Monday, 15 August 2011

aL LeeLah FiL Masr


Kalau tidak mahu baca, boleh terus skip untuk lihat video di bawah!

“Alhamdulillah”

Itulah kalimah yang paling sesuai untuk diucapkan setelah selesai menunaikan solat sunat tarawikh yang pertama pada malam ini. Gara-gara mendengar khabar dan cerita dari mereka yang pernah merasai manisnya tarawikh di sini, Badar tekad menjadikan Qa3ied Ibrahim sebagai pilihan. Benarlah kata mereka, orang-orang Mesir menjiwai solat dengan memahami maksudnya. Dia bersyukur kerana tergolong dalam kalangan beberapa orang yang diberi kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan.

Bekerjalah kamu umpama kamu hidup selama-lamanya, beramallah kamu umpama kamu akan mati esok hari.

Pagi ini, seorang dari sahabatnya baru saja diambil semula nyawanya. Dia (sahabatnya) terlebih mulia kerana dipertemukan dengan tuhan di usia yang muda. Dia adalah rakan Badar semasa di kolej persediaan. Mudah-mudahan redha Allah sentiasa bersamanya. Rasa sedih menular di hati Badar. Terkadang manusia itu lupa, maut bukan hanya tertulis pada yang sakit sahaja.

Adakah kamu merasa aman semasa kamu sihat?

Badar keluar dari rumah setengah jam lebih awal dari waktu Isyak. Turut bersamanya adalah Cekpi, Paru, Abe dan Raja. Dia melangkah laju, bergegas untuk mendapatkan tempat solat yang selesa. Adakalanya jubah yang dipakai mengganggu langkahan kaki. Disebabkan itu dia terpaksa mengangkat jubahnya sedikit ke atas. Walaupun nampak seperti mangsa banjir, tetapi itu lebih selesa baginya.

Nasib mereka baik. Banyak Tramco yang kosong. Tramco boleh dikatakan sebagai salah satu pengangkutan yang utama bagi rakyat Mesir. Van yang mampu memuatkan sehingga 15 orang termasuk pemandu pada satu-satu masa ini hanya mengenakan tambang maksimum sebanyak LE 1.25. Dengan pengudaraan yang semulajadi, Tramco boleh dikelaskan sebagai sebuah medium pengangkutan yang selesa. Ia mampu mencapai kelajuan 140 km/j, tertakhluk pada kemampuan pemandu dan keadaan jalanraya.

Dari rumah mereka ke Qaied Ibrahim hanya mengambil masa 3-4 minit sekiranya trafik lancar. Sebaik sahaja tiba di kawasan masjid, mereka melihat ramai orang berada di merata-rata tempat. Banyak susuk-susuk tubuh yang sedang menuju ke perkarangan solat. Jemaah lelaki masing-masing membawa sejadah. Ramainya mengalahkan solat jumaat pada hari-hari biasa. Jemaah perempuan juga tidak kalah jumlahnya.

Dalam kabut-kabut keadaan, mereka segera mengambil tempat duduk. Bila mana ada sahaja tikar yang baru dihampar, ia terus diserbu oleh para jemaah. Badar turut menyerbu. Akhirnya dia mendapat tempat disebelah warga Mesir. Rakan-rakannya yang lain turut mendapat tempat yang berdekatan. Mereka duduk sambil menanti masuknya waktu solat fardhu Isyak. Sejenak Badar menoleh ke belakang. Tidak sampai lima minit dia duduk, saf-saf dibelakang semuanya telah penuh.

Azan Isyak berkumandang. Suasana senyap seketika. Orang ramai masih lagi bergerak bagi mendapatkan tempat solat masing-masing. Kelihatan sekumpulan jemaah pelajar melayu (akhwat) melintas di hadapan mereka. Badar tertarik untuk melihatnya. Dalam ribuan rakyat Mesir yang bertubuh besar, ada juga rakyat melayu yang keluar dicelah-celahnya. Kasihan, mereka terpaksa menyelinap ke kiri ke kanan. Ruang solat “Sayyidaat” terletak di sebelah lainnya. Mereka terpaksa melintas kawasan jemaah lelaki untuk segera sampai ke ruang solat wanita.

