Thursday, 23 September 2010

Masa Tidak Sama



Sijil Pelajaran Malaysia

3 hari lagi.

“Aduyai, rilek lah... ad lagi 72 jam, banyak tuh. Buat pa nak kalut2.”

Macam tulah kalau nak peksa. Tak kesah la PMR ke, SPM ke, takpun masa ambil ujian sem. Ramai yang mempraktikkannya hinggakan masa yang berbaki untuk menghantar kerja khusus pun turut “dipanjangkan”. Kamu, mungkin sudah lali dengan perkara ini. Maksud kami, (melengahkan kerja) oh tidak, memanjangkan masa.

Pakar motivasi mahupun pakar psikatri tiada pulak memberi penerangan mengenai hal ini. Selama kami hidup tak pernah dengar pun. Kalau ada pun yang Dr Fadhilah Kamsah pernah bagitau, bagi setiap perkara, kita perlu membuat persediaan. Itu je kot. Takde pulak perihal memanjangkan masa, yang pada hakikatnya sama.

Indescribable phenomena.

Mungkin ada juga kebaikannya. Sebab bagi kami, apabila kita “memanjangkan” tempoh masa ni, kita sebenarnya telah membesarkan skop masa, (macam zoom lah). So, Kita akan nampak segala perkara yang kecik2. Everything akan menjadi terperinci.

Pernah guna windows movie maker? Baru2 ni kami ada guna dan ada kaitan dengan isi post kali ni. Kalau kita tengok kat dia punya timeline, dia ada bagi kita option sama ada nak zoom outline ataupun tidak. Bila kita zoom, rasa lagi senang kita nak tengok slide transition, in and out, masa slide berapa saat dan macam2 lagi.

Sama macam hidup kita. Contah kalau nak exam, kita zoomkan masa. 3 hari jadi 72 jam, takpun kalau nak rasa lagi lama ambiklah 4320 minit. Fuuh, satu masa yang lama, kan? Hakikatnya sama, cuma nak bagi kita lagi terang dengan pengurusan masa kita. Dengan itu, kita tahu kita nak tidur brapa lama, makan brpa lama, sembang2 + jalan2 + chatting lagi. Kan? (Solat brapa jam?)

Entahlah, macam mana nak terangkan pun xtahu. Meseg dia, kita zoomkan masa ni adalah untuk bagi kita senang, dan bersedia sebab kita tahu masa kita pergi ke mana semuanya. Mungkin pada masa yang sama release tension sikit, adalah sikit. Sebab hati kita senang, rasa macam lama lagi masa tu.

Tapi pada hari ini kami cuba sekali lagi menggunakan kaedah ini. Baki yang tinggal cuma tak sampai satu hari. 10 jam sahaja. Ok, cuba zoomkan masa:

1) 600 minit = Kalau tengok contoh kat atas tuh, ada banyak minit. 4320 minit, ribu2 angka dia. Tapi contoh yang ini, ratus je. Dah la minit. Tak rasa lama lagi pun.

2) 36000 saat = Oooh...nampak je macam banyak, tapi still tak rasa lama. Sebab dia guna saat. Jarum saat dah la bergerak laju, laju daripada jarum minit. Waaa!!

Tak boleh guna.

Makna kata, masa adalah sama saja. Tak boleh nak tukar 1 minit jadi 60 minit. Kalau nak tukar pun jadi 60 saat. Be prepared.


Oh. ya-> Untuk kau

Hey kau..

Selamat study..

Study paling baik..

Jaga yang perlu dijaga..


“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Surah Al ‘Asr


(kenapa font xkluar warna nih?)

Tuesday, 21 September 2010

Jangan Lupa Lirik

Susahnya si buta berjalan tanpa tongkat. Lainlah kalau itu kampung halamannya. Susahnya kita membaca Mushaf kalau tiada di depan mata. Lainlah kalau semuanya ada di dada. Susahnya bak kata kami, kalau nak bangun awal tanpa loceng berbunyi. Lainlah kalau solat malam tu rutin setiap hari.

Oh, yang atas tu meseg sampingan je. At least ada pengisian la post kali ni. Sebenarnya, cuma nak cakap benda akan jadi susah la kalau nak menyanyi tapi takde lirik kat tepi. Lainlah kalau dah selalu dengar. Jadi kat sini kami sertakan lirik lagu DeHearty – Indahnya CiptaanMu. Barulah boleh nyanyi kuat2 tanpa segan salah ayat. Kan?

