Thursday, 6 May 2010

Kau Memang Penakut



Aku tak tahu apa hebatnya kau

Aku lihat kau sama tiada beza

Kepala sama satu tangan dua juga

Nak kata kau extra pada senjata

Aku pun ada dua tiga

Nak kata kau juta-juta

Aku pun ada tak terkira

Hanya satu beza akhir ku jumpa

Bagiku agamaku bagimu agamamu


Janganlah selalu nak kata

Kita tidak punya pelbagai senjata

Belum ada teknologi seperti dia

Pantang atuk nenek kita belum cuba

Kata orang kau moden taraf siber

Nak banding kita bak zaman purba

Boleh hilang terbang tanpa bayang

Kami nak juga tolong beri satu dua


Tolonglah jangan untungkan dia

Ambil ilmu cukup-cukup kita bina

Sejarah susah tapi buat kita megah

Kita berkuasa menggegar dunia

Tapi untuk satu ketika dulu kala

Kini tak mampu mengawal tanduknya

Tidak lagi gagah menundukkan egonya

Ops jatuhku bukan disengaja

Tapi tuhan yang berkata


Tapi aku tahu mana untung kita

Aku punya pergantungan pada Dia

Punyai agama yang terbaik di sisiNya

Kita membina gagah dengan izinNya

Melutut jatuh andai itu kehendakNya

Berdiri bangkit apabila datang janjiNYa

Wahai saudaraku tolonglah menentangnya

Jom kita bela darah jiwa yang terseksa

Andai gugur sama-sama kita gembira


Aku tidak rasa gentar pada kau

Tidak timbul takut pada moden ciptaan kau

Tunggulah saat kami merampas semula

Kota Al-Quds kami yang punya

Tidak ini bukan gurauan semata

Percayalah akan datang pewaris Salahuddin

Anak-cucu Al Fateh pun akan turut sama

Mereka jauh lebih berkobar dariku

Sangat dahagakan darah kamu


Wahai kamu yang di sana

Walau tidak gagah mengangkat senjata

Cukuplah kita mengangkat agama

Dengan nama tuhan yang kita puja

Tolong berjaga-jaga dengan satu benda

Cinta dunia yang bersangatan

Hingga mati pun kau tidak percayakan

Wahn yang disebut baginda

Pengugur rindu kepada jannahNya


Buang segala gentar dan wahn

Kutip nadi semangat dari tinggalan

Ingat kita berjuang berpaksikan tuhan

Mereka hanya manusia sesat pendirian

Jangan dibiar darah kita dimandikan

Sedang saudara kita dimalukan

Kau hulurkan tangan pinta bantuan

Kerajaan setan itu yang kau percayakan


Aku pelajar yang aman

Tapi jiwaku tidak putus dari kesakitan

Tanggung derita mata menyaksikan

Apakah masih mampu mereka bertahan

Menunggu datangnya aku dan kalian

Yang diharapkan cuma keamanan

Tapi apa yang mereka berikan

Kedamaian yang lahir dari kematian

Aduhai kamu, terlalu beri kepercayaan


“dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka. Bahawa tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Surah Ali Imran: 169-170)


Wednesday, 5 May 2010

Aku Endak Mau Kahwin Lagi



“ Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: harta kekayaannya, kedudukannya (keturunannya), kecantikannya, dan agamanya. Maka, hendaknya engkau lebih memilih wanita yang beragama, nescaya engkau beruntung.”

Hadith riwayat Bukhari

Aduh, sakitnya kepala ni. “***** abang pening kepala lah. Tolong picit-picitkan sikit, boleh tak? Kat sini, sini” Alangkah bertuahnya kalau ada orang yang nak urutkan. Lagi-lagi dia ni doktor, boleh kaitkan dengan anatomy sekali. Belajar muscle, nerve dan artery.

“Erm, sedapnya bau! Pandainya ***** masak. Tahu-tahu je perut abang dah lapar.” Erm, terasa nak makan asam pedas pulak. Masak kaw-kaw punya, tak payah lah nak guna perencah lagi. Kalau masak sendiri, nak makan pun hilang selera. Asam pedas boleh jadi asam laksa.