Solat Isyak didirikan seperti biasa. Bacaan Syeikh Hatem memang menggetarkan jiwa. Walaupun tidaklah seindah bacaan qari-qari yang lain, tetapi bagi Badar itulah yang terbaik. Alunannya amat sesuai untuk difahami dan dihayati. Lebih baik baginya dari mendengar bacaan yang indah tapi sukar untuk ditangkap maksudnya, maka susahlah untuk dihayati pengisiannya. Selesai solat Isyak, Imam memberi masa untuk jemaah Masbuq menyelesaikan solatnya. Jemaah yang lain pula sibuk dengan solat sunat ruwatib.

“tuk” “tuk” “tuk”. Orang ramai berdiri dengan tiba-tiba sebaik menerima isyarat mikrofon. Barulah Badar tahu, di sini tiada selawat seperti kebiasaannya di Malaysia. Rasanya pengalaman bersolat tarawikh di Mesir perlu dicatatkan dalam sejarah hidupnya. Inilah kali pertama dalam hidup Badar solat dengan bacaan satu rakaat bersamaan dua muka alquran. Seperti yang dia sangka, solat di sini sedikit panjang dari Malaysia.

“Raja, macam mana ni? Nak stay ke nak balik?”
“Isyh, kalau dia sambung sampai 20 aku nak baliklah.”

Pertanyaan itu keluar dengan sengaja sebaik saja selesai menunaikan lapan rakaat solat tarawikh. Badar cuba mengambil pendapat rakan-rakannya yang lain. Dia rasa, bukan dirinya sahaja yang merasainya. Rasa lemah dan tidak tahan untuk berdiri setelah selesai lapan rakaat. Dalam hatinya, kalau beginilah sehingga rakaat ke-20, memang benarlah orang-orang Mesir ini kuat. Badar pula, kakinya sudah bergetar-getar akibat berdiri lama.

Tamat doa, Imam memberikan isyarat mikrofon sekali lagi. Para makmum kemudiannya berdiri. Ada sebahagian dari mereka yang berjalan keluar dari saf. Sebahagian inilah yang memberi inspirasi kepada Badar untuk turut keluar. Badar memberi isyarat mata kepada Raja. Abe yang disebelahnya juga membalas isyarat matanya. Akhirnya mereka sepakat untuk tidak meneruskan solat tarawikh, cukuplah 8 rakaat untuk hari ini. Mungkin esok, atau mungkin lusa mereka akan bertahan hingga rakaat ke-20.

“sabbihisma rabbikal a’la”
“allazi khalaqo fasawwa”

Bacaan surah Al-a3la kedengaran di setiap genap ruang solat. Ini menimbulkan tanda tanya kepada mereka. Badar terfikir, selalunya surah Al-a3la akan dibaca sewaktu rakaat pertama witir. Adakah orang-orang mesir juga melakukan tarawikh 8 rakaat? Untuk mendapatkan kepastian, mereka menunggu imam menghabiskan solat. Mereka hanya “menunggu”. Sambil-sambil itu, Abe sempat bergambar berlatarkan ribuan jemaah yang sedang solat.

“Lah, diorang solat witir ke? Adui ruginya. Kalau aku tahu tadi, baik aku stay je. Dah habis dah pun.”
“Agaklah. Ini kau punya idea lah ni, nak sangat keluar awal.”
“Ah, takda2. Jangan nak salahkan orang lain. Kalau korang tak puas hati, esok kita solat lagi kat sini. Duduk saf paling sekali. Dekat jalan Tram. Nak?”
“Jom. No hal la bro!”

Badar merasakan kerugian yang amat besar kerana tidak menghabiskan solatnya. Silapnya juga yang terlalu menuruti nafsu. Walhal, kalau tidak larat untuk berdiri pun, boleh sahaja dia solat sambil duduk. “Badar, esok-esok jangan buat lagi macam ni.”

