Saturday, 13 July 2013

Daa 3ee


Friday, 12 July 2013

Umpama Air

Salam wbt. Ramadhan kareem. >_<

Hari ini aku cuma ingin berkongsi sepotong ayat Quran yang aku 'ter'baca 7 hari yang lepas. Walaupun pada asalnya ayat itu nampak macam sangat common, macam dah selalu kita baca, macam dah selalu dengar. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, ayat Allah yang nampak macam simple inilah sebenarnya ada maksud yang sangat dalam untuk orang yang betul-betul berfikir.

Aku masih belum search lagi maksud sebenar ayat ini, nak buka Fi Zilal Quran macam payah(malas). So, basically aku cuba telan mentah-mentah ayat ini. Buat pengajaran untuk diri aku sendiri.

Dalam ayat ini Allah bagi satu perumpamaan. Banyak perumpamaan yang Allah bagi untuk kita fikir, dan kali ini (yunus:24) Allah umpamakan hidup kita di dunia bagaikan air yang Allah turunkannya dari langit.

Maka dengan air itu tumbuhlah pula pelbagai tanaman yang menjadi sumber makanan kepada manusia dan binatang. Disamping menjadi sumber makanan, ia juga menjadi perhiasanan dunia dan mengindahkannya.

Kemudian setelah bumi itu dipenuhi dengan tanaman manusia menyangka bahawa mereka berkuasa untuk mengambil hasil-hasil dari tanaman itu. Lalu Allah memerintahkan turunnya bencana yang menjadikan tanaman itu hancur bagaikan tanaman itu tidak pernah wujud pun sebelum itu.

Cuba kita lihat diri kita sekarang ini. Masuk tahun ini dah 10 tahun bekerja. Berbekalkan kudrat empat kerat inilah hari ini Kita mampu memiliki sebuah rumah yang besar, sebuah kereta mewah, wang simpanan yang mampu menyara keluarga kita sampai kita mati. Sampaikan telah wujud dalam diri kita, "harta ini adalah hasil usahaku, kepunyaanku." Segalanya jadi senang dengan adanya wang. Apa-apa yang kita mahu, semuanya kita boleh capai.

Terasa indah bukan nikmat yang didatangkan?

Namun apabila ditimpa musibah. Bilamana kita diisytiharkan muflis atau terjadinya rompakan ke atas harta kita, kita jadi tak boleh menerima. So, kita salahkan tuhan.

Kita lupa yang pada awalnya Allah lah yang beri kita jawatan dalam pejabat. Allah lah yang buka hati bos untuk terima kita bekerja dengannya 10 tahun yang lalu. Kita tak ingat langsung pasal itu. Kita lupa bahawa segalanya yang kita miliki hari ini datang dari Allah. Kita rasa seolah-olah kitalah penyebab kehidupan kita jadi senang hari ini.

Ingat, segala-galanya datang daripada Allah! Kurniaan Allah yang hakiki. Kita tidak punyai apa-apa, tangan kita kosong, poket kita kosong. Kita memang berusaha, tapi rezeki itu dari Allah.

Tumbuhan-tumbuhan yang kita makan hari ini pun suburnya kerana air yang setiap hari turun dari langit. Dari mana datangnya air itu?


Monday, 8 July 2013

Subuh 8/7/2013

Thursday, 4 July 2013

Dr Morsi

Wednesday, 3 July 2013

30713

Inna lillah wa inna ilaihi raju3un.

3 Julai 2013 - Tarikh yang amat penting bukan saja untuk masyarakat Mesir, bahkan seluruh umat islam. Terciptalah satu peristiwa hitam yang akan terus kekal dalam sejarah. 30 Jun yang lalu baru saja genap 1 tahun pemerintahannya, namun hanya beberepa jam yang lalu pemerintahan Dr Mursi telah berakhir (bagi Tamarrud) apabila kuasanya dirampas oleh pihak tentera. Bagi golongan pro Mursi, dan mereka yang benar-benar memegang prinsip demokrasi, Dr Mursi adalah Presiden yang masih sah.