“Abang, cukup-cukuplah study tu. Kita sambung esok pulak ye?" Jangan paksa sangat badan, kesian ***** tengok abang” Uish, leganya dengar suara isteri. Hilang penat, seronoknya. Manja. Betul ke, terasa macam nak je berumah tangga.

P/S: Dah lama menderita nak kahwin (bukan aku). Tapi, kalau nak diikutkan hukum, susah nak describe. Mungkin masa ni, makruh berkahwin. Rasa macam nak kahwin, tapi duit pun tak ada. Diri sendiri pun tak tahu nak jaga. Takut juga, sifat keanak-anakan tak hilang lagi. Bagilah chance member-member kahwin dulu. Tengok jalan cerita diorang macam mana, then buat kesimpulan. Senang cerita, tunggu habis belajar je lah. Sabar ye, kalau dah minat kat dia. Usaha dan doalah banyak-banyak. Come on weyh.

Doakan aku sekali.


Monday, 3 May 2010

Hadith

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya"

Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim


N.B: Kepada kawan-kawan, wajib ye melayan tetamu.! (berilah makanan sedap-sedap) Lagi satu, pelihara percakapan. Mulut kau sedap je sebut, telinga aku yang bernanah nak dengar (vice versa).

Sunday, 2 May 2010

Dunia Aku Yang Punya




Sedang mereka berjalan-jalan di pasar Cleopatra, Bakri dan Salman ditegur seorang lelaki. Susuk tubuhnya menampakkan kegagahan, keganasan dan kejahatan. Namun disebalik itu, lain pula bicaranya, lemah lembut lentik suaranya. Hiasan lemah gemalai bahasa tubuhnya. Lemah segalanya. Sumpah, cair hati melihatnya. Mata birunya ligat memerhati sekeliling. Barangkali menanti kedatangan rakannya.

Kebetulan pada waktu itu mereka sedang tawar menawar bagi mendapatkan sebuah rak buku. Sudah berkali-kali Bakri melihatnya, kali ini tergerak hatinya mahu membeli. Mana tidaknya, rak pinggan di rumahnya sudah dijadikan tempat menyimpan buku. Manakala pinggan hanya diletakkan di sink.

Dengan tidak semena-mena, Si ARAB itu pun pantas menunjukkan kepakarannya berbahasa ibunda. Alangkah bagusnya kalau semua arab di sini baik-baik sepertinya. Tidak perlu lagi bertekak panjang, senang, mudah, dan harga pun murah. Tamat berbicara, puas bergelak tawa, hanya duit yang perlu dihulur selamba.

ZAPP....!!

Dompet Bakri direntap laju dan tiba-tiba dia bagaikan dipukau, kepalanya pening. Rongganya terasa kering, panas dan berpasir. Dunia menjadi gelap seketika. Perlahan, nafasnya ditarik dalam-dalam. Hanya nama Allah yang hadir padanya masa itu. Berkat tautan hatinya kepada Rabb, semua kembali normal. Segalanya hilang begitu sahaja bagaikan mainan ilusi teknologi terkini.

Dilihat tangannya sudah kosong, hanya saki baki benang-benang dompetnya yang koyak sahaja kelihatan. Air liur pekatnya ditelan, wajah penjual rak ditatap dalam, Salman hanya berdiam. Dari kedai, dia ternampak Si ARAB tadi. Pisang, kubis dan bawang dibuangnya ke tepi. Pantas, dia harus mendapatkan kembali haknya. Langkah seribu dibuka, tenaga mudanya dikerah seadanya.

Bayangan Si ARAB kian hilang, mencelah di sebalik jutaan manusia. Tapi topinya berwarna merah menjadi petanda. Jangan dipermainkan Bakri, jaguhan sekolah menengah peringkat negeri. Ke mana sahaja Si ARAB itu pergi, dia pergi. Dari lorong pasar yang sempit, ke taman rumput hijau, ke perkarangan sekolah, hingga ke jalan tepi laut yang besar.