Hari-hari yang seterusnya di Mesir bertambah meriah. Baru Badar tahu bagaimana rasanya menyambut Ramadhan di sini. Orang ramai lebih tertumpu untuk menghias Ramadhan, berbeza dengan rakyat Malaysia yang bertungkus lumus untuk meninggalkan Ramadhan. Bilangan jemaah di Mesir meningkat sebaik sahaja Ramadhan sampai ke penghujung. Jemaah di Malaysia juga meningkat bilangannya sebaik sampai dihujung Ramadhan, cuma berbeza tempatnya. Di mana itu? Di Carrefour, di Tesco dan di Giant.

Ramadhan. Bulan yang dilipat gandakan pahala amal kebaikan. Syaitan pula dibelenggu. Ditutup pintu neraka dan dibukakan pintu syurga. Ada ribuan malaikat-malaikat yang sentiasa berdoa agar diampunkan dosa. Bulan yang setiap harinya dimerdekakan penghuni-penghuni neraka. Sedarkah kita bahawa inilah bulan, yang ‘jalan-jalan’ untuk memperoleh maghfirah (keampunan) dibuka seluas-luasnya.

Di sini BuDaK sertakan, video ringkas suasana di Gamie (masjid) Ibrahim pada bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak menyerupai suasana semasa Badar sedang solat, cuma wajah Badar tidak kelihatan. Disebalik Firaun, Mesir juga terkenal sebagai negara yang berulama. Kalau ada masa, datanglah Mesir.


Saturday, 13 August 2011

Islam - Milik Sendiri atau diKongsi?

Assalamualaikum. Selamat pagi untuk Malaysia, dan selamat petang untuk rakyat mesir. First of all, I would like to wish Happy Ramadhan to all. Ramadhan Kareem to all of my 'followers' or maybe just a 'follower'. Here are some reminders. Now we're exactly in the middle of the holy month of Ramadhan. During this time the doors of the (hell) fire are closed, while syaitans are imprisoned. His forgiveness is more widely open. So, what are we waiting for? Go and get it! It is only depends on ourself either to take the path or to ignore it. Actually it is not an option. You have to seek for forgiveness and if you don't, you are a real loser.
(Ahh, susah betul cakap bahasa Inggeris.)
Sebenarnya aku ada cerita menarik nak dikongsi. Jujurnya bukan aku yang tulis, cuma copy paste dan diubah font sahaja. Kalau nak komen, nak tambah ke, tak puas hati ke, link asal terbuka untuk semua. Tapi bagi aku, seriously banyak pengajaran dan itulah realiti semasa keadaan sekeliling kita. Bahkan mereka yang bawa islam juga tidak mahu berkongsi sesama mereka.
Serious menarik. Sila baca, jangan scroll laju-laju. 
The whole story was copied from (http://rayuanrembulan.blogspot.com/)
********************
Assalamualaikum !

Orait, post kali ni aku nak share story kat korang lagi. But before that, biar aku explain dulu apa beza lari dan pergi. Ofkos budak sekolah rendah boleh bezakan ye dak? Tapi aku cuma tekankan, lari itu pada keadaan terpaksa yang mendesak, pergi pula dengan rela hati ....


Cerita kali ni melibatkan sorang lelaki yang bernama Azmin. Seorang freshie dalam liku-liku Islam, namun dia sangat gemar untuk mendekati Islam. Dia berkawan rapat dengan pelajar-pelajar jurusan agama walaupun dia merupakan pelajar aliran sains. Mereka selalu mengerjakan ibadah secara jemaah, pegi masjid sekali,balik pun sekali, makan pun sekali....tapi.....

......yelah, ujian Allah kan...bila-bila boleh datang....

Tarikh : 27 Mac 2010



Kawan 1:    Min (Azmin), ko tau tak cite pasal sorang senior kita tu?

Azmin:        Senior mana pulak ni?