Aku tak faham dengan orang mesir. Beruntunglah korang sepatutnya sebab ada pemimpin yang hafal quran. Dulu time first time aku dengar je dia hafal quran terus aku rasa macam "waaa". Susah kita nak cari pemimpin yang macam tu sekarang. Pemimpin kot, kita ni quran satu juzuk pun susah nak hafal. Dia merupakan seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh nak bawa islam. Bila dia dilantik hari tu, kita semua harap yang ianya akan menjadi titik mula kepada pembinaan semula khalifah.

*@#$% geram betul aku ngan ejipsyen ni. Ikut suka2 ko je nak buat demonstrasi. Asal tak suka je nak demo. Ko ingat senang nak ubah satu negara yang dah lama rosak? Ko harap semua perubahan itu boleh dibuat dalam jangka masa setahun? kepala hottt.. Masalah sebenar dalam negara korang ni bukan minyak ke, letrik ke. Masalahnya korang punya sikap tu haa yang nak kena ubah.

Papehal, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Bersama-sama kita doakan agar kita semua diberi kefahaman dalam memahami sesuatu perkara, diberikan jalan keluar kepada segala masalah, dan di hindarkan dari segala yang buruk.

Selamat malam Ikhwan

Thursday, 20 June 2013

Domino

Dalam jangka masa 10 tahun yang lepas, kerajaan membuka banyak biasiswa dalam bidang perubatan, semata-mata untuk meningkatkan bilangan doktor yang ketika itu sangat jauh dari kadar yang sepatutnya kita ada.

Usaha meningkatkan bilangan doktor dalam negara adalah penting bagi memastikan nisbah doktor:pesakit berada di aras yang optimum. Semakin ramai pesakit, semakin ramai doktor yang diperlukan.

Banyak faktor yang menjurus kepada peningkatan bilangan pesakit, antaranya adalah peningkatan kualiti dalam penyelidikan dan pendaftaran rekod kesihatan yang semakin baik. Faktor lain adalah seperti faktor alam sekeliling yang membahayakan kesihatan, contohnya suasana rumah yang dipenuhi lalat.

Kenapa lalat banyak? Bagaimana lalat-lalat ini boleh buat gathering dalam rumah kita? Lalat suka akan benda-benda yang berbau busuk. Jadi mungkin ada sumber bau yang tidak enak bagi kita, tapi enak bagi lalat, wujud di dalam rumah. Bau sampah, bau tandas yang tidak dipam.

Kenapa tak dipamkan tandas tu, kenapa simpan sampah lama-lama dalam rumah? Sebab mereka tak tahu, kenapa mereka tak tahu? Sebab kita tak ajar. Eh, kurang ajar!

Hati akan gelap bila selalu melakukan dosa. Kita melakukan dosa kerana kita tidak percaya. Kita tidak percaya kerana kita tidak mengetahui. Mengapa kita tidak mengetahui? Sebab kita tak mempunyai ilmu. Kita tidak ada ilmu kerana tidak mencari. Kenapa kita tak mahu mencari ilmu, sebab kita malas. Mana datangnya malas itu, datangnya dari menurut kehendak nafsu.

Masalah sentiasa datang menemui kita di pelbagai peringkat. Kita pula selalu menyelesaikan masalah yang datang kepada kita bulat-bulat. Memang betul masalah itu akan dapat diselesaikan, tapi ia tidak akan berhenti selagi faktor kepada masalah itu tak dirawat.

Haish, mengarut lagi aku kali ini. If I can solve my main problem, that will be great.


Monday, 17 June 2013

Nothing

Hoi, bila nak start tulis blog balik ni?

(ok..jadila update kali ni)

------------------

Masih tak puas lagikah kau tinggalkan aku tak bertulis? Tengok, apa yang dah jadi padaku. Aku rindu, rindu nak duduk atas riba kau. Macam dulu2. Kau sendiri penah cakap, kita ini tulis blog untuk bagi peringatan kat diri kita, kalau kau sakit nanti senang nak aku nak bagi ubat.

Aku sakit sekarang, aku pun perlukan ubat.

Ubat? Inikan ubat, dah ada. Tinggal kau nak telan saja. Makan tau, makan ubat ini! Kembali bersatu dengan aku, kita buat semula blog kita macam dulu.

Tak boleh, tak boleh. Aku dah janji. Aku buat perjanjian untuk terus begini.


-by blog

Allahuma nawwir qulubana bi nur hidayatik, kama nawwartal ardh bi nur shamsik