Nyanyi sambil SELAMI maknanya. Pernah pergi menyelam? Kalau yang pernah pergi tu pasti tahu. Rasa dia. Berada dalam air yang biru, sejuk-sejuk suam (tengok tempat dan musim ek) rasa macam terapung-apung, banyak sangat ikan-ikan penuh warna. Pergh... khayal. Hah, macam tulah! (Kalau tak rasa pun takpelah). Ok masa untuk berhibur, jangan lupa tekan play dekat post yang lepas.


Ku berjalan merentasi dunia

Memerhatikan keajaiban ciptaan tuhan

Terlalu agung untuk ditandingi

Hebatnya kuasa yang maha Esa


Terasa terhibur mendengar siulan

Kicauan burung-burung berterbangan

Desiran ombak menyusur pantai

Deru angin yang tidak bertepian


Oh tuhanku agungnya kuasaMu

Menciptakan segala-segalanya penuh misteri

Kehijauan gunung dan birunya langit

Semuanya membuatku merasa kagum


Oh tuhanku megahnya rasa di hati

Gembira terpesona dengan keindahan

Menggamit hatiku yang sunyi sepi

Mengucap syukur atas kurniaan Ilahi


Indahnya dunia ciptaan yang Esa

Tidak terjangkau oh pandangan minda

Segala yang ada tercipta dengan sempurna

Tiada yang dapat menandinginya oh

(Disebabkan kami dah bagi lirik dia kali ni, secara automatic rating lagu ni naik kepada 10/10)

Monday, 20 September 2010

Indahnya CiptaanMu


TARA...!!

Hah, kali ni sengaja bagi video, bukannya semua orang boleh membaca. Lagipun video ni, ada gambar, ada warna, ada rentak-lagu-irama dan "motion". Di samping mengelakkan kamu dari membaca "karangan" yang panjang, video ini juga membantu kamu lena dengan senang. Try it!

Sekali sekala dengarlah lagu plak kan. So, kali ni kita dengar lagu jiwang dari DeHearty (jiwang kan..?). Hah, belum tengok dah nak kutuk2, ni lah manusia! Sentiasa nak bersangka buruk. Jangan banyak komen.

Video ni tak macam telaga biru punya video. Tapi paling kurang pun ada gambar, siap ad color2 lg, skali dgn side effects.. ok lah ni.

(video buat sendiri, kos paling murah). Aku bagi rate sendiri, 9/10. (sbb takde lirik). Jangan marah.

Selamat berhibur.

Thursday, 16 September 2010

~As Shadaqah~



(Selesai solat tarawikh dan tazkirah.)

“Tabung Pembinaan Madrasah Agama Kampung Banjir”

“Ya Allah, bagus betul kamu ni nak. Niat pun baik, amal pun baik. Orangnya pun baik. Hahaha. Semoga Allah sentiasa tolong kamu, masa-masa senang dan susah ye nak. Orang yang tolong agama Allah, Allah pasti akan tolong dia suatu masa nanti. Pasti! Eh, pak cik tak cakap bohong ni. Ini barulah orang muda yang kita nak. Nah, nah, ambil cek ni. Bukanlah seberapa sangat, tapi harap-haraplah dapat membantu. Buat kerja rajin-rajin ye.”

(very supportive, very good. Baru pujian dari manusia,)


*****

“Eh, abang, abang! Abang tengok Dato Karim tuh. Bagus betullah dia. Orang minta derma terus je bagi, tak adalah nak komen itulah, inilah. Susah nak cari orang kaya yang pemurah zaman sekarang. Semua berlumba-lumba nak besarkan rumah sendiri je. Kawan yang xde duit, menangis tido rumah sempit2. Nanti dah siap madrasah tu, mengalir je pahala dia tak henti-henti.”

“Banyak betul duit dia kan, walaupun duit keluar laju je macam air, tapi tak pernah kering-kering pun. Nak kata tokey balak, bukan. Tokey petronas pun bukan. Niaga jual ayam itik, sayur, kerepek sikit2, tapi harta menimbun. Hidup pun senang lenang je setiap masa. Ini mesti berkat banyak bersedekah kot. Nak bagi itu, tulis je. Nak bagi ini, tulis je, kan?”