Kawan 1:   Alaa budak syari3ah paling teruk dalam universiti kita tu, takkan tak kenal kot, hot topic tu !

Azmin:       Laa, Jehan tu ke? Elok je dia main bola tampar petang-petang kat court belakang tu. Apsal dengan dia?

Kawan 1:  Heiiisshhh, ntahla. Rosak nama budak-budak syari3ah oleh dia tau. Dengan ibadah dia tak jaga, solat ntah ke mana, member-member dia pun teruk-teruk semua. Malu aku weyh...

Kawan 2:  Aku pun dah berhenti main bola tampar petang-petang sejak aku dapat tau dia pengurus team bola tampar kita.

Azmin:      Pulak..teruk sangat ke mamat tu? Korang penah borak dengan dia tak?

Kawan 1: Eh, buang masa aku je nak borak dengan dia, buat tambah dosa je. Daripada aku spend setengah jam borak dengan dia, sempat aku habeskan 1 juzuk quran. Dah la , malas nak cerita pasal dia. Dah azan maghrib tu, jom kita gerak g masjid.

............

Setelah selesai solat fardhu Maghrib di masjid, Azmin tak habes-habes memikirkan pasal Jehan... *"Hmm budak tu memang teruk sangat ke? Takpe, kita tunggu esok"...



Tarikh : 28 Mac 2010

~ Azmin buat pertama kalinya turun ke gelanggang bola tampar universiti. Kelihatan hampir 20 orang sedang berlatih untuk Hari Sukan Universiti pada bulan Mei nanti, dan turut bersama di atas gelanggang ialah Jehan.Walaupun tak pandai main sangat, dia cuma ingin mengeluarkan sedikit peluh,dalam masa yang sama....dia ingin mengenali Jehan...


Azmin:        Assalamualaikum sumee :D

Jehan:        Waalaikumusalam. Haa ko kalo nak buat persidangan OIC, gelanggang ni bukan tempatnya. Member ko da tak turun gelanggang ni lagi sebab dia salah tempat bersidang.

Azmin:        Huuiisshh,takdela sampai macam tu haha. Aku nak join team laa. Mana tau dapat jadi wakil universiti ke hehe.

Jehan:        Haha try lah, tu pun kalo ko mampu join kitorang la.

Azmin:        Hehe we'll see...

.....semenjak hari tu, Azmin merupakan orang pertama yang turun gelanggang bola tampar kerana begitu excited nak join pasukan utama universiti..
Diam tak diam, dia dah makin rapat dengan Jehan. Siap jadi pembantu pengurus lagi. Hampir setiap malam Azmin akan ke rumah Jehan untuk berbincang isu persatuan dorang. Isu training la, tempahan jersi la, bola baru la, dan macam-maccaaamm adaaa...kadang-kadang Azmin terpaksa bermalam di rumah Jehan....dan di situlah dia sedar...

Azmin:       *(hmm memang betol la cakap budak-budak tu, dia ni memang tak jaga solat...)


....dan orang yang sedar bukan sekadar Azmin sahaja..kawan-kawan persatuan tahfiz dia juga...


Kawan 1:    Azmin ni da lama tak join kita. Asal malam je pegi rumah Jehan. Pegi masjid pun tidak. Aku dah kate dah, jangan dibuat kawan Jehan tu. Dia pandai hasut orang buat dosa.

Kawan 2:    Takpe, dia balik malam kang kita brainwash la dia.

... pukul 11.37 mlm, Azmin membuka pintu rumah, dua orang kawannya sudah tercegat di depan pintu.



Kawan 1:     Makin busy ko sekarang ek? Asyik-asyik berdamping dengan "sheikh" Jehan je ko ni.

Azmin:         Aku discuss pasal bola tampar la. Hari Sukan Universiti kan dah dekat ni.

Kawan 2:     Yelah, sukan tu sukan jugak, takkan sampai dah tak boleh join kitorang g masjid sama2? Jampi serapah ape dia baca kat ko ni?