Di kepalanya hanya satu, duit bukan menjadi hal utamanya. Tapi kad pengenalan dan kad bank yang dikejarnya. Mana mungkin dia pulang ke Malaysia nanti kalau kad pengenalan pun tiada, kerajaan Mesir lagi tidak mahu terima. Dia berlari tidak henti, penat separuh mati. Tak sangka, pandai juga Si ARAB rupanya. Dia juga mungkin sudah penat. Tidak normal sekiranya dia masih mampu berlari seiring kenderaan di sebelahnya.

Langkah Bakri terhenti. Tenaganya sudah sampai ke penghujungnya. Tiada daya lagi yang mampu dia kerahkan. Jaguhan sekolah menengah yang dahulunya gagah, tidak semestinya kekal berdiri megah. Itulah roda putaran kehidupan. Ada masanya kita di atas dan suatu masa kita akan berada di bawah. Bakri mengalah. Tertunduk penat di hadapan sebuah lorong. Saat kepenatan itu dia terserempak seseorang.

Bawwab. Gayanya seperti seorang bawwab. Berjubah gelap, dengan sedikit kotor-kotor di bajunya. Dia duduk betul-betul bertentangan Bakri. Di hadapannya terhidang botol Red Bull. Habis, luntur semangat Bakri hendak mengejar Si ARAB. Tidak mengapalah, biarkan sahaja. Sudah terlepas, apa boleh buat. Fikirnya lagi. Lebih baik dia berhenti, menikmati sebotol Red Bull setelah ratusan meter berlari. Tambah pula maghrib hampir menampakkan diri.

Diam. Dia berfikir kali kedua. Membuat keputusan yang sebaiknya. Botol Red Bull ditenungnya tajam. Muka bawwab penuh kehairanan. Kalau tiada dompet, tiadalah kad pengenalan dan kad bank. Kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara, kena keluar duit lagi. Mana mahu dapat duit kalau tiada kad bank. Lagipun Si ARAB mesti kepenatan sekarang. Maghrib pula boleh dikerjakan di mana-mana. Tidak, biar susah dahulu baru rasa senang kemudian.

“Ya ‘ammu. Hatli wahid Red Bull. Hagilak ba’da Maghrib ‘asyan dilwakti ma ma’isy fulus. Meshi?”

Bawwab diam. Kepalanya hanya mengangguk tanda bersetuju. Mulutnya terlopong, menampakkan barisan giginya yang separuh hilang. Barangkali kagum melihat Bakri berbicara arab. Bukan senang mahu berjumpa mereka yang pandai berbicara arab selain pelajar-pelajar universiti. Bakri teruja, dan berasa bangga. Sedikit penghormatan baginya.

Bergaya gah bagai seorang hero, dia melangkah laju sambil meneguk botol Red Bull di tangannya. Diharap dengan nama Allah, akan datanglah kekuatan. Mengalir lebihan-lebihan air yang keluar dari tepi mulut membasahi lehernya. Tenaganya kembali di saat air masuk ke usus kecilnya. Bagaikan mendapat jiwa baru. Botol dicampaknya ke tepi hasil pengadaptasiannya dengan masyarakat arab. Pantas, kaki melonjak laju mengejar bayang Si ARAB yang tidak jauh di hadapannya.

Si ARAB penat akibat dari larian yang tidak berhenti. Gugur semua lemaknya bersama titisan-titisan keringat yang berbau. Dia tahu, dia tidak mungkin berhasil meloloskan diri. Semangat Red Bull meresap serata tubuh Bakri. Hampir benar dia di belakang Si ARAB, dan dengan tiba-tiba, dompet yang terhayun di tangan Si ARAB terjatuh dengan sengajanya. Itu usaha terakhirnya bagi menyelamatkan diri.

Langkah Bakri perlahan. Cukuplah dia mendapatkan dompetnya kembali. Lepaskan saja Si ARAB, biar Allah sahaja yang menghukumnya. Dia memungut dompet dan segera membukanya.

“Tidak...What the...”