“Tapi kan bang, kita ni apa kurangnya. Hidup tuhan dah bagi senang, bersyukur je lah. Tokey jugak, tokey teksi. Kita pun lebih kurang je dengan Dato Karim tu. Nak itu tulis, nak ini pun tulis jugak, tapi tulis dalam buku hutang lah. Silap tulis sikit je.”

“Hah sudah, jangan nak mengarut lebih-lebih. Apa yang kita ada, itulah yang kita bagi. Baju-baju anak yang dulu-dulu, yang mana elok-elok lagi, awak bagilah kat dia. Boleh budak-budak pakai nanti. Kalau tak mampu, kita bertasbih je lah. Itukan sedekah juga tu.

(Tertarik tapi tidak berkemampuan, maybe next time)


*****

(Kat belakang surau, tak solat tarawikh, jaga makanan.)

“Ya Allah, masuk hari ni je dah sepuluh orang mintak sedekah time2 bulan ramadhan ni. Apa dia ingat surau kita ni xpakai duit ke? Ni nak buat moreh, nak buat berbuka lagi. Kau ingat free ke? Tok imam2 ni pun satu, pergi bagi diorang ni buat apa. Entah semua kaki penipu ke?”

Orang datang masjid tiap-tiap hari, bagi derma, bagi duit sikit2, untuk bagi kat surau kita. Nanti esok2 boleh la nak pasang air cond ke. Ini tidak, haish... Nak buat madrasah tapi bukan kat sini, baik tak payah. Membazir duit aku je.Sesen pun aku tak nak bagi. Budak-budak ni, mana minat madrasah-madrasah ni, semua nak masuk SBP je, MRSM lah, SMKA adalah sikit2. (M.T.D?) Madrasah ni kampung je

(Not interested at all, tak semayang! Masalah hati orang, not our job. O God, please guide us)


*****

Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; Engkau berlaku adil (mendamaikan) antara dua orang (dua orang yang berbalah) adalah sedekah. Engkau membantu seseorang menaiki kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu yang bahaya di jalanraya adalah sedekah.

Hadith riwayat Imam Al Bukhari dan Al Muslim

Wednesday, 25 August 2010

"War" atau "Taqwa"


O
Allah
Selamatkanlah umat islam
Dari membunuh agama sendiri

Ya Allah
Naikkanlah semangat juang mereka
Untuk menentang dan berperang
Bukan ke atasku
Tapi di jalanMu

Berdoalah
Berdoalah
Berdoalah

Tuesday, 17 August 2010

Ubat Kasih Kuat


Nama : Tautan Hati

Jenis : Rohani (Tablet)

Pengasas : Fatimah Syarha Mohd Noordin (Sudah berkahwin)

Pengilang : Telaga Biru Sdn Bhd

Berat Bersih : 785 Gram

Dos : 3 Bab setiap hari (tua) 5 Bab setiap hati (remaja) 1 Bab setiap hari (kanak-kanak)

Masa Penggunaan : Sesuai di ambil sehari selepas Sijil Pelajaran Malaysia tamat, Sebelum melelapkan mata, Menanti ketibaan komuter, Cuti akhir tahun, Elakkan sewaktu pembelajaran sedang berjalan atau ketika memandu

Kesan Sampingan : Mengurangkan pendarahan hati, membantu mengawal pernafasan, mengawal kenaikan darah yang mendadak, menyahtoksin dengki dan iri hati dari badan, meningkatkan tenaga rohani, melancarkan perjalanan pemikiran, memberi kelegaan pantas, merawat penyakit jiwa yang serius (khusus untuk mereka yang ingin mencari Kekasih)

Tarikh Dikilangkan : 2006

Tarikh luput : Dimakan anai-anai, kecurian atau kehilangan, dilupakan

Kandungan : Halaqah, Cinta Kerana Allah, Adab-adab pergaulan lelaki dan perempuan, Kriteria-kriteria wanita solehah, Al-quran dan Hadith



Nasihat doktor :

Amalan pemakanan Tautan Hati setiap hari dapat membantu mengurangkan masalah hati, sakit-sakit dengki berjangkit dan tekanan darah tinggi. Segalanya daripada Allah, ini hanya usaha mulia. Sebarang kesan sampingan yang mengganggu hendaklah dilaporkan dengan segera sekiranya menjejaskan kesihatan.