Azmin:         Korang, jangan arr cakap camtu. Dah arr, aku nak tido dulu, letih arr. Sok ada kelas plak. Assalamualaikum...

....tanpa menghiraukan ngomelan kawan-kawannya, Azmin terus masuk ke bilik tidur...

~Setelah sekian lama berurusan dengan Jehan, akhirnya usaha mereka membuahkan hasil, Azmin menjadi pemain terbaik perlawanan ketika Hari Sukan Universiti bagi acara bola tampar lelaki, dan pasukan universiti mereka mendapat JOHAN!!!

~ Kawan-kawan Azmin sudah lama tidak berkumpul bersama. Sehinggalah mereka semua bertemu di masjid universiti setelah selesai solat maghrib berjemaah. Kawan-kawan Azmin terkejut apabila kelihatan Azmin keluar dari masjid bersama dengan...JEHAN. Jehan yang tak pernah kelihatan di masjid, yang tidak menjaga solat walaupun berada di rumah, tiba-tiba boleh menghadirkan diri ke masjid...

.....malam itu, Azmin pulang ke rumah setelah hampir sebulan tidak pulang. Azmin pulang dengan ceria dengan memakai pingat emas yang diperolehnya pada pertandingan tempoh hari...

Azmin:        Assalamualaikum! :D

Kawan 1:   Waalaikumsalam...

Kawan 2:   Waalaikumsalam............ :I

Azmin:        Erk.. korang. Apsal siyes semacam ni? Aku baru nak belanja korang coz dah menang game hari tu.

Kawan 2:   Hmmm..ape dah jadi kat Jehan weyh?

Kawan 2:   Ntah, tiba-tiba dia rajin plak pegi masjid.

Azmin:       Pasal tu ke.... Aku da try nak gtau korang, tapi busy la. Yes, korang memang betol yang dia tak jaga solat dia. That's why aku tido rumah dia dan tak pegi masjid kejap. Aku takdela ajak dia solat pon. Tapi kalo da masuk waktu, aku tanya dia "Jay, kiblat kat mana?" ...then dia tunjuk la kiblat. Tengah aku solat tu, tiba-tiba ada orang sentuh bahu. Bila aku bagi salam, rupanya dia follow jemaah dengan aku. So aku rasa tu permulaan yang baik la untuk dia.

Kawan 1:    Alaa ko percayalah cakap aku, dia berubah drastik macam tu, kejap je tu, tak tahan lama punya. Hasil yang ko nampak, kononnya ko berjaya ubah dia. Tapi hasil yang kitorang nampak, dia berjaya tipu dan ubah diri ko kepada seorang yang malas nak pegi masjid.

Azmin:         Korang silap! Aku tak rasa yang dia mempengaruhi aku pun.

Kawan 2:    Memangla ko tak rasa, pasukan bantuan Jehan yang melalaikan ko ni ramai, syaitaaannurrajiiimmmmm!!!

Kawan 1:    Aku nasihatkan ko la, elok ko jauhkan diri dari dia. Elok ko selamatkan diri ko sendiri dulu daripada ko nak join dia jadi penghuni tetap kat neraka dengan setan-setan tu.

Azmin:       Hmm korang, nampak tak apa masalah zaman sekarang? Disebabkan orang-orang macam ni la remaja sekarang malas nak join Islam. Aku tak nafikan ko baik, rajin beribadah. Kawan-kawan kita pun semuanya alim-alim belaka. Tapi korang terlalu mengukuhkan ukhuwah sesama korang sampai korang tak nampak orang luar pon perlukan kita.

Kawan 2:   Memangla ukhuwah dalaman kita perlu dikukuhkan dulu, kalo tak jadila kes macam ko ni!

Azmin:       Guys, istighfarlah..kita semua ni akan balik berdakwah dengan masyarakat. Tapi kalo sekumpulan pendakwah juz berdakwah sesama mereka, ukhuwah mereka makin rapat. Tapi siapa pulak nak tengok-tengokkan golongan yang kurang pengetahuan agama macam aku ni? Jehan da mula berubah, biarlah aku cuba usahakan lagi.

