Wednesday, 3 July 2013

30713

Inna lillah wa inna ilaihi raju3un.

3 Julai 2013 - Tarikh yang amat penting bukan saja untuk masyarakat Mesir, bahkan seluruh umat islam. Terciptalah satu peristiwa hitam yang akan terus kekal dalam sejarah. 30 Jun yang lalu baru saja genap 1 tahun pemerintahannya, namun hanya beberepa jam yang lalu pemerintahan Dr Mursi telah berakhir (bagi Tamarrud) apabila kuasanya dirampas oleh pihak tentera. Bagi golongan pro Mursi, dan mereka yang benar-benar memegang prinsip demokrasi, Dr Mursi adalah Presiden yang masih sah.

Aku tak faham dengan orang mesir. Beruntunglah korang sepatutnya sebab ada pemimpin yang hafal quran. Dulu time first time aku dengar je dia hafal quran terus aku rasa macam "waaa". Susah kita nak cari pemimpin yang macam tu sekarang. Pemimpin kot, kita ni quran satu juzuk pun susah nak hafal. Dia merupakan seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh nak bawa islam. Bila dia dilantik hari tu, kita semua harap yang ianya akan menjadi titik mula kepada pembinaan semula khalifah.

*@#$% geram betul aku ngan ejipsyen ni. Ikut suka2 ko je nak buat demonstrasi. Asal tak suka je nak demo. Ko ingat senang nak ubah satu negara yang dah lama rosak? Ko harap semua perubahan itu boleh dibuat dalam jangka masa setahun? kepala hottt.. Masalah sebenar dalam negara korang ni bukan minyak ke, letrik ke. Masalahnya korang punya sikap tu haa yang nak kena ubah.

Papehal, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Bersama-sama kita doakan agar kita semua diberi kefahaman dalam memahami sesuatu perkara, diberikan jalan keluar kepada segala masalah, dan di hindarkan dari segala yang buruk.

Selamat malam Ikhwan

Thursday, 20 June 2013

Domino

Dalam jangka masa 10 tahun yang lepas, kerajaan membuka banyak biasiswa dalam bidang perubatan, semata-mata untuk meningkatkan bilangan doktor yang ketika itu sangat jauh dari kadar yang sepatutnya kita ada.

Usaha meningkatkan bilangan doktor dalam negara adalah penting bagi memastikan nisbah doktor:pesakit berada di aras yang optimum. Semakin ramai pesakit, semakin ramai doktor yang diperlukan.

Banyak faktor yang menjurus kepada peningkatan bilangan pesakit, antaranya adalah peningkatan kualiti dalam penyelidikan dan pendaftaran rekod kesihatan yang semakin baik. Faktor lain adalah seperti faktor alam sekeliling yang membahayakan kesihatan, contohnya suasana rumah yang dipenuhi lalat.

Kenapa lalat banyak? Bagaimana lalat-lalat ini boleh buat gathering dalam rumah kita? Lalat suka akan benda-benda yang berbau busuk. Jadi mungkin ada sumber bau yang tidak enak bagi kita, tapi enak bagi lalat, wujud di dalam rumah. Bau sampah, bau tandas yang tidak dipam.

Kenapa tak dipamkan tandas tu, kenapa simpan sampah lama-lama dalam rumah? Sebab mereka tak tahu, kenapa mereka tak tahu? Sebab kita tak ajar. Eh, kurang ajar!

Hati akan gelap bila selalu melakukan dosa. Kita melakukan dosa kerana kita tidak percaya. Kita tidak percaya kerana kita tidak mengetahui. Mengapa kita tidak mengetahui? Sebab kita tak mempunyai ilmu. Kita tidak ada ilmu kerana tidak mencari. Kenapa kita tak mahu mencari ilmu, sebab kita malas. Mana datangnya malas itu, datangnya dari menurut kehendak nafsu.