Perkataan pertama yang keluar dari mulut Bakri. Tiada duit di dalamnya. Enam keping wang kertas bernilai 300 pound, lebur. Bakri sukar menerimanya. Dompetnya dibelek berkali-kali, dihentak dan digoncang-goncang, namun masih tidak keluar. Apa boleh buat, rezeki Si ARAB nak merasa kaya sekejap.

Bukan ini yang hendak ditujukan sebenarnya. Kisah di atas hanyalah sekadar muqaddimah. Namun kesimpulannya adalah panjang, amat sukar untuk dikisahkan.Beginilah kita manusia, tujuan kita adalah mengejar kejayaan akhirat. Dalam perjalanan kita mengejar akhirat, akan ada dunia yang menjadi persinggahan. Akhirat itu indah, dunia juga indah.

Bagi mereka yang bijak, mereka menjadikan dunia hanyalah sebagai tempat lonjakan bagi mereka untuk mencapai kejayaan yang besar di akhirat. Namun bagi mereka yang kurang berusaha, kurang pengetahuannya, mereka akan berasa cukup dengan keindahan dunia yang baginya indah tak terkira. Kejarlah dunia dan akhirat yang sebaiknya. Kalau dikhuatiri dunia mengagalkan kita, tinggalkanlah dunia.

Inilah manusia, bila susah bukan main kita sebut nama Allah. Tapi bila senang, nama Allah kita buang caci maki kita cakap berulang-ulang. Kalau sesama manusia, bukan main pandai lagi membodek, cakap itu cakap ini. Nak kan itu, nak kan ini. Bila sudah ada depan mata, yang betis mahukan peha silap-silap yang atas dari peha juga kita pinta. Ingat, kita bukan membodek manusia, kita memuji Allah yang Esa.

Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristiriehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan”

Hadith riwayat Tarmidzi

Sunday, 25 April 2010

Kawan Aku Penagih Dadah dan Mat Rempit

Semalam tengah-tengah syok Y.M dengan membe,

Bilal dari Mekah azan (software laptop)

Aku kena pergi ceramah kat bngunan MARA.

Rasanya ni ceramah ke-2 sebab yang prtama aku "TER"lepas

Dengan akal yang pendek aku terus bersiap

Tajuk die gempak gila+best.

"Agenda Yahudi Vs Kebangkitan Islam"


Lepas balik je, kepala tiba-tiba jadi berat sebelah.

Jalan pun lelong-lelong, membe tolong pangku.

Hampir “TER”langgar minah arab cun.

Sampai je rumah, terus baring, pejam mata-“JALAN”


"Eh, malam ni Flight Syed duty, konfem selamat punya”

“Jom la keluar, kita cari handset”

Bainun, Afif, Kamal, Syukri, Paloh dan Amar.

Semua sudah tercegat di pintu siap dengan “FLY ORDER”

Seluar 3/4 (no 4 yang di potong sendiri) disarung kemas.

Baju lengan panjang civilian, sandal membe.

Torch light, dompet, duit sikit-sikit. “GERAK”


Matahari belum tenggelam.

Padang golf panjang. Terpaksa berlari cuak kantoi.

Agak-agak tak kelihatan, jalan perlahan-perlahan.

Ala-ala “Fahrin Ahmad”...slow and steady.

Redah padang golf, sungai, hutan, padang golf, hutan, sungai, jalan.

Sampai checkpoint 1 “Balakong”

Berjogging sampai stesen komuter.

Nampak komuter jalan, nasib baik kami dah berada di dalam.

Sampai pun di “Bank Negara”


Misi 1 - Solat maghrib – selesai

Mana orang-orang kat sini, tak solat ke?

Abang-abang yang jaga kaunter tuh, bajet macam mesin plak.

Tak berhenti bai, kerja pulun habis. Solat, kejap lagi kot.

“Ye Adik nak beli tiket, nak pergi mana agaknya”

Wow..! sopan gila, terlebih chromosome X rupanya.

“Erm..tiket ke syurga ade bang..?”