Jangan serahkan ubat ini kepada sesiapa yang kurang dipercayai. Adik anda juga mungkin berisiko menghilangkannya (seperti yang berlaku kepada saya).

Ubat ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesehatan Malaysia

Friday, 13 August 2010

Pemergian Didatangi



Malam ini malam terakhir dia di rumah kami. Entah berapa lama masa yang telah aku luangkan bersamanya, aku pun tidak tahu. Yang pastinya, dia amat tertarik kepadaku. Mungkin ada perwatakanku yang memikat perhatiannya sedang tidak kusedari. Sinar petang yang suram kian menghilang, menanti waktu pengakhiran. Maghrib pula menyusup masuk perlahan-lahan. Dan sedang kami asyik bersalam perpisahan;

“Assalamu3alaikum”

Kedengaran seperti ada suara insan memberi salam. Nampaknya dia sudah tiba fikirku. Ingatanku hanya berpaut padanya, seorang tetamu yang pernah berkunjung ke rumahku pada tahun lepas. Lantas, aku segera mendapatkan kunci dan berlari anak ke muka pintu. Dari dada pintu aku mengintai dan ternyata sangkaanku benar.

Aku menghirup nafas dalam-dalam, menghilangkan gementar dari diri. Tenang, itulah yang aku cuba cari. Di balik pintu aku memperkemaskan diri, menyisir rambut menjadi rapi, membutangkan baju hingga penuh dan ditambah pewangi. Ialah, siapa yang tidak begitu jikalau yang datangnya bukan calang-calang tamu. Lampu luar kunyalakan. Cahaya terang menerangi langit maghrib.

“Wa3alaikumussalam... Ahlan Ya Habibi. Ahlan. Shobri, kau sihat?”

Aku memberanikan diri menguak daun pintu. Secangkir senyuman ku lemparkan, salam menyambut kedatangan. Dari kaki hingga ke muka puas aku merenungnya. Wajah dia betul-betul di depan mataku. Sesaat melihat wajahnya, aku tergamam seketika. Rasa sedikit sayu pun ada. Dia turut bergenang air mata, begitulah rindu aku padanya. Kami memeluk erat sesama sendiri dan sesudah beberapa saat baru terlerai.

“Alhamdulillah sihat. Kau seorang je ke kat rumah?”

“Eh, tak adalah. Ni, ada membe aku sekali, Ismun. Dia dah lama ada kat sini, dah nak balik dah pun.”

Aku berpaling ke belakang mencari kawanku. Tetapi hairan, dia sudah tiada di tempatnya. Namun sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, dia sudah berada di sebelah kiriku. Meremang bulu romaku, dingin yang tiba-tiba. Nampaknya dia sudah mahu beredar. Aku hampir terlupa tentangnya sedari tetamuku sampai.

Aku memimpin tangan Shobri, menariknya masuk ke dalam rumah. Dan pada saat itu, Ismun turut berlalu keluar. Dengan serta-merta, segala gerak-geri terasa amat lambat jadinya. Terasa bagaikan ada pertembungan dua aura yang berbeza. Yang satunya gelap lagi satu bercahaya. Ismun dan Shobri berlaga bahu di muka pintu. Ismun tidak menoleh ke belakang langsung. Dia melangkah pergi tanpa sebarang kata.

“Aku ingin solat dulu ya. Sudah masuk maghrib.”

“Ooo. Ok.”

*****

Tulisan tanpa makna.

Oh, Ramadhan! Ramadhan datang lagi. Panggillah dia masuk, jangan dibiar tercegat. Marilah ke mari, aku sudah lama menanti kamu. Minta maaf ya. Persiapannya sedang-sedang sahaja. Aduh, tetamu istimewa diberi layanan biasa. Kenapa ini? Lain pula ceritanya kalau yang datang si Raja.

Hanya orang yang merindui Ramadhan akan menangisi pemergiannya. Bagaimana rasanya rindu pada Ramadhan? Apa? Kamu tidak sedih langsung? Kenapa kita sama? Maknanya...

Tuhan, jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang bermakna.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

(Surah Al Baqarah : 183)

“Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya di turunkan Al-quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah...”

(Surah Al Baqarah : 185)