Kawan 1:    Hmm kitorang juz taknak kehilangan kawan je...

Azmin:         Korang, percayalah kat aku macam aku percaya kat korang. Islam ni untuk semua orang, tanpa pengecualian. Hubungan persahabatan takkan terputus begitu je, we're friends right?

Kawan 2:     Takpela macam tu, kitorang doakan ko berjaya jelah k.

Azmin:          InsyaAllah. Ingat guys, aku pergi ni memang aku da rancang awal-awal, untuk tarik balik hati hamba Allah sorang ni...and ingat guys....

.....aku bukan lari, tapi aku pergi....



"Keindahan Islam adalah untuk semua...TIADA PENGECUALIAN!!!"

Selamat Beramal, Wassalam....

********************

The whole story was copied from (http://rayuanrembulan.blogspot.com/)


Thursday, 28 July 2011

Sahaja Aku Berkahwin Kerana...?

Salam alaikum.

Orang lain tengah sibuk bercerita perihal kahwin. On the way cari-cari video mengarut-mengarut, tiba-tiba terjumpa video ringkas Ustaz Azhar Idrus.

Minta maaf kalau ada yang tak kena. Cuma nak kongsi sedikit pendapat. Kita boleh mengambil inisiatif berkahwin untuk mengelakkan dosa. Tetapi dalam masa yang sama kita perlu sedar, bahawa perkara itu hanyalah alasan minoriti kepada tujuan sebuah perkahwinan. Tujuan perkahwinan itu adalah lebih besar dari sekadar menolak kebuasan nafsu.

Seharusnya tujuan perkahwinan yang lebih utama perlulah ditekankan kepada mereka yang masih belum melihatnya. Ini tidak lain hanyalah untuk mengelakkan berlakunya keretakan institusi rumah tangga, yang terhasil dari ceteknya pasak (tujuan perkahwinan) yang ditanam sewaktu pembinaannya (perkahwinan).


Ingat, mereka yang telah berumah tangga umpamanya seperti telah menyempurnakan separuh dari agamanya.

Tak salah mengambil ia sebagai satu medium penolakan kepada maksiat, tetapi perlulah ada tujuan (alasan) yang lebih utama dari sekadar menolak dosa-dosa. Wallahu a3lam.

Memandangkan BuDaK pun masih kabur tentang tujuannya, lebih baik pause dulu sebarang tindakan. Sila bantu dan komen sebaiknya.

Untuk Ibu dan Ayah, video ini untuk perkongsian umum sahaja. Tak ada meseg tersembunyi langsung! Jangan risau, Kori tak mampu lagi nak menyibukkan diri dalam perkara-perkara ini. HAHA... selamat berkongsi.


Sunday, 24 July 2011

AbstraK

Badrul menghabiskan masa-masa akhirnya di ruangan FACEBOOK. Sudah hampir dua jam dia menghadapkan mukanya ke arah skrin LG 18.5 inchi dihadapannya. Matanya hampir merah mungkin disebabkan cahaya skrin yang terlalu terang bertentangan dengan suasana bilik yang sedikit gelap. Cyber Cafe berdekatan stesen komuter Salak Selatan itu selalu menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah.

Argghh.. Dah habis dah aku punya. Tak puas lagi lah. Mana boleh kalah dengan kau! Tak aci lah, asyik main sniper je. Pengecut *ow.” Badrul masih tak berpuas hati. Dia tidak dapat menerima kekalahan. Selalunya dia yang menang, namun hari ini nasib tidak menyebelahinya.

Oo... Kalah buat cara kalah lah. Apa, tak puas hati? Rematch lah, jom. Jom lah tambah lagi sejam. Alang-alang dah nak maghrib ni. Kita main sampai maghrib pastu kita solatlah.” Syukri, rakan sebiliknya membalas sambil melemparkan cadangan agar ditambah masa bermain.