“ooh, takda ke..?? xpe lah”

Aku terus beredar, cuak teramat. Rupanya...

Mamat kat sebelah tuh balak die.


Misi 2 – Cari handset – selesai

Pertama Complex sibuk. Ini julung kali ku di sini.

Makhluk-makhluk kat sini menggerunkan.

Kami jalan sekumpulan takut kena pukul (Nampak sedikit Gangster).

Singgah satu kedai. Muka macam Melayu. Tapi pakai cincin kat hidung + telinga.

“Nak cari handset? Kitorang ada promosi dik. Beli 2 dapat 1”

Wah..! Pndai cakap melayu lah. Ada bau-bau bacang ni.

Sedang-sedang tenung handset, Nampak tulisan kat baju dia.

“I Want to F**k You Mother”....kesian abang ni.

Mesti tak kahwin lagi kan?

Sepatutnya dia wajib kahwin ni...nafsu lembu

“Ok lah bang. Kitorang angkut. Bagi semua warna biru”

“Nah, ambik duit ni. Buat mas Kahwin lepas ni bang”

Lawak yang tak menjadi, brother tu jadi hot.

Subang emasnya hampir tertelan ke dalam hidung.

Kami sempat lari. Tak rugi jogging setiap hari.


Misi 3 - Balik – selesai

Keluar je Pertama Complex,ternampak konvoi motor.

Terbeliak biji mata aku, bulu hidung pun nak gugur.

Kalau Kawasaki Ninja ke, Ducati 848 ke, Yamaha R1 ke...

Aku boleh terima lagi. Ini tidak,

Setakat motor kapcai, up sikit dari vespa..buat ape?

Betul-betul masa aku tengok, dia eksiden. (Makbul doa aku masa tu)

Sudah la Mat Rempit, sayang-sayang la nya lu sikit.


Nak Lintas parit dekat Stesen komuter tu,

Aku nampak orang pasang lilin.

Kepada orang Melayu, korang tak takut ke?

Orang Cina malam-malam pun sembahyang.

Kita ni, Isyak membe-membe pun berlubang. (Kita tak kan?)

Aku gosok la mata, takut salah tengok ke.

Rupa-rupanya, orang melayu. Eh, tak mungkin lah.

Dia sembahyang cara Cina ke?

Siap ada asap-asap lagi. Rupanya betul.

Aduh, kenapa orang Melayu ni. Tolonglah kawan-kawan.


Sampai di sekolah, aku sempurnakan yang tak sudah.

Mandi jap, wangi-wangi sikit, turun surau, solat Isyak.

Selesai solat, tergerak nak baca Al-quran.

Sekolah ni keras. Kenalah rajin-rajin baca (salah ye niat nie)


Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah di antara dua saudara kalian (yang sedang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah, agar kalian mendapat keberuntungan”

(Surah Al-Hujurat : 10)


Tutup Al-quran. Mengantuk yang bersangatan.

Sebelum tidur, fikiranku melayang jauh, apa yang kutemu hari ini.


Abang Lembut penjaga kaunter,

Abang Homoseks kawan dia,

Abang bercincin di hidung dan telinga,

Abang Rempit yang mati depan mata,

Abang Dadah yang separa gila,


Abang-abang sekalian,

Aku nak kamu tahu yang aku sayang sangat sama kamu, aku perlukanmu di sisi.

Setiap satu dari kamu punyai jiwa mukmin yang berharga.

Tolonglah, hindarilah, sedarlah dan bangkitlah. Aku tidak mampu bergerak sendiri.

Tiada kekuatan selain dari jemaah. Kamulah jemaahku.

Peganglah tanganku, sekali kau berpaut takkan sekali aku lepaskan.

Di mana tercampaknya kekuatan agama, bukan itu yang perlu kau tanya.

Di mana perlunya kita bina kekuatan agama, sebaiknya di sini kau kata.

Aku juga lemah, ilmu pun entah ke mana.

Seharusnya kita naik bersama-sama. Engkau dan aku membina kita.


Lima minit je-“JALAN”


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”

(Surah At-Taubah : 111)