Masalah sentiasa datang menemui kita di pelbagai peringkat. Kita pula selalu menyelesaikan masalah yang datang kepada kita bulat-bulat. Memang betul masalah itu akan dapat diselesaikan, tapi ia tidak akan berhenti selagi faktor kepada masalah itu tak dirawat.

Haish, mengarut lagi aku kali ini. If I can solve my main problem, that will be great.


Monday, 17 June 2013

Nothing

Hoi, bila nak start tulis blog balik ni?

(ok..jadila update kali ni)

------------------

Masih tak puas lagikah kau tinggalkan aku tak bertulis? Tengok, apa yang dah jadi padaku. Aku rindu, rindu nak duduk atas riba kau. Macam dulu2. Kau sendiri penah cakap, kita ini tulis blog untuk bagi peringatan kat diri kita, kalau kau sakit nanti senang nak aku nak bagi ubat.

Aku sakit sekarang, aku pun perlukan ubat.

Ubat? Inikan ubat, dah ada. Tinggal kau nak telan saja. Makan tau, makan ubat ini! Kembali bersatu dengan aku, kita buat semula blog kita macam dulu.

Tak boleh, tak boleh. Aku dah janji. Aku buat perjanjian untuk terus begini.


-by blog

Allahuma nawwir qulubana bi nur hidayatik, kama nawwartal ardh bi nur shamsik

Monday, 13 May 2013

Jom Nyanyi :)


Wednesday, 17 April 2013

Dia yang tenat



Sangatlah benar katanya perihal iman manusia akhir zaman ini ibaratnya senipis kulit bawang. Apabila ditimbang iman Abu Bakar ra dengan iman seluruh manusia selepasnya sampai ke hari kiamat, maka berat lagi iman saidina Abu Bakar.

Mereka yang hidup di zaman manisnya perjuangan nabi tahu apakah yang dimaksudkan dengan tingginya iman, kemanisannya, benarnya janji Allah, betulnya apa yang nabi bawa.

Sebaliknya kita yang hidup di zaman ini, tahu sedar betapa nipisnya iman kita. Betapa jauhnya agama dari kehidupan kita. Betapa kecilnya watak iman dalam memanipulasi diri, betapa besarnya nafsu, akal.

Ada seorang hamba yang dahulunya pernah berdiri. Diceritakan suatu hari dia terjatuh, tapi untung kawannya menghulurkan tangan membantunya naik. Luka yang biasa.

Di kemudian harinya dia terjatuh lagi. Tapi kali ini luka, bukan calar-calar biasa. Dia tahu akan ada masanya dia akan kembali berdiri, seperti dulu-dulu. Malangnya bukan kali ini.

Dalam keadaan luka itu, dia hanya mampu mencermin sifat dirinya. Badannya kurang sihat, dia tidak berupaya bangun tanpa bantuan kawannya, apatah lagi untuk bangun dengan sendiri. Kesian, dalam keadaan luka itu dia terjatuh lagi.

Dia sakit, dia tahu dia tidak elok. Dia sakit tenat. Tapi hati degilnya cukup kuat. Dia keluar lagi untuk bertempur hari ini walaupun dengan keadaan yang begitu. Dan dia jatuh lagi hari ini. Sukar, ia cedera yang sukar di rawat.

Orang kata hidup ini ada turun naiknya. Dia menunggu saat itu bila akan tibanya, sambil berdoa. Dia tidak naik, malah terus jatuh, jatuh dan jatuh. Bilakah? Inikah yang dikatakan selemah-lemah iman? Dia bertanya dirinya.

Dalam keadaan yang tidak semua manusia tahu, dia sentiasa berharap agar air mata kekesalan atas dosa-dosa dan perasaan untuk kembali berdiri akan menjadi saksi baginya.Bila ditanya nanti, pernahkah kau mencuba untuk bangun?  Harap-harap cukuplah ia sebagai jawapan.