Badrul terhenti sejenak. Ada betul juga cadangan Syukri. Alang-alang waktu maghrib hampir masuk, ada eloknya juga mereka tunggu sambil bermain komputer. Kalau ingin keluar sekarang pun, tidak tahu mahu ke mana. Selalunya kalau ada cuti ‘overnight’ sebegini, mereka akan tidur diluar atau berjaga sepanjang malam. Jarang sekali mereka pulang ke sekolah, takut dengan ‘Raksasa’. Terdetik juga dalam hatinya untuk tambah lagi sejam.

Dia menyeluk poket belakang seluarnya. Mencapai dompet yang hampir kosong tidak berisi. Puas dia membelek ruangan dompetnya. Di celah-celah lipatan kertas, himpunan-himpunan kad, gambar-gambar. Akhirnya dia jumpa. Alhamdulillah, masih ada lagi 20 ringgit. Kalau dikira-kira, 20 ringgit itu cukup sekiranya dia ingin menambah masa bermain. Itu pun kalau ditolak bajet makan malam. Mana mungkin seorang pelajar yang mempunyai perut seperti buaya makan seperti seleranya si itik.

Em... em... takpe la Syuk. Aku tengok kau main je lah. Duit aku tinggal sikit je ni. Cukup-cukup untuk makan dengan tambang balik je. Aku nak makan banyak sikit, so tak boleh nak bazir-bazir. Lapar kot, dari pagi tadi kita tak makan.” Badrul cuba tidak mengikut nafsu. Duit di dalam dompetnya cuma berbaki 20 ringgit. Cuma lebih sedikit dari keperluannya untuk tambang balik ke sekolah. (LRT 1.00 + Prebet Sapu 5.00 + Makan Besar 10 + Cikedis + 2.00.)

Alah, pinjam lah duit sapa-sapa dulu. Ni, Syahzwi ni kan kaya. Ko mintak je dari dia dulu. Hutanglah dulu nanti bayar lah, bukan tak bayar langsung. Bayar hutang lagi baik dari bagi sedekah kan?” Syukri mencucuk.

Pergh...! Cuba tengok, bilamana budak Islam sekolah Hidayah bercakap. Keluar semua hadith, @#*&$...dsb. Em, ok lah. Kita main lagi sejam je. Pastu kita solat maghrib. Aku pinjam dari ko dulu lah Syuk, nanti aku bayar balik. Boleh kan? Kan?” Badrul termakan dengan kata-kata Syukri.

.....^_^. Ok lah.” Syukri senyum tidak terkata. Akhirnya dia bersetuju. Sebenarnya dia juga anak orang kaya. Bapanya seorang pegawai tentera yang berpangkat besar. Walaupun dia berperangai serabut, tapi dia dan agamanya masih terjaga. Bukan Badrul sahaja yang masih sayang kepadanya, malah Aku juga turut merindui Syukri.



**********

Apabila kita diberi sejumlah duit. Duit ada bentuk dan rupa. Kita akan nampak jumlah dan saiznya. Betapa banyaknya dan betapa mewahnya seseorang dengan duit. Dari situ, kita cuba merancang untuk tidak mensia-siakannya. Kalau diberi peruntukan duit yang tidak sama antara dua orang. (A) cuma ada separuh daripada apa yang (B) ada. Tapi, kedua-duanya mampu untuk terus hidup seperti biasa.

Kerana apa? Mereka nampak jumlah duit, mereka tahu bilangan duit mereka dan mereka berusaha untuk menjaganya.

Tak faham kan? Kita cuba ambil contoh lain.

Sekarang musim peperiksaan. Rata-rata pelajar ada cara belajar masing-masing dan teknik yang tersendiri. Apa yang menarik perhatian aku, ada sesetengah pelajar yang bijak dalam mengurus masa mereka. Contoh, tempoh hari yang berbaki untuk peperiksaan akhir semester adalah lagi 15 hari. So, diorang yang bijak-bijak ini akan susun jadual study. Sedikit sebanyak macam inilah jadual mereka:

6/7         Physiology
7/7         Microbiology
8/7         Pharmacology
.              
.              
.              
18/7       Rehat
19/7       Tidur
20/7       Exam

Bila merangka, mereka lebih bersedia. Kita tahu bila tarikh peperiksaan dan kita tahu berapa banyak kita masih belum baca. Cuma perlu susun dan ikut jadual, semuanya akan ok. Good Luck, Bittaufiq wan Nagah untuk semua.

