat bagaimana manusia
itu terlalu suka dengan nikmat deria rasa ini hinggakan mereka sanggup merentas
lautan semata-mata untuk memuaskan nafsu makan.
Dengan nikmat yang mereka suka pun, manusia boleh kufur.
Inikan pula nikmat yang mereka lupa.
Lidah; Wujudnya membezakan rasa.
Sebelum mengakhiri entry pada kali ini, aku ingin membawakan
satu persoalan yang ada hubungkaitnya dengan lidah. Alangkah indahnya kalau
kalian dapat sama-sama berfikir dan berkongsi idea tentang satu lagi ‘benda’
yang tugasnya mirip seperti lidah bahkan lebih besar.
‘Benda’ ini menerima pelbagai jenis input, termasuklah input
rasa dan ia perlu membezakannya. Ia menerima apa yang didengar, dibaca dan
dilihat. Kemudian ia cuba memahami, menilai dan mentafsirkan input-input ini
kepada beberapa pecahan. Ada pujian, tohmahan, kebenaran, dusta, fitnah, teladan,
tauladan, gembira, duka, suka, benci, baik dan buruk. Ia bukannya organ dan ia
tidak bertempat. Ia adalah AKAL.
Akal; ……….?
Silakan berkongsi idea. Jangan malu dan jangan segan.
Mungkin ada pakar psikologi yang ingin membantu, ataupun ada ustaz yang boleh
terangkan perihal akal dari sudut agama. Minta maaf di atas entry yang panjang.
Pesanan umum daripada penaja kepada semua.
Jangan hanya buka mata pada laluan yang terang, kerana duri
itu lebih berbahaya pada laluan yang gelap.
Sama ada ia telah hilang fungsi, ataupun rosak itu dua sifat
yang berbeza. Akal yang rosak masih boleh diperbaiki. Namun yang telah hilang
fungsinya, sudah terlepas dari tanggungjawab seorang mukallaf. Selamat
berfikir.
*2 gambar yang teratas sahaja benar, yang lain hanya hiasan. Tolong doakan kejayaan aku.
*2 gambar yang teratas sahaja benar, yang lain hanya hiasan. Tolong doakan kejayaan aku.
Siapa yang baca ayat alquran awal-awal tu, insyaAllah dapat
pahala. Akhir kalam, assalamualaikum wbt.
Monday, 3 September 2012
Surat Kepada Dia
Assalamualaikum wbt.
Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah
lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,
tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka
dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam
urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.
(Surah Ali Imran : 159)
Saudara yang dihormati,
Saya dahulukan surat ini dengan kalamullah. Moga-moga apa
yang saya akan nyatakan dalam suratan ini tidak akan menyinggung mana-mana
pihak.
Saudara,
Saya bahkan seluruh warga Alexandria khususnya kami di tahun
3 telah lama meneliti, memerhati segala notifikasi yang telah saudara cetuskan.
Malah saya tahu saudara sendiri pun sedia maklum dengan ‘kepanasan’ yang lahir
daripada satu-persatu isu yang saudara cetuskan.
Kami faham dan sentiasa menerima apa-apa pesanan dan nasihat
yang saudara berikan, baik pada ‘wall’ Situasi sendiri ataupun pada wall orang-orang yang tertentu. Segala
apa yang saudara katakan itu tidak salah satu pun. Tiada apa yang kita letakkan
pada sesuatu nasihat itu melainkan hanya kebaikan.
Malah tersangat berbahagia bagi orang-orang yang melalui
perantaraannya, orang lain menerima hidayah.
Malangnya pada pemikiran saya, ada sedikit cacat dan
kekurangan pada cara pendekatan saudara. Saudara mungkin boleh lihat pada wall
saudara sendiri, betapa orang yang berkaitan/yang terkena berasa kurang senang
dengan nasihat yang diberikan. Boleh jadi inbox saudara mungkin sudah penuh
dengan lontaran balas dari orang ramai. Maaf.
Saudara,
Ada masanya mungkin sesetengah tulisan yang saudara
sampaikan itu terlalu sakit untuk hati-hati kita menerima. Hinggakan yang
melihat pun akan merasai kejengkelannya. Maaf. Bila hati manusia ditutup dengan
kebencian bagaimana ia hendak berjinak-jinak untuk menerima?
Bertadabburlah kembali dengan ayat alquran di atas. Untuk
makluman saudara, ayat ini pernah ‘mengajar’ saya untuk menegur dengan lebih
berhikmah.
Ada masanya kita tidak sedar yang kita sebenarnya sedang
menyampaikan ‘emosi’ dan
bukannya peringatan. Dan ketika itu mungkin orang
ramai akan memandang kita sebagai orang yang bertindak melulu, bertindak tanpa
berfikir, bukannya orang yang cuba menegakkan kebenaran.
Saudara adalah orang yang berilmu, dan sepatutnya orang yang
berilmu itu didekati. Tapi ada sesetengah orang yang tidak mahu menerima ilmu,
dan golongan inilah yang seharusnya kita dekati. Malangnya bagaimana kita ingin
mendekati mereka sekiranya mereka ini membenci dan menjauhkan diri daripada
kita?
Saudara,
Saya juga sedikit kesal dengan tindakan saudara yang tidak
meletakkan nama sebenar pada akaun tersebut. Kalau ianya adalah akaun bersama,
saudara sepatutnya menyatakan siapa ahli-ahlinya. Dikhuatiri ia akan menjadi
fitnah kepada golongan-golongan yang turut menjalankan aktiviti amar ma’ruf
nahi mungkar yang lain. Secara tidak langsung jalinan antara da’I dan mad’u
akan renggang.
Tidakkah saudara merasa keburukan yang lahir dari
penubuhannya lebih banyak daripada kebaikan? Dan kebencian yang lahir melebihi
“Hub” cinta yang terbina. Sekiranya saudara bersetuju dengan saya, maka adalah
lebih baik jika akaun ini ditutup dan hilanglah nama Situasi dari
sebarang enjin pencarian. Mungkin juga boleh beralih kepada alternatif lain,
seperti blog dan twitter.
Saya kagum dengan semangat saudara yang bencikan keburukan.
Bencilah kepada kekufuran bukannya kepada individu, kerana apabila hilangnya
kekufuran hilanglah kebencian kita. Tetapi jika kita benci kepada individu,
kita akan terus membencinya walaupun kekufuran sudah hilang daripadanya.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada
Allah agar kamu mendapat rahmat.”
(Surah Al Hujurat : 10)
Astaghfirullahal Azim Li walak. Assalamualaikum wbt.
**********
Lagu Bingkisan Rindu ini pula ditujukan buat Cahaya Petunjuk @ akak saya. Hari-hari sebelum kawen kaklong asyik nyanyi lagu ni je. Kak Long still kakak orang jgak tapi lain sikit lah. Dah jadi isteri orang kan. Qari dah dapat Abg Long...uhuk2. Ok, barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi kheir
Subscribe to:
Posts (Atom)