Dirinya yang tenat, sentiasa menangis. Dia sedar siapa dia sekarang. Amat jauh dari siapa yang dia harapkan untuk menjadi. Tapi dia akan sentiasa mencuba dan berdoa,

Ya Allah, bantulah aku mengenalMu. Hanya dengan mengenalMu hati ini akan taat.

*aku tidak menulis ini melainkan hanya mengharapkan kebaikan untuk diriku dan orang lain.

Sunday, 31 March 2013

He Thumb Putih



AMARAN: INI ADALAH TULISAN AKU YANG SEMAKIN KETANDUSAN ILHAM. SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR ALLAH MEMBERI KITA TAUFIQ DAN HIDAYAH. AYUH, DOA SEKARANG!

Manusia itu pada asalnya lahir tanpa dosa, tanpa pahala. Tak ada satu pun manusia yang dilahirkan dengan dosa. Pernah ke tengok muka baby macam penjenayah? Tak ada, tak pernah! Sebab itu orang cakap budak-budak kecil yang baru lahir ini bagaikan kain putih. Terpulang bagaimana mereka dicorakkan. Fitrahnya yang putih itu suci, bersih dan baik.

Cuba kita balah sikit dengan isu ini. Kalau fikir logik, kita tak tahu pun warna apa yang paling utama. Kan? Boleh jadi bukannya putih tetapi hitamlah warna yang utama. Bagaimana pula jika putih itu adalah hasil corakan ke atas kain yang berwarna hitam? Salahkah menjadi kain selain warna putih? Tidak bolehkah kain itu berwarna hitam walaupun ia bersih? Kesian yang hitam. Senang cerita apa-apa saja yang bersih itu dikira baik.

Ok, tak kisahlah kita ini kain hitam ke, kain putih. Tapi yang penting, apa yang ada pada kita hari ini adalah hasil daripada apa yang kita kerjakan. Jahatnya kita kerana dosa-dosa yang kita kerjakan, manakala baik pula cerminan untuk pelaku amal-amal soleh.

Memang. Memang bukan kerja kita untuk menentukan syurga dan neraka. Tapi tak salah untuk kita menilai siapa yang baik dan siapa yang buruk amalannya. Pastikan penilaian kita ini berdasarkan rujukan yang empat. Kalau kita duduk membuta, yang jahat pun kita samakan dengan yang baik, tak ada orang yang akan tampil untuk memberi peringatan. Ialah bagaimana kita nak tahu orang lain buat jahat, buat baik, kalau kita tak menilai.

Kita bebas untuk berbuat baik, bebas juga untuk memilih yang buruk. Semuanya terletak pada pilihan kita. Biar selautan pun ilmu agama kita, kalau ilmu hanya di kepala tak ada guna juga. Apa yang mendorong kita ketika membuat pilihan yang adalah sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Bila kita berjaya membuat pilihan, maka beruntunglah kita. Orang yang gagal meletakkan Allah semasa membuat pilihan bermungkinan untuk membuat dosa. Dosa kan lazat. Lazat di dunia.

Untuk pelaku dosa macam kita, jangan sesekali kita merasakan sudah lewat untuk berubah. Allah kan maha pengampun! Ingat, pilihan kita hari ini akan mencorak bagaimana diri kita esok. Esok dalam erti kata bermula selepas kita membuat pilihan. Bukan subuh pagi esok. Pilih elok-elok tau, jangan main tembak je. 






Friday, 15 March 2013

Hello!

Assalamualaikum wbt. Takde tazkirah dah. Otak dah berhenti. Cuma nk kirimkan lagu kat peminat nasyid. Lagu ni dah lama, tapi sentiasa sedap.

5 bulan sebelum pulang ke Malaysia. <3 span="">
5 hari sebelum last paper.
5 jam sebelum exam.

Doakan kitorang nk peksa! Mmm...tolong "kejutkan aku dari tidur yang berpanjangan". xD