**********

Apa?
Agak ah. Tak faham sangat kan?

Macam inilah. Selalunya kita diberi benda yang nyata. Benda zahir yang kita nampak. Kita tahu nilai yang ada padanya. Contoh di atas adalah duit dan study leave. Daripada duit yang kita ada, kita dapat rangka apa yang kita boleh beli dan apa yang kita tidak dapat beli.

Daripada tempoh study leave, kita boleh tahu berapa kuat kita perlu study, dan berapa banyak masa rehat yang kita boleh isi.

Jadi, siapa yang merancang nak buat baik masa hujung-hujung nyawa, itu bahaya! Masalahnya, jangka hayat kita tak diberi tahu. Hanya tarikh dikilang kita ingat, tapi tarikh luput kita tak tahu. Mungkin nyawa kita tidak sampai separuh jalan pun. Yang kita tahu cuma kondisi semasa diri kita.

Selamat beramal!

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
(Surah Al A'raf 7:34)

Monday, 4 July 2011

eDcouSTiC - Nantikan Aku di Batas Waktu

".....kalau memang kau pilihkan aku, tunggu sampai aku datang, nanti ku bawa kau pergi ke syurga abadi....."

Teraspirasi dengan lagu ini. Haha, lagu ini tak ditujukan untuk orang lain. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. But kalau ada yang rasa nak dituju, ok jugak!

Orang lain semua dah couple sini sana. Pegang tangan sama-sama. Walaupun mereka tiada ikatan yang sah. Ops! Ikatan di luar nikah. So, Lagu ini khas untuk "Mat Loser". Macam kita, haha!


Thursday, 30 June 2011

Maaf, Aku Masih Cintakan "Dunia"

Wednesday, 29 June 2011

Perumpamaan Dunia


Perumpamaannya bagaikan seorang pemuda di dalam hutan. Sedang dia berjalan, datang seekor singa dari belakang dan mengejarnya. Maka pemuda itu berlari untuk menyelamatkan diri.

Ketika pemuda itu berlari, dia ternampak sebuah telaga yang berdekatan. Untuk menyelamatkan diri dia terus terjun ke dalamnya. Hampir saja dia terjatuh, namun dia berjaya berpaut pada tali yang ada pada telaga tersebut.

Dia memerhati keadaan sekeliling untuk mencari jalan keluar. Apabila melihat ke atas, kelihatan singa tadi masih lagi menantinya. Apabila melihat ke bawah, terdapat seekor ular yang besar pula sedang menantinya dengan mulut terbuka.

Dia hanya mampu bergantung pada tali yang dipautnya sahaja. Malangnya selepas beberapa ketika, muncul pula dua ekor tikus. Satu berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam. Mereka duduk di atas tali tempat pemuda itu berpaut. Kedua-dua ekor tikus itu kemudian menggigit tali pautannya perlahan-lahan.

Dalam cemas suasana, tiba-tiba pemuda itu ternampak sarang lebah yang penuh dengan madu. Dia termenung melihat madu yang terhidang di depannya. Dia menyentuh sarang lebah dengan jarinya, kemudian memasukkan ia ke dalam mulut. Nikmat.

Hanya dengan sedikit kemanisan madu, dia terlupa akan singa yang sedang mengejarnya. Dia lupa pada ular yang sedang menunggu dia jatuh. Terlupa tikus yang sedang cuba memutuskan talinya.

Singa itu ibarat maut yang sentiasa mendekati. Ular pula bagaikan kubur yang akan kita masuk ke dalamnya. Tali itulah nyawa. Manakala kedua-dua ekor tikus adalah siang dan malam. Dan madu itulah